Adrenaline [Complete]

By Eliezee_

7.7K 773 15

Highest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, se... More

Prologue (Section 1:Before marriage)
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Epilogue (last part for section 1)
👀
Prologue (Section 2: After marriage)
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Epilogue (Tamat)

Bab 30

93 12 0
By Eliezee_

Daddy🤍: Aku nak start misi aku ni. Maybe ambil masa beberapa hari. Aku tak akan chat kau untuk masa itu. Jadi, kau tunggu aku ye, pretty. Tak akan ambil masa lama. Selesai misi ni, aku terus call kau. Love you, my little angel.

Dan itu mesej itu dihantar 2 minggu yang lepas. Sejak dari itu, aku masih belum dapat apa-apa mesej lain dari Harith.

Tapi, ini perkara normal. Ada masanya, sampai 3 minggu juga kami tidak berhubung. Jadi, aku okey sahaja walau rasa tidak sedap hati. Sedang mengandung lah katanya. Paranoid another level.

Dan lagi satu maklumat yang tidak berapa penting, hari ini hari lahir aku.

Yeah. Yang ke-26 tahun. Sejujurnya, aku tidak adalah bergitu happy. Sudah makin tua lah katanya. Orang nak 18 tahun sentiasa. Tapi, umur tu nakal sangat nak meningkat setiap tahun. Geram aku.

Daddy🤍: By the way, sorry if aku tiada di sisi kau semasa birthday yang ke-26 tahun kau. Aku tahu kau broken sebab makin tua, sebab itu aku dah sediakan hadiah siap-siap in case aku tak dapat beri face to face.
Hadiah tu dalam laci meja kerja aku. Kau pakailah. Paling tidak, aku balik-balik je nanti, terus boleh nampak benda tu bersinar-sinar dekat kau.

Dan selama dua minggu ini aku menahan diri untuk tengok. Kalau sudah bersinar-sinar, mesti barang kemas, kan? Ada benda lain ke? Teruja pula aku nak tahu apa Harith bagi. Merana jiwa aku menanti. Akhirnya, hari ini tiba.

Subuh-subuh lagi, aku sudah berlari ke bilik kerja Harith. Excited sangat lah katanya. Mana boleh sabar lagi.
Langkah diatur menuju ke meja kerja Harith. Laci pertama dibuka lalu terus mata ini menangkap sebuah kotak berserta nota di atasnya. Tanpa membuang masa, terus aku ambil kotak itu lalu mengambil surat yang terletak di atasnya untuk dibaca terlebih dahulu.

“Happy birthday, my precious angel. One and only my woman until death. Aku tahu kau akan baca nota ni dulu, jadi apa kata kau buka hadiah tu dulu baru kau sambung baca”

Tahu-tahu sahajalah suami aku ni. Tanpa membuang masa, aku segera membuka kotak di hadapanku ini.

Aku menjadi kaku. Terus membatu apabila melihat hadiah pemberian Harith. Sebuah rantai emas putih. Tapi, kalung rantai ini sangat menarik perhatian aku.

“Pink diamond?”

Whey. Aku tak pasti ini jenis permata apa, tapi kalau sudah warna pink, pasti harganya lebih 1 juta. Mungkin juga lebih dari 10juta. Biar betul suami aku ni? Jangan cakap ini tiruan.

Aku mula membelek-belek rantai itu. Rasa teruja dan dalam masa yang sama terkesima sangat. Pink diamond tahu! Aku tak tahu pun di Malaysia ada diamond ni.

Aku terkedu sangat ketika ini. Kembali aku membaca surat Harith. Mana tahu ada maklumat lain.

“Sakura Diamond. Aku tahu kau nak tahu”

Sakura Diamond? Aku tak tahu pula wujudnya permata dengan nama seperti itu.

“Aku tahu kau akan google harga diamond tu nanti, jadi lebih baik aku bagitahu sahaja. $29.3million. Itu harga untuk hadiah kau tahun ni”

Terkentut aku. Rasa nak terkeluar segala isi perutku apabila membaca harga hadiah aku kali ini.

Dolar tahu. Bukan ringgit Malaysia.

Selepas aku google, $29.3million bersamaan 1.2billion ringgit Malaysia. Bukan main-main harga. Lebih dari kayangan punya harga ni.

“Suami aku ni biar betul? Sejak bila dia ada duit sebanyak ni?”

Senyap-senyap sahaja suami aku ni billionaire. Tapi, kalau sudah sampai billion duit Harith, asal dia tak belikan aku pulau persendirian sahaja. Helikopter ke? Bank negara ke?

Bila fikir balik, suami aku buat apa sampai kaya sangat? Dia tu penjawat awam yang dibayar kerajaan tahu. Gaji inspektor pun maksimum 8 ribu sahaja. Kalau nak kata Harith simpan duit selama ni, tak sampai billion lagi.

Suami aku dapat duit ni dari mana? Seludup barang yang dirampas kemudian jual dalam pasaran gelap? Entah-entah suami aku ni ada sisi lain? Jangan-jangan suami aku mafia? Sebab tu dia kaya. Logiklah dia banyak mata-mata.

“Well.. aku cakap siap-siap yang diamond tu bukan dari aku. Aku bukan mafia dan aku tak sekaya yang kau bayangkan, my angel. Kau je yang overthinking tanpa sambung baca surat ni”

Stalker lah suami aku ni. Semua yang bermain di fikirkan aku, mesti dia sudah boleh duga. Tersenyum sendiri aku jadinya.

Harith memang kenal sangat dengan aku.

“Diamond tu dari arwah ibu aku. Aku jumpa diamond ni masa aku tengok balik tapak rumah aku 10 tahun lepas. Permata tu tetap bersinar dan masih cantik walau selepas terbakar. Sesuai dengan kau, Fifilina Az-zahra. Aku tak cakap kau kena bakar ke apa ye. Kau ni bukan boleh percaya. Salah cakap sikit, melenting bukan main”

Aku tertawa kecil membaca surat Harith. Panjang lagi ni. Penuh kertas A4 ni. Tak sabar aku nak tahu isinya.

“Ada sebab kenapa aku baru bagi kau sekarang. Jadi, aku nak kau jaga diamond tu. Pakai rantai tu sentiasa dan jangan sesekali kau tanggalkan. Jangan pisahkan rantai tu dari leher kau. Jangan risau. Tiada kamera dalam rantai tu”

Sus. Bahaya suami aku ni. Bukan boleh percaya. Sudahlah sebelum ni aku ada jumpa camera tersembunyi di tali handbag aku. Bila aku bagitahu Harith, dia cakap dia yang letak. Stalker terlatih sangat. Suami siapa lah ni?

“Aku tahu masa kau baca surat ni, maknanya aku tidak chat kau sejak beberapa hari yang lalu sehingga hari ni. Aku minta maaf sangat-sangat sebab hari lahir kau kali, aku tiada di sisi. Kau tunggu sahajalah. Bukan hanya ini kejutan untuk kau. Walau aku tiada di sisi kau sekarang, aku akan pastikan hari ini hari yang tidak boleh kau lupa. Kau tak perlu kerja hari ni. Aku dah uruskan permohonan cuti kau. Have fun, my lady”

--------

“Assalammualaikum!” laung seseorang dari luar rumah.

Siapa pula datang pagi-pagi ni? Orang jual insurans ke?

Aku yang berada di hadapan meja makan tadi, terus berdiri lalu menuju ke arah pintu. Dari pantulan tingkap, orangnya pakai tudung.

Jangan-jangan ini madu aku nak bagi kejutan? Kejutan sangat.

“Astaghfirullah, Fifi” kataku sambil menepuk muka sendiri.

Aku menarik nafas panjang lalu dengan perlahan membuka pintu.

“Waalaikumsalam..”

Terkedu aku apabila melihat 3 susuk tubuh wanita di hadapan aku. Senyuman dilemparkan kepadaku. Mesti mereka geli hati melihat aku terdiam seribu bahasa. Terkejung pula tu.

Mereka bertiga menghamburkan gelak tawa.

“Sampai pucat muka Fifi bila nampak kita” kata salah seorang dari mereka.

Aku yang tadinya terdiam tiba-tiba tertawa dengan sendirinya.

“Jauh merantau” kataku kepada mereka.

“Well.. Untuk kau apalah sangat” kata mereka.

Eceh, kawan-kawan aku semua ni. Terkejut aku apabila melihat, Nabila, Nadhirah dan Airis tercongok di hadapan pintu rumah aku ni. Tiga orang sahabat dunia akhirat aku kini berada di hadapan aku. Rasa nak menangis sahaja.

“Whey, Fifi! Janganlah nangis” kata Nabila yang sudah gelabah.

Aku tertawa kecil seraya mengelap air mata yang bertakung.

“Aku terlalu terkejut korang tahu. Nak datang, bagilah amaran dahulu. Sudahlah. Jom lah masuk” kataku seraya memberi ruang untuk kawan-kawanku masuk ke dalam.

Kawan-kawanku hanya tersenyum lalu mengatur langkah masuk ke dalam rumahku.

“Nah, babe” kata Nadhirah seraya menghulurkan sehelai kertas.

“Sejak bila guna surat-menyurat lagi ni? Whatsapp kan ada” soalku sambil mengambil helaian kerta dilipat dua itu.

“Itulah, suami kaunya pun. Ingat sweet lah” balas Nadhirah.

Aku terdiam.

“Dari suami aku?” soalku.

“Hmm. Kau bacalah”

Terus aku membuka lipatan surat ini.

“Surprise, my angel. Hadiah kedua aku untuk kau hari ni. Masa bersama kawan-kawan kau. Aku tahu, kau nak sangat berkumpul berempat macam sekarang. Dan, aku dah tunaikan. Baguskan aku. Aku tunggu ganjaran aku”

Aku tertawa kecil selepas membaca surat ini.

Bagus sangat suami aku ni. Kan, lagi bagus jika awak di hadapan saya sekarang. Mesti erat-erat saya peluk awak sambil ucap terima kasih.

--------

Kurang ajar sahaja kawan-kawan aku ni. Ada yang kena halau dari rumah aku. Rasa menyesal, tapi gembira. Tapi, terluka. Tapi, bahagia. Entahlahnya, ciku.

“Fifi. Kau bukalah hadiah. Aku nak rakam ni” kata Nadhirah kepadaku.

Sejak mereka sampai di rumah aku sehingga sekarang, tak henti-henti kami meluah. Jarang berkumpul berempatlah katanya.

Kejap. Meluah? Senang cerita, mengumpatlah. Spill the tea. Mengenai suami, anak-anak dan kawan-kawan yang lain. Tumpah selagi ada air.

“Betul tu, Fifi. Bukalah. Aku nak tengok reaksi kau” kata Airis.

Haih, kawan-kawan aku ni. Entah apa mereka bagi sehingga beria-ria sangat nak aku buka sekarang. Risau pula aku jadinya.

“Ha, iyelah. Aku buka” kataku seraya terus mengambil ketiga-tiga hadiah dari mereka.

Aku mengambil hadiah dari Nadhirah dahulu. Aku mengoyakkan pembalut hadiah dengan kasarnya. Aku kalau sudah teruja, kesabaran tidak nampak lagi dah.

Selepas hadiah itu aku sudah tahu apa, aku terdiam seribu bahasa. Auto memandang Nadhirah dengan side eye. Merenung wajahnya tajam.

“Minumlah susu tu banyak-banyak. Biar anak kau tak pendek macam kau” katanya.

Eh, kawan aku ni. Aku tahulah dalam kumpulan aku ni, aku sahaja yang terbantut sikit. Tapi, aku lah yang paling comel ye. Geram pula aku dengan perempuan ni.

Dia dengan Harith sama sahaja. Kerja nak shaming aku.

“Kau, kan. Kau nampak pintu tu. Kau jangan sampai aku campak Nabila keluar sebab kau” kataku sambil menunding jari ke arah Nadhirah.

“Dah, asal aku tiba-tiba terlibat” kata Nabila.

Gelak tawa kami berempat pecah. Seronok betul. Dari tadi ketawa sahaja.

Jika ada yang tertanya, anak mereka bertiga di mana? Semestinya bersama suami mereka yang dipaksa untuk tidak bekerja hari ini semata-mata aku. Tak tahu nak rasa apa ketika mereka jawab seperti itu.

Dalam hati yang menghakimi hadiah Nadhirah, aku meletakkan hadiah itu di atas meja kemudian mengambil hadiah seterusnya.

Daripada, Nabila.

“Kau bagi apa ni, Bil?” soalku.

“Bukalah. Tanya-tanya pula” balasnya.
Nak tanya-tanya pun salah.

Selepas selesai pembalut hadiah dikoyak, sekali lagi aku terdiam seribu bahasa. Sekali lagi, aku merenung wajah kawan aku tajam. Sama sahaja perangai dia dengan Nadhirah. Dua-dua nak aku humban ke luar.

“Kau, kan suka membaca. Okeylah tu, aku dah bagi kau buku Cara Menjadi Ibu yang Baik. Dari baca novel je, kan” kata Nabila seraya tersenyum tidak bersalah.

“Menyirap je aku tengok muka kau ni. Blah lah kau” kataku.

Nabila masih mengekalkan senyuman tidak bersalah. Sabar sahajalah. Nasib kawan. Kalau musuh, sudah lama aku sesak mereka.

Nasiblah hadiah Airis elok sikit. Dia bagi aku beberapa kelengkapan selepas beranak nanti. Kalau nak harap Nadhirah dan Nabila jadi sepert Airis, dalam mimpi sahajalah.

“Whey. Lama betul kita berbual. Tahu-tahu sudah tengah hari dah ni” kata Airis tiba-tiba.

Masing-masing memandang ke arah jam di dinding.

Betullah. Sudah pukul 12.05 petang.

“Ha’ahlah. Kalau macam tu, jom lunch sama-sama” pelawaku.

“Kitorang memang niat nak lunch bertiga lepas ni” kata Nabila.

Eh.

“Asal bertiga? Siapa tak join?” soalku.

“Engkau lah” balas Nadhirah.

“Lahh. Asal pula? Suami aku benarkan lah aku keluar” kataku yang rasa nak menangis sahaja ni.

“Kau keluar dengan orang lain. Cuba check telefon kau” kata Airis.

Orang lain?

Tanpa membuang masa, aku segera mencapai telefonku lalu menghidupkannya.

Aisyah: Dah di luar ni. Akak keluarlah.

Sejak bila pula ada notifikasi masuk? Aku silent telefon aku ke?

Aku memandang ke arah sabahabat-sahabat aku.

“Adik aku nak bawa aku ke mana ni?” soalku. Mereka kelihatan tahu sahaja.

“Kau akan tahu. Dah pergilah siap-siap sikit. Tak kan nak keluar pakai kain batik dengan tudung sarung kau ni?” kata Nadhirah.

Aku melihat penampilanku. Teruja sangat kerana kawan datang rumah sampai penampilan pun tidak perasan macam ni. Tak apalah. Aku, kan comel.

“Iyelah. Aku siap sekarang” balasku seraya berjalan menaiki tangga.

--------

“Akak” sapa Aisyah apabila aku sudah masuk ke dalam perut kereta ini. Duduk belakanglah kita.

“Aisyah, Fahmi. Asal tiba-tiba sahaja ni? Nak buat surprise ke?” soalku.

“Ha’ah. Tapi, bukan kami yang rancang lah” kata Aisyah lalu menghulurkan aku sehelai kertas dilipat dua.

Surat lagi? Segera aku mengambil surat itu lalu membukanya.

“Hadiah aku yang ketiga. Masa kau bersama adik kau. Nampaknya, aku bukan sahaja suami yang sempurna, tetapi abang ipar yang baik. Ini kalau aku tak dapat ganjaran aku, tak tahulah. Memang aku tak tegur kau sebulan”

Aku tertawa kecil untuk kesekian kalinya. Suami aku ni sudah kenapa? Menulis pun boleh nampak comel. Aku dapat bayangkan muka Harith yang tersenyum kecil ketika menulis surat ini.

“Jadi.. kita nak ke mana?” soalku.

“Abang Harith minta bawa akak ke mall. Katanya, dia nak saya teman akak habiskan duit abang. Dia juga cakap, belilah barang baby kalau nak. Tapi, jangan banyak sangat” balas Aisyah.

Tertawa kecil aku jadinya. Pesanan Harith sama sahaja. Mesti stress adik aku ketika disuruh yang bukan-bukan.

“Well.. saya tahu sepatutnya ini masa berdua akak dengan Aisyah. Jadi, anggaplah saya sebagai satria untuk kedua-dua puteri raja hari ni. Saya tak akan kacau korang berdua” kata Fahmi yang sudah menukar gear ke mood D.

Yekye je adik ipar aku ni.

“Betul ke, abang ni?” soal Aisyah sambil memandang suaminya.

See. Adik aku pun tak percaya sebab memang sifat semula jadi adik ipar aku untuk berkepit dengan isterinya. Ada sahaja yang dia nak lakukan bersama.

“Betul, sayang. Insya-Allah lah” kata Fahmi seraya tersenyum sekilas memandang Aisyah.

Aku hanya mampu tersenyum kecil melihat karenah pasangan di hadapanku ini. Pasangan aku jauh sangatlah ketika ini. Rindu pula dia.

--------

“Banyak betul akak beli barang” kata Aisyah.

Kami sekarang sedang berehat di tingkat 3 bangunan ini yang dipenuhi restoran pelbagai jenis makanan. Lunch lah bertiga hari ini.

“Bulan depan birthday Harith pula. Jadi, akak ingat nak buat sesuatu yang berbeza kali ni. Itu nak buat persediaan dari sekarang” balasku seraya menghirup air yang telah dipesan.

“Akak dan abang Harith sudah berapa lama tak berhubung?” soal Fahmi.

“2 minggu juga. Sibuk sangat barangkali. Dalam misi lah katanya” balasku.

Fahmi mengangguk faham.

Sebenarnya.. aku sejak sampai di tingkat 3 ini lagi, geram betul tengok barang-barang baby yang tersusun. Alang-alang Harith sudah tiada ni, baik aku borong semula. Kalau dia ada, payah juga nak beli apa-apa.

Di rumah itu, sudahlah tiada banyak sangat barang bayi. Lagi-lagi apabila aku dengar ada promosi hari ini. Baik kita gunakan peluang yang ada. Lagipun, duit Harith, kan. Kikis selagi boleh.

“Syah, Fahmi. Kakak nak tengok barang bayi lepas ni” kataku sambil memandang pasangan di hadapanku ini dengan mata bercahaya teruja.

“Okey. Kakak pergi lah dulu. Saya macam lama lagi nak habis ni” kata Aisyah.

Eleh. Kalau nak berdua dengan suami, cakap sahajalah. Macamlah aku tidak perasan adik aku ni asyik nak mengundur ke belakang supaya berjalan beriringan dengan suami tercinta.

Memang aku sahajalah yang nampak single.

“Iyelah” kataku yang sudah berura-ura untuk bangun dari duduk. Marilah kita memberi peluang Aisyah bermesraaan dengan suaminya.

“Akak betul ke nak jalan sendiri?” soal Fahmi tiba-tiba.

Terkejut aku apabila tiba-tiba sahaja Fahmi bersuara.

“Ha’ahlah. Akak okey sahaja”

“Tak adalah. Kalau abang Harith tahu saya biar akak jalan sorang-sorang, mati saya nanti”

Aku tertawa kecil. Kelihatan semakin ramai orang phobia dengan sifat Harith.

“Tak payah risau sangat lah. Abang Harith tu pun sudah 2 minggu tak telefon kakak. Dia tak akan tahulah” balasku seraya tersenyum. Nak sedapkan hati Fahmi dan diri sendiri lah katanya. Macamlah Harith tak bunuh aku kalau dia tahu aku jalan sorang-sorang.

Fahmi mendiamkan diri seketika. Hanya menggaru kepala dan kelihatan teragak-agak. Mulutnya pun macam nak tak nak sahaja melontarkan kata-kata.

“Fahmi jaga sahajalah adik kakak ni. Akak rasa, akak lebih selesa kalau pergi sendiri. Lagipun, di hujung sana sahaja. Kalau Aisyah dah siap makan, terus cari akak sahaja”

Kelihatan Fahmi mengeluh kecil.

“Iyelah, kak. Apa-apa akak call kami”

“Okey” kataku lalu terus mengatur langkah keluar dari restoran ini.

Susah betul nak pujuk Si Fahmi tu. Bagaimanalah Harith ugut adik ipar aku tu. Kesian dia menjadi salah seorang mangsa Harithphobia.

Tanpa membuang masa, aku pun mula mengatur langkah menuju ke bahagian bayi yang terlentak di hujung aras ini. Dapat beli baju baby 5 atau 6 helai, bagus juga. Nanti bila Harith balik, aku lambakkan di atas katil supaya dia panas.

Teruja aku nak sakitkan hati dia.

Sebaik aku sudah tiba di ruangan bayi, aku pun mula membelek-belek segala barangan dan pakaian yang berada di sini. Comel-comel semuanya. Kecil betul. Teruja aku nak lihat Yusof memakai pakaian ini. Mesti lebih seronok kalau Harith ada ketika ini.

Boleh aku minta pendapat dia. Atau usik suruh dia pakai baju baby ni nanti. Dia kan baby tua.

“Allahuakhbar”

Aku rindu suami aku sangat. Kenapa dia tak telefon aku langsung?

Sejujurnya, dari tadi aku tengok telefonku dan menunggu notifikasi darinya. Mana mungkin kalau dia nak serang sebuah markas sehingga mengambil masa sehingga 2 minggu.

Atau, memang ada. Kalau tidak, mana mungkin dia perlu tinggalkan aku 3 bulan sebelum ini.

Mengandung ni membuatkan aku paranoid. Semua ni biasa sahajalah. Macamlah kau tidak pernah rasa sebelum ni.

Tapi, aku memang ingin dengar suara Harith sangat-sangat ketika ini. Setiap masa aku memikirkan dia. Bagaimana keadaan dia? Cukup makan ke? Ada tercedera ke? Astaghfirullahalazim.

Rindu sangat aku ni. Baru dua minggu tiada berhubung.

Lebih baik aku fokus memilih baju baby mana yang cantik untuk Muhammad Yusof Hidayat ni. Adanya aku terpilih baju pink, tak pasal-pasal Harith tak mengaku anak.

Tak mengaku anak okey lagi sebenarnya. Kalau kes, anak aku yang tak mengaku aku mak dia sebab belikan baju pink lagi bahaya. Tak pasal-pasal haru-biru hidup.

Sedang ralit aku memilih apa yang sesuai untuk baby, tiba-tiba sahaja aku merasakan tangan kanan aku ditarik dari belakang. Sekali dengan tubuhku terpusing ke belakang.

Apabila pandangan aku dan Si Dia bersambung, aku menjadi kaku.

Dia kembali lagi. Kembali secara mengejut sama seperti sebelum ini. Dalam pakaian yang sama iaitu semua hitam dari atas sampai bawah. Cuma kali ini, dia tidak memakai sarung tangan hitam serta mask.

Adrenaline aku terus memucak. Rasa macam kaki ringan sahaja nak berlari dari sini. Namun, tangannya masih elok menggenggam kemas lenganku yang berlapik baju. Terbatas segala pergerakkanku.

“Apa awak buat di sini?” soalku sambil menarik tangan aku sedikit kuat.

Namun, lelaki di hadapanku ini semakin mengemaskan genggamannya. Membuatkan aku gagal menarik tangan aku semula. Meremang bulu roma aku apabila diperlakukan seperti ini.

“Listen, Zahra. Kita patut lari dari sini” katanya sambil memandang aku tepat.

“Kenapa saya perlu dengar cakap awak, Encik Qaisy Naufal? Dan tolong jangan pegang tangan saya! Awak nak saya panggil polis ke?” balasku sedikit kasar.

Mentang-mentang suami aku tiada, semakin berani dia memunculkan diri dan mengambil kesempatan. Apa masalah jantan ni?

“Sorry, tapi saya tiada masa untuk terangkan. Kita patut lari sekarang” kata Qaisy lalu terus menarik aku mengikuti langkahnya.

Disebabkan genggaman Qaisy yang kemas dan sedikit kuat, aku terpaksa mengikut langkahnya.

“Awak nak bawa saya ke mana?” soalku lagi.

Aku ni sudahlah mengandung. Nak berlari pula. Memang payahlah nak bergerak.

“Keluar dari tempat ni” balas Qaisy.

Continue Reading

You'll Also Like

525K 25.3K 75
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
148K 6.8K 57
Daim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu s...
612K 24.2K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
ILUSI By NSR

Mystery / Thriller

1.2K 171 36
Dia bukanlah seorang gadis yang dianugerahkan untuk melihat sesuatu yang tidak dilihat orang dengan mata kasar. Sungguh, kalau itu terjadi pasti seti...