TERNYATA HANYA KAMU (UNPUBLIS...

By msroses_

1.8M 14.6K 377

2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabka... More

Introduction
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8

Bab 9

35.1K 1.4K 49
By msroses_

Nurina Amani pantas bangun dari baringan. Tempat ini terlalu asing bagi dia. Dia memandang sekeliling bilik yang luas itu. Cuba menghadam di mana dia berada ketika ini. Jam di dinding bilik dikerling. Sudah pukul 5.00 petang. Perlahan-lahan Nurina Amani melangkah turun dari katil bersaiz besar itu, meninggalkan tilam yang sangat empuk itu. Hilang terus sakit badan yang dirasakan akibat tidur dalam posisi duduk semasa menjaga Amanda semalam.

Amanda? Eh? Pantas tangan naik menekup mulut. Segera dia berpusing melihat ke arah katil. Amanda sudah tiada!

Dia tertidur ke? Ya Allah! Kau dah kenapa Nurina Amani! Mesti mengamuk Tengku Harraz nanti. Sedap-sedap je dia tidur atas katil lelaki itu. Tangan naik menampar pipi sendiri.

Pantas Nurina Amani mengatur langkah menuju ke pintu. Ingin segera menuju ke dapur. Kesian bonda. Sudahlah wanita itu ingin masakkan untuknya, boleh pulak dia tidur macam permaisuri dalam bilik ini. Bilik orang pulak tu!

Laju sahaja langkah dibawa menuruni tangga.

"Hi Mommy!" Sapaan comel itu membuatkan langkah Nurina Amani yang ingin menuju ke dapur itu terhenti. Tengku Amanda yang berada di atas riba Tengku Harraz itu sudah melambai ke arahnya dengan wajah ceria.

Nurina Amani menelan liur yang terasa pahit. Dia sudah menggigit bibir apabila wajah dingin lelaki itu memandang ke arahnya.

"Saya minta maaf, Tengku. Saya tertidur atas katil Tengku" perlahan sahaja suara Nurina Amani. Dia tunduk merenung lantai. Tidak berani memandang wajah jejaka di hadapannya itu.

"Hmm" pendek sahaja jawapan yang diberikan oleh Tengku Harraz.

"Eh, Amani bangun dah. Kejap lagi boleh la makan. Dah nak siap dah tu" suara Tengku Khalida yang baru datang dari dapur membuatkan Nurina Amani mengangkat wajah.

"Bonda.." Segera langkah diatur ke arah Tengku Khalida.

"Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tertidur. Sorry sangat sebab tak tolong bonda" lembut sahaja Nurina menuturkan. Tangan wanita separuh usia itu dicapai sebelum digenggam perlahan. Wajah Nurina Amani sudah berkerut. Perasaan bersalah mencengkam tangkai hatinya ketika ini.

"Takpelah, bonda faham. Amani kan penat jaga Amanda semalam. Lagipun Harraz cakap Amanda asyik merengek je semalam. Kesian Amani" Tengku Khalida tersenyum memandang wajah ayu yang bertudung hitam itu.

Nurina Amani hanya tersenyum.

"Saya mintak maaf lagi sekali ye bonda"

"Jangan maafkan Kak Amani, bonda!" Tengku Syafa yang datang dari dapur sudah senyum mengusik.

"Syafa.. Sorry akak tak tolong Syafa dengan bonda tadi" Nurina Amani melangkah ke arah Tengku Syafa pula.

"Syafa boleh maafkan tapi dengan dua syarat" Tengku Syafa sudah tersenyum menayang gigi. Dua jari tangannya dinaikkan.

"Apa dia tu?" Nurina Amani sudah mengerutkan dahi. Seram melihat senyuman di wajah Syafa itu.

"Kak Amani jangan risau, syarat yang Syafa nak bagi nanti senang je" ujar Tengku Syafa. Sempat dia mengerling ke arah jejaka yang sedang memandang tajam ke arahnya. Kening diangkat sambil tersenyum ke arah Tengku Harraz.

"Tapi bukan sekarang, kita makan dulu, perut Syafa dah lapar sangat dah ni" Tengku Syafa menepuk perutnya sebelum tangan Nurina Amani ditarik ke meja makan.

"Mommy! Amanda nak ikut Mommy!" Tengku Amanda yang berada di pangkuan daddynya terus turun dari sofa sebelum berlari mengejar langkah kaki Nurina Amani.

Tengku Syafa dan Tengku Khalida yang melihat keletah kanak-kanak itu hanya tertawa kecil. Tengku Harraz pula hanya mendiamkan diri. Dia turut mengatur langkah menuju ke meja makan.

"Amanda nak sit with mommy and daddy, boleh?"

"Eh, mestilah boleh, princess. Takkan tak boleh" Tengku Syafa sudah sembunyi senyum apabila pandangan Tengku Harraz tepat menghala ke arahnya.

"Yeayy.. jom mommy!" Pantas Tengku Amanda menarik tangan Nurina Amani merapati kerusi yang sedang diduduki oleh Tengku Harraz.

Serba salah Nurina menarik kerusi yang berada di sebelah Tengku Harraz sebelum Linda meletakkan babychair Tengku Amanda di antara mereka berdua.

"Mommy shuap Amanda, okay!" Ujar kanak-kanak itu ceria.

"Okay, babygirl. Acik Amani suapkan. Tapi Amanda kena makan banyak-banyak tau" Nurina Amani tersenyum. Tangan naik mencuit hidung Tengku Amanda yang tersenyum ceria.

"Okay Mommy!"

Tengku Harraz hanya diam memerhati Nurina Amani yang bergilir-gilir menyuap nasi ke mulutnya dan Amanda. Sikitpun tidak nampak kekok. Anaknya pula, bukan main selera sehinggakan nasi didalam pinggannya perlu ditambah beberapa kali.

Tengku Harraz melepaskan keluhan kecil sebelum pandangan dialihkan dari wajah wanita itu. Dia bukannya buta, dia tahu Amanda gembira dengan wanita itu. Tapi bagaimana kalau wanita itu tidak ikhlas? Bagaimana kalau wanita itu ada agenda tersendiri. Dia taknak Amanda menjadi mangsa. Peristiwa dulu mungkin tidak memberi kesan kepada anaknya, tapi sekarang, dia tidak mahu Amanda rasakan apa yang dia rasa dahulu. Peritnya ditinggalkan oleh orang yang kita sayang. Tengku Harraz buntu. Adakah dia harus membenarkan hubungan ini terus berlanjutan atau hentikan sebelum mereka semakin menjadi lebih rapat? Dia tahu lambat atau cepat, kesannya tetap sama. Amanda yang akan terluka.

"Sedap ke, Amani? Bonda risau tak kena dengan selera Amani" pertanyaan Tengku Khalida mengembalikan Tengku Harraz ke dunia nyata. Dia turut memandang ke arah Nurina Amani.

"Sedap la bonda masak! Banyak betul saya makan" jawab Nurina Amani sambil tersenyum. Betul, dia memang tak tipu. Masakan Tengku Khalida memang sedap. Bukan main banyak dia makan.

"Alhamdulillah, lega hati bonda dengar" Tengku Khalida tersenyum. Sempat dia mengerling sekilas ke arah Tengku Harraz. Dari tadi tidak ada satu perkataan pun keluar daripada mulut lelaki itu. Wajah itu tidak beriak.

"So, Syafa dah boleh cakapkan syarat-syarat Syafa tadi?" Tengku Syafa membuka mulut saat pembantu rumah sudah mengutip pinggan nasi dan mula menghidangkan pencuci mulut di atas meja.

Nurina Amani hanya tersenyum sambil mengangguk.

"First, Kak Amani janganlah bahasakan diri saya dengan bonda. Nampak macam orang asing je. Dengan BondaNgah boleh je Kak Amani bahasakan diri Amani" selamba sahaja Tengku Syafa berkata-kata.

Nurina Amani sudah tercengang.

"Boleh tak, Kak Amani?"

Nurina Amani sudah tayang muka serba salah. Tangan naik menggaru kening.

"Okay.. boleh Syafa.."

Tengku Khalida sudah tersenyum. Gembira dengan syarat yang diberikan anak perempuannya itu.

"Satu lagi!" Tengku Syafa memandang lagi ke arah Nurina Amani.

"Taknaklah bahasakan diri Acik Amani dekat Amanda. Kesian Amanda. Dah macam syok sendiri pulak sebab dia je yang panggil Kak Amani mommy" sambung Syafa.

Nurina Amani menelan liur.

'Wah! Syafa ni bukan biasa-biasa ye. Sekali tembak tak tengok kiri kanan dah. Dia tak nampak ke The Rock tu dah pandang dia macam nak telan!' detik hati Nurina Amani.

"Err.."

"No excuse, kak Amani!" Laju sahaja Tengku Syafa memotong percakapan Nurina Amani.

"Abang pun okay, kan?" Tambah Tengku Syafa lagi. Pandangan dialihkan ke arah wajah tampan Tengku Harraz. Syafa tahu dia sedang mencabar kesabaran seorang Tengku Harraz Iskandar tetapi dia hanya abaikan pandangan tajam itu.

"Please stop talking nonsense,Tengku Syafa Ilyani. " Tengku Harraz mendengus. Dingin sahaja suara itu bertanya. Dari tadi adiknya itu memprovoknya berkenaan Nurina Amani dan Amanda.

Tengku Syafa hanya menunjukkan wajah tiada perasaan tetapi Nurina Amani dah rasa macam nak pengsan. Dia hanya mengerling wajah tegang lelaki itu dengan ekor mata.

"What nonsense, abang? Betulkan apa yang Syafa cakap? Salah ke kalau Syafa nak bagi Amanda tu rasa macam mana ada mommy?" Tengku Syafa menentang pandangan tajam abangnya itu.

Tengku Khalida hanya mendiamkan diri. Dia akui ada betulnya apa yang diperkatakan Syafa itu tapi dia tidak berani menyampuk.

Nurina Amani sudah memandang Tengku Syafa. Meminta supaya wanita itu bertenang. Kalau ikutkan hati, nak je dia lari daripada rumah ini sekarang juga. Tidak mahu menjadi punca perbalahan dua beradik itu.

"Sampai bila abang nak besarkan Amanda tanpa kasih sayang seorang ibu, abang? Abang rasa kasih sayang abang sorang dah cukup? You think your love alone is enough?" Tanya Tengku Syafa lagi. Nada suaranya seboleh-bolehnya dikawal. Abangnya perlu sedar. Lagipun tak semua wanita sama! Syafa yakin Kak Amani tak sama seperti Julia Raihana. Seperti langit dengan bumi.

Tengku Harraz mengepal tangan. Gigi diketap. Dia memandang tajam ke arah Tengku Syafa sebelum memandang sekilas ke arah Tengku Amanda yang sudah berada dalam pelukan Nurina Amani. Wajah kanak-kanak itu nampak bingung.

"You're too much, Syafa" ujar Tengku Harraz perlahan sebelum terus berlalu meninggalkan meja makan. Tegang sahaja wajahnya. Langkah kaki terus diatur ke tingkat atas.

Nurina Amani sudah termangu. Dia memandang ke arah Tengku Syafa dan Tengku Khalida yang nampak kesal. Dia faham dengan keadaan Tengku Harraz sebenarnya. Pasti cinta untuk sang isteri masih utuh di dalam hati lelaki itu. Siapa yang tidak marah jika ada orang lain ingin menggantikan tempat arwah isterinya sebagai ibu Tengku Amanda.

"Mommy, kenapa daddy angry?" Perlahan sahaja suara kanak-kanak comel itu berbisik ditelinga Nurina Amani.

"Mana ada daddy angry. Daddy cuma tired je.." jawab Nurina Amani sambil tersenyum. Kepala Tengku Amanda diusap perlahan.

Nurina sempat mengerling sekilas ke arah jam di dinding. Sudah pukul 6.45 petang. Melihatkan keadaan tadi, nampaknya Nurina Amani perlu memandu sendiri untuk pulang ke Sepang. Tengku Harraz pasti sudah tidak ada mood untuk menghantarnya. Dia pun boleh je balik sendiri sebenarnya. Bukannya dia tidak biasa.

"Err.. Bonda, Syafa.. Amani rasa, Amani mintak diri dulu la ye." Nurina Amani sudah berura-ura untuk pulang.

"Eh, Amani nak balik sorang ke? Kan Harraz cakap dia nak hantar Amani?" Tengku Khalida sudah bangun dari duduk. Ingin menghalang wanita itu daripada pulang sendirian.

Tengku Syafa melepaskan keluhan perlahan. Dia tahu Kak Amani pasti serba salah melihatkan keadaan tadi.

"Syafa, akak mintak maaf tau. Tentang apa yang Syafa minta tadi, itu bukan hak akak untuk tentukan" Nurina Amani sudah tersenyum lembut. Tangan Syafa ditarik sebelum digenggam perlahan.

"Kak Amani tak sudi ke jadi mommy Amanda?" Perlahan sahaja suara Tengku Syafa bertanya.

"Hah? Apa maksud Syafa?" Dahi Nurina Amani sudah berkerut. Wajah wanita yang berambut panjang itu ditenung.

"Maksud Syafa jadi mommy Amanda dalam erti kata sebenarnya"

Nurina Amani sudah menghamburkan nafas berat. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepala.

"Syafa, soal ni bukan soal remeh tau. Family Syafa baru je kenal akak. Akak pun sama. Tak sampai tiga hari pun"

"Memang kita kenal tak lama kak Amani. Tapi family BondaNgah dah kenal Kak Amani dah lama. Syafa yakin Kak Amani layak jadi mommy Amanda. Hanya Kak Amani yang mampu beri kasih sayang seorang ibu pada Amanda! Because Amanda has chosen you, Kak Amani"

"Akak mampu bagi kasih sayang tu, Syafa. Tapi akak tak layak. Kalau family Syafa minta akak sayang Amanda macam anak akak sendiri, akak boleh buat. Tapi, kalau lebih dari tu, akak minta maaf sangat" balas Nurina Amani perlahan. Berkahwin? Memang tidak pernah ada dalam kamus hidup dia. Dia tidak sanggup memperjudikan kebahagiaannya kepada sebuah ikatan perkahwinan.

Dan perkahwinan dengan Tengku Harraz? Lelaki yang sikit pun tidak mencintai dia? Tidak mungkin! Sedangkan ikatan yang dibina atas dasar cinta dan sayang pun boleh musnah, inikan pula hubungan tanpa kasih sayang. Nurina tidak sanggup!

Baru sahaja dia ingin melangkah untuk bersalaman dengan Tengku Khalida, mata sempat menangkap susuk tubuh Tengku Harraz yang sedang menuruni anak tangga. Lelaki itu tampak lebih segar. Lelaki itu hanya memakai kain pelikat dan sehelai kurta berwarna hitam. Wajahnya juga sudah tidak setegang tadi.

Perlahan-lahan langkah lelaki itu dihalakan ke arah Nurina Amani sebelum tangan dihulurkan untuk mendukung Amanda.

"Princess, jom mandi dengan daddy"

"Okay, daddy!" Ceria suara Tengku Amanda menjawab. Laju sahaja kanak-kanak kecil itu menyambut huluran tangan daddynya.

Nurina Amani hanya menggigit bibir apabila melihat lelaki itu berpaling. Dia tidak sempat mengucapkan selamat tinggal lagi kepada Amanda.

"Aku hantar kau lepas maghrib" Tengku Harraz bersuara sebelum susuk tubuh itu hilang daripada pandangan.

Nurina Amani tercengang. Lelaki itu tidak memberi peluang langsung untuk dia menjawab!

***************************************

"Bonda, terima kasih sebab dah masakkan untuk Amani harini. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi ya, bonda" Tangan dihulur untuk bersalaman dengan Tengku Khalida. Tangan wanita tua itu dikucup lembut sebelum dia ditarik ke dalam pelukan.

"Sama-sama. Terima kasih jugak sebab Amani sudi tolong jagakan Amanda dekat wad. Jangan serik datang sini lagi,ya . Tak pun nanti free-free, datang la rumah bonda" Tengku Khalida melepaskan pelukan. Wajah lembut itu ditatap sayang.

"InsyaAllah bonda" Nurina Amani menghadiahkan senyuman manis kepada wanita itu sebelum pandangan dialihkan ke arah Tengku Syafa yang sedang mendukung Tengku Amanda yang sudah mencebik menahan tangis.

"Syafa, Akak balik dulu. Nanti kita jumpa lagi, ya" Tengku Syafa ditarik ke dalam pelukan.

"Okay, Kak Amani. Sorry ya pasal tadi" Nurina Amani hanya mengangguk sambil tersenyum memandang ke wanita yang sudah beriak serba salah itu.

"Babygirl.." dengan panggilan itu sahaja sudah berjaya memecahkan tangisan Tengku Amanda. Dia sudah menyuakan tangan ke arah Nurina Amani. Minta didukung.

"Shh shh.. janganlah nangis, sayang. Nanti Acik Amani datang lagi, okay?" Belakang tubuh anak itu ditepuk perlahan.

"Okay, mommy..nanti mommy call Amanda, tau!" Tengku Amanda sudah teresak-esak. Pipi tembam kanak-kanak itu sudah mula memerah akibat menangis.

"Ya, sayang.. Nanti Acik Amani call Amanda everyday"

"Promish?" Mata bulat itu merenung wajah Nurina Amani.

"Promise.." Nurina Amani mengucup perlahan dahi Tengku Amanda.

"I'll missh you, mommy" Tengku Amanda memeluk leher Nurina Amani erat.

"Mommy will miss you too, sayang" perlahan sahaja Nurina Amani mengungkapkan. Cukup untuk pendengaran Amanda sahaja.

Tengku Harraz yang bersandar di BMW X6 nya hanya mendiamkan diri. Dia hanya merenung tajam ke arah Tengku Amanda yang sedang menangis sambil memeluk Nurina Amani. Dia melepaskan keluhan sebelum memboloskan diri ke dalam kereta.

"Acik Amani pergi dulu,ya. Amanda promise jangan naughty naughty, dengar cakap daddy, nenda and bondasu.. jangan nangis-nangis okay? Kena jadi goodgirl" suara Nurina Amani sudah bergetar. Entah kenapa dia rasa sebak.

"Okay, mommy" jawab Tengku Amanda sebelum Nurina Amani menghulurkannya kepada Tengku Syafa untuk didukung.

***************************************

Keadaan senyap sunyi menyelubungi mereka berdua. Radio pun tidak dipasang oleh lelaki itu. Kalau tak ada lagu pun, sekurang-kurangnya dapat dengar suara DJ bercakap pun dah boleh menghilangkan suasana kekok ini. Tapi Nurina Amani hanya mendiamkan diri. Ingat dia berani ke hendak pasang radio kereta mewah lelaki ini sesuka hati. Nanti salah tekan butang, tak pasal-pasal The Rock dekat sebelah ni mengamuk.

Tengku Harraz mengerling sekilas ke arah wanita di sebelahnya. Telefon bimbitnya dihulurkan ke arah wanita itu.

"Give me your phone number" dingin sahaja nada lelaki itu.

"Nak buat apa, Tengku?" Nurina Amani bertanya sopan.

"Did Amanda already gave you her phone number?"

Nurina Amani mengerutkan dahi.

"Amanda ada phone number sendiri?" Polos sahaja Nurina Amani bertanya.

Tengku Harraz sudah mendengus perlahan.

"That's what I mean, Cik Nurina. Dah sah-sah Amanda tu tak ada phone number sendiri. That's why I asked for your phone number. Senang kalau dia suruh call or video call kau"

Nurina sudah memalingkan muka ke luar tingkap. Tangan naik memukul mulutnya perlahan.

"So, can I get it now?" Tanya lelaki itu dengan wajah tidak beriak. Nurina hanya mengangguk sambil mencapai telefon bimbit yang dihulurkan.

"Rumah kau dekat mana"

"Sungai Pelek" Nurina menjawab sambil tangan lincah memasukkan nombor telefonnya ke dalam telefon bimbit lelaki itu.

"Stay dengan siapa?"

"Dengan ibu"

"Only two of you?"

"Ya, betul"

"Kau kerja apa?" Tanya lelaki itu lagi. Masih bernada dingin. Sekali dengar dah macam sesi temuduga.

Nurina Amani mengerutkan dahi. Pelik dengan pertanyaan tiba-tiba daripada lelaki muka batu itu.

"Cikgu tadika" perlahan sahaja Nurina menjawab.

"I want to offer you a job.." Tengku Harraz berpaling memandang wajah yang sudah berkerut di sebelahnya.

"Hah? Apa maksud Tengku" Nurina semakin tercengang. Semakin bingung dengan lelaki di sebelahnya itu.

"Tolong jadi mommy kepada anak aku. Aku sanggup bayar berapa je yang kau nak!"

Hah?!

***************************************

Continue Reading

You'll Also Like

602K 23.9K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
2.8K 96 8
Old man but hot! Spicy but sweet! Boldness but caring! Silent like a killer!!!
6.7M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
2.3M 180K 93
💍 the everyday life of aku dan suami aku yang introvert. note: cerita ini sequel 'flirt', tapi boleh baca sebagai standalone. (:D) â€ŧī¸ mature readers...