The Untold Stories (Vol 2)

Da akuorgbiasa

115K 10.2K 1.5K

Cerita-cerita pendek coretan AOB Altro

TUS 2.0
Abang sayang kau
Convocation
Ramadhan Kareem
Ramadhan kareem #2
Ramadhan kareem #3
first time
go with the flow...
go with the flow (part 2)
45 min writing challenge
Cinta pertama
As long as you want me...
Throwback: Dee...ar
Versi Ustaz Naqib
lansi
lansi (part 2)
guardian...
woman to woman...
cemburu tanda sayang
throwback: Geng Terlajak Laris
Kenduri
the proposal
Redah
Indah-Kacak
Pesan abang
yang terindah
cerita kita
the day after
model
because i love you...
reason
pulang
cinta sejati
Buah Hati Yang ke-1(b)
kedua
kedua (dua)
our sister, our guardian...
ramadhan kareem
ramadhan kareem (story #3)
promo ebook: Kisah Kita, Maggi dan Balkoni
ramadhan kareem (story #4)
ramadhan kareem (story #5)
raya kita
balik raya
raya pertama kita
1st baby moment
Along yang bengis
Along yang bengis (part 2)
Along yang bengis (Part 3)
A.L.O.N.G
Kekuatan
Bidadari Ustaz Cool
bukan hantu
pelanggan tetap

ramadhan kareem (story #2)

1.6K 203 22
Da akuorgbiasa

Susunan bekas di dalam peti sejuk itu dipandang satu persatu sambil jari menunjuk ke arah bekas-bekas bersusun itu.

"Pes asam pedas, checked! Rencah sayur and sayur, checked! Daging, checked!"

Syirah senyum puas hati.

Kali berpuasa sebagai seorang isteri. Jadi dia mahu masak lauk bersahur buat suami tercinta. Kebetulan, Syirah pun baru sahaja bersih daripada haid Maghrib tadi. Maka dapatlah berpuasa bersama-sama esok hari. 

Pes asam pedas yang diimport dari rumah ibu bersama beberapa jenis pes lagi. Nama nak buat sendiri, memang tak lah. Ibu pun agaknya tak yakin dengan anaknya sorang ni. Bimbang menantu dia kebulur tak bersahur.

Memang jadi bahan gelak abang dan Dira lah. Tetapi Syirah tak ambil hati pun. Dia mengaku dia memang tak pandai masak. Sejak berumur 13 tahun dah berkelana di asrama, sehinggalah dah besar panjang. Dapat pula ibu yang memang tersangat cekap di dapur. Dia sorang je setel semua. Jadi Syirah dan Dira memang setakat bantu basuh pinggan je. Macam mana nak pandai masak.

Well, sekurang-kurangnya itu alasan yang dia dan adiknya itu gunakanlah!

"Tenung apa tu?"

Tersentak Syirah dibuatnya disapa secara tiba-tiba oleh sang suami.

"Tengok bahan nak masak esok ni dah cukup ke tak," jawabnya.

Adha sengih. "Tudia.. Siap buat checking noo? Semangat betul tu!"

Syirah berdecit. "Nak perli kitalah tu. Taulah kita tak pandai masak," balas Syirah dengan nada merajuk.

Adha terus tertawa. "Bi tak cakap pun eh! You cakap sendiri. Don't put the blame on me," ujar Adha selamba.

Adha, tetaplah Adha. Semberono begitulah perangai dia. Memang tak pandailah nak sweet talk jaga hati.

"Selalunya kita ni bersahur makan roti je. Ni sebab tahun ni kita ni bersahur dengan suami. Tu yang semangat. Untuk awak semua ni tahu, tak?"

Adha sengih terangguk-angguk sambil memandang matanya tunak merenung wajah cantik Syirah.

"Appreciate that, baby. Thank you," ucap Adha romantis dituruti kenyitan mata.

Walaupun lelaki ini dah beberapa bulan menjadi teman sekatil, tetapi bila dia berbicara dengan tona romantis begini, tetaplah buat jantung Syirah berdegup kencang.

Dia langsung tertunduk malu. Blushing.

Ah, mencik ahh...

"Lama lagi ke checking tu?"

Syirah panggung kepala semula. "Eh, dah siap dah."

"Jom. Kita solat Isyak and terawih jemaah."

"Kat rumah? Bi imam?"

Soalan polosnya itu buat Adha tertawa.

"Pau, walaupun Bi ni spend almost half of my life in US, tapi Bi tetap berpegang pada ajaran, lelaki kena jadi imam. And perempuan tak boleh imamkan lelaki," jawab Adha diselang-seli gelak kecil.

"Tahulah! Maksud Fi, kita solat jemaah kat rumah ke? Ke nak pergi masjid?"

"Rumahlah, Fi... Tak yakin bi boleh jadi imam ke? Selama ni bi imam, okey je kan?"

Kali ini Syirah pula tertawa. Dia lantas bangkit dari silanya dan menutup pintu peti ais. Terus menapak menghampiri suaminya itu.

"Bukan macam tu lah, Encik Khairul..." ujarnya dan terus mendakap tubuh suaminya itu.

"Solat terawih kan banyak rakaat. Kutlah Encik Khairul tak berani nak bawa. Kang tak cukup surah..."

Adha yang bersandar di dinding itu melingkarkan tangan ke pinggang Syirah.

"You are underestimating me, pau. Dulu dekat uni, bi pernah imamkan jemaah dekat musolla tau. See the leg la..."

Syirah tertawa. Dia tongkatkan dagu ke dada Adha. "Ei, mamat jahat kepala dongga ni! Buat kita makin jatuh cinta tergolek-golek-golek dekat dia je."

"Kiss sikit lah kalau jatuh cinta golek-golek."

"No."

"Bi nak..."

"No.... Nanti tak jadi nak solat terawih berimamkan Encik Khairul."

Adha tertawa. "Okey. Ditangguhkan. Jom. Encik Khairul pun tak sabaq nak tunjuk kehebatan ni." Sambil itu mereka berpelukan menuju ke bilik kelamin mereka.

"Oi, riyaknya!"

Ramadan pertama dengan mamat jahat kepala dongga ni! Terujanya!

***********

Bunyi yang datang daripada telefon bimbit itu mengganggu lena. Syirah lantas bangkit daripada baringnya. Telefon bimbit Samsungnya itu diangkat untuk mematikan alarm. Sambil itu dia menguap.

5:45 AM

Alarm didiamkan. Dia menguap sekali lagi.

Adha masih elok berselimut di sebelah.

Syirah gesek mata.

Kenapa rasa pelik je eh? Macam ada yang tak kena.

Tiba-tiba matanya buntang.

"YA ALLAH!!!!" jeritnya.

Terus tegak tubuh sang suami yang enak lena tadi.

"What? What? What?"

"Bi, bangun, bi! Sahur! Sahur! Dah 545!" ujar Syirah kelam-kabut turun daripada katil. Sambil dia berjalan ke tandas, sambil itu dia sanggulkan rambutnya yang panjang mengurai.

Membasuh muka dan berkumuh ala kadar, dia keluar daripada tandas dan melihat si suami masih termenung.

"Bi!! Jangan menung! Cepat! Nanti habis waktu!"

Adha lantas turut bangkit.

Syirah berlari ke dapur. Like, literally running! Dalam kondominium mereka yang sekangkang kera itu.

"Ya allah, bodohnya kau ni Syirah! Kenapa boleh lupa set alarm! Ya allah, bodohnya!"

Tangannya laju mengambil susu di dalam peti ais.

"Eh, kopi! Kopi! Bi kena minum kopi. Nanti dia sakit kepala!"

Lalu laju mengambil cawan sebiji dan membancuh kopi. Mujur jugalah ada air panas tersedia.

"Auchh!!" Dek kerana terlalu kelam-kabut, sampai terpercik air panas ke tangan.

"Careful, fi..." suara serak baru itu menegur.

"Meh, bi buat..."

"Eh, tak apa. Fi buat kejap. Bi duduk. Makan kurma. Or biskut. Or roti. Or apa-apa je lah!"

Adha sengih sambil menggeleng kepala.

Siap kopi susu dibancuh buat suaminya itu, dia letakkan cawan panas itu di hadapan Adha yang dah mengambil tempat.

Kemudian dia tuang susu ke dalam gelas buat dirinya sendiri.

Mereka berdua sepi tak berbicara. Menggunakan sisa baki waktu sebelum azan subuh berkumandang untuk bersahur ala kadar.

Saat azan kedengaran sayup-sayup, mereka berdua terus berhenti makan dan minum.

Mereka berpandangan sejenak sebelum Adha ketawa terbahak-bahak.

"Bi...... janganlah gelak.... Sorry....." rengek Syirah.

"Adoi, lawaklah. Bukan main semalam dah cek barang nak masak bagai. You lupa set alarm?"

"Sorry, bi..... Ala, spoil la. Camana ni? Bi boleh tahan ke?"

Adha masih ketawa. Entah apa yang kelakar sangat.

Orang susah hati ni! Dia ni boleh tahan ke? Sebab umi, ibu mentua Syirah beritahu, Adha memang jenis bersahur dengan makanan berat.

"Pau ni memang comellah. Dahlah comel, kelakar pulak tu. Macam tu pun boleh eh?"

Syirah mencebik.

Rasa bersalah. Tetapi, dalam masa yang sama, dia mahu salahkan Adha juga.

"Bi punya salahlah! Kacau fi malam tadi. Sampai lupa nak set alarm!"

Tawa Adha yang dah reda tadi kembali berdekah.

"Bi pulak?!"

Syirah berdecit. "Macam mana ni, bi?"

Adha kesat mata yang berair dek terlalu suka ketawa tadi.

"Macam mana apa? Camtu lah! There goes our first sahur together."

Syirah semakin mencebik.

"Dah tu! Mandi! Kang tak sah puasa... belum suci lagi tu," ujar Adha sambil mencubit pipi Syirah manja dan berlalu pergi.

Syirah hanya memandang susuk suaminya itu berlalu.

Dahi ditepuk perlahan.

Spoil, Syirah! Spoil! Huwaaaaaaa.....

************

Syirah menongkat dagu sambil memandang skrin komputer. Nafas ditarik panjang. Terasa letih pula berpuasa hari ini. Padahal, baru sahaja sebulan lepas dia memulun sudahkan puasa qada' untuk ramadan tahun lepas. Perangai! Dah last minute baru menggelabah nak ganti puasa.

Telefon pejabat yang berbunyi tiba-tiba buat dia tersentak.

Syirah beristighfar perlahan sebelum mengangkat gagang.

"Syirah, kak long ni. Nak remind korang untuk berbuka di rumah pak long ya, malam ni," ujar wanita di talian sana. Ariana Abdullah, anak sulung Datuk Abdullah, merangkap pak long ipar Syirah yang menghubunginya rupanya.

"Oh, ya tak ya. Rasanya okey je, kak long. Syirah dah discussed dengan A'a itu hari. Memang plan nak pergi. Pak long and mak long bertolak ke Mekah esok, kan?"

"Yup. Korang datang tau. Tak panggil ramai pun. Sedara mara rapat je."

Syirah senyum. "Okey, kak long. Nanti Syirah remind A'a."

"Great. Thanks, Syirah. Bye!"

Gagang diletak semula. 

Sungguhlah macam cerita drama petang-petang, ditakdirkan dia bekerja di syarikat milik pak cik kepada Adha pula. Padahal, ketika dia memohon dan ditawarkan kerja di sini, dia memang tak tahu langsung syarikat ini ada kait mengait dengan Adha. Masa tu, dia sedang makan hati sangkakan Adha sedang sakan bercinta dengan Sheila, dan dia pun membuka ruang hati untuk Hafiz Shauqi. Tup-tup, jumpa si mamat jahat kepala dongga tu dekat sini untuk kerjasama projek. Alkisahnya ini company pak cik dia da...

Sudahnya, dia memang bekerja dengan saudara-mara. Bos kecik, Ahmad Afiq, anak tengah pak long. Bos besar, pak long. Dan suaminya itu memang suka hati terjah pejabat ni macam syarikat dia sendiri. 

Mentang-mentang pak cik dia punya!

Telefon bimbit dicapai lalu nombor si suami didail.

"Hello.." Lemah suara di sana.

"Bi..."

"Mm.."

"Buat apa?"

"Lie down for a bit. Pening."

Syirah ketap bibir. "Bi lapar eh? Sebab tak sahur properly pagi tadi?"

"Naah. Biasalah, first day. Kenapa, sayang?"

Syirah melepaskan keluhan. Terasa bersalah dek kecuaiannya, suaminya hanya itu hanya sempah menjamah beberapa keping biskut.

"Err, kita buka puasa rumah pak long, kan? Esok kan pak long nak bertolak ke Mekah. So malam ni dia ajak buka puasa."

"Haah. Umi pun dah call Bi tadi."

"So, kita jumpa dekat rumah?"

"Yup."

"Bi larat ke tu nak drive? Kalau tak larat, Fi boleh jemput."

Kala itu dia dengar suaminya itu ketawa. "Terasa macam kanak-kanak 6 tahun yang first time puasa penuh sehari pula."

"Yalah. Dengar suara macam lembik sangat tu."

"Bi okeylah! Rehat sekejap je. Don't worry. Kita jumpa petang nanti, okey?"

"Okey. Take care, bi. Love you..."

"Okey. Love you. Bye!"

Panggilan putus. Bahu Syirah jatuh. Terasa gagal menjadi isteri yang baik di pertama Ramadan bersama. Padahal dah disiapkan semuanya. Begitu dia bersemangat untuk masak buat suami tercinta. Apakan daya, terlupa benda paling penting, set alarm untuk bangun memasak!

Sian hubby kita....

******************

"Assalamualaikum..." ucap Adha sekadar dapat didengari orang-orang yang duduk berdekatan pintu.

"Waalaikumussalam. Ya Allah, A'a! Apa kena A'a lembik semacam ni?" usik mak long yang melihat langkahnya yang lemah longlai.

"Entahnya! Teruk betul. Ni mesti kat US selalu ponteng puasa ni!" Afiq, sepupunya turut menyampuk.

"Diam ah, galah! Mak long, tumpang baring sat..."

Syirah hanya diam menurut suaminya masuk ke dalam banglo besar milik Datuk Abdullah itu. Dia hulurkan buah tangan yang sempat mereka beli dalam perjalanan ke sini, kemudian dia bersalaman dengan sanak saudara yang dah tiba termasuk ibu mentuanya.

"Apa kena A'a tu? Teruk sangat puasa..."

Syirah hanya tersenyum kelat. Kalaulah umi tahu, menantu hantu dia ni punya salah sampai anak kesayangan dia tu lembik macam tu.

"Seben..." Baru sahaja dia mahu membuka mulut, bahunya ditepuk seseorang.

"Apa khabar, Syirah?"

Lebar senyum Syirah melihat susuk Ayu, isteri kepada Fiq. Dia lantas bersalaman dan berlaga pipi dengan si manis itu.

Langsung padam sesi berterus-terang pada ibu mentua. Dia ralit bersembang dengan Ayu dan Wina, anak bongsu bosnya itu. Sejak dia masuk ke keluarga ini, memang dia rapat dengan budak berdua itu walaupun jarak umur agak jauh antara mereka. Wina dan Ayu itu muda daripada dirinya beberapa tahun.

Sesekali mengerling suami yang memang berbaring macam di rumah sendiri di satu ruang di banglo itu. Fiq dan Am turut melepak di situ. 

Kata Adha, rumah pak long ni memang rumah kedua dia sebelum mereka berpindah ke US. Pak long dan mak long manjakan dia sebab dia cucu lelaki pertama dalam keluarga. Afiq lahir tahun yang sama, tetapi hujung tahun. Ayah pula tegas orangnya, ditambah pula mamat ni memang nakalnya naudzubillah masa kecil. Asal kena rotan dengan ayah atau umi, dia telefon pak longnya suruh jemput dia. 

Keakraban Adha dengan keluarga pak long ni, sampai dia pernah minta tukar bin! Umi sendiri yang cerita. Umi juga beritahu, kalau Adha tak kena buang sekolah di SKAD dulu, kemungkinan besar budak bertuah ni akan tinggal di Malaysia dibela pak longnya. Tapi disebabkan dia dibuang sekolah, nama pun dah buruk, jadi mahu tak mahu terpaksa ikut berpindah ke US juga.

Tiba saat berbuka, Adha memang orang pertama yang mengambil tempat menghadap hidangan yang bermacam. Memang betul-betul macam budak kecil yang pertama kali berpuasa. Geleng kepala semua orang dibuatnya. 

"Tulah, lain kali sahur! Kan dah macam orang tak makan setahun gayanya..."

"Syirah kena masak lebih untuk dia ni... Tak boleh ponteng."

Macam-macam lagi usikan saudara-mara. Syirah telan semuanya dengan senyuman dan tawa. Dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu. Betapa dia kecewa dengan dirinya sendiri. 

**************

"Fi?"

Syirah yang membuang pandang ke luar tingkap kereta menoleh apabila Adha memanggil.

"Hmm?"

"Diam je daripada tadi. Kenapa?"

Syirah mengeluh perlahan. "Fi teruk, kan? Isteri yang teruk."

"Lah. Sebab pagi tadi?"

Dia mengangguk dalam keadaan tertunduk bermain jari jemari.

"Fi, tak ada apalah. Okey je."

"Mesti semua orang rasa Fi tak jaga Bi elok-elok. Sahur pun terbabas."

Adha ketawa kali ini. "Mulalah nak overthinking tu."

"Fiq dan Am cakap apa? Ayu mesti tak pernah buat silly mistake macam Fi buat, kan?"

"Cakap apa, apa?"

"Pasal Fi lupa set alarm untuk buatkan sahur untuk Bi," balas Syirah.

"Kenapa pulak diorang nak cakap apa-apa? Plus, mana diorang tahu?"

"Tadi Bi lepak dengan diorang. Bi mestilah cerita. Sembang-sembang dengan umi dan mak long tadi, Bi mesti cerita, kan?"

Adha diam sejenak. Berkerut kening. "Jap. Tak faham. Kenapa pulak Bi kena cerita pasal benda tu dekat orang lain?"

"Fi messed up, kan?"

"So?"

"Sebab Fi messed up la Bi lembik macam budak first time puasa and kena bahan hari ni," sambung Syirah.

"Ya Allah, jauh betul konarnya tu, sayang! Mana ada! Bi tak cerita pada sesiapa pun. Kalau ada yang tahu hal pagi tadi, not from me. I didn't say a word. Sebab Bi langsung tak rasa that was your mistake."

"Tapi kalau Fi set alarm and bangun masak, taklah Bi lembik macam ni."

"Sure?"

Terpempan Syirah tak mampu menjawab soalan itu.

"Pau, Bi nikah dengan you, bukan untuk jadi tukang masak tau. I didn't expect that from you. Salah kita sama-sama sebab tak set alarm. Bi pun patutnya set alarm untuk bangun. So, stop blaming yourself." 

"Bi penat hari ni sebab tadi berjemur dekat site. Kalau sahur dengan nasi tiga pinggan pun, belum tentu Bi bertenaga sampai Maghrib. Trust me. Bapak panas gila hari ni, dengan site kering kontang seketul pokok pun tak wujud. So, memang tak ada kaitan dengan kita sahur koboi pagi tadi."

 Syirah ketap bibir dan memandang Adha lama. Tiba-tiba terasa sebak.

"Tskk..."

"Dah kenapa menangis pulak?"

"Terharu. Sebab Fi ingat Bi mestilah bercerita. Rupanya Bi jaga aib Fi..."

Adha garu dahi dan gelak kecil. "Seriously, Pau. You are one difficult creature to handle. Tak cerita, nangis. Kalau cerita, lagilah nangis empat baldi! But I love you anyway. "

"Bi...." rengek Syirah.

Adha ketawa.

"Dahlah! Jangan nangis. Tak ada benda pun."

"Tapi Fi punya bayangan untuk our first Ramadan tu dah spoil. Fi bayangkan Fi sediakan makanan berkhasiat untuk Bi untuk sahur. Ala-ala isteri solehah!"

Adha ketawa lagi. "Serve Bi malam tadi lagi solehah. Banyak pahala."

Syirah berdecit dan menepuk paha Adha sekali. Malu.

"Don't worry, Pau. We have the entire life to celebrate our Ramadan together, InshaAllah. Nanti kita masak rendang sama-sama at 4am untuk sahur, okey?" ujar Adha berjenaka disambut ketawa oleh Syirah.

"Just so you know, dapat jalani kehidupan with you by my side pun dah a great blessings. So, I have nothing to complain. You are not perfect, but you are more than enough for me. I love you, Pau.."

Lagu cinta berlagu di dalam kotak fikiran, dan Syirah tersenyum lebar.

Walaupun satu Ramadan bersama Adha tak seperti yang dia bayangkan, tetapi Syirah tetap rasa bahagia.

 Semoga kita dapat tempuh Ramadan bersama-sama, hingga ke akhir hayat, mamat jahat kepala dongga..



Continua a leggere

Ti piacerà anche

902K 26.2K 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Ya...
22K 1.6K 21
SAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjua...
743K 2.5K 24
Walaupun badai datang melanda namun cinta antara Arman dan Elly tetap utuh.. Hayati kisah hidup mereka.. 18+
I Like You | ✔ Da Hani

Narrativa generale

657K 30K 60
[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hatiku, Tanpa sedar hingga ku izinkan, Kau...