DIA MILIKKU (C)

Por Rosida_Rosdi

52.6K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... Más

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 45

871 24 0
Por Rosida_Rosdi

Aku mengamati wajah isteriku yang sedang nyenyak tidur. Aku akui aku gagal menahan gelora asmaraku malam tadi. Piqa mesti penat melayan nafsuku sampai ke pagi hingga langsung tidak terjaga walau pipinya disentuh olehku.

Aku kira dia kesakitan kerana erangannya semalam agak kuat. Habis bercalar-balar belakangku di cakarnya. Aku sudah tahan sebulan kot. Rasa seperti hendak meletup kepalaku.

"Maafkan abang sayang," bisikku perlahan.

Aku tersenyum melihat wajahnya yang comel yang kini milik aku. Aku perlahan-lahan bangun dari katil menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Setakat roti bakar atau cereal berserta susu segar tu boleh lah.

Walaupun lelaki pandai memasak itu idaman para wanita, aku menyerah kalah bab itu. Aku tak pandai memasak. Aku pernah cuba, pengakhirannya kurang memberangsangkan. Aku tak mahu mengambil risiko menghidangkan telur hangus kepada isteriku.

Aku membancuh dua gelas air kopi susu. Setelah siap aku naik semula mengejutkan Piqa dari lenanya.

"Sayang... bangun sayang, sarapan," kataku perlahan.

Terkenyit-kenyit matanya baru bangun tidur. Matanya kuyu memandang ke arahku. Mungkin masih mamai.

"Jom mandi. Abang bersihkan sayang."

"Hah?!" Piqa kelam-kabut menarik selimutnya berkelubung di dalamnya.

"Sayang..." aku tersengih. "Abang dah nampak semua lah semalam sayang. Jom lah mandi sayang," rengekku manja.

"Tak nak! Malu!" jeritnya dari dalam selimut.

"Ke sayang nak abang masuk sekali dalam selimut tu?"

Piqa cepat-cepat mengeluarkan kepalanya sahaja seperti kura-kura keluar dari cengkerangnya. Comelnya ya ampun!

"Abang jangan dekati sayang! Nanti sayang gigit!" ugutnya.

Inilah ugutan yang paling 'menakutkan' pernah aku terima sepanjang hayatku.

"Sayang nak gigit dekat mana?" aku menyelak bajuku ke atas.

"Aahhh!!!"

Piqa menjerit membaling bantal ke arahku. Aku tertawa melihat gelagatnya. Makin aku sakat makin menguji pula perangainya. Indahnya hari-hari begini, bergurau-senda dengan orang yang aku sayang.

"Jom la mandi. Suami isteri mandi bersama kan sunnah? Sayang tak nak buat pahala ke dengan abang?"

Dia memuncungkan bibirnya. "Janji abang pejam mata?" ujarnya.

"Okay okay. Abang pejam mata," aku memejam mataku sebelah sementara sebelah lagi separa terbuka.

"Ish abang ni! Sayang malu la!" Piqa menutup mukanya dengan bantal.

"Okay macam ni lah. Abang bogel dulu lepas tu sayang pulak. Baru la adil kan?" kataku langsung membuka baju dan seluarku hingga tiada seurat benang pun di atas kulitku.

Piqa membaling bantal ke mukaku dan melempar selimut ke atasku kemudian berlari meluru masuk ke dalam bilik air.

"Hahahahaha! Sayang! Jangan la tinggal abang!" jeritku dari dalam selimut. Aku terus ketawa tak henti melihat telatah isteriku.

Sementara menunggu Piqa bersiap aku pun turun mandi di bilik air tingkat bawah. Nak buat macam mana kalau tuan badannya malu. Aku hormat setiap keputusannya. Janji dia bahagia sudah cukup bagiku.

"Sayang, kejap lagi abang nak pergi gym jumpa Afham sekejap. Sayang nak ikut?" soalku sambil menghirup air kopiku.

"Erm... tak apa lah abang. Sayang ingat nak balik rumah mak. Abang izinkan?"

"Ya sayang. Abang izinkan. Baliklah bila sayang nak balik pun. Janji inform kat abang. Takut nanti abang balik rumah tengok sayang tak ada, abang report polis pulak," pesanku.

"Hehe... baik abang."

Aku bersiap-siap kemudian terus keluar bertemu Afham.

"Uish lain macam ek orang masih merah inai di jari ni kan? Kemas dan wangi!" tegur Afham melihatku.

"Kau jangan nak macam-macam. Nanti tak pasal-pasal hilang gigi depan tu," ujarku mengangkat penumbukku. Afham ketawa menekan perutnya. Aku naik treadmill sebelah Afham.

"Kenapa kau nak jumpa aku?" soalku serius. Aku mula berlari mengikut Afham. Ketar lutut juga lah penangan semalam.

"Hmm..."

Aku menunggu jawaban dari Afham. Dia mengusap-usap dagunya.

"Kau ada jumpa Amir tak?" soalnya.

"Tak ada," balasku singkat. Aku tak gemar dengar nama budak tu. "Kenapa?"

"Kalau macam tu tak apa lah," ujarnya. "Kau apsal muka ketat sangat? Aku tanya je."

"Tak ada lah. Kau sebut nama budak tu. Sebab dia aku hampir putus dengan Piqa sebelum nikah hari tu!"

"Jadi kau ada jumpa dia la?"

"Hm, ada. Tapi dah lama dah. Kau kenapa dari tadi nak ambil tahu pasal dia?" aku mengerutkan dahiku.

"Hmm... kau ingat tak hari tayar kau pancit hari tu?"

"Yang mana?" aku sudah tak ingat. Yang aku ingat sekarang ratu hatiku semata-mata.

"Kau ni. Penat je aku tolong kau. Kau boleh tak ingat?"

Aku berfikir sejenak. "Oo... ingat ingat. Kau nak ungkit pasal kau tolong aku ke?"

"Bukan. Aku tolong kau ikhlas la. Gampang!" bidasnya. "Kesan kat tayar tu... bukan kesan paku."

"Habis tu?"

"Kesan torehan pisau." Afham terus berlari di atas treadmill. "Aku suruh anak buah aku siasat. And guess what? It's him."

Bedebah punya budak!

"Why he pulled such a childish prank?" bentakku.

Afham mengangkat bahunya. "Aku risau bila dia dapat tahu kau dah kahwin dengan Piqa, makin teruk dia buat kau nanti."

"Kau ingat aku nak biarkan je? He's messing with my wife!"


****


"Rindulah anak mak ni," ibuku manyambutku di pintu.

"Ala mak ni. Rumah kita tak sampai sejengkal pun. Kentut pun bau mak," jawabku berseloroh. "Kalau mak nak datang, datang je lah. Abang tak kisah."

"Tak mahu lah mak ganggu kamu suami isteri." Aku tersenyum mendengar kata-katanya.

"Eh kak Ekin?" aku melihat ke belakang ibuku. Kak Ekin dan Afiq sedang bergolek di atas karpet di ruangtamu.

"Kak Ekin tinggal dengan mak sementara abang Mizi kamu pergi kursus. Boleh lah mak main dengan cucu mak."

"Oo..." aku pun masuk ke dalam mendapatkan Afiq. Geram aku tengok dia semakin lama semakin bulat.

Aku angkat dan dukung anak saudaraku itu. "Lama ke abang Mizi kursus kak?"

"Lama juga lah. Satu bulan kalau tak silap," balasnya sambil melipat baju anaknya.

Afiq menarik-narik rambutku hingga miring-miring kepalaku dibuatnya.

"Oo... sedang elok lah sebelum puasa kan? Erm... kalau kak Ekin bosan bagitahu lah Piqa. Kita boleh bawak mak sekali keluar jalan-jalan. Abang pun siang-siang tak ada di rumah. Busy di pejabat," ujarku sambil mengaduh dibuli anak saudaraku.

"Boleh ke? Best kan kalau dapat me-time keluar shopping. Jalan-jalan cari makan."

Aku mengangguk-angguk setuju. Wanita dan shopping sudah sebati. Membeli-belah ini kalau tidak hobi, boleh dijadikan terapi minda. Tak beli pun tidak mengapa. Janji boleh cuci mata.

"Nanti Piqa tanya abang. Kalau dia izinkan, nanti boleh la kita jalan-jalan."

Afiq melompat-lompat girang di atas ribaku seperti mengerti apa yang kami bualkan. "Afiq nak ikut maksu jalan-jalan ek?" soalku kepada Afiq yang hanya membalas dengan tawanya. Ternganga-nganga mulutnya di agah olehku.

Aku meletaknya semula di atas karpet. Terumbang-ambing dia berusaha untuk merangkak. Kadang tertonggeng. Tergelak kami yang melihatnya. Pejam celik sudah 6 bulan lebih usia Afiq.

"Nanti boleh lah dapat kawan kan Afiq?" ibuku berkata sambil menepuk-nepuk punggung Afiq yang kembung dengan lampin.

"Kawan?" aku hairan.

"Anak kamu la," ujar ibuku tersengih.

"Hikk!" Aku tersedu.

Aku menggaru-garu keningku. Aku baru sahaja buat anak semalam. Perit pun tak hilang lagi ni mak oi! Kalau dia mintak lagi malam ni pengsan lah aku jawabnya. Penat aku nak melayan kuasa kudanya itu hingga ke pagi.

Macam lambat lagi je untuk aku menjadi ibu. Perjuangan masih jauh untukku. Tapi kalau sudah tertulis rezeki aku sudah sampai aku terima dengan hati terbuka.

Aku berbual-bual kosong dengan mereka hingga ke petang. Kemudian aku meminta diri untuk pulang kerana aku belum masak untuk Tuan Aaron.

Sampai di rumah aku lihat di atas meja makan sudah terhidang lauk-pauk berserta nasi putih.

"Sayang dah balik? Abang ada belikan makanan untuk makan malam nanti. Sayang tak payah masak lah malam ni. Kesian sayang penat melayan abang semalam," ujarnya berjalan kepadaku lalu memelukku mesra.

Aku membenamkan mukaku di dalam dadanya. Malu tak terkata.

"Sayang borak apa dengan mak tadi?" soalnya sambil mengusap-usap belakangku.

"Ha! Tadi kak Ekin balik. Sayang ingat nak bawak dia dan mak keluar shopping. Boleh tak abang?" soalku mendongak melihat ke dalam matanya.

"Boleh sayang... bila tu?"

"Tengok lah esok ke lusa ke. Betul ke boleh abang?" soalku lagi teruja.

"Ya sayang. Pergilah... abang minta maaf sebab tak sempat nak teman sayang," katanya sayu.

"Tak apa lah abang. Abang kan kerja. Sayang pun faham kerja abang macam mana."

Tuan Aaron memimpin aku duduk di sofa. Dia baring dan meletakkan kepalanya dia atas pehaku. Aku mengelus rambutnya perlahan.

"Kenapa ni abang?"

"Saje. Nak bermanja dengan sayang," dia memusingkan badannya dan memeluk pinggangku. Dia membenam mukanya ke perutku. Lalu mencium-cium bajuku.

"Sayang..."

"Hm?"

"Malam ni abang nak lagi boleh?" soalnya mendongak ke arah mukaku. Dia membuat muka seperti kucing meminta makanan basah.

Telinga aku tiba-tiba terasa hangat. Mata aku melilau dari matanya. Tak mintak aku gelisah, mintak pun aku gelisah. Apa aku nak sebenarnya!

"Boleh?" soalnya lagi mengedip-ngedipkan matanya. Kau ingat kau comel macam tu? Tapi memang comel pun. Uhh...

Aku menutup mukaku dengan kedua tapak tanganku. "Abang ni siang-siang dah tanya soalan macam tu. Malu la sayang."

"Abang suka badan sayan-" Aku menutup mulutnya dengan tapak tanganku.

Aahh!

Aku tak sanggup lagi dengar apa yang dia ingin katakan. Sejak kahwin dia cakap langsung tidak beralas. Boleh kena heart attack aku kalau berterusan begini. Ughh...

Tuan Aaron menarik tanganku perlahan. "I love you sayang. Abang cintakan sayang."

"Sayang pun cintakan abang jugak." dia mengangkat badannya dan mencium bibirku. Dia berhenti sebentar dan mengukir senyuman kepadaku. Kemudian kembali menciumku semula sambil tangannya menyentuh lembut pipiku lalu turun ke leherku.

Esoknya aku bangun dengan badan sakit-sakit. Entah apa lah yang kami buat malam semalam hingga berdenyut-denyut seluruh badanku.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Aku ingat nak pergi shopping hari ini memandangkan duduk di rumah pun tiada apa juga aku boleh buat. Tetapi Tuan Aaron menyuruh aku tunggu sebentar. Dia ingin singgah di rumah sekajap lagi.

30 minit kemudian dia pulang membawa sebuah kereta MPV.

"Abang pinjam kereta siapa ni abang?" soalku aneh. Setahu aku Tengku Afham tidak memiliki kereta jenis Toyota Vellfire ini.

"Nah ambil ni," dia menghulurkan aku segenggam not berwarna ungu. Aku ternganga. Kemudian dia menyelit kad kreditnya ke dalam tas tanganku.

"Banyak sangat ni abang!" aku terkejut. Aku rasa sepuluh ribu tidak kurang. Tuan Aaron hanya tersenyum melihatku.

"This too," ujarnya menyerahkan aku kunci kereta.

Hah?

"Kunci kereta Vellfire tu ke?" soalku menudingkan jari ke arah kereta yang entah siapa punya dia bawa balik.

"Ya sayang. Abang belikan kereta ni untuk sayang pagi tadi. Senang nak shopping. Aston Martin abang nanti tak muat nak masukkan barang-barang," ujarnya selamba seperti membeli pisang goreng di tepi jalan.

"Abang! Jangan lah membazir macam tu."

"Tak ada istilah membazir untuk sayang. Harta abang harta sayang jugak."

Aku menggelengkan kepalaku. Kalau begini lah layanannya kepadaku, akan aku jadikannya Raja di dalam rumah ini.

Seguir leyendo

También te gustarán

1.4K 213 36
Hutang darah perlu dibayar darah bukan? Itulah yang dia sedang lakukan saat ini. Mencari pembunuh yang telah membunuh ahli keluarganya. Sehinggakan d...
260K 17.1K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
606K 22.8K 46
"kakak, kakak nak tahu tak tadi ibu terserempak dengan kawan abah ni.. tinggi, handsome, putih mcm korea. Kakak kan minat korea." "bohonglah mesti t...
[C] Arabella Por 🦋

Historia Corta

204K 4.8K 17
"semua ni kolot, kau percaya lagi ke zaman sekarang ni mencintai tak semestinya memiliki, tu semua kolot tahu tak?" Tengku Aniq kysh "kalau dia nak k...