DIA MILIKKU (C)

By Rosida_Rosdi

53.7K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 44

826 24 0
By Rosida_Rosdi

Anehnya, meski kerap dikecewakan, namun hati masih sahaja mengharap pada orang yang sama. Itu lah kami. Walau bercakaran, berpisah, membawa haluan masing-masing, tapi di penghujungnya pasti bertemu kembali. Seolah titik penyudah sudah tertulis.

"Piqa, tak sangka kau suda mau kahwin kan?" ujar Heather teruja. "I've always had a hunch that you and him were together. Kau ndak bulih tipu aku."

Heather memakai baju kebaya berkain pario berwarna hijau lembut. Dia ditugaskan menjadi pengapit aku.

Aku memandang ke dalam cermin dihadapanku. Bagaikan mimpi. Hari ini aku bakal menikah dengan kekasih hati aku-Tuan Aaron.

"Cik, kita letak veil ya?" kata stylist yang ditempah khas oleh Mommy Tuan Aaron. Veil yang panjang mencecah lantai itu disematkan kemas di atas sanggulku.

Setelah perbincangan dibuat antara keluarga aku dan juga ibu Tuan Aaron. Mereka bersetuju menjadikan tarikh pertunangan sebagai hari nikahku. Semua persiapan dilakukan oleh pihak lelaki. Aku dan keluargaku hanya perlu cuci kaki sahaja.

Mereka memilih hotel lima bintang sebagai tempat majlis pernikahan sekaligus resepsi. Kami mahukan simple tetapi memorable.

"You look so gorgeous today!" kata Heather. Aku memusing-musingkan badanku di hadapan cermin yang besar. Gown putih yang dipakai olehku menggerbang seperti payung. Aku berangan seperti seorang tuan puteri.

Hati aku mula rasa gemuruh. Berbagai perasaan yang datang secara berbondong-bondong. Aku kira semua wanita terutamanya yang masih perawan sepertiku pasti akan merasa debaran yang luarbiasa di hari pernikahan. Bukan tak suka. Tapi takut.

Aku menguis-nguis tanganku. "Heather, aku nervous la."

"Alaa... kau jangan bha begini. Nanti aku ikut nervous juga," ujar Heather tertawa kecil.

Aku memuncungkan bibirku seperti itik serati. Tapi sekurang-kurangnya perasaan gementarku sedikit pudar dengan gurauannya.

"Piqa..." panggil ibuku lembut. "Semua orang dah tunggu tu dekat hall. Jom ikut mak. Piqa duduk atas pelamin ya?"

Ugh... isi perutku seperti hendak terkeluar. Aku berjalan perlahan menuju ke atas pelamin. Semua mata para tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat dan sahabat handai memandang ke arahku. Terutamanya tusukan tajam kerlingan mata dari Tuan Aaron. Dia tak lepas memerhatikanku dari meja akad nikah.

Tuan Aaron begitu kacak berbaju melayu putih cekak musang. Potongan baju yang slim fit itu menyerlahkan lagi ketampanannya.

Bakal imamku.

Heather menemaniku di atas pentas. Tengku Afham pula segak berdiri di sebelah Tuan Aaron. Tengku memakai baju melayu sedondon dengan Heather. Elok sangat lah tu. Hihi.

Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada Tuan Aaron. Pada mulanya fikiran aku masih kabur. Tetapi selepas melihat Tuan Aaron mengusap air matanya ketika menadah tangan berdoa, aku pun turut tersentuh dan mengalirkan air mata kesyukuran. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Tuan Aaron naik ke atas pelamin. "Assalamualaikum sayang," ucapnya tersenyum manis ke arahku. Aku bagaikan terkena panahan asmara. Dia terlalu bercahaya menyilaukan pandangan mataku ini.

"Wa'alaikumussalam abang," balasku tersipu-sipu. Dia duduk disebelahku dan menyarungkan cincin di jariku. Kami berdua kekok serta malu-malu.

Majlis berjalan dengan lancar. Semua tetamu bergembira. Aku pun turut gembira sehingga lah majlis sudah sampai ke penghujungnya. Aku kembali berpijak di bumi yang nyata. Aku gementar. Tuan Aaron yang sedar akan keadaanku itu mengambil tapak tanganku dan diramas-ramas lembut.

"Jom naik bilik sayang? Sayang macam penat je," ujar Tuan Aaron lembut.

"B-b-bilik?!"

Dia tersengih melihat gelagatku. "Jom!" Tuan Aaron meminta izin untuk mengundurkan diri kepada para tetamu dan mengheretku ke bilik yang sudah ditempah khas untuk pengantin.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik yang dihiasi dengan kelopak bunga mawar. Bauan aromaterapi dari lilin memberikan sedikit ketenangan. Namun perasan gerun masih mekar di dadaku.

"Sayang mandi lah dulu. Segar-segarkan badan," katanya sambil mendepa di atas sofa. Dia menghidupkan tv dan mengalih-alih siaran.

Aku masih tercegat di situ.

"Kenapa tak mandi lagi? Ke nak abang mandi sekali?"

"M-m-m-mandi sekali?!" kataku tergagap-gagap.

"Haha. Dah sayang tercegat je."

"Ni. Abang boleh tolong sayang bukakan zip baju tak?" soalku sambil tanganku cuba mencapai zip di belakang badanku namun agak mustahil.

Tuan Aaron tersenyum-senyum melihatku. Dia bangun dan menolongku membuka zip bajuku perlahan. Jantung aku sudah mula tak duduk diam. Jarinya yang tersentuh kulitku menaikkan bulu romaku.

"Nak abang tolong apa-apa lagi?"

"Erm... tak ada. Sayang mandi dulu ya?" Tuan Aaron mengangguk kecil. Tapi matanya masih menjeling ke arahku.

Selesai membersihkan diri aku menyalin pakaian. Aku memakai pajama yang kubawa dari rumah. Aku duduk di bucu katil sementara menunggu Tuan Aaron mandi pula.

"Wahai jantung. Tolong behave boleh tak?" aku bercakap-cakap dengan badanku sendiri.

"Sayang cakap dengan siapa tu?"

Aku terkejut lalu tercampak remote control tv di dalam genggamanku. Aku menoleh ke arah Tuan Aaron yang hanya berseluar panjang tidak memakai baju. Terserlah segala otot yang ada di badannya. Aku segan dan mengalihkan pandanganku.

Dia merapatiku sambil tangannya mengeringkan rambutnya dengan tuala. Dia melabuhkan punggungnya di sebelahku.

"Sayang...?" panggilnya lembut. Dia menunduk mencari mataku. "Sayang okay ke? Kalau sayang penat tidur lah dulu."

"Sayang okay..." balasku perlahan.

Dia merapatkan badannya hingga bahu kami bersentuhan. Dia mengambil tapak tanganku dan diletakkan di atas dadanya yang kekar itu.

"Abang tak okay..." katanya mengerutkan dahi. Rambutnya yang masih basah terurai jatuh menutupi separuh matanya. Aku dapat rasa detak jantungnya di tapak tanganku. Rupanya dia pun sama.

Kami berdua nervous!

"Can I kiss you?" Tangannya terketar-ketar memegang pipiku. Dah jadi suami pun masih meminta izin. Tapi kelembutannya membuatkan aku lebih jatuh hati.

Aku merangkul tengkuknya dan memulakan ciuman. Tanda aku sayangkannya. Tuan Aaron tergamam. Kemudian dia merangkul pinggangku dan membalas ciumanku.

****


Kini sudah hampir sebulan aku duduk di rumah suamiku. Tapi kami masih belum melakukan hubungan suami isteri. Mungkin kerana masing-masing terlalu penat dengan pelbagai urusan.

"Abang. Abang dah balik?" kataku berbasa-basi menyambut kepulangan cinta hatiku dari kerja. Aku mencium tangannya dan dia mencium dahiku.

Dia memeluk badanku. "Abang rindu sayang. Sayang nakal-nakal tak dekat rumah?"

Aku menampar dadanya. "Mana ada. Sayang behave tau," balasku manja. Dia melepaskan pelukannya dan masih tiada apa-apa yang berlaku.

Aku masuk ke dapur dan menghidangkan makan malam. Hati aku sudah mula tak senang. Aku cium bau badanku.

"Bau bawang ke?" getusku di dalam hati. Kenapa Tuan Aaron tak mahu mendekatiku selayaknya aku sebagai seorang isteri.

"Sedap lah sayang masak. Sikit lagi roti abang boleh jadi pau. Haha."

"Taknak lah. Abang kena kekalkan roti tu. Baru lah sedap," gurauku merujuk ke arah six packsnya.

Selesai makan dia mengajakku baring-baring di atas sofa sambil melayan movie. Aku meletakkan kepalaku di atas lengannya. Aku rasa bahagia sangat. Tapi seperti tidak cukup. Aku seakan memerlukan validasi darinya.

"Abang, ada apa-apa yang abang tak selesa ke dengan sayang?" soalku.

"Tak selesa? Tak ada pun," balasnya seraya mencium dahiku lama. Dia terus menonton tv seperti aku tidak wujud. Adakah aku tidak menarik langsung perhatiannya.

"Abang..."

"Ya sayang..." jawabnya lembut. Dia mengusap-usap kepalaku. Matanya lurus ke skrin tv.

"Sayang tak cantik ke abang?"

"Ha? Kenapa sayang cakap macam tu?" Dia memeluk bahuku sambil memandangku dengan muka terkejut.

"Sebab abang tak nak b-buat benda tu pun d-dengan sayang..." kataku terketar-ketar.

"Benda tu?" Tuan Aaron mengerutkan dahinya. Kemudian terdiam. Dia mengurut-urut tengkuknya lalu berdehem.

"Sebab sayang gemuk kan? Mesti abang menyesal kan kahwin dengan sayang," kataku perlahan. Air mata sudah mula membasahi pipi. Aku rasa tak berguna sebagai seorang isteri kerana tidak menjalankan tanggungjawabku kepadanya dengan sempurna.

Tuan Aaron bangun dan menolakku terlentang di atas sofa. Dia memanjat ke atasku. Aku tergamam sehingga air mataku pun terbantut. Dia mengangkat tanganku ke atas kemudian ditekannya ke atas sofa hingga aku terkunci.

Aku cuak!

Nafasnya laju. Dia mendekatkan mukanya kepadaku. Aku memejamkan mataku rapat. Aku tersentak apabila hidungnya mengenai leherku. Badan aku menggeletar. Kemudian Tuan Aaron diam. Tiada langsung pergerakan.

Aku membuka kelopak mataku perlahan-lahan. Dia memandang tepat ke dalam mataku dengan muka yang serius.

"Abang bukan tak nak buat sayang. Hari-hari batin abang meronta tengok sayang depan mata abang. Tapi setiap kali abang sentuh sayang, sayang macam ketakutan. Abang tak nak paksa sayang. Sebab abang sayangkan sayang. Abang tak sampai hati nak sakiti sayang," ujarnya panjang lebar.

Rupanya puncanya dari aku. Aku tiba-tiba merasa malu dengan diriku sendiri.

"T-tapi kan ni tanggungjawab sayang," kataku memandang ke sisi, menahan malu.

"Abang tak nak buat sebab rasa tanggungjawab. Abang nak buat kerana cinta. Abang nak sayang seronok bukan tertekan," balasnya lembut. Dia membelai rambutku perlahan.

Aku terharu mendengar pengakuannya. Selama ini aku terlalu memikirkan perihal tanggungjawab aku sebagai isteri. Hingga aku lupa aku adalah kekasihnya sampai mati.

"Sayang minta maaf abang. Sayang tak sengaja," ujarku.

"It's okay sayang. Kita sama-sama belajar ya?" ujarnya sambil mencium dahiku. Kemudian dia turun perlahan mencium hidungku. Lalu terus ke bibirku. Ciuman halal dari seorang suami. Rasa begitu indah sekali.

Dia bangun dan memimpin tanganku menaiki tangga ke bilik tidur kami. Hati aku berdebar-debar namun tidak merasa gerun seperti kebiasaannya kerana aku sudah meletakkan sepenuh kepercayaan aku kepadanya, kekasih sejatiku.

Kami duduk di sisi katil sambil berpegangan tangan. Dia menyambung ciumannya yang terhenti tadi. Aku sudah mula asyik melayan tingkahnya. Dengan perlahan dia membaringkan aku di atas katil.

Dia naik duduk di atasku dan senyum kepadaku. "I love you sayang, so much."

Tuan Aaron membuka baju t-shirtnya menampakkan otot-otot di badannya yang gagah itu. Aku segan tapi tidak boleh berpatah balik. Aku sudah tekad. Malam ini akan aku serahkan mahkotaku kepada suamiku yang tercinta.

Dia tunduk merapatiku semula. Tangannya menyentuh pipiku. Aku tersentak lagi.

"Sayang okay ke?" soalnya lembut.

"Sayang okay... sayang takut sakit. Abang buat perlahan-lahan tau," pintaku.

"Ya sayang... abang akan cuba kawal. Kalau sakit bagitahu abang ya sayang?"

Aku mengangguk-angguk sambil mengetap bibirku. Tangannya yang gagah itu begitu lembut sekali menyentuh segenap kulitku.

Dia membuka helaian pakaianku satu-persatu dan tidak henti-henti memuji kecantikanku. Sedikit sebanyak mengurangkan rasa takutku. Sentuhan kulit ke kulit memberikan sensasi hangat. Aku merasa aman dalam dakapannya.

Mungkin aku takut kerana selama ini aku sangkakan hubungan suami isteri ini agresif. Hakikatnya ia menyatukan rasa cinta antara dua orang insan yang sedang berkasih.

Malam pertamaku benar-benar menyakitkan tetapi kerana suamiku bijak mengendarai bahtera, kami berjaya mengharunginya dengan tenang.

Terima kasih abang terima sayang seadanya...

Continue Reading

You'll Also Like

11.4K 476 11
Cahaya Ayrin Dalisha. Berpindah sekolah dari International School kepada sekolah biasa. Akhirnya dia membuka identiti sendiri, contact lense yang sel...
1.4K 213 36
Hutang darah perlu dibayar darah bukan? Itulah yang dia sedang lakukan saat ini. Mencari pembunuh yang telah membunuh ahli keluarganya. Sehinggakan d...
4.5K 386 18
Known as TOGETHER BEFORE Apa kau pernah membayangkan jika suatu hari nanti putera raja datang dengan berkata dia mencintai kau seadanya? Dia memilih...
404K 19.3K 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis se...