The Noble Hikayat

By yourmawar

409 70 28

[Spin-off of The Royal Asmaraloka] ❝Welcome, Princess Luna.❞ Adrea Luna, dia hanyalah seorang yatim piatu yan... More

Ψ§ΩŽΩ„Ω’Ω…ΩΩ‚ΩŽΨ―ΩΩ‘Ω…ΩŽΩ‡Ω’
Guidance
Ω’ | Battlefield
Ω£ | Winter's Misery

Ω‘ | Blue Blood

90 14 9
By yourmawar

Welcome to the fairytale.

+

3 tahun selepas The Royal Asmaraloka.

Xavier Ethan, itu aku. Seorang putera dari sebuah kerajaan bernama Bougary. Lahir dari keluarga diraja memberikan aku keistimewaan, rupa yang kacak dan kedudukan sebagai pewaris takhta Raja Bougary.

Satu perkara yang aku tahu...

“Xav, kenapa masih di sini?”

“Xav rasa tak sedap hatilah, bonda.”

“Pergilah sekarang. Jangan buat Baginda Denzell menunggu ketibaan kamu.”

Hidup aku akan berubah sebaik sahaja aku tiba di El Castillo kali ini.

“Baik, bonda. Xav pergi dulu.”

Ini hikayat aku. Rahsia akan dibongkarkan, hati bakal dipatahkan dan kemenangan pasti kembali dalam genggaman.

+

“Darius Leonard!” Suara lantang itu menggegarkan seluruh taman istana yang luasnya tiga ekar.

Darius yang sedang bermain dengan salji di halaman istana semerta kaku. Perlahan dia menoleh ke belakang hanya untuk melihat Estrella bercekak pinggang. Mata bondanya itu sedang mencerlung tajam.

“Suka buat bonda risau kan?” Sambil melangkah mendekati Darius, Estrella menyoal kegeraman.

Darius gigit bibir sendiri. Kelu lidahnya mahu menjawab pertanyaan sang bonda yang sudah berubah menjadi seekor naga.

Apabila tiba di hadapan Darius, Estrella berkerut marah. Bersusah payah dia menunduk. Perutnya yang membulat menyukarkan pergerakannya. “Tengoklah itu. Habis kotor baju,” rungutnya perlahan sambil menepuk-nepuk debu salji pada pakaian Darius.

Usai membersihkan Darius, Estrella memanggung kepalanya untuk melihat sekeliling. Tiada lord-in-waiting Darius, Sir Theo di situ.

“Mana Theo? Dar kurung dia lagi di bilik Dar ke?” Seperti sudah boleh mengagak, Estrella bertanya. Perkara itu selalu berlaku apabila Darius ponteng kelas-kelasnya.

Kedua lutut Darius menggeletar. Berhadapan dengan bondanya versi ini buatkan dia rasa tidak mampu berdiri dengan kaki sendiri.

Aku yang memerhati dari jauh menahan senyum dari terlakar. Sudah tiga bulan aku berada di El Castillo untuk menjaga Estrella dan Darius sementara Denzell mengetuai angkatan perang di empayar Amaris. Aku sudah cukup mengerti situasi dua beranak itu.

“Darius, come here,” panggilku. Tangan bergerak menyuruh Darius ke arahku. Aku ingin menyelamatkan Darius dari amukan Estrella di samping menasihati budak itu.

Darius tanpa meminta izin pamit dengan Estrella, berlari-lari anak ke arahku. “Yes, uncle Xav?” Petah budak lelaki berusia 3 tahun itu menjawab.

Aku merendahkan tubuhnya sambil menopang tangan pada kepala lutut agar ketinggian kami setara. “Apa ayahanda Dar pesan sebelum ayahanda pergi berlayar?” soalku lembut.

“Jaga bonda. Jangan susahkan bonda. Jangan buat bonda marah, penat dan sedih sebab bonda tengah hamil adinda Dar dan sebab ayahanda tak ada untuk jaga bonda.” Darius menjawab dengan ayat yang sama seperti yang Denzell pesan kepadanya empat bulan lalu.

“Dan apa yang Dar dah buat?” Prince Xavier jungkit sebelah keningnya.

Darius menundukkan wajahnya apabila menyedari kesalahannya. “Sorry uncle...” gumamnya perlahan sambil menguis jarinya rasa bersalah.

“Bukan minta maaf dekat uncle. Pergi minta maaf dekat bonda. Kalau tak... uncle report kat ayahanda. Nak?” Aku cuba menggunakan cara paling berkesan sepanjang masa, ugutan. Tahu benar anak kecil itu takut akan ayahandanya.

Mendengar nama ayahanda, Darius mengangkat kepalanya laju. “Jangan! Ayahanda garang. Dar takut...”

Aku menyembunyikan senyuman melihat wajah pucat Darius. Kepalaku mengarah ke Estrella. “Go.

Darius kembali berlari ke arah bondanya. Kaki bondanya dipeluk erat. “I'm sorry, bonda. Jangan marah Dar lagi.” Suara anak kecil itu meminta keampunan. Mata sudah berkaca-kaca kerana membuat bondanya susah hati.

Estrella mengusap rambut anak sulungnya itu. “Jangan buat bonda risau lagi.” Dia titipkan pesanan dengan lembut.

Darius tersenyum lebar lalu mengangguk. “Baik, bonda.” Katanya bagaikan berjanji.

Bibirku spontan menarik senyuman kecil melihat gelagat ibu dan anak itu. Comel. Gumamku dalam hati.

“Pergi jumpa Theo. Minta maaf dekat dia pula kemudian pergi kelas seni. Jangan ponteng kelas lagi.” Suara Estrella berubah tegas semula.

Darius mengeluh sebelum menjawab pasrah, “Okay, bonda.” Sepasang kaki pendek itu terkedek-kedek berjalan masuk ke dalam istana.

Aku melangkah ke arah Estrella. Aku lihat wanita itu tak henti-henti mengusap lengannya. Apabila aku berdiri di hadapannya, aku sarungkan dia baju sejuk yang aku sentiasa bawa ke mana-mana untuknya.

Thanks, Xavier.” Estrella menghulur senyuman nipis kepadaku. Entah dia berterima kasih kepadaku kerana menegur Darius atau kerana menyarungkan dia baju sejuk.

Aku menggeleng perlahan. Lengan Estrella aku rangkul. “You shouldn't be outside here. Mari, aku hantar kau masuk ke dalam istana. Kau boleh jalan tak atau perlu aku dukung?”

Estrella menunduk memandang kakinya yang semakin hari semakin membengkak. Dahulu semasa mengandungkan Darius, dia tidaklah seteruk ini. “Boleh awak papah saya ke bilik? Kaki saya sakitlah.”

“Eh!” Estrella terjerit apabila aku tiba-tiba mencempungnya. Kalut wanita itu melingkar lengannya di leherku.

Aku melangkah ke dalam istana. Pandangan pekerja-pekerja istana diabaikan sahaja. Mereka mahu kata apa, katalah. Aku hanya menjaga apa yang diamanahkan kepadaku oleh Denzell.

Sekilas pandang aku nampak wajah Estrella yang serba salah. “Terima kasih lagi. Maaf sebab dah susahkan awak.”

Itu apa yang dia sering kata sepanjang aku menjaganya tiga bulan ini. Aku tak pernah membalas. Sebaliknya, aku bertanya soalan rutin kepadanya. “Kau dah makan ubat kau?”

Estrella angguk.

Sedar tak sedar, kami sudah berada di hallway luar bilik Estrella. “Baby okay harini? Tak menendang lagi macam semalam?” Persis gaya seorang tabib, aku bertanya lagi.

“Ada menendang waktu saya bersiram. Rasa senak sikit masa dia tendang tu.” Estrella pula sedia menjawab lagak seorang pesakit.

Mukaku berubah risau. Mata pantas membalas renungan Estrella. “Sakit ke dia tendang? Kenapa tak panggil aku?” Nada suaraku sedikit tinggi kerana bimbang akannya.

Estrella tersentak seketika. “Kan ada dayang istana bersama saya. Kenapa kena panggil awak pula?” Wanita itu mempersoal kembali, tidak puas hati apabila dia seperti dimarahi.

Aku mula tersedar keterlanjuran kataku tadi. Aku berdehem kecil. “Sorry. Aku terlupa.”

Kami tiba di hadapan pintu bilik Estrella. Wanita itu menolak pintu dengan sebelah tangannya memandangkan kedua tanganku mencempungnya. Aku berjalan ke arah katil lalu membaringkannya dengan penuh berhati-hati.

Estrella menyelesakan dirinya di atas katil. Aku tarik selimut tebal sehingga menutupi dadanya. Kami berbalas renungan sekejap sebelum aku mengalihkan pandangan ke tempat lain. Belakang tengkuk aku usap. Segan dengan tatapannya yang jelita.

“Rehatlah. Nanti aku panggil Areum untuk urutkan kaki kau.”

Estrella membalas ayatku dengan senyuman. “Terima kasih, Xavier,” ucapnya. Ikhlas.

Aku mengangguk lalu melangkah keluar dari bilik Estrella. Usai menutup daun pintu, mataku menatap permukaan pintu itu lama. Kalau ikutkan hati, aku mahu menjaganya. Aku tak sanggup dia hilang daripada pengawasanku.

Tetapi ada hal lain yang lebih penting harus aku selesaikan.

+

Aku menolak daun pintu bilik kerja Denzell. Sebaik sahaja aku masuk, sepucuk surat dihulur kepadaku. Aku menyambut penuh tanda tanya lalu duduk di hadapan meja kerja.

Di samping menjaga Estrella dan Darius, Denzell juga meminta aku menggantikan posisinya. Keadaan Estrella tidak sesuai untuk mentadbir Ochumadora seorang diri.

“Surat ini daripada Sir Finley.” Tanpa perlu aku tanya, Sir Keith, lord in-waitingku mengkhabarkan.

Sir Finley itu lord in-waiting Denzell setelah Sir William dipenjarakan kerana mempunyai hubungan dengan former High Lady, late Anastasia. Kini, dia sedang bersama-sama Denzell mengetuai angkatan perang di empayar seberang, Amaris. Perang itu telah berlangsung selama tiga bulan lamanya.

Aku letak surat itu di atas meja terlebih dahulu. Air muka Sir Keith jelas kelihatan terganggu dengan sesuatu. “Katakanlah apa yang mengganggu kamu,” arahku tanpa berjela lagi.

“Patik mendengar khabar yang tidak enak, Your Highness.” Sir Keith terus menyatakan kebimbangannya.

Aku melepaskan keluhan. Tangan naik meraup wajah. Tanpa perlu aku tanyakan apa khabar itu, aku sudah sedia maklum desas-desus yang kian berlegar di istana ini.

“Kamu pasti tentang khabar itu?” Aku menyoalnya dengan nada serius.

Sir Keith membetulkan posisi berdirinya. Daripada tegak menjadi kendur. “Sejujurnya, patik takut untuk memastikan perkara ini, Your Highness.” Jelas ada keraguan pada suaranya.

Aku mengangguk. “Tak apa. Saya faham.” Tangan mencapai surat tadi. Surat dikeluarkan dari sampulnya.

“Selagi angkatan kita tidak pulang membawa kebenaran, saya mahu kamu diamkan hal ini. Jika sesiapa bertanya, jawab sahaja itu hanya khabar angin. Hal yang paling penting, jangan sampai baginda Estrella tahu. Pastikan semua orang menutup mulut mereka.”

Suaraku tegas di hujung ayat. Itu menandakan aku benar-benar tidak mahu Estrella tahu apa yang sedang diperkatakan di seluruh empayar sekarang.

Sir Keith menunduk penuh hormat. “Menurut perintah, Your Highness.” Sejurus itu, dia keluar meninggalkan aku sendirian di bilik ini.

Usai Sir Keith pergi, barulah aku membaca isi surat tersebut. Setiap bait kata aku baca dengan teliti sehinggakan aku tidak sedar ada mata lain memerhati tingkah lakuku.

Uncle baca apa?”

Aku tersentak. Aku lihat Darius sudah berdiri di hadapanku. Sir Theo juga berada di sampingnya. Lelaki itu menunduk hormat kepadaku. Surat itu aku sembunyikan dari pandangan mereka.

“Dar buat apa di sini?” Aku bermanis muka dengan Darius meskipun hati berasa tidak enak selepas membaca kandungan surat dari Sir Finley.

Aku lihat Darius memegang sekeping kertas vellum yang mempunyai lukisan di atasnya.

“Dar baru balik dari kelas seni. Orla ajar Dar melukis orang hari ini. Dar datang sini sebab nak tunjuk lukisan Dar pada uncle,” balas Darius petah bagaikan sudah lupa apa yang dia lihat tadi.

Orla itu guru seni Darius. Bergelar kerabat diraja, itu bermakna akan ada latihan dan kerja keras sejak usia yang masih muda.

Aku tersenyum melihat Darius yang semangat bercerita. Aku mengangkat anak kecil itu agar duduk di atas ribaku. “Mari uncle tengok.”

Sebelah tangan memeluk Darius agar tidak terjatuh dari pangkuan. Sebelah tangan lagi aku sua kepadanya. Darius menghulur kertas lukisannya padaku. Sebaik sahaja melihat lukisannya, senyuman di bibirku perlahan memudar.

“Ini bonda. Ini Dar dan ini ayahanda.” Darius menunjuk figura bonda, dirinya dan ayahandanya satu-persatu tanpa pintaku.

Uncle tahu tak Orla puji lukisan Dar harini? Dar happy sangat sebab Orla tak pernah puji lukisan Dar.”

“Dar ada kelas memanah pula dengan Eli lepas ini. Uncle teman Dar pergi jumpa bonda sekejap boleh? Dar nak bagi lukisan ini pada bonda. Bonda mesti rindu ayahanda, kan uncle?

Suara Darius bagaikan tidak kedengaran. Aku tenggelam dalam duniaku sendiri kerana buat seketika, aku terfikir.

Bagaimana harus aku jelaskan kepada Darius dan Estrella jika khabar itu benar?

+

Estrella duduk bersandar pada kepala katil. Wanita itu mengusap perutnya perlahan sambil memandang satu arah yang tidak jelas. Dia hanyut dalam lamunan sendiri. Aku diam memerhati lagaknya dari daun pintu yang sedikit terbuka. Riak wajahnya keruh. Berkerut bagaikan menahan tangis.

“Estrella.” Aku menegurnya.

“Hai,” sapa Estrella yang kini tersenyum. Senyuman yang dibuat-buat.

Aku duduk di tepi katil sebelahnya. Dalam genggaman tangan, ada vitamin yang dijadualkan untuk Estrella makan pada waktu petang. “Beritahu aku apa yang kau fikirkan.” Lebih kepada arahan, bukan permintaan.

Awalnya, Estrella menggeleng. Dia cuba menafikan namun, panahan mataku berjaya memecahkan temboknya. Wanita itu mula menangis teresak-esak. Melihat dia begitu buatkan aku ingin memeluknya. Dia milik orang, Xavier. Jadi, aku hanya mampu mengusap belakangnya.

“Saya rindu suami saya, Xav. What if he couldn't make it here safely and alive?” Suara itu menyoal rapuh.

Aku sangat mengerti keadaan Estrella. Lagi-lagi, wanita itu sedang mengandung anak kedua mereka. Pasti banyak perkara negatif yang dia fikirkan.

“Dia kuat dan kita ada tentera yang hebat. Mereka semua akan selamat. Sudahlah, jangan menangis lagi.” Sekilas mataku jatuh pada perut Estrella. Ada sebulan lagi sebelum tarikh dijangka lahir.

Estrella mengusap dadanya untuk menenangkan diri. Aku di sisinya membantu agar dia bernafas dengan teratur. Ibu mengandung sepertinya mudah sesak nafas. Buat kerja ringan pun boleh sesak dada.

“Tarik nafas, hembus. Yup, that's good. Keep going, Estrella.”

Estrella tertawa kecil selepas berjaya mengatur nafasnya semula. “Maaf. Awak datang mesti nak laporkan pada saya tentang urusan empayar harini. Katakanlah.”

Aku berfikir sejenak. Sejak pagi tadi, ada beberapa urusan sudah aku selesaikan.

Everything is fine. Masalah air di desa sudah diselesaikan. Dana kepada rumah penjagaan kanak-kanak sudah disalurkan oleh baginda Alexander. Ada berlaku sedikit pertelingkahan di pelabuhan hari ini tapi aku sudah leraikan. Darius juga tidak ponteng lagi kelas-kelasnya.”

Estrella mendengar semua dengan tekun. “Ada lagi masalah yang belum diselesaikan ke?”

Aku menjawab pantas. “Ada. Ini.” Aku angkat botol vitamin itu di hadapan wajah Estrella. Wanita itu lantas menyengih. Aku menggelengkan saja kepalaku. Kenal benar dia yang sering lupa makan ubat dan vitaminnya.

Aku menghulur botol vitamin kepada Estrella. Segelas air dari meja sebelah katil aku beri kepadanya. Wanita itu sedia menyambut lalu menelan vitaminnya.

“Kalau tak ada awak, saya tak tahulah apa jadi pada saya.” Estrella mengatakan itu sambil menghulur gelas yang sudah kosong kepadaku.

Aku terdiam mendengar ayatnya itu. Tangan menggenggam gelas sedikit kuat. Aku yang memendam satu perasaan lain ini terkesima hebat dengan kata-katanya.

Aku meletakkan semula gelas tadi di atas meja sebelah katil. “Aku tak sibuk sekarang. Kau nak pergi mana-mana ke?” Aku menukar topik. Aku tak mahu fikirkan perasaan itu terlalu lama.

Wajah Estrella berubah teruja sebelum dia teringat sesuatu. “Boleh ke?” Dia menyoal semula, meminta kepastian. Selalunya aku suruh dia berehat di bilik sahaja. Tak hairanlah dia ragu-ragu dengan ayatku tadi.

Aku berfikir sejenak. “Asalkan tempat tu tak bahaya untuk kau, aku bawa kau ke sana.” Aku membuat tawar-menawar dengannya.

“Taman istana. Boleh?”

Aku ingin mengatakan tidak pun, tidak sanggup kerana melihat wajah Estrella yang teruja itu.

“Tak boleh lama. Nanti kau kesejukan.”

Estrella pantas selak selimut tebal ke tepi. Dia ingin bangun dari katil. Aku membantunya turun dari katil dengan berhati-hati. Baru sahaja aku ingin memapah dia, dia menolak lenganku lembut.

“Tak apa. Saya jalan sendiri.”

Aku mengangguk. Nampaknya urutan Areum memang berkesan. Kami keluar dari bilik Estrella, berjalan di ruangan hallway. Aku memerhati setiap langkah wanita itu dari belakangnya. Tanpa menyedari, keluhan terpacul dari bibir. It's been three years, Xav.

Estrella yang tanpa sengaja mendengar keluhan itu berpaling melihatku. “Kenapa Xav? Awak ada masalah ke?” Wanita itu bertanya prihatin.

Aku mengukir senyuman nipis lalu menggelengkan kepalaku. Aku tak mampu beritahu dia. Satu, kerana dia isteri sepupuku sendiri. Dua, kerana...

“Tuanku!” Tiba-tiba ada suara lain yang lantang menyapa kami berdua. Itu Sir Keith dan Miss Areum. Mereka sedang berlari ke arah kami dengan riak wajah yang cemas.

Tetapi kenapa?

“Angkatan tentera kita sudah pulang!”

Aku dan Estrella terus berbalas pandangan. Adrenalin mengalir laju dalam diriku tanpa sebab. Apa yang pasti, aku risaukan satu perkara. Sama ada mereka pulang membawa khabar baik atau sebaliknya.

+

Memori
Tiga bulan sebelum.

“Estrella...”

“Saya tak benarkan awak pergi. Macam mana kalau...”

“Kalau aku mati?”

Estrella mencebikkan bibirnya sebelum dia teresak perlahan. Usia kandungannya yang sudah mencecah empat bulan menyebabkan hatinya sangat sensitif kebelakangan ini. Salah sebut sedikit, habislah. Tidak menangis, mengamuk.

Denzell memeluk erat tubuh isterinya itu. Diusap-usap belakang tubuh itu sambil dia memujuk lembut, “Shh... it's okay. It's okay.”

Aku memerhati pasangan itu dari jauh. Hati bagaikan disiat-siat melihat kemesraan mereka. Jika bukan kerana Denzell memanggilku ke El Castillo, tidak sanggup aku mahu menyaksikan mereka berkasih. Walaupun setelah tiga tahun, aku tidak berjaya membuang perasaanku terhadap Estrella.

Selepas beberapa minit, Denzell meleraikan pelukan. Lelaki itu merenung Estrella yang masih tersedu-sedu. Keluhan kecil terluah dari bibirnya. Rasa bersalah pula dia.

Denzell menyeka sisa air mata isterinya penuh cermat. “I'm sorry. Jangan nangis lagi, starlight.” Dia mengusap bahu Estrella, cuba meredakan tangisannya.

Aku mula melangkah mendekati mereka. Sambil melangkah, aku lihat wanita itu bertindak memukul bahu Denzell. Pasti sepupuku itu mengatakan hal yang membuatnya marah.

“Jangan sebut lagi benda-benda macam tu.” Estrella memberi amaran keras kepada suaminya.

Denzell mengukir senyuman nipis. “Okay. Aku janji.” Sempat dia usap pipi isterinya sebelum aku berdehem menghentikan tingkahnya.

Denzell dan Estrella serentak berpaling untuk melihatku. Bahuku disentuh oleh Denzell. Aku renung tangannya yang memegang kedua-dua bahuku tanpa perasaan.

Apabila aku angkat kepala semula, wajah Denzell berubah serius. Ia buatkan aku tertanya-tanya apa tujuannya memanggilku ke sini.

“Xav, andai kata aku tak balik dalam keadaan bernyawa, kau tolong jaga isteri aku dengan anak-anak aku.”

Aku agak terpempan mendengar permintaannya. Aku perasan Estrella sudah memandang Denzell dengan riak wajah yang tidak percaya.

Aku kemudiannya mengukir senyuman nakal. “Not a problem. Ganti tempat kau sebagai suami dia pun aku boleh buat,” gurauku selamba.

Laju Denzell mengangkat buku limanya. “Nak kena ini ke?”

Tawaku turut pecah bersamanya. Hanya Estrella sahaja jelas-jelas tidak gemar dengan gurauanku itu. Wajarlah. Dia sangat sayangkan suaminya. Aku terpaksa menelan hakikat itu walaupun pahit.

+

Empayar Amaris.

Berhadapan dengan High Lord Isaac, Audelia Imelda melakukan curtsy penuh hormat. Wanita itu merupakan anak sulung High Lord Isaac daripada tiga adik-beradik. Dia yang akan mewarisi takhta sebagai maharani di Amaris satu hari nanti.

“Ayahanda,” sapa wanita itu perlahan. Penuh adab dan sopan-santun kerana itulah selayaknya sebagai seorang pewaris takhta.

High Lord Isaac berdiri dari singgahsananya. Wajahnya berkerut serius.

“Beta menerima khabar dari mata-mata kita di Ochumadora. Angkatan tentera mereka sedang menuju ke sini.” High Lord Isaac mengkhabarkan berita itu secara formal. Dia sedang bersuara sebagai maharaja Amaris, bukan sebagai ayahanda Imelda.

Imelda mengangkat kepalanya laju. “Kalau begitu, kita harus bersiap-siaga untuk menentang mereka!” Wanita itu berkata tegas.

High Lord Isaac membisu sebentar. Mungkin dia memikirkan sesuatu hal yang membimbangkannya.

“Beta mahu kamu mengetuai angkatan kita.” Setelah berfikir lama, dia menyuarakan cadangannya.

Imelda sudah lama menyedari peperangan yang akan berlaku antara empayar mereka dengan Ochumadora. Dia sentiasa menanti saat ini.

“Patik akan maklumkan kepada angkatan tentera kita agar mereka bersiap sedia,” balas Imelda dengan semangat. Tidak sia-sia Cassandra melatihnya selama ini.

High Lord Isaac kembali duduk di singgahsana. Dia mengurut pelipis sambil memejam matanya erat. Wajah tua itu kelihatan tertekan. “Ayahanda bimbang, Mel.” Kali ini, tidak ada lagi formaliti dalam nada suaranya.

Imelda mengangguk perlahan. Dia faham apa yang ayahandanya bimbangkan. “Empayar kita pernah menang peperangan beberapa tahun yang lalu. Kita akan raih kemenangan lagi tahun ini.” Dia mengusap tangan High Lord Isaac. Dia cuba meredakan kerisauan lelaki tua itu.

Imelda kembali berbalas renungan dengan High Lord Isaac apabila lelaki itu mencelikkan matanya semula.

“Anakanda akan pastikan apapun berlaku, kita akan menang.” Kata-kata keramat itu disebut oleh wanita yang bakal mengendali empayar Amaris tidak lama lagi.

Memori tamat.

──────────

22 June 2023

Continue Reading

You'll Also Like

38.8K 2.8K 48
#BOOK 2 (DUNIA KAYANGAN) siri tiga alam dunia #sambungan love like flowers #please read love like flowers first atau tak akan faham jalan cerita~ #p...
26.1K 2.1K 24
Mari kita mengenali Sayyidatina Fatimah Puteri Bongsu Rasulullah SAW.Jadilah pencinta Sayyidatina Fatimah Az Zahra. #pencintasayyidatinafatimah #kala...
14.2K 1.2K 42
Hubungan yang terjalin sejak kecil seakan tiada lagi serinya setelah kejadian hitam yang meragut kebahagiaan Gwangju menyebabkan kedua keluarga diraj...
41.7K 6K 42
❝Welcome to El Castillo, milady.❞ Leanore Estrella hanyalah seorang pembuat roti di desa. Apa yang aneh adalah ketika dia dibawa ke El Castillo. Dikh...