🅂🄴🄲🅁🄴🅃 🄰🄶🄴🄽🅃 [[ᴮᵒᵇ...

By ilyana_risha2005

13.6K 252 37

Ali ialah ejen muda MATA Boboiboy ialah kadet muda TAPOPS Bagaimana jika mereka berdua mempunyai hubungan mal... More

Opening 🪟
Chap 1 [Meet my bro]
Chap 2 [Make a friends]
Chap 4 [Menipu]

Chap 3 [Kedai Manisan Misteri]

134 10 0
By ilyana_risha2005

_____________________________________________________

==========================

INFO:-"deep voice"
'read mind'
"normal voice"
whisper
==========================
______________________________________________________


Ali menghela nafas kesal. Kini dia berada di bumbung sekolah untuk meluangkan masa rehat nya atau boleh dikatakan misi bersembunyi dari para peminatnya.. kalau itu boleh disebut peminat... Tidak disangka kemunculannya dalam masa tiga hari ini memberi impak yang besar.

Beberapa hari ini, Ali menyedari pandangan² dan bisikan² pelajar di sekeliling nya terhadap nya. Pada awalnya dia bersikap acuh sahaja. Kemudian, lokernya tiba-tiba sahaja menyimpan banyak hadiah mahupun surat misteri tanpa nama. Bukan itu sahaja, sewaktu di dalam kelas juga, rakan-rakan kelasnya bersikap aneh padanya. Dan penghujung nya adalah hari ini.

Sewaktu dia memasuki gerbang sekolah, sekumpulan pelajar perempuan senior mendekati nya sambil menahan jeritan. Meminta pelbagai perkara aneh dan memberikan sesuatu padanya. Tidak mahu mengecewakan, dia menerima sahaja dengan senyuman kecil. Tetapi tindakan nya silap. Hampir satu sekolah menjerit tanpa ditahan apabila dia tersenyum. Dan mulalah berlakunya aksi melarikan diri daripada zombie gila.

Sejujurnya Ali tidaklah membenci perhatian yang diterimanya di sini. Sepanjang di Denmark mahupun Cyberaya, dia tidak pernah rasa menjadi terkenal. Di Dermark dia selalu lihat rakan-rakannya mendapat macam-macam hadiah dari perminat terutama sewaktu Valentine manakala dia tidak dapat merasa walau satu pun. Okey, dia memang ambik online learning.. tapi tak bermaksud dia tidak bergaul langsung. Apabila dia berada di sini, dia barulah tahu apa perasaan rakan-rakannya di Dermark. 'Tapi aku tak pernah pun nampak Shoun atau Zen kena kejar macam aku'bisik hati Ali hairan. Jangan tanya sape Shoun atau Zen. Nanti makin panjang flashback dia karang.

Sedang Ali melayan perasaan, telinganya mendengar sesuatu dari balik pintu menghala ke bumbung. Memilih untuk mengabaikannya namun topik yang dibualkan tanpa sengaja menarik minat Ali. 

=============

SECRET AGENT
by; lyan.rish

=============

"Kau ada dengar tak.. Kes budak hilang. Polis ada kata masuk minggu ni saja.. dah 4 kanak-kanak bawah 10 tahun hilang."

"Ye ke.. Jepun dah tak selamat. Aku kena pesan kat otouto aku jangan keluar rumah sorang-sorang lepas ni"

"Kau tak yah risau lah.. kebanyakkan budak yang hilang budak perempuan" suara lain yang lebih lantang menyahut perbualan kedua rakannya. Ali tersenyum kecil mendengar keyakinan lelaki itu.

"Perempuan? Apa si penculik tu nak buat ngan diorang"

"Kau tanya aku macam aku tahu isi kepala si penculik tu pula. Lagipun kita polis tak yakin lagi tu kes culik atau bukan.. sebab polis masih tak jumpa bukti apa-apa"si pembuka cerita menyahut kali ini. Ali hampir tergelak mendengar cara mereka berbual. Dan kenapa mereka berborak di depan pintu menghala bumbung dan bukannya terus keluar/masuk ?

"Apa maksud kau? Kau nak kata ni kes hantu?"

"Kau pernah dengar kedai manisan seberang jalan sunyi tu?" Tanpa sedar alis Ali terangkat. Okey, cerita ni makin menarik.

Lama keadaan sunyi, budak lelaki itu menyambung "Aku dengar pemilik kedai tu mati. Dulu dia suka budak.. tapi sebab wajahnya yang menakutkan, takde budak berani masuk kedai dia. Bukan tu je.. ada budak nakal yang berani masuk hanya untuk hancurkan manisan kat situ dan buat kacau. Akhirnya nenek tu mati dengan dendam"

"Ish.. entah-entah nenek tu datang nak balas dendam" Ali yang dari tadi menyemak sudah tergelak mendengar kesimpulan mereka tersebut. Tak sangka mereka percaya benda tahyul macam tu

"Jap jap.. kau kata budak perempuan je mangsa dia. Tak kan dia dendam dengan budak perempuan je.. biasa yang nakal dan hancurkan kedai bukan budak lelaki ke? Cerita kau ni tak masuk akal lah.. Kalau betul nenek yang kau cerita ni dendam dengan budak-budak.. bukan patutnya budak lelaki pun jadi mangsa ke?"

Ali terangguk mendengar kata-kata salah seorang dari mereka itu. "Manalah aku tahu.. aku cerita apa yang aku dengar je.. Mungkin yang buat kacau tu just budak perempuan?"

"Dah lah.. kau ni merepek lah.. jom lah.. rehat dah nak habis. Baik kita masuk kelas sekarang dari dengar cerita mengarut ni"

"Eh tunggu lah aku" suara-suara tersebut makin hilang menjauh. Ali hanya mampu tersenyum kecil. Dia menarik nafas sebelum membuka suara tanpa mengubah kedudukannya. "Sampai bila senpai nak tenung saya tanpa cakap apa-apa? Saya bukan pandai baca minda orang. Saya tak kan tahu apa senpai nak kalau senpai tak cakap"

Tiba-tiba muncul seorang remaja wanita dari balik tembok tersenyum memandang Ali. "Wah.. sejak bila kau tahu aku kat sini?"kagum wanita itu.

Ali menoleh malas pada wanita itu. Badannya disandar pada pembatas bumbung. "Sejak awal mungkin? Siapa senpai ni.. dan apa senpai nak?"

"Wow.. to the point nya. Untuk budak yang baby face, kau ni agak dingin ya. Baiklah nama aku Sera Masumi.. Selamat berkenalan Hibino-kun."

Ali hanya memandang tangan yang terhulur padanya itu. Sorry sis.. aku Islam. Tak main pegang-pegang bukan mahram ni. Sera yang sedar Ali tidak mahu menyambut salamnya hanya mengangkat bahu tidak perduli. Ali menilik jam tangannya sebentar sebelum kembali berkata. "Maaf tapi kelas dah nak mula."

"Oihh.. tak perlu kelam kabut sangat. Chill chill je. Mana kawan kau yang selalu melekat dengan kau tu?"soal Sera cuba berbasa basi

Ali yang sudah tidak tahan dengan Sera memilih membetulkan pakaiannya yang sedikit kusut dan berjalan santai ke arah pintu sebelum Sera sempat menahan lengannya yang berlapik kemeja seragam sekolahnya. Dengan sekali hentakan pegangan Sera terlepas menyebabkan Sera sempat tersentak. Beberapa saat kemudian Ali seakan sedar dengan tindakan kasarnya itu segera meminta maaf. "Gomenasai, Masumi-senpai.. Tapi saya minta jangan sesuka hati sentuh orang macam tu terutama yang berlainan jantina. Saya minta diri dulu kalau senpai takde apa lagi nak cakap dengan saya"

"Ah.. Hibino-kun.. Okey aku minta maaf juga. Salah aku.. baik aku tak kan buang masa kau lagi. Nah"

Ali dengan ragu mengambil sampul surat berwarna coklat tersebut. Sera tersenyum apabila sampul tersebut telah bertukar tangan. Tanpa berkata apa-apa, dia terus pergi meninggalkan Ali yang masih tertanya-tanya. Setelah Sera menghilang dari pandangan, Ali hanya mengangkat bahu tidak perduli dan terus berjalan menuju kelasnya.

***

"Tentei-kun.. Ohayo"

"Ni dah masuk tengahari.."balas manusia di seberang panggilan menyebabkan si pemanggil tertawa kecil. Dia bersiul kecil cuba bermain dengan si penerima panggilan. Conan hanya mampu menghela nafas lelah melayan perangai kebudak-budakkan manusia tersebut.

"Kaito.. kau dah hantar benda tu pada dia kan?"

Kuroba Kaito atau lebih dikenali Kaito Kid tersenyum mendengar soalan dari detektif kegemarannya itu. Dengan nada santai dia membalas "Barang apa ya~~"

"Kaito!"

"HAHAHAHAHA... Tenang tentei-kun. Sudah.. kau boleh harapkan aku.. Tapi boleh aku tanya apa hubungan kau dengan budak Hibino tu?" Ya, Kaito menyamar sebagai Sera Masumi untuk menjadi perantaraan antara Conan dan Ali. Kenapa dalam banyak-banyak orang dia memilih menyamar jadi Sera? Kau tanya dia.. Aku penulis pun tak tahu apa isi otak dia.

Conan terdiam seketika sebelum berkata "Kau tak perlu tahu. Arigato atas bantuan kau. Aku letak dulu"

Tanpa menunggu balasan Kaito, Conan terus menutup panggilan tersebut. Kaito tersenyum memandang layar yang sudah gelap itu. Dia menatap dari jauh Ali yang sibuk bermain dengan penselnya tanpa berminat mendengar guru yang mengajar di depan. Senyuman kecil semakin lebar apabila melihat guru tersebut mendenda Ali kerana tidak fokus di dalam kelas. "Menarik"

***

Boboiboy baru sahaja selesai menyelesaikan misi. Kini dia sedang berbaring di katil biliknya. Gopal bersama Fang bermain permainan video di bilik Fang. Oleh itu dia mendapat rehat sebentar tanpa perlu mendengar coletan Gopal. Ochobot sedang di charge. Kini dia tidak ada apa-apa untuk dibuat. Tiba-tiba fikirannya melayang memikirkan keadaan Ali. "Agak-agak budak tu hidup lagi ke dengan Steve. Rumah tak kan hancur sebab diorang kan?"

Boboiboy mengambil alat komunikasi khusus dibuat untuknya dan Ali lalu menghubungi pusat kawalan agensi rahsia mereka. Agensi itu ditubuhkan tanpa nama oleh Amato dan Ghazali. Terdapat beberapa peringkat dan pangkat.(maklumat, serangan, teknologi dan samaran)Ali dan Boboiboy tidak ditempatkan di mana-mana peringkat secara khusus. Setakat ini, agensi mereka tidak dapat dikesan mana² agensi rahsia lain. Mungkin?

Memastikan tiada orang disekelilingnya, Boboiboy mengaktifkan alat tersebut. Tak lama kemudian kedengaran satu suara menyahut panggilannya. "Ayah?"

"Yelah, ayah sendiri pun tak kenal ke?"

Boboiboy hanya tersenyum kekok tidak tahu membalas apa. Tiba-tiba Amato memanggil namanya mengalih perhatian Boboiboy. "Boy.. Ayah minta maaf kamu kena join misi TAPOPS.. Ayah terlepas pandang misi tu. Ayah baru tahu team kamu kena uruskan masalah kat planet Zoinort tu. Ayah betul-betul minta maaf"

"Eh tak apa lah, yah. Boboiboy okey je. Ayah ada call Ali tak. Dia ada bagitahu perkembangan kat sana?"

"Lah.. korang takde berhubung ke."

"Tak.. lagipun Boboiboy sibuk."

Lama barulah Amato membalas "Ali tak pernah hubungi markas sejak korang pergi Jepun. Si Ghazali tu dah macam itik hilang anak ayah tengok tapi dia sibuk dengan Cyberaya so dia takde masa sangat fikir. Kamu cubalah call dia sesekali.. suruh dia call ayah dia tu."

"Baik, ayah"

"Okey lah.. pergi tidur.. kamu mesti penat.. nanti ayah cuba cari jalan supaya kamu boleh balik teman Ali semula. Ayah tak berapa yakin biarkan Ali dengan Steve berdua je. Boleh jahanam apartmen yang uncle Ghazali kau beli kan tu"tambah Amato membuat kan Boboiboy tergelak kecil. Mereka bertukar salam sebelum menutup panggilan. Tak lama kemudian Gopal memasuki bilik dengan lebam di atas kepalanya seterusnya mulalah sesi meluah perasaan Gopal pada Boboiboy.

***

Jam sudah menunjukan pukul 21:45 ikut waktu Jepun. Ali baru selesai menyelesaikan soalan mengenai mata pelajaran sejarah. Dia ambil masa hampir 2 jam kerana sejarah yang dia pelajari di Dermark tidak sama seperti Jepun. Dia ambik masa yang lama untuk faham dan hadam subjek tersebut. Tiba-tiba Comot melompat ke atas pehanya sesekali menggosok badannya pada lengan Ali. Ali tersenyum melihat sikap manja Comot. 

Fikirannya melayang pada keadaan ayahnya, Victor dan Emma di Cyberaya. Dia bukanlah jenis suka telefon atau chat orang terlebih dahulu ditambah dia terlalu sibuk membahagikan masa antara belajar dan mencari jejak mengenai kes penculikan tidak normal yang terjadi baru-baru ini. Oleh sebab itu dia tidak pernah menghubungi mereka sejak genap seminggu mereka menetap di Beika. Apalah khabar diorang kat sana. Bercakap pasal penculikan, Ali teringat senior yang baginya agak aneh tengahari tadi. Sejujurnya dia agak hairan kenapa remaja lelaki ingin menyamar menjadi remaja perempuan semata-mata untuk memberikan sebuah sampul surat. 

Ali tahu Sera Masumi ada samaran dari seorang lelaki kerana suara Sera agak dalam walaupun agak samar. Dan kalau diteliti dengan baik, poster tubuh orang yang mengaku sebagai Sera Masumi itu agak aneh untuk dikatakan seorang gadis walaupun sebagai gadis tomboi. Orang yang dijumpai nya tadi mempunyai halkum. Okey stop. Tak perlu cakap fasal tu.

"Argghh! Aku rasa makin lama aku makin gila. Dah Ali.. Jangan serabutkan otak kau dengan benda tak penting. Baik kau fokus misi kau je"

Sedang Ali sibuk dengan dunia dia, dia terasa seperti ada yang menggosok di bawah kaki nya. Dia menoleh dan mendapati Comot memandangnya lama. Ali baru sahaja ingin bertanya kenapa sebelum matanya menangkap apa yang dibawa Comot. 'Benda yang senpai bagi'

"Kau nak suruh aku buka?" soalan Ali hanya dibalas ngeauan Comot. 

Ali mengambil sampul tersebut. Di dalam nya terdapat beberapa data mangsa penculikan. Biodata 13 mangsa lengkap dengan beberapa rakaman orang terakhir orang yang bersama mangsa sebelum diculik. Terdapat juga gambar mangsa dan keluarga mangsa. Dahi Ali berkerut melihat infomasi tersebut. Ditilik satu per satu. Sedang Ali menyelak satu per satu kertas itu, sekeping kertas kecil jatuh dari sampul tersebut. Dengan ingin tahu, Ali mengambil kertas tersebut dan dibaca. Fikirannya kalut memikirkan siapa yang bagi semua ni dekat dia. Apakah niatnya baik atau sebaliknya?

[ Aku tahu kau sedang bingung. Jumpa aku dekat alamat ni. Aku akan terang semua dekat kau ]

"ALII!! MANA AKU PUNYA STOKING, HAH PENDEK!!" jeritan dari luar mengejutkan Ali dari fikirannya. Satu keluhan dilepaskan. Dia menyimpan cebisan kertas itu dan maklumat-maklumat serta rakaman yang diterima ke dalam sampul itu semula lalu menyimpannya di dalam laci mejanya. Dengan langkah mantap, dia berjalan ke luar bilik.

"CARI LAH BETUl-BETUL, SETAN! DAN INGAT! AKU TAK PENDEK LAH, GALAH !!"

***

Bakar memandang lama telefon nya yang sudah gelap sejak beberapa saat yang lalu. Satu keluhan dilepaskan. Sudah beberapa minggu Ali tidak menghubungi nya. Niatnya ingin bertanya sendiri pada abang iparnya itu, tetapi risau mengganggu pekerjaan peneraju Cyberaya itu. "Haiihh.."

Khai menghampiri ejen berbadan-uhukbesouhuk- itu lalu menepuk perlahan bahu lelaki itu. Bakar menoleh pada Khai dengan senyuman kecil.

"Ada apa, Khai."

"Ejen Bakar ada masalah ke?"soal Khai prihatin. Bakar menunduk sedikit memikirkan sama ada perlu atau tidak dia mengatakan kerisauan nya pada ejen muda itu.

Setelah lama membisu Bakar bersuara. "Pasal Ali.. dia dah lama tak call uncle.."

"Tapi kan.. Ali ke mana sebenarnya?"bukan.. itu bukan suara Khai.. tapi Moon.

Tanpa dijemput, Moon menyela perbualan mereka. Iman setia di sisi Si Gadis Hyper itu.

Khai entah refleks atau disengajakan, memukul belakang kepala Moon yang berada tepat disisi wajahnya. Wajahnya tidak menunjukkan rasa menyesal telah memukul Si Bulan bergerak itu.

"Ish.. apa ni Khai.."marah Moon. Tangannya bergerak mengusap bekas pukulan itu.

Khai dengan wajah datar menjawab. "Oups.. sengaja.."

Ok, jadi pukulan itu disengajakan😑

Moon masih dengan wajah masamnya. Khai mengabaikan Moon dan mengalihkan pandangan pada Bakar. Bakar yang sedar dirinya diperhatikan menoleh pada Khai. "Ouh.. pasal Ali.. Um.. uncle pun tak tahu.. General dan Ejen Karya taknak bagitahu kenapa. tinggal satu je pilihan .. bertanya pada ayahnya sendiri.. tapi uncle risau mengganggu " ucap Bakar lesu.

"Call je lah.. daripada uncle terus macam ni.. "ucap Moon lantang. Nampaknya dia sudah melupakan kekesalannya pada Khai

"A'ah lah uncle.. kalau uncle betul² nak tau.. uncle call je lah.."ucap Khai pula. Iman mengangguk kecil tanda setuju dengan pendapat kedua sahabatnya itu.

Bakar mengeluh kecil namun mata masih menatap benda persegi itu lama.. 'Ali kuat.. Dia pasti baik-baik sahaja.. Jangan risau Bakar' bisik hatinya cuba menyedapkan hati.

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

9.3K 720 49
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
263K 23.2K 62
Aleena Raudhah mendapat e-mel dari entah siapa setiap minggu. Isi Kandungan e-mel itu sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu. Umpama membaca quotes...
229K 13.3K 49
( ssars love written 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. © ssarserans december story 2022
5K 673 58
❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Ha...