DIA MILIKKU (C)

By Rosida_Rosdi

52.9K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 41

719 20 0
By Rosida_Rosdi

"Fufu... fu..."

Aku memutar-mutarkan kunci kereta di celahan jariku. Hati aku sungguh bahagia kini, bagai di awang-awangan.

"Weh Aaron. Apsal kau happy sangat?" soal Afham sambil mengunyah makanan di dalam mulutnya.

"Haa... tu lah kau tak tahu. Lain kali carilah proper girlfriend," ujarku mengangkat keningku.

Afham tersengih sambil menggelengkan kepalanya. "Aku agak kau mesti dah berbaik dengan Piqa kan?"

Aku tertawa kecil mendengar telahannya. Aku menghirup air caramel macchiato di hadapanku sambil melihat kereta yang lalu-lalang di hadapan café ini.

"Aku nak kau teman aku hujung bulan ni boleh?"

"Teman? Kau nak pergi mana?" soal Afham aneh.

"Aku nak hantar rombongan meminang ke rumah Piqa."

"Mak aih. Seriously?"

"Seriously," balasku.

"My god, congrats bro!" ucap Afham sambil menepuk-nepuk bahuku teruja.

Aku apa lagi, kembang kuncup hidungku bangga. "Petang ni aku nak bawak Piqa jumpa Mommy aku lepas habis waktu kerja nanti."

"Okay sangat lah tu. Akhirnya bakal diragut juga teruna kawan aku. Hahahaha!" Afham ketawa terbahak-bahak.

"Bengong la kau! Lantak lah aku teruna pun. Janji aku kahwin dulu. Kau bila nak kahwin?" aku tersenyum sinis.

"Ceh. Pandai dah kau pusing sekarang eh? Yelah yelah. Aku kalah," Afham mengangkat kedua tapak tangannya separas telinganya.

Selesai makan tengah hari bersama Afham aku kembali ke keretaku. Tetapi aku lihat salah satu tayar kereta aku pancit.

"Tadi elok je," bisikku. Mungkin aku terlanggar paku agaknya.

"Kenapa Aaron?" soal Afham yang mengekori aku dari tadi. Keretanya diparkir sebelah keretaku sahaja.

"Ni ha. Tayar aku pancit la Afham."

"Haa... ni mesti kau ada bawak perempuan lain dalam kereta kau. Hahahaha!" kata Afham mengusikku.

"Woi agak-agak lah. Kereta ni aku angkut laki je," aku menggaru-garu kepalaku. "Afham, kau tolong aku kejap. Aku malas lah nak panggil foreman."

Afham hanya mengangguk. Aku menurunkan tayar spare di belakang kereta manakala Afham membantu aku membuka tayar yang pancit tadi.

"Alang-alang kau dah buka tu kau tolong pasang terus lah ni," kataku sambil menunjukkan tayar ganti di hadapanku. Aku tersengih.

Tapi aku lihat Afham berkerut dahi melihat ke arah tayar di keretaku. Dia tidak menjawab percakapanku.

"Afham? What's wrong?"

"Huh? N-no, it's nothing. Give it to me," Afham meminta tayar ganti dariku dan membantu aku memasangnya tanpa banyak kata.

Aku hanya memerhatikan dia dari tepi. Naik urat-urat tangannya yang gagah itu mengangkat tayar keretaku yang agak berat itu.

"Done," Afham mengelap peluh di dahinya dengan lengannya.

"Thanks Afham. Kau nak aku belanja kau minum tak?"

"Tak payah lah. Kan baru lepas makan."

Aku mengangkat bahuku.

"Okay."

Aku mengemas alat-alat yang berselerak di atas jalan dan terus memasuki keretaku.

"Aaron."

"What?"

"Apa-apa hal kau call aku tau," ujar Afham.

"O-okay."

Kenapa dengan Afham ni? Macam over-protective pula dia hari ini. Aku menghidupkan enjin kereta dan terus memandu pulang ke pejabatku semula.

Aku melangkah masuk ke dalam ofis untuk bertemu Saiful.

"Tuan, ini tender yang baru ditanda tangani oleh syarikat Acacia," ujar Saiful sambil menghulurkan fail yang berisi dokumen-dokumen penting.

Aku mengambilnya dan membelek helaian-helaian kertas yang tebal itu. "Ada apa-apa lagi?" soalku.

"Tak ada Tuan."

Aku pun berpaling dan melangkah semula ke pintu. Sambil-sambil aku melirik ke arah meja Piqa yang sudah dikosongkan. Aku tersenyum sendiri mengingatkan kenangan ketika kami masih sama-sama berkhidmat dulu.

"Tuan Aaron!" panggil Saiful. Aku menghentikan langkahku. Aku melihat Saiful jalan mendapatkan aku.

"Tadi Amir ada datang ofis, dia datang untuk ambil barang-barang dia," terang Saiful.

Oh?

Patutlah aku tengok meja dia ikut kosong sekali tadi. Rupanya tuannya sudah datang menuntut barang-barang miliknya setelah sekian lama.

"Dia ada cakap apa-apa ke?" soalku.

"Hmm... tak ada lah pulak. Ha! Dia ada kirim salam kepada Tuan dan juga Piqa."

Hmm...

Mungkin dia takut terserempak denganku. Itu yang dia senyap-senyap datang ke ofis pada waktu rehat. Aku tak ambil pusing tentang Amir. Sudah tinggal sejarah hitam.

"Saiful, let's wrap things up. I nak balik awal sikit hari ni," kataku sambil melihat ke arah jam di pergelangan tanganku.

"Baik Tuan Aaron."

Aku tak sabar untuk mengambil Piqa di rumahnya sebentar lagi. Aku mengambil telefon dan menghantar mesej kepada Piqa.

Aku : Sayang. Siap-siap tau. Pukul 5 nanti abang jemput kat rumah okay?

Lovely : Okay abang. Piqa nervous la abang.

Aku : Kalau sayang nervous abang lagi nervous.

Lovely : Alaa... abang ni. Piqa cakap betul-betul la.

Aku : Ya sayang... tak ada apa lah. Mommy abang dah tak sabar nak jumpa sayang.

Aku bercakap-cakap sebentar dengan Piqa bagi menghilangkan gemuruhnya.

Aku harap semuanya berjalan lancar. Aku sudah penat mengejar Piqa. Aku mahu segera jadikan dia milik aku.

Aku takut dia disambar oleh lelaki lain.


****

"Jemputlah masuk," pelawa ibu Tuan Aaron. "Syafiqa right?"

"Ya auntie. Panggil Piqa je," balasku. Aku melangkah masuk ke dalam rumah Tuan Aaron. Ibunya menarik tanganku mengajak aku duduk di atas sofa di ruang tamu.

Ibunya berwajah belanda. Langsung tiada muka melayu asia. Namun begitu fasih berbahasa melayu. Pelat-pelat lidah sedikit itu biasalah.

Di atas meja kopi sudah terhidang air jus oren di dalam jug dan juga sedikit kudap-kudapan. Kelihatan seperti ibunya sudah menyiapkan semuanya awal-awal.

Ibunya betul-betul teruja nampaknya. Aku mengeluarkan peluh sejuk.

"Aaron banyak ceritakan tentang Piqa kepada Mommy," ujarnya tersenyum. "Kiranya kenal di tempat kerja lah kan?"

"Ya auntie."

"Panggil je Mommy," kata ibunya sambil menuangkan air jus oren tadi ke dalam gelas. Tangannya sudah menunjukkan garis-garis tua. Aku mengagak umurnya baya-baya ibu-bapaku.

Aku menjeling ke arah Tuan Aaron. Segannya Tuhan sahaja yang tahu.

"Aaron, tolong ambilkan tisu di dapur."

"Baik Mommy." Tuan Aaron melangkah ke dapur meninggalkan aku dan ibunya berdua. Aku rasa seperti nak menangis. Huhuhu.

"Piqa... Mommy nak tanya boleh?"

Aku menelan air liurku. "Boleh M-mommy."

"Piqa serius ke nak kahwin dengan Aaron?" soalnya dengan senyuman manis.

Muka aku terasa panas, darah naik ke kepala. Soalannya begitu terus-terang dan jujur. Langsung tidak berdalih.

"Ya Mommy..." aku tunduk malu. Aku mengutil-ngutil kainku.

"Terima kasih sebab terima Aaron. Sepanjang Mommy besarkan dia, Mommy tak pernah tengok dia happy macam ni. He must have loved you so much."

Terima kasih? Aku yang patut berterima kasih kepadanya kerana melahirkan seorang lelaki yang terbaik untuk aku.

"Piqa tak buat apa-apa pun Mommy," jawabku.

Tuan Aaron pun kembali dari dapur dengan sekotak tisu di tangannya. "Yang ni boleh kan Mommy?"

"Boleh sayang..." Ibunya menghulurkan beberapa helai tisu kepadaku.

Aku lihat hubungan Tuan Aaron dengan ibunya begitu akrab. Dia sangat manja bila bersama dengan ibunya. Satu sisi baru yang aku belum pernah lihat.

Kami berbual kosong sepanjang petang. Ibunya seorang yang senang didekati. Berbual dengannya aku rasakan seperti sudah kenal lama.

"Piqa dah inform parents Piqa ke?"

"Inform apa Mommy?" soalku sambil menghirup air oren di tanganku. Sedap resipi air yang dia buat. Bauan sitrus memberi kesegaran kepada anak tekakku.

"Inform mengenai tarikh tunang Piqa dan Aaron."

"Pfft! Uhuk uhuk!" aku tersedak air.

"Sayang! Okay ke?" Tuan Aaron datang menepuk-nepuk belakangku. "Hati-hati lah sayang. Meh abang lap kan. Habis basah."

Tuan Aaron dengan pantas menarik beberapa helai tisu dan mengelap air yang merecik ke bajuku. Dia buat seperti ibunya tidak wujud.

"Sorry abang! Piqa boleh buat sendiri."

Aku menjeling ke arah ibunya. Dia senyum lebar melihat anaknya yang begitu prihatin terhadapku. Tuan Aaron begitu memanjakan aku. Aku pula jadi malu.

Aku meminta diri untuk ke tandas sebentar. Aku melihat wajahku di cermin. Aku menutup mukaku dengan kedua tapak tanganku.

Malunya!!!

Sebelum senja Tuan Aaron menghantar aku pulang ke rumahku. Aku memaklumkan kepada kedua orang tuaku perihal tarikh pertunangan. Mereka bersetuju lalu menadah tangan berdoa tanda kesyukuran.

Ibuku memelukku dan menyatakan kelegaannya. Ada juga orang nak jaga anaknya ini.

Aku masuk ke dalam bilik lalu mandi dan menyalin pakaianku yang kotor tadi. Aku termenung di birai katil. Aku rasa bagaikan mimpi.

"Is this real?" aku menampar-nampar pipiku. Sakit! Aku rasa menyesal pulak pergi tampar pipiku. Perit gila!

*Ringggg Ringggg*

"Hello?" aku meletak telefon ke telingaku sambil aku mengeringkan rambutku dengan tuala.

"Hello Piqa."

"Amir...?"

"Piqa... kau sihat?" soalnya.

"Aku sihat," jawabku perlahan. Aku merasa janggal kerana sudah lama tidak berbual dengannya.

"Oo..." balasnya, "Piqa, aku nak mintak maaf dengan kau pasal hari tu."

"Lama kau hilang baru sekarang kau nak mintak maaf?" soalku sedikit tidak puas hati.

"Aku bukan taknak mintak maaf dengan kau. Tapi si Aaron tu yang ugut aku."

Ha?

"Dia langsung tak bagi aku contact kau. Ini pun aku senyap-senyap hubungi kau semula," terangnya panjang lebar.

"Wait wait wait. Apa maksud kau?" aku seakan tidak percaya dengan apa yang Amir katakan.

"Aku... aku masih sayangkan kau Piqa. Tapi dia halang aku dari jumpa kau. Dia heret aku ke mana entah, lepas tu dia ikat aku. Tak habis dengan tu, dia belasahnya aku."

"Kau tipu! Tuan Aaron takkan buat macam tu," balasku membidas tuduhannya. "Kau dah cabul aku lepas tu kau nak tuduh Tuan Aaron bukan-bukan pulak!"

"Terpulang lah pada kau nak percaya atau tidak. Sekarang aku balik ke pekan sekejap. Aku ada urusan sikit dengan kawan aku. Kalau kau nak jumpa aku boleh la. Sebab aku pun tak lama kat sini."

"Buat apa aku nak jumpa kau?"

"Kau bukan main berlagak eh sekarang? Kau dengar sini Piqa. Aaron tu bukan sebaik yang kau sangka," ujarnya.

"Siapa kau nak judge dia? Habis tu kau ingat kau tu baik sangat?" kataku geram.

"Jangan kata aku tak bagi amaran kat kau!"

Amir memotong talian.

Sukar untuk aku percaya kata-kata Amir. Tuan Aaron begitu baik, sekurang-kurangnya bagiku. Tapi tipu lah kalau kata aku tidak merasa sedikit ragu.

Arghh! Aku keliru!

Continue Reading

You'll Also Like

607K 22.8K 46
"kakak, kakak nak tahu tak tadi ibu terserempak dengan kawan abah ni.. tinggi, handsome, putih mcm korea. Kakak kan minat korea." "bohonglah mesti t...
204K 4.8K 17
"semua ni kolot, kau percaya lagi ke zaman sekarang ni mencintai tak semestinya memiliki, tu semua kolot tahu tak?" Tengku Aniq kysh "kalau dia nak k...
3.2M 288K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
406K 18.7K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...