TERNYATA HANYA KAMU (UNPUBLIS...

็”ฑ msroses_

1.8M 14.6K 377

2nd story ๐Ÿ’™ Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabka... ๆ›ดๅคš

Introduction
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 8
Bab 9

Bab 7

36.1K 1.7K 51
็”ฑ msroses_

Nurina Amani membuka mata perlahan. Dia membetulkan duduk. Sakit juga pinggang apabila terpaksa tidur dalam posisi begini. Bukannya Tengku Harraz  tidak menyuruh Nurina Amani tidur bersama Tengku Amanda di atas katil tapi Nurina Amani awal-awal lagi menolak. Tidak manis rasanya. Sudahlah lelaki itu turut ada bersama dalam bilik itu. Kalau hanya dia dan Tengku Amanda, lain cerita. Akhirnya dia hanya tidur dalam posisi duduk sambil meletakkan kepala di atas katil pesakit itu.

Nurina Amani berpaling ke belakang. Mencari kelibat Tengku Harraz.
Tiada. Nurina Amani sudah mengerutkan dahi. Dia memanjangkan leher. Jam di dinding dikerling. Matanya dibuntangkan. Dah pukul 8.00 pagi. Patutlah dah cerah semacam. Nasib baiklah dia uzur. Kalau tak, subuh entah ke mana dah.

Wajah Tengku Amanda yang sedang lena itu ditatap sayang. Tangan kecil milik kanak-kanak itu sedang menggenggam ibu jari Nurina Amani. Dia tak tahu mengapa, tapi dia rasa istimewa bila dengan kanak-kanak ini. Dia rasa dia diperlukan. Dia rasa disayangi. Dan dia suka akan rasa itu.

Tangan naik menyentuh dahi dan leher Tengku Amanda . Nurina Amani menghamburkan nafas lega. Alhamdulillah, demam kanak-kanak itu telah kebah. Suhu badannya sudah kembali normal.

Pipi kanak-kanak itu dikucup perlahan.

"Assalamualaikum. Morning, babygirl" ujar Nurina Amani ceria saat kanak-kanak itu membuka mata perlahan-lahan. Terus bibir comel itu mengukir senyuman saat wajah Nurina Amani terlayar di hadapan mata.

"Baby girl nak susu?" Nurina Amani hanya tersenyum melihatkan Tengku Amanda yang nampak masih mamai itu.

"Nak!" Laju kanak-kanak itu mengangguk.

"Sayang habiskan susu dulu, kejap lagi kita mandi, okay?"

"Okay, mommy"

Nurina Amani mencium pipi Tengku Amanda itu sebelum dia berlalu mengambil tuala untuk dipakai kanak-anak itu selepas mandi.

***************************************

Tengku Harraz mengerutkan dahi apabila melangkah masuk ke dalam bilik. Kelibat Nurina Amani dan anaknya tidak kelihatan. Bungkusan makanan yang dibeli tadi diletakkan di atas meja.

Perlahan-lahan langkah diatur ke tandas di dalam bilik itu. Mahu mencari kedua-duanya.

"Baby girl! Habis basah baju Acik Amani!" Suara kuat wanita itu dan gelak tawa anaknya di dalam tandas membuatkan langkah Tengku Harraz terhenti. Terus dia menukar arah langkah kaki. Melabuhkan punggung di sofa yang terdapat di bilik itu. Tahulah dia yang mereka berdua sedang mandi.

"Shorry mommy! Nanti kita go buy baju baru okay" Kanak-kanak itu bersuara ceria.

Tengku Harraz termangu. Tipulah kalau dia katakan hatinya tidak terusik mendengarkan suara ceria anaknya itu memanggil seseorang dengan panggilan mommy. Dia tidak pernah bayangkan yang anaknya akan berpeluang memanggil seseorang dengan panggilan itu lagi.

Baginya mommy Amanda sudah lama mati. Sepanjang tiga tahun ini, dialah daddy, dan dia cuba untuk menjadi mommy kepada anaknya itu. Tidak pernah dia biarkan Tengku Raisya Amanda rasa kekurangan kasih sayang. Tapi rupanya, tanpa dia sedar, anak itu ketandusan kasih seorang wanita yang bergelar ibu.

"Amanda ada duit ke nak belikan baju baru untuk Acik Amani?" Kedengaran suara Nurina Amani dari dalam tandas bilik itu.

"Amanda can ask daddy for money. Daddy ada banyak money" Pecah tawa Nurina Amani mendengar jawapan Tengku Amanda itu.

"Okay. Nanti acik Amani mintak dengan daddy baju cantik-cantik. Boleh?" Ujar Nurina Amani sambil tertawa.

"Boleh, mommy! Daddy kan goodboy. Meshti(mesti) daddy belikan mommy new dresh(dress) nanti"

Nurina Amani hanya ketawa sambil menggelengkan kepala. Lambat lagi dia nak suruh mamat The Rock tu belikan baju untuk dia. Karang tak pasal-pasal semua baju dekat rak dia beli.

"Taknak lah acik Amani suruh daddy Amanda beli, daddy Amanda tu soooo scary. Acik Amani takuttt" Nurina Amani sudah buat muka pura-pura takut. Tangan sudah mencapai tuala untuk mengelap badan Tengku Amanda yang sudah siap dimandikan itu. Tuala itu dibalut ke tubuh Tengku Amanda sebelum tubuh kanak-kanak itu didukung.

"Shcary? Daddy not shcary la mommy Daddy not a tiger" Tengku Amanda yang berada dalam dukungan itu ketawa.

"Ye.. Daddy Amanda memang la bukan tiger. Tapi daddy Amanda tu lagi scary daripada ti..." Kata-kata Nurina Amani sudah terhenti. Langkahnya kaku di hadapan pintu tandas itu. Dia sudah menelan liur yang terasa pahit. Renungan tajam daripada lelaki itu membuatkan Nurina Amani ketar lutut.

'Sejak bila pulak dia ada dekat dalam bilik ni?'

"Daddyyyy!" Tengku Amanda sudah menjerit ceria. Tangan segera disua ke arah Tengku Harraz, minta didukung.

Tengku Harraz tersenyum. Kanak-kanak yang masih berbalut tuala itu didukung manja.

"Come, kita pakai baju. Let mommy take a shower" ujar Tengku Harraz sambil mencium pipi kanak-kanak di dukungannya itu.

Nurina Amani sudah terkedu. Mommy?

"Okay daddy!" Giliran Tengku Amanda pula mencium pipi daddynya sebelum dia merenung wajah lelaki itu sambil mengerutkan dahi.

"Daddy..are you a tiger?" Tangan Nurina Amani yang sedang mengeluarkan baju daripada beg terhenti. Matanya dibuntangkan memandang ke arah kanak-kanak itu. Apa ni, baby girl!

"No, i'm not a tiger. Why princess?" Tengku Harraz  mengangkat kening. Matanya mengerling sekilas ke arah wanita yang sudah terpinga-pinga di depan loker itu.

"Sebab mommy cakap.."

"Amanda! Jom pakai baju dengan mommy! Eh, Acik Amani!" Nurina Amani sudah gelabah. Dia menepuk mulut yang sudah terlepas membahasakan dirinya mommy.

"It's okay, aku boleh pakaikan dia baju. Hand me her shirt.." dingin sahaja nada suara lelaki itu.

Perlahan-lahan Nurina Amani melangkah menghampiri Tengku Harraz dan Tengku Amanda yang berada atas pangkuan lelaki itu. Dia menghulurkan baju kanak-kanak itu.

"Mommy cakap apa, sayang?" Nada suara itu berubah lembut kembali.

Nurina Amani memejamkan mata. Soalan Tengku Harraz itu memang kedengaran lembut tapi boleh buat Nurina Amani ketar seluruh badan.

Nurina Amani sudah meletakkan jari di mulut. Memberi isyarat supaya Tengku Amanda tidak memberitahu Tengku Harraz. Mengekek kanak-kanak itu ketawa. Terhibur melihat kelakuan Nurina Amani.

Tengku Harraz berpaling memandang wanita yang berdiri di belakangnya. Laju sahaja Nurina Amani menjatuhkan tangan. Dia masih berdiri tercegat di tepi dua beranak itu.

"Kau tunggu apa lagi dekat sini?"
Soal Tengku Harraz tanpa riak.

Nurina Amani menggaru kening yang tidak gatal. 'Haah kan, kenapa aku tercegat lagi dekat sini?'

Laju sahaja kaki mengatur langkah menuju ke tandas.

Tengku Harraz tersenyum sinis. Bukannya dia tidak dengar apa yang dikatakan wanita itu tadi. Tahu pun gelabah!

***************************************

"Okay Tengku, so far, your daughter's condition getting better. No more temperature spike. Selera makan pun dah semakin okay. So we plan untuk discajkan Tengku Raisya Amanda harini" ujar doktor lelaki yang merawat Tengku Amanda daripada semalam.

"Okay.. thanks doctor.." Ujar Tengku Harraz sambil mengangguk kecil.

"Alhamdulillah.. nasib baik la tak lama demam princess nenda ni" ujar Tengku Khalida selepas doktor dan jururawat yang merawat tadi keluar dari bilik yang menempatkan Tengku Amanda.

Tengku Harraz juga turut berlalu meninggalkan mereka untuk menguruskan urusan discaj Tengku Amanda.

"Yeayy! Princess dah boleh balik rumah" Tengku Syafa yang duduk di tepi katil sudah menepuk tangan sambil memandang ke arah anak saudaranya itu. Wajah comel itu dicuit manja.

"Yeayyy!" Tengku Amanda juga turut menjerit riang sambil menepuk tangan.

Nurina Amani hanya tersenyum pahit. Nampaknya sudah tamat tugasnya disini. Dia sudah tidak diperlukan untuk menjaga kanak-kanak itu di hospital ini lagi. Wajah kanak-kanak itu ditenung dengan pandangan sayu. Entah bila pula mereka akan bertemu kembali.

Perlahan-lahan Nurina Amani berpaling. Mahu mengemas beg pakaian miliknya dan Amanda.

"Amani, jomlah nanti ikut kitorang balik rumah Harraz" Tengku Khalida sudah tersenyum manis memandang wajah lembut wanita di hadapannya itu.

"Takpelah auntie.. Saya ingat nak balik Sepang terus ni" sopan Nurina Amani menolak sambil tersenyum manis.

"Eh, apa pulak panggil auntie, panggil Bonda je"

"Err.." Nurina Amani sudah menggaru kepala yang bertudung.

"Haah kak Amani. Kalau Amanda boleh panggil Kak Amani mommy, kenapa Kak Amani tak boleh panggil bonda, bonda?" Tengku Syafa sudah menyampuk sambil tersenyum mengusik.

"Haa betul tu. Lepas ni bonda nak Amani panggil bonda" ujar Tengku Khalida sambil tersenyum.

"Okay bon..bonda" tergagap-gagap Nurina Amani menjawab.

"Nanti ikutlah sekejap pergi rumah Harraz. Bonda boleh masakkan something untuk Amani. Dah la Amani dah tolong jagakan Amanda dekat hospital" pujuk Tengku Khalida lagi. Belum sempat lagi dia nak mengenali wanita itu dengan lebih dekat.

Nurina Amani sudah tayang senyum plastik. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu. Memang hati terasa berat untuk berpisah dengan Tengku Amanda secepat ini tetapi membayangkan dia nak kena hadap lagi muka mamat the rock itu, dia angkat bendera putih.

"Sorry sangat, bonda.. lain kali ya, bonda" Nurina Amani serba salah. Tangan wanita separuh usia itu dicapai. Tidak mahu wanita itu terasa hati.

"Takpelah, kalau macam tu. Bonda taknak paksa Amani" Tengku Khalida membalas genggaman Nurina Amani di tangannya. Bibirnya mengukir senyum.

"Saya kemas beg Amanda dulu ya, bonda"

Tengku Khalida hanya mengangguk sambil tersenyum. Berkenan betul dia dengan wanita itu. Kalaulah dia ada anak lelaki lain, dah lama dia pinangkan si Nurina Amani ini untuk dijadikan menantu. Nak dipinangkan untuk Tengku Harraz? Dalam mimpi sahajalah.  Anak lelakinya itu seperti sudah menutup pintu hati serapat-rapatnya. Bukannya tidak ada wanita yang sudi menghulur kasih selepas Julia Raihana pergi, tapi awal-awal lagi sudah ditolak oleh anaknya itu.

Rasanya Tengku Khalida tidak akan merasa langsung mempunyai menantu perempuan dalam erti kata sebenarnya. Julia Raihana? Jarang sekali menantu itu menjejakkan kaki ke rumahnya selepas dia berkahwin dengan Tengku Harraz. Boleh dikira dengan jari berapa kali Julia Raihana bersembang dengannya. Selepas mereka bercerai pun, tidak pernah sekalipun bekas menantu atau besannya menghubungi mereka sekeluarga untuk bertanyakan tentang Tengku Amanda.

Tengku Khalida melepaskan keluhan perlahan. Mukanya diraup.

Nurina Amani yang melihatkan kelakuan Tengku Khalida itu sudah serba salah. Risau pula sekiranya dia sudah melukakan hati tua itu kerana menolak ajakannya sebentar tadi. Perlahan kaki dihayunkan ke arah wanita yang sedang duduk termenung di atas sofa itu. Sempat dia memandang sekilas Tengku Syafa dan Tengku Amanda yang sedang menonton sesuatu di telefon bimbit wanita itu.

"Bonda.." panggilan lembut itu membuatkan Tengku Khalida berpaling. Senyuman manis terus dihadiahkan buat wanita yang sedang memandangnya dengan pandangan serba salah itu.

"Bonda kecik hati dengan saya ke?" Perlahan sahaja Nurina Amani bertanya.

"Eh takdelah, takkanlah sebab tu je bonda nak kecik hati"

"Saya minta maaf ye, bonda"

"It's okay, Amani. Bonda faham. Bonda okay je" Tengku Khalida mengusap pipi wanita itu. Hati tuanya sudah jatuh sayang dengan wanita bernama Nurina Amani ini.

"Why, bonda?" Suara garau dari arah belakangnya itu menyentakkan Nurina Amani.

"Nothing, Harraz" Nurina Amani sudah menghembus nafas lega mendengarkan jawapan Tengku Khalida itu.

"Bonda merajuk dengan Kak Amani, abang" selamba sahaja Tengku Syafa menuturkan.

Nurina Amani sudah membesarkan mata. Terkejut dengan ayat yang keluar dari mulut Tengku Syafa.

Tengku Harraz mengerutkan dahi.

"Why?" Dingin sahaja suara itu bertanya.

"Bonda ajak Kak Amani ikut pergi rumah abang. Bonda nak masakkan something untuk Kak Amani. Ye lah, Kak Amani dah tolong jagakan Amanda dekat ward ni kan? So, bonda nak la balas budi Kak Amani. Orang dah berbudi, kita kena berbahasa, abang. One good turn deserves another" ambik nak! Dwibahasa terus Tengku Syafa bagi peribahasa. Kot-kotlah abang dia tu tak faham Bahasa Melayu. Saja dia nak perli abangnya itu.

"So, how much I have to pay you, Cik Nurina?" Tajam mata itu menikam wajah  wanita di hadapannya.

Nurina Amani sudah tercengang.

"Hah? Saya tak perlukan bayaran pun, Tengku. Saya ikhlas" Nurina Amani sudah menarik nafas dalam. Cuba untuk bersabar. Langkah diatur perlahan menuju ke arah loker. Beg baju yang sudah dikemas tadi dicapai.

Tangan Tengku Syafa naik menepuk dahi sendiri. Lembap-lembap macam ni pun boleh jadi CEO ke?

"Abang, you know that's not what I mean, right?"

Tengku Harraz hanya menjeling tajam ke arah Tengku Syafa. Habis tu dia nak buat apa?

Tengku Khalida hanya menggelengkan kepala perlahan melihat kedua-dua anaknya itu.

"Where are you going, mommy?" Tengku  Amanda sudah berdiri di atas katil. Dia sudah cemas melihatkan Nurina Amani yang sudah membimbit beg pakaiannya itu.

"Mommy nak balik dah, princess. Mommy merajuk dengan daddy" ujar Tengku Syafa selamba. Dia sengaja!

Nurina Amani terkedu lagi. Boleh sakit otak rasanya dia melayan dua beradik ini.

Tengku Harraz sudah menjulingkan mata ke atas. Dia sudah tayang muka annoying.

Tengku Amanda yang mendengar
kata-kata itu sudah mencebik. Air mata sudah bergenang.

"Mommy.."

"Stop crying, princess. Your mommy is coming home with us" Tidak bernada sahaja Tengku Harraz menuturkan.

"Yeayyyyy!" Serentak Tengku Syafa dan Tengku Amanda menjerit. Tengku Khalida sudah tersenyum.

Nurina Amani sudah mengerutkan dahi. Eh, bila masa pulak dia setuju ni?!

"Tapi Tengku, saya nak kena balik Sepang terus. Kalau saya pergi rumah Tengku, nanti malam baru saya sampai rumah. Saya tak biasa drive malam-malam" Nurina Amani memberi alasan. Tipu sunat. Harap-harap Tengku Khalida tak kantoikan yang dia balik dari kenduri rumah Fiyya haritu waktu malam.

"Aku hantar kau"

"Hah? Tak boleh! Saya datang sini bawak kereta, takkan saya nak tinggal kereta saya dekat sini?" Good job Amani!

"Aku hantar kau. Driver aku bawak kereta kau. Okay, Cik Nurina?" Nurina sudah terdiam. Dah tak tahu nak bagi alasan apa lagi.

Diam.

"Okay, daddy!" Tiba-tiba Tengku Raisya Amanda bersuara. Polos sahaja muka kanak-kanak itu.

"Okay, abang!" Tengku Syafa menyahut. Dia sudah tersengih macam kerang busuk.

"Okay, Harraz" Tengku Khalida pun tak nak kalah. Tengku Syafa dan Tengku Khalida sudah berpandangan sambil tersenyum.

Nurina Amani menggaru kening yang tidak gatal. Semua mata tertumpu ke arahnya kini. Pandangan berharap daripada Tengku Khalida, Tengku Syafa dan Tengku Raisya Amanda. Pandangan kosong daripada Tengku Harraz Iskandar.

"Okay, Tengku"

***************************************

🌷🌹🌷🌹
Assalamualaikum semua readers. First, sis nak ucap terima kasih sebab sudi baca cerita yang still ongoing ni.

Sis cuma nak inform, untuk memberi laluan pada bulan yang mulia iaitu bulan Ramadan, sis akan slow update ye..

Di kesempatan ini, sis nak ucapkan selamat menyambut Ramadan pada semua. Semoga Ramadan kali ini membawa seribu makna untuk kita semua. Semoga bulan yang mulia ini akan mendekatkan lagi hati kita padaNya dan menjadikan kita manusia yang lebih baik. InsyaAllah.. ❤️

็ปง็ปญ้˜…่ฏป

You'll Also Like

603K 24K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
821K 84.3K 71
โš ๏ธBewareโš ๏ธ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
Cinta Untuk MrGarang ็”ฑ DaisyDee

้’ๅฐ‘ๅนดๅฐ่ฏด

6.7M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
2.3M 180K 93
๐Ÿ’ the everyday life of aku dan suami aku yang introvert. note: cerita ini sequel 'flirt', tapi boleh baca sebagai standalone. (:D) โ€ผ๏ธ mature readers...