Rain [Blice] (🐨) βœ”οΈ

By haliachuu13

852 62 12

Status: [Completed] " Kenapa setiap kali hujan turun, kau ada depan rumah aku ? " Blice Brother's/family (!) More

α΄˜Κ€α΄ΚŸα΄Ι’α΄œα΄‡ +++
Γ— 1 Γ—
Γ— 2 Γ—
Γ— 3 Γ—
Γ— Last Γ—
Γ— penjelasan Γ—

Γ— Flashback Γ—

82 6 3
By haliachuu13


Ice Frost: 8tahun
Blaze flame: 10tahun

[ Sabtu, 8;30am ]

Dihari cuti yang indah, terdapat dua beradik sedang melukis sama-sama di halaman belakang rumah. Seorang abang yang melukis rama-rama biru, manakala sang adik pula melukis seekor kucing tanpa kepala.

" Adik lukis apa ? Macam pelik je abang tengok " tanya blaze sambil memerhati lukisan adiknya yang terlihat sangat pelik.

" Ucing ! Api adik tak andai nak ukis " jawab ice lalu mencebik. Blaze mengangguk faham, dia terus tukar lukisan miliknya dan lukisan ice.

" Takpe, adik ambik abang punya lukisan. Biar abang lukis kucing untuk adik " ujar blaze.

Manik biru itu bersinar-sinar mendengar kata-kata abangnya, terharu sangat apabila abangnya menawarkan perkhidmatan melukis secara percuma. Akibat perasaan yang terlampau gembira, ice menepuk-nepuk tangan kecilnya dengan riang.

" Amboii, gembiranya dia. Kenapa tu ? Abang cium pipi secara percuma lagi ke ? " Usik Rossle dari jauh.

" Ukann ! Abang nak ukis ucing untuk adik ! Adik uka sebab adik tak andai nak ukis ucing ! " Jawab ice riang.

Rossle tergelak kecil lalu menggeleng pelan, " iyalah, lukis cantik-cantik ya abang "

" Baik mama ! " Sahut blaze.

Mata jingga itu fokus pada lukisan dihadapan, ocehan milik ice tidak dihiraukan olehnya. Dia bersungguh-sungguh mahu lukis kucing untuk sang adik.

" Abang dengar tak adik akap apa ni !? " Marah ice.

" Sabarlah, abang tengah lukis ni kan untuk adik " ujar blaze lembut.

" Ish ! Abang ena dengar uga apa yang adik nak akap ni ! " Marah ice lagi.

Ice itu nampak sahaja pendiam diluar tetapi kalau bersama dengan abangnya, perangai aktif dan nakal dia akan keluar. Kadangkala, rambut abangnya ditarik sampai gugur beberapa helai lepastu baju ditariknya sampai koyak sikit.

Buas mengalahkan binatang bak kata blaze.

" Iya adik nak cakap apa ? " Soal blaze mula mengalihkan perhatian pada ice yang merajuk disebelah.

" Tak adi ! Abang lambat acam ciput ! "

Blaze menghela nafas melihat perangai ice, tangannya terus sambung melukis lukisan yang terkendala tadi.

Srak!

" Aduh ! " Ringis blaze apabila ice mula menarik rambutnya dengan kasar.

" Abang ahat ! Abang ahat ! Abang ahat ! " Marah ice dengan mata yang berkaca-kaca.

" Sakitt, lepaskan rambut abang !! " Ringis blaze cuba melepaskan genggaman tangan ice pada rambutnya.

" Abang ahatttt !!! " Jerit ice.

" Ice ! Lepaskan abang ! " Rossle berlari panik kearah kedua anaknya.

" Ice sayang abang kan ? Lepaskan ya sayang " pujuk Rossle lembut. Dengan perlahan, genggaman tangan ice mula melonggar. Matanya masih berkaca-kaca.

Blaze terus memeluk sang mama dengan ringisan masih dibibir. Airmata mula jatuh membasahi pipinya. Rossle menghela nafas panjang.

Ice sangat buas dan ganas tapi walaubagaimanapun blaze tetap kena jaga adiknya dengan baik.

Sudah beberapa kejadian yang sama berlaku berulang kali, kalini tindakan ice menjadi semakin agresif. Bukan kanak-kanak itu tidak menyayangi sang abang tetapi dengan umur yang masih sangat belia membuatkan dia fikir perbuatan itu tidak salah dan menjejaskan apa-apa.

Seperti sekarang, entah marah sebab apa sehingga sanggup memukul abangnya kuat dengan remote.

" Ice !! " Jerit Rossle panik.

" Kenapa ni, ice ? Tak boleh ke ice berhenti buat abang macam ni !? " Marah Rossle.

Ice terdiam, manik biru itu memandang abangnya yang berada dipelukan sang mama dengan raut ketakutan.

" Adik minta maaf, abang " ujar ice serba-salah. Tangan kecil itu cuba mencapai tubuh sang abang.

" Hiks jangan dekat ! M-mama ! Laze takut ! " Ujar blaze, memeluk Rossle makin erat.

" Abang tatut dengan adik ? " Soal ice.

Rossle menghela nafas pelan, " ice pergi masuk bilik buat apa yang patut. Biar mama yang jaga abang " arah Rossle sedikit tegas.

Ice dengan perlahan melangkah menuju ke biliknya yang berkongsi dengan blaze.

Kriek..

Manik biru itu termenung memandang luar tingkap, ada luka perit dalam pandangan mata biru itu. Airmata mula jatuh membasahi pipinya.

" Adik minta maaf Hiks " gumam ice.

°°°°

Ice Frost: 12tahun
Blaze flame: 14tahun

[ Ahad, 21:00pm ]

Tap..
Tap..
Tap..

Kaki itu melangkah perlahan mendekati sosok blaze yang sedang termenung memandang televisyen. Apabila berhenti tepat disebelah. Buku latihan diletakkan dihadapan sang abang.

" Boleh abang tolong adik ? Soalan ni susah. Adik tak faham " pinta ice pelan sambil menggenggam kedua tangannya.

Dia sedar akan perubahan blaze dan itu semua berpunca dari dia. Trauma yang dialami blaze berpunca dari dia tetapi ice tak putus asa untuk mendekati sang abang. Dia masih mencuba walaupun tahu apa yang jadi...

" Jangan ganggu aku. " Ucap blaze sepatah tanpa mengalihkan perhatian.

Ice menggigit bibirnya, " tapi adik tak faham. Dengan siapa lagi adik boleh minta tolong kalau bukan abang ? " Pinta ice lagi.

Mata blaze mula memandang kearah ice, " kau tak faham bahasa !? Aku kata jangan kacau aku ! Aku taknak kau seksa aku lagi macam dulu ! " Marah blaze lalu menolak tubuh ice menjauh.

Ice terkedu, manik biru itu memandang abangnya dengan raut tak percaya.

" Adik tahu adik salah. Adik minta maaf tapi adik mohon kalini je abang tolong adik " pinta ice lagi. Dia tidak akan putus asa.

Dia mahu rapat dengan abangnya macam ketika dulu.

" Mama !!! " Jerit blaze.

" Adik, berapa kali mama nak cakap ni ? Jangan kacau abang " tegur Rossle.

" Adik cuma nak minta abang ajarkan ni " gumam ice.

" Adik usaha ya, sayang. Jangan kacau abang lagi. " Ujar Rossle lembut.

Ice terus bangun dan mencapai buku latihannya.

" Esok laze kena jumpa doktor tau "

" Jangan bawa budak tu "

" Iya sayang "

[ Pagi Isnin, 9:00am ]

" keadaan blaze flame tidak stabil
Buat masa sekarang ni . Saya minta tolong
jangan tunjuk apa-apa yang boleh mendatangkan trauma kepada dia supaya dia boleh bertenang dan sembuh dengan cepat "

" t-terima k-kasih doktor " ucap Rossle.

" Ni semua salah dia kan, mama ? Sebab dia laze jadi macam ni " ujar blaze. Rossle tersenyum sendu.

" Bukan, sayang. Ini semua dah takdir. Adik kamu tak salah, dia cuma...terlampau sayang dengan abang dia " ujar Rossle lembut.

" Sayang ? Ini yang mama kata sayang ? Mama pun dah jadi macam dia ke ? " Soal blaze.

" Laze benci dia sebab dia buat laze macam ni " sambung blaze.

" Jangan cakap macam ni. Dia tetap adik kamu, laze "

" LAZE BENCI DIA ! "

^^^

Manik biru itu memandang wajah maklong dan Rossle secara berterusan. Dia menjadi hairan apabila melihat sebuah beg galas di depan pintu. Fikiran negetif mula bermain di fikirannya.

" Rose harap Along boleh tolong jagakan ice sementara waktu bagi proses penyembuhan laze " ujar Rossle lalu tersenyum.

" Boleh, janji laze sihat "

" Kita nak kemana ni, mama ? Bukan ke abang tak sihat lagi ? " Soal ice hairan.

Rossle terus menuju ke ice, senyuman sayu terukir dibibir wanita itu. Rambut anaknya diusap lembut.

" Ice duduk dengan maklong sementara waktu ni boleh ? " Tanya Rossle lembut.

" K-kenapa pula ? Ice taknak tinggalkan abang ! " Ujar ice.

" i-ice ada buat salah ke mama ? " tanya ice tiba-tiba, matanya mula berkaca-kaca. Dia tidak mahu meninggalkan abangnya !

" buat masa sekarang, ice duduk dulu dengan
maklong. Dengar cakap, jangan nakal-nakal. Nanti mama jemput ice. Mama janji " pujuk Rossle.

" kenapa ? " Lirih ice.

" Ice akan tahu nanti, sayang "

Secara tak sengaja, ice teralih pandangan kearah blaze yang berada di tangga memerhati. Wajah abangnya menunjukkan reaksi yang selamba dan seperti tidak ambil kisah.

" Boleh ya, sayang ? "

" Baik mama, janji ya ambik ice nanti "

" Mama janji sayang "

^^^

Dari minggu ke minggu sehinggalah bulan ke bulan ice menunggu sang mama dan abangnya menjemput. Tidak putus asa kanak-kanak 12 tahun itu menunggu di hadapan rumah dengan senyuman yang masih lebar.

Dia percaya bahawa mama-nya akan menjemputnya dan bawa ke pangkuan sang abang. Dia masih percaya tentang itu.

" Adik ? Jom makan. Maklong ada buatkan cucur dekat dapur " ajak maklongnya lembut.

" Adik nak tunggu mama ! Nanti mesti mama datang kan, maklong ? " Ice memandang maklongnya dengan pandangan polos.

" Iya, sayang. Nanti mama datang jemput adik. Mari makan dulu ? "

Ice mengangguk pelan lalu berganjak untuk mengikuti maklongnya kedapur.

-

Malam hari sudahpun tiba, ice yang berasa haus terus turun ke bawah untuk minum air kosong. Tak lama, langkahnya terhenti dek terdengar sebuah perbualan di ruangtamu.

" Sampai bila rose nak biarkan adik macam ni ? Bukan Along taknak jaga dia. Adik tu budak baik tapi bukan ni caranya, rose ! "

" Sekejap sahaja, Along. Nanti rose ambil dia balik. Keadaan laze masih belum stabil. Doktor kata ambil masa mungkin sebulan atau dua bulan "

" Kamu tak faham ke !? Adik tu rindu dengan abang dia ! "

" Along yang tak faham ! Laze sakit ! Dan sakit tu berpunca pada ice ! "

" Jangan salahkan dia, rose. Dia hanya kanak-kanak yang tak tahu apa-apa "

" Rose tak salahkan dia. Rose cuma cakap perkara betul, laze sakit sebab dia ! "

Tut-

" Rose !? Rose !? Haish ! "

Sejak itu, hari ice menjadi hancur berkecai. Tiada lagi senyuman comel dan raut polos. Kanak-kanak yang masih 12 tahun itu mula menyalahkan diri sendiri atas sakit yang dialami oleh abangnya.

Dia sudah lama sedar kesalahan dia. Dia sedar yang dialah punca abangnya mengalami trauma berat tetapi dia tertanya, kenapa mamanya tak jujur ? Dan seperti sedang buang dirinya jauh-jauh dari sang abang.

Setahun berlalu, umur ice kini sudah menginjak 13 tahun. Remaja itu tidak lagi menunggu di hadapan rumah seperti biasa. Dia tahu selama mana dia tunggu pun, mamanya takkan menjemput dirinya.

" Ice ? Termenung apa tu ? " Tanya maklongnya lembut.

" Maklong " panggil ice datar.

" Ya ? "

" Mama tak sayang ice ya ? " Tanya ice.

" Kenapa cakap macam tu ? "

" Mama tak pernah tanya khabar ice. Mama tak jemput ice. Mama tipu ice. Boleh ke kalau ice nak rasa kecewa dengan mama, maklong ? " Ujar ice.

" Mama sengaja nak jauhkan ice dengan abang ke, maklong ? I-ice sedar yang abang mungkin taknak tengok muka ice t-tapi mama tak faham ? Ice rindu abang sangat-sangat. Ice nak minta maaf dengan dia " sambung ice lagi dengan nada yang lirih.

" Ice sayang. Maklong yakin mama tak macam tu, mama ice mungkin tengah jaga abang lagi. Ice tunggu lagi ya, sayang ? "

Ice terus memandang maklongnya tajam, " m-maklong sama je macam mama ! Hiks "

Kriek!

" Ice nak kemana !? ". Ice teruskan berlari tanpa mempedulikan jeritan panik milik maklongnya.

" Ice ! Jangan macam ni ! Maklong janji akan bincang baik-baik dengan mama ! "

Tap!
Tap!
Tap!

" Ice ! Tolong dengar cakap maklong kalini je ! Berhenti lari ice ! "

" Mama penipu ! Penipu ! Ice nak abang ! " Bentak ice masih lagi berlari.

" Ice !!!! "

Cit!!
Bam!!

°°°°

Tubuh itu penuh darah termasuk kepalanya yang banyak terkena damage. Sosok kaku itu hanya memandang langit biru dengan matahari yang terasa terik membuatkan luka-luka itu menjadi pedih. Termasuk hatinya.

Jeritan demi jeritan terdengar ditelinganya sebelum bunyi nyaring terdengar dan berakhir dengan matanya yang mula terasa mengantuk terlampau.

" Ice ! Bertahan, nak ! "

" Ice-! "

' abang, ice nak cari abang '

Sebuah memori mula masuk kedalam fikiran sebelum matanya tertutup penuh.























" keadaan pasien dalam koma , kecederaan
Pada kepalanya serius . Mohon bersabar ya , kami akan cuba sedaya upaya kami "

" maafkan maklong , ice .. hiks .. hiks .. "

[ END ]

jadi... Faham kan flashback ni ?

Ehe ( ╹▽╹ )

Continue Reading

You'll Also Like

21.3K 1.9K 21
βͺ 𝗦𝗠π—ͺ: HALILINTAR DAN TAUFAN ❫ teruskan berada di sisi aku dan jangan tinggalkan aku。 ❛ sampai bila kita nak jadi macam ni ? ❜ title kawan sehidup...
53.5K 1.2K 4
*β‚©α΄€Κ€Ι΄ΙͺΙ΄Ι’ YᴀᴏΙͺ* //AΚŸΚŸΙ’α΄‡α΄// ~Kᴇᴇɴᴀᴍ ᴇɴᴀᴍ ᴏʀᴀɴɒ ᴘsΚα΄„Κœα΄ α΄›α΄œ α΄›α΄‡ΚŸα΄€Κœ ᴍᴇɴculik seorang budak lelaki yg agak cute. ~Kᴇʀᴀɴᴀ budak tu ᴛᴇʀsangatΚŸα΄€Κœ istimewa bagi...
42.9K 2.4K 46
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
39.1K 2.9K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...