DIA MILIKKU (C)

By Rosida_Rosdi

52.8K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 37

647 27 0
By Rosida_Rosdi

Mata aku terbuntang setelah terdengar bunyi tembakan yang bergema satu taman. Telinga aku berdesing. Aku lihat mereka berhenti bergelut dan Tuan Aaron membongkokkan badannya.

"Call polis!" Terdengar suara salah seorang pengunjung di taman itu.

"Tsk!" Lelaki berjaket hitam itu tadi bengang dan berlari menunggang superbikenya dan memecut menghilangkan diri.

Tuan Aaron melutut sambil menekan perutnya. Aku berlari mendapatkannya. Aku sempat menahan bahunya dari tersungkur ke hadapan.

"Abang!" jeritku. Aku lihat di tapak tangannya penuh darah. Cecair merah pekat tidak berhenti mengalir dari perutnya.

"Buhuk!" Tuan Aaron batuk mengeluarkan darah. Badannya terlentok di atas bahuku. Aku meribanya sambil membantu menekan luka di perutnya.

Tuan Aaron mengangkat tangannya yang berlumuran darah itu dan diletakkan di pipiku. Dia sempat mendongak melihat ke dalam mataku.

"S-sayang..."

"Ye abang, Piqa ada ni bang. Abang jangan banyak bercakap," kataku khuatir darah makin banyak keluar dari mulutnya.

Tangannya terjatuh semula.

"Call ambulance!" jerit seorang wanita yang berdiri di sebelahku.

"Cepat panggil ambulance!"

"Ada orang kena tembak lah. Macam teruk je."

Orang ramai mula mengerumuni kami. Tuan Aaron masih terbatuk-batuk. Darah makin banyak keluar dari mulutnya mengalir mengenai bajunya. Tanganku menggigil. Aku panik.

"Abang, bertahan abang." Dahinya berkeringat. Nafasnya laju dan tersekat-sekat. Matanya sudah mulai layu. Aku sungguh takut. Aku takut kehilangannya.

Tuhan tolong jangan ambil dia dari aku. Tolong selamatkan dia. Tolong selamatkan Tuan Aaron! Kalau perlu Kau gantilah nyawaku dengan nyawanya!

Selang beberapa minit kemudian ambulance pun tiba. Paramedik keluar dan memberi rawatan kecemasan kepada Tuan Aaron dan terus bergegas membawanya ke hospital. Aku setia menemaninya di dalam ambulance. Aku tidak lepas menggenggam tapak tangannya yang sudah terkulai itu.

"Maaf cik. Pelawat tidak dibenarkan masuk," ujar salah seorang pegawai perubatan yang sedang kelam-kabut menolak stretcher Tuan Aaron.

Aku tercegat di hadapan pintu bilik kecemasan. Badanku, mukaku berlumuran darah. Aku tunduk merenung tapak tanganku yang merah pekat melekit-lekit.

"Ya Allah... abang..." aku terduduk di kerusi berhampiran. Air mata yang kutahan dari tadi akhirnya melimpah jua. Aku tak henti-henti berdoa supaya Tuan Aaron selamat. Aku menghubungi Tengku Afham dan keluargaku.

Mereka pun segera datang ke tempat menunggu di depan zon merah bilik kecemasan. Abang Mizi tidak dapat datang kerana baru sahaja tiba di rumahnya di Melaka. Takkan nak berpatah balik semula.

"Aaron macam mana?" soal ibuku.

"Makkkk..." aku berteriak memeluk ibuku. Ibuku mengusap-usap belakangku cuba menenangkan aku.

"T-tuan Aaron, isk, d-dia kene tembak mak," kataku tersedu-sedan.

"Allahu Akbar. Macam mana boleh jadi macam tu?"

"Semua salah Piqa mak! Salah Piqa!" aku menumbuk-numbuk dadaku. Aku marah dengan diriku yang menjadi punca segalanya.

"Jangan cakap macam tu Piqa. Bawak mengucap nak," pujuk ibuku tanpa banyak soal lagi melihatkan keadaan aku yang amat tertekan dan bingung. Kali terakhir aku menangis begini ketika aku sekolah rendah. Aku langsung tidak mempedulikan orang sekeliling yang memandang ke arahku.

Aku rasa sedih, kecewa, geram, sesal dan segala perasaan yang tidak enak berlegar-legar di dadaku.

Tengku Afham berkerut dahi melihatku. Dia kemudian ke kaunter hadapan menanyakan keadaan terkini Tuan Aaron.

Tuan Aaron sudah ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan. Doktor mengatakan nyawanya 50-50 memandangkan dia kehilangan darah yang banyak.

Aku termenung di atas kerusi. Aku menyuruh ibu-bapaku pulang dahulu kerana mereka sudah tua. Tidak larat untuk menunggu lama. Kalau tunggu pun tak boleh buat apa juga.

Tinggallah aku berdua dengan Tengku Afham. Dia juga senyap membisu duduk di sebelahku.

"Ada waris encik Aaron di sini?" soal seorang pegawai kesihatan memakai coat putih di hadapan pintu. Kami pun pergi ke arahnya.

"Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar. Dia selamat. Tapi—" ujarnya.

"Tapi apa doktor?" soalku.

"Akibat kekurangan darah yang banyak tadi, sekarang dia berada dalam keadaan koma. Dan kami tidak pasti bila dia akan sedar," jawabnya.

"Ya Allah abang..." aku menangkup mukaku dengan kedua tapak tanganku dan menangis pilu. Tengku mengurut bahuku lembut.

"Harap cik banyak bersabar. Kita kena kuat untuk dia. Saya sarankan cik datang berbual dengannya setiap hari. Mungkin boleh membantunya untuk cepat sedar," cadang doktor.

"Okay doktor. Terima kasih banyak-banyak," ujar Tengku melihatkan aku sudah tidak boleh bersuara lagi.

Tengku memimpin aku kembali duduk di kerusi. Dia memelukku. Aku menangis di dalam dakapannya semahuku. Tiada langsung kata-kata yang keluar dari mulutnya. Hanya kedengaran bunyi Tengku menyedut hingusnya sahaja. Sesekali ibu jarinya menyeka air matanya.

Aku yakin yang kami berdua sama-sama sedih. Sama-sama takut akan kehilangan Tuan Aaron. Kekasih dan juga sahabat sejati. Hilang pasti tiada ganti.

****

"Abang..." aku berbisik di telinga Tuan Aaron, "Piqa datang ni bang."

Aku mengusap-usap pipinya yang dingin itu. Kutenung matanya yang terpejam. Aku rindukan tatapan matanya.

"Cepatlah bangun abang, Piqa rindu."

Air hangat mula mengalir di pipiku. Aku sedih melihat keadaan Tuan Aaron yang terlantar begini. Kalau aku tarik diri awal-awal pasti semua ini tidak terjadi.

Tuan Aaron tidak sedarkan diri sudah lebih seminggu. Aku setia berulang-alik dari kerja untuk menjaganya. Ini sahaja yang mampu aku lakukan demi menebus kekhilafanku.

"Piqa..." Tengku Afham menepuk bahuku.

Aku mengelap air mataku. Aku tidak sedar akan kehadiran Tengku.

"Piqa dah makan ke?" soalnya lembut.

"Belum lagi Tengku..."

"Hmm... jom turun makan dulu?"

"Takpelah Tengku. Piqa nak teman Tuan Aaron," balasku.

"Jangan macam tu. I tengok badan you makin susut. You kena jaga makan. I takut nanti you jatuh sakit," ujarnya.

Tengku merapatiku dan menggosok bahuku. "Kita makan dulu okay?"

Aku melihat ke arah Tuan Aaron. Ikutkan hati aku tak mahu tinggalkannya sendiri. Tapi aku akur dengan permintaan Tengku.

Aku menguis-nguis nasi di hadapanku. Sedikit pun masih belum kujamah. Tengku mengerutkan dahinya. Dia seperti bimbangkan aku. Tapi aku lebih bimbangkan Tuan Aaron.

"Piqa. Janganlah macam ni," Tengku mengusap pipiku dengan tapak tangannya. Aku tersentak.

"Tengku... saya tak ada selera lah Tengku," balasku.

"Hmm..." Tengku merapatkan kerusinya denganku. "Piqa, kita kena kuat. You kena kuat demi Aaron."

"Tapi Tengku, semua ni puncanya saya. Kalaulah saya takde, semua ni tak jadi," kataku sebak.

Tengku mengambil tapak tanganku lalu dielusnya lembut. "Piqa, jangan cakap macam tu. Aaron takkan fikir macam tu."

Walau apa pun alasan yang diberikan, ia tidak boleh mengubah fakta bahawa aku lah penyebab semua ini terjadi. Bagiku tidak berbaloi untuk Tuan Aaron berkorban demi aku. Aku bukan siapa-siapa. Aku tak punya rupa, tak punya harta.

Hubungan antara aku dan dia seperti mimpi indah. Aku sudah lama hanyut di dalam mimpi ini hingga aku lupa cara untuk sedar dari lenaku. Mimpi indah bagiku tetapi mimpi ngeri buat Tuan Aaron.

Aku rasa sudah tiba masanya aku kembali sedar, kembali pulang ke alam realiti.

Setelah aku menjamah sedikit makanan tadi, aku dan Tengku kembali ke wad Tuan Aaron. Tiada apa yang berubah. Dia masih kaku di atas katil. Mukanya tenang seperti sedang tidur diulit mimpi.

"Tengku, saya rasa saya tak boleh teruskan lagi," ujarku.

"Piqa-"

"Saya rasa lebih baik saya hilang terus dari hidup Tuan Aaron. Dia berhak bahagia. Dia berhak dapat yang lebih baik dari saya," aku menghampiri Tuan Aaron.

"Tunggulah Aaron sedar dulu Piqa," ujar Tengku.

"Kalau dia sedar saya takut saya tak kuat," kataku menahan sebak.

"Haaaaa..." Tengku mengeluh panjang. “You tak kesian ke dekat Aaron?”

“Sebab saya kesian lah saya terpaksa hentikan semua ni!” bibirku bergetar menahan hiba.

Aku menunduk ke telinga Tuan Aaron dan berbisik, "Abang, terima kasih untuk segalanya. Piqa sayang abang. Abang jaga diri elok-elok."

Air mataku mengalir jatuh ke pipinya. Namun sudah kuagak, tiada sebarang reaksi dari Tuan Aaron.

Aku mengusap air mataku. "Tengku tolong jagakan Tuan Aaron. Terima kasih untuk semuanya."

Tengku tidak mampu bercakap apa-apa. Dia hanya mengeluh. Mungkin tidak mahu campur urusan kami.

Aku kembali ke pejabat dengan perasaan yang sugul. Aku tekad. Aku menuju ke komputerku dan menaip-naip.

Heather muncul di belakangku. "Piqa. Tuan Aaron masih bulum sedar juga ka?"

"A ah. Tapi keadaan dia dah stabil. Luka luar dah mula sembuh," jawabku bersuara lirih.

"Eh. Kau tulis surat apa ini?" soalnya sambil melihat ke arah skrin komputerku.

"Surat berhenti."

"Berhenti? Kau mau resign ka?"

"Ya."

Mata Heather terbeliak. "Why? Why so sudden?"

"Aku rasa aku nak cari kerja lain lah. Mungkin kerja ni tak sesuai dengan aku," jawabku lebih kurang.

"Hmm... Tuan Aaron macam mana?"

"Kenapa dengan dia?" soalku.

"Bukan kau sama dia couple ka?"

"Ish tak adalah," kataku berbohong, "kami takde apa-apa. Mana mungkin Piqa yang gemuk ni bersama dengan Tuan Aaron yang sado, kacak bergaya tu. Haha."

Aku tertawa di luar. Namun di dalam hatiku ini hanya tuhan sahaja yang tahu betapa pahitnya kenyataan yang perlu aku telan.

Heather menyengetkan mulutnya. Dia mengangkat bahu dan berlalu ke mejanya.

Aku menyiapkan suratku dan mengisinya di dalam sampul berwarna putih. Aku termenung seketika. Aku berat hati untuk tinggalkan kerja ini. Aku suka persekitaran kerjanya. Rakan-rakan sekerja juga baik.

Namun apakan daya. Mungkin tiada rezeki. Inilah akibat bermain dengan api. Akhirnya memakan diri.

"Encik Saiful," aku menyerahkan surat tadi kepadanya.

"Apa ni?" soalnya terpinga-pinga.

"Notis seminggu."

"Notis apa?"

"Surat resign saya lah Encik Saiful."

"Hah?" Encik Saiful terkejut. Dia mengurut-urut dahinya. "Lepas Amir you pun nak berhenti ke?"

Aku tak mampu untuk berkata apa-apa. Amir pun aku tak tahu kenapa dia berhenti macam tu sahaja. Semua orang kekal misteri.

"You ada masalah ke kerja kat sini? Tak boleh ke kalau tak berhenti?" dia cuba memujukku.

"Takde—"

"Macam ni lah. I bagi you cuti sebulan. Then you masuk kerja balik boleh?"

"Hmmm... tak bolehlah Encik Saiful. Nanti saya nak makan apa?" balasku.

"Hmm... betul jugak. Takpelah. Nak buat macam mana," jawabnya mencuka.

Aku kembali ke mejaku, kurasakan hambar. Aku rasakan keputusan yang aku buat ini betul. Demi kebahagiaan Tuan Aaron. Kulepaskan bukan kerana aku benci. Juga bukan kerana aku tak suka. Tetapi kerana aku sangat menyayanginya.

Cinta tak seharusnya memiliki.

Continue Reading

You'll Also Like

274K 10.5K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1.5M 87.7K 65
𝐌𝐢𝐧𝐞'𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [UNEDITED] "Jika dulu kau yang kejar aku, sekarang biarlah aku yang kejar kau pula." "I take you as my babygirl." "Dasar jan...
1.6M 59K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
309K 17.4K 50
watak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tuna...