TERNYATA HANYA KAMU (UNPUBLIS...

By msroses_

1.8M 14.6K 377

2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabka... More

Introduction
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9

Bab 4

34.5K 1.4K 31
By msroses_

 Nurina Amani melangkah perlahan ke dapur. Ingin mencari Tengku Syafiyya. Daripada tadi dia tak nampak kelibat wanita itu. Dia syak Tengku Syafiyya saja main sorok-sorok dengan dia ni.

"Mommy, I'm hungyy (hungry) " kanak-kanak yang berada dalam dukungannya itu berbisik perlahan di telinga Nurina Amani. Tangan kecil itu juga naik menutup mulutnya dan telinga Nurina Amani sambil berbisik. Macam berbisik tentang rahsia negara saja lagaknya.

"Alaa keshiannya dia. Nanti Acik Amani carikan mommy baby girl dulu okay?" Nurina Amani sudah tersenyum. Terhibur dengan gelagat kanak-kanak comel itu.

"Kak Lili, Kak Lili nampak Fiyya tak?" Nurina Amani sempat menahan pembantu rumah Tengku Syafiyya yang sedang membawa sebuah bekas berisi tembikai. Mungkin ingin menambah makanan di luar.

"Eh tadi kalau tak silap Cik Fiyya ada cari Cik Amani" jawab Lili. Dia memandang ke arah Tengku Amanda yang sedang berada dalam dukungan Nurina Amani itu. Pelik. Setahunya kanak-kanak kecil itu tidak mahu dengan orang yang dia tidak kenal. Tapi bila memikirkan Nurina Amani juga rapat dengan keluarga Tengku Syafiyya, Lili hanya mendiamkan diri sahaja. Lagipun kanak-kanak itu pun nampak selesa memeluk leher Nurina Amani.

"La yeke? Daripada tadi saya cari dia tak jumpa-jumpa" Nurina sudah melepaskan keluhan kecil. Apa yang payah sangat dia nak berjodoh dengan Tengku Syafiyya ni? Nak call sahabatnya itu rasa macam tak patut sangat kerana mereka berdua sedang berada di bawah bumbung yang sama.

"Kak Lili nak pergi mana ni?"

"Akak nak pergi tambah buah dekat luar. Dah nak habis"

"Oo.. kalau Kak Lili ada nampak Fiyya, tolong bagitahu dia yang saya ada dekat dapur ye, kak"

"Baiklah..Cik Amani dah makan?"

"Belum lagi Kak Lili"

"Kalau Cik Amani nak makan, nasi, lauk pauk semua dah ada atas meja tu. Cik Amani tak payah ambik makanan kat luar" ujar Lili sebelum dia meminta diri untuk menghantar tembikai ke khemah luar.

Nurina Amani hanya mengangguk kecil sambil tersenyum nipis. Dia hanya mengikuti langkah Lili dengan ekor mata.

"Mommy.. nak nacik (nasi)" Nurina Amani berpaling. Memandang ke arah kanak-kanak yang berada dalam pelukannya.

"Baby girl lapar ye?"

Nurina tersenyum apabila kanak-kanak itu menganggukkan kepala berkali-kali. Dia pun dah lapar sebenarnya. Alang-alang boleh la dia suapkan kanak-kanak yang berada dalam dukungannya itu. Kesian juga. Dari tadi cakap lapar. Batang hidung mommynya pun tak nampak-nampak daripada tadi. Pelik. Takkan la tak jenguk langsung anak yang sorang ni. Sudahlah anak masih kecil. Fiyya pun sama! Entah pakai ilmu apa entah sampai sekarang dia tak jumpa-jumpa. Bebel Nurina Amani dalam hati.

"Acik Amani suapkan nasi okay?"

"Okay, mommy!" Kanak-kanak itu sudah menepuk tangan sambil tersenyum gembira.

"Jom"

Nurina Amani meletakkan kanak-kanak itu di atas kerusi di meja makan. Laju sahaja tangannya mengisi nasi putih dan sup ayam ke dalam pinggan. Rasanya itu sahaja lauk yang boleh dimakan oleh kanak-kanak itu. Takut juga hendak menyuap sebarangan. Nanti tak pasal-pasal kena saman pulak dengan ibu bapa kanak-kanak comel itu.

"Baby girl, baca doa" lembut sahaja suara Nurina Amani menyuruh kanak-kanak itu membaca doa. Laju sahaja tangan kanak-kanak itu naik menadah tangan.

"Bis..milla..hirrahma..nir..rahim" Nurina Amani menyebut satu persatu bacaan doa makan sambil diikuti anak kecil itu.

"Alloohumma..barik.. lanaa..fiimaa razatanaa..waqinaa..'adzaa..bannar.. Aamiin" lancar sahaja suara halus itu membaca doa makan walaupun kedengaran pelat.

"Pandaiii.. okay sekarang kita makan okay.."

Berhati-hati Nurina Amani menyuap kanak-kanak yang duduk di sebelahnya itu. Sikit pun tidak kekok. Maklumlah pengalaman berkhidmat sebagai guru tadika membuatkan Nurina Amani tidak kekok dengan kanak-kanak. Suapan demi suapan dimakan dengan penuh berselera. Hingga Nurina Amani tak sedar hampir habis sepinggan nasi masuk ke dalam perut kanak-kanak comel itu.

"Amani!!!! Sorryyy!!! Aku busy layan teta.." mati terus kata-kata Tengku Syafiyya. Mulutnya sudah melopong melihatkan Nurina Amani yang sedang menyuap nasi ke dalam mulut Tengku Amanda.

"Oh..my..God!" Matanya sudah dibuntangkan. Tidak percaya dengan apa yang dilihat ketika ini.

"Kau ni dah kenapa?!" Nurina Amani mengerling sekilas ke arah sahabatnya yang dah nampak seperti tercekik halkum itu.

"Amani.. Do you know her? Maksud aku, Amanda kenal ke kau?" Laju kaki Tengku Syafiyya melangkah ke arah meja makan.

"Amanda? Siapa tu?" Nurina Amani sudah mengerutkan dahi memandang ke arah Tengku Syafiyya.

"This cute little girl ni lah! Tengku Raisya Amanda" Tengku Syafiyya sudah menjuihkan mulut ke arah Amanda.

"Wah. Cantiknya nama baby girl Acik Amani ni" ujar Nurina Amani dengan nada ceria. Tengku Amanda hanya tersenyum riang. Seronok agaknya apabila dipuji Nurina Amani. Soalan dari Tengku Syafiyya tadi tidak diendahkan oleh Nurina Amani. Tangan naik menyuapkan air masak kepada Tengku Amanda.

"Amani, aku tengah bercakap dengan kau ni" Tengku Syafiyya sudah buat muka bengang. Mana tidaknya, terkejut juga tadi apabila dia sampai ke dapur, dia dipertontonkan dengan adegan Nurina Amani sedang menyuap nasi kepada seorang kanak-kanak. Dan yang lebih mengejut beruk kan dia, kanak-kanak itu adalah Tengku Raisya Amanda binti Tengku Harraz Iskandar! Kanak-kanak itu bukannya nak dengan orang lain selain Daddy, Nenda dan BondaSu nya sahaja.

Nurina Amani tersenyum melihat muka sahabatnya yang sudah cemberut itu.

"Kitorang baru je jumpa tadi dalam bilik kau. Aku ingat kau dalam bilik. Bukak-bukak pintu nampak si comel ni baru terjaga dari tidur. Dia duk cari-cari Mommy dia. Itu yang aku bawak dia keluar ni. Tiba-tiba dia mengadu lapar. Aku suaplah dulu nasi. Nak tunggu jumpa mommy dia dulu, kelaparan pulak dia nanti" panjang lebar Nurina Amani menjelaskan.

Melihatkan kerutan di dahi Tengku Syafiyya, Nurina Amani sudah tidak sedap hati.

"Kenapa Fiyya, tak boleh ke aku suap dia nasi ni?" Perlahan Nurina Amani bertanya. Risau juga kalau dia ada tersalah suap apa-apa yang kanak-kanak itu tak boleh makan.

"Bukan tak boleh, boleh je.." Tengku Syafiyya merenung kanak-kanak yang sudah selesai menghabiskan sepinggan nasi itu. Segera kanak-kanak itu beralih duduk di atas peha Nurina Amani.

"Habis tu? Kau kenal ke siapa mommy Amanda ni?"

"Err..kenal"

"Dah tu, pergilah panggilkan mommy dia. Aku boleh je tengokkan dia sekejap sementara kau panggilkan" Nurina Amani sudah mengerutkan dahi melihatkan wajah Tengku Syafiyya yang sudah terkebil-kebil.

"Err..tapi mommy dia dah takde. Sejak umur dia dua bulan"

"Hah?!" Amani sudah membuntangkan mata.

**************************************

Tengku Khalida yang sedang melayan tetamu-tetamu yang hadir melangkah merapati Lili yang sedang menyusun buah tembikai ke dalam bekas.

"Lili, tadi sebelum kamu keluar, Amanda macam mana? Dia ada menangis tak?" Tanya Tengku Khalida. Risau juga kalau cucunya itu terjaga.

"Tak ada Mak Engku, Cik Amanda okay je. Lagipun Cik Ama.."

"BondaLong!" Panggilan daripada Tengku Safwan itu menghentikan percakapan Lili. Segera Tengku Khalida berpaling ke arah suara anak saudaranya itu.

"Family mertua Safwan dah nak balik. Tapi Ibu nak jumpa BondaLong dulu sebelum balik" ujar Tengku Safwan.

"Laa yeke. Jom jom!" Kalut Tengku Khalida berjalan mengikut langkah Tengku Safwan. Sempat dia berpaling semula ke arah Lili selepas menapak beberapa langkah.

"Terima kasih ye Lili, tolong tengok-tengokkan Amanda" Tengku Khalida mengukir senyum sebelum kembali melangkah. Lega hatinya bila tahu cucunya itu masih lena diulit mimpi.

Lili hanya tersenyum sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Bila masa pulak dia yang tolong tengokkan Tengku Raisya Amanda? Bukan Cik Amani ke?

***************************************

Nurina Amani mengucup lembut atas kepala Tengku Raisya Amanda yang berada di pangkuannya itu. Simpatinya tumpah kepada kanak-kanak itu. Menjadi anak yatim  seawal usia dua bulan. Belum sempat lagi merasa kasih sayang seorang ibu.

Air mata yang bergenang di tubir mata, dikesat perlahan.

Kanak-kanak yang sedang ralit menonton televisyen di dalam bilik Tengku Syafiyya itu dipeluk erat. Selepas makan tadi Tengku Syafiyya mengajak Nurina Amani masuk ke dalam biliknya semula. Malas mahu bersesak sesak dengan orang ramai di luar.

"Mommy, are you crying?" Nurina Amani tersenyum melihatkan wajah polos Tengku Raisya Amanda. Kanak-kanak itu tetap memanggilnya mommy walaupun sudah berkali-kali Nurina Amani menerangkan. Akhirnya Nurina Amani hanya membiarkan. Biarlah, lagipun hari ini saja dia dapat meluangkan masa dengan Tengku Raisya Amanda.

"Tak la, baby girl. Acik Amani tak cry pun"

Tengku Syafiyya yang mendengar memalingkan wajah. Dia sudah tercengang.

"Apa Amanda panggil kau tadi?"

"Mommy" selamba sahaja Nurina Amani menjawab.

"Hah? Aku dah double musykil ni. Kes ni dah mengalahkan misteri nusantara dah ni"

"Kau merepek apa ni?" Nurina Amani sudah menjulingkan mata ke atas. Pening melayan perangai sahabatnya yang sorang ni. Daripada tadi Tengku Syafiyya tak habis-habis mengerutkan dahi. Macam besar sangat masalah dia.

"First, aku musykil macam mana dia boleh nak dengan kau"

"Maksud kau?"

"Kau tahu tak, dalam hidup Tengku Raisya Amanda, hanya tiga orang je yang dia nak. Pertama, daddy dia. Kedua, nenda dia. Ketiga, Bonda Su dia, si Syafa tu. Orang lain jangan haraplah budak kecik ni nak layan. Dukung sekejap pun nangis dia tu dah macam kena dera"

Nurina Amani mengerutkan dahi. Pelik. Tadi Tengku Raisya Amanda yang meminta Nurina Amani mendukungnya dulu.

"And, yang kedua, aku musykil kenapa dia panggil kau mommy" sambung Tengku Syafiyya lagi.

"Aku ni lagilah musykil. Banyak kali dah aku suruh dia panggil aku Acik Amani. Dia tetap panggil mommy"

"Hmm.. pelik bin ajaib ni"

"Mommy..." Meleret sahaja nada suara comel itu memanggil. Mengalihkan perhatian Nurina Amani dan Tengku Syafiyya daripada topik yang sedang dibincangkan.

"I'm not mommy, baby girl. Panggil Acik Amani, okay?" Lembut sahaja Nurina Amani menuturkan sambil tangannya mengusap kepala kanak-kanak yang sedang menguap itu.

"No! Mommy!" Tengku Raisya Amanda sudah mencebik. Ingin menangis.

"Okay-okay.. Acik Amani sorry okay?" Segera Nurina Amani mengemaskan pelukan. Belakang badan Tengku Raisya Amanda ditepuk perlahan.

"Okay mommy!" Ujar kanak-kanak itu sambil membalas pelukan Nurina Amani.

'What the...'

Tengku Syafiyya sudah tercengang. Tak boleh nak hadam iklan ubat batuk cap ibu dan anak yang sedang ditayangkan di depan matanya ketika ini.

***************************************

Dengan penuh berhati-hati Nurina Amani membaringkan Tengku Raisya Amanda ke atas katil. Anak kecil itu sudah tertidur di dalam pelukannya sebentar tadi.

"Shh.. shh..shh.." perlahan tangan naik menepuk tubuh Tengku Raisya Amanda apabila kanak-kanak itu merengek halus. Wajahnya dibawa dekat ke wajah Tengku Raisya Amanda.
Dahi kanak-kanak itu dikucup perlahan sebelum bibir dibawa ke kedua-dua belah pipi. Terasa sebak pula kerana terpaksa meninggalkan Tengku Raisya Amanda.

Nurina Amani mengerling sekilas jam di dinding bilik itu. Sudah pukul 10.20 malam. Dia harus pulang ke rumahnya semula. Puas Tengku Syafiyya memujuk untuk tidur di rumahnya tapi Nurina Amani terpaksa menolak. Tidak mahu meninggalkan ibunya berseorangan. Sudahlah ibunya itu tidak berapa sihat.

"Kalau dia cari kau esok maca mana?" Perlahan sahaja Tengku Syafiyya bersuara. Takut suaranya mengejutkan Tengku Raisya Amanda yang sedang lena itu.

"Hish, kau ni. Aku ni bukannya mommy dia betul-betul sampai dia nak cari aku lagi esok. Lagipun aku dengan dia baru je jumpa harini. Mustahil dia ingat aku lagi bila bangun tidur esok" Nurina Amani sudah menggelengkan kepala perlahan. Tak mungkinlah Tengku Raisya Amanda akan mencarinya. Mereka berjumpa pun tak sampai dua jam sahaja.

"Make sense jugak. Korang pun jumpa sekejap je. Takkanlah dia cari kau kan" Tengku Syafiyya sudah menganggukkan - anggukkan kepala. Bersetuju dengan Nurisa Amani.

"Okaylah Fiyya. Aku gerak dulu la. Ada masa nanti kita jumpa lagi ye" Nurina Amani meminta diri. Tengku Syafiyya ditarik ke dalam pelukan.

"Sorry tau, aku tak boleh nak stay rumah kau. Ibu tak berapa sihat. Dah lima hari dah demam on off"

"Laa yeke? Kau dah bawa pergi klinik ke belum?" Tengku Syafiyya sudah tayang muka risau.

"Kau macamlah tak kenal ibu tu. Puas aku paksa dia. Dia tetap taknak jumpa doktor. Dia kata demam biasa je" Nurina Amani melepaskan keluhan kecil. Gusar memikirkan ibunya yang berkeras tidak mahu mendapatkan rawatan.

"Takpelah.. kau monitor je la dulu. Kalau nampak macam makin teruk, pastikan kau bawak ibu pergi klinik"

Nurina hanya mengangguk. Dia memandang sekilas ke arah wajah Tengku Amanda yang sedang lena itu. Berat rasa hati mahu meninggalkan. Entah bila lagi dia boleh berjumpa dengan kanak-kanak comel itu.

Perlahan-lahan kaki kembali melangkah ke arah katil. Dahi Tengku Amanda dikucup sekali lagi.

"Acik Amani will miss you, baby girl" bisik Nurina Amani perlahan. Dia tahu, dia takkan berjumpa lagi dengan kanak-kanak itu. Kata Tengku Syafiyya, Tengku Amanda tinggal bersama daddynya di Damansara. Jadi mustahil untuk Nurina Amani berjumpa dengan kanak-kanak itu lagi.

"Kau okay tak ni?" Tanya Tengku Syafiyya apabila melihatkan Nurina Amani yang sedang merenung Tengku Raisya Amanda itu.

"Entahlah, rasa sedih pulak nak berpisah dengan Amanda ni" ujar Nurina Amani perlahan.

"Hmm.. triple musykil ni" Tengku Syafiyya sudah meletakkan jari di dagu seolah-olah berfikir.

Nurina Amani sudah tertawa kecil.

"Ahh sudahlah. Kau dengan musykil kau tu tak habis-habis" ujar Nurina Amani sambil melangkah keluar dari bilik Tengku Syafiyya.

Mereka berjalan beriringan menuju ke luar rumah. Tetamu masih lagi ramai.

"Mama, ni Amani dah nak balik ni" Tengku Syafiyya merapati Tengku Asiah yang sedang bersembang dengan kenalannya.

"Laa.. kenapa Amani tak tidur sini?" Nurina Amani tersenyum nipis. Semua mata sedang memandang ke arahnya ketika ini termasuklah wanita yang diperkenalkan sebagai BondaLong tadi.

"Amani tak sampai hati lah nak tinggal ibu sorang-sorang kat rumah tu Auntie. Dia tak berapa sihat tu" balas Amani sopan.

"Laa yeke. Sampaikan salam Auntie pada ibu kamu ye. Semoga dia cepat sembuh"

"InsyaAllah Auntie..terima kasih" ujar Amani sambil menghulurkan tangan untuk bersalam kepada semua yang berada di situ.

"Kau okay ke nak drive malam-malam ni?" Soal Tengku Syafiyya apabila mereka sudah sampai di kereta Perodua Myvi milik Nurina Amani. Wajahnya sudah berkerut. Risau juga hendak membiarkan rakannya itu memandu seorang diri pada waktu-waktu begini.

"Okay je lah. Kau tak payah lah risau"

"Make sure lock pintu tu. Dah sampai nanti terus whatsapp aku"

"Baik, puan. Saya yang menurut perintah" Nurina Amani sudah tayang gigi.

"Aku gerak dulu. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam. Nanti kita jumpa lagi tau. Take care, Amani"

Nurina Amani hanya tersenyum sambil mengangguk kecil sebelum Perodua Myvinya itu bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah agam itu. Rumah yang memberikan satu lagi memori indah dalam hidupnya.

Tengku Raisya Amanda.

Kanak-kanak itu sudah pasti akan dimasukkan dalam koleksi memori indah milik Nurina Amani.

***************************************

Continue Reading

You'll Also Like

10.7M 468K 86
Kisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia
495K 24K 73
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
603K 24K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
6.7M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...