Dia Sempurna

By fatinciara

6.7K 384 177

Dua manusia yang memiliki kisah silam tersendiri, bertemu melalui taaruf lalu disatukan dengan ikatan perkahw... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36

Bab 11

157 7 3
By fatinciara

Kepala dijenguk keluar dari bilik air. Aman. Aku berlari anak keluar. Almari dibuka. Melihat pakaian yang tergantung kemas di situ membawa aku kepada alam realiti. Pakaian aku tak ada dekat sini. Tuala yang menutup bahu aku tarik ke dada. Meniru gaya Darma dengan menjenguk kepala ke sebalik dinding seperti awal tadi.

Macam tahu diri diperhatikan, Darma yang sedang duduk di birai katil terus mengangkat wajah.

"Beg saya mana?" soalku perlahan.

Separuh hati menyalahkan diri sendiri sebab lebih mementingkan tidur sehingga terlupa dengan bagasi yang berisi keperluan diri sendiri itu.

"Oh, maaf." Dia bingkas bangun. "Saya lupa ambil sebab terus mandi tadi. Sebentar."

Laju saja dia keluar dari bilik. Tak lama lepas tu dia masuk bersama bagasiku. Diletakkan di hadapanku sebelum berdiri. Memandang aku atas bawah sebelum kembali ke ruangan sebelah.

Kepala digeleng. Nasib baik cara dia pandang aku tu normal. Tak adalah rasa macam kena judge. Pakaian tidur dicapai. Semua skincare disapu ke badan sebelum mengemaskan bagasi ke sebelah almari. Ini bukan rumah aku. Aku tak tahu sama ada aku perlu kemas barangan aku ni ke dalam almari atau tak.

Tuala dicapai. Ingin mengeringkan rambut. Kaki melangkah ke ruangan sebelah.

"Nampak telefon saya tak? Rasanya saya ada pegang masa masuk kereta tadi."

Darma mengangguk. Telefonku dicapai dari nightstand. "Nah!"

"Terima kasih." Aku sambut hulurannya. Skrin ditekan.

Mata melirik Darma apabila nombor yang tertera di skrin menunjukkan dua panggilan tak berjawab dua minit lalu. Darma nampak tenang je. Dia sedarkah ada yang cuba telefon aku atau dia tak perasan sebab telefonku dalam silent mode?

"Ada orang telefon, tapi saya tak jawab sebab tak ada nama."

Liur ditelan. Tipu kalau aku tak kenal pemilik nombor ini, tapi Darma tak perlu tahu. Aku tak bersedia untuk melihat reaksinya.

"Saya tak kenal nombor ni." Pembohongan pertama.

Dia mengangguk. "Tak apa. Sekarang jom Isyak. Sekali solat sunat."

"Solat sunat apa?" tanyaku sambil melihat dia yang bangun mengambil sejadah.

Dihamparkan atas lantai. Aku turut mengambil telekung dari bagasi.

"Solat sunat lepas menikah. Soalnya semalam saya tidak sempat mengajak kamu. Saya ada ketuk kamar Effa, dia bilang kalau kamu sudah ketiduran. Jadi mendingan selesai majlis baru dilakukan supaya lebih senang."

Hidung digaru. "Saya penat sangat semalam."

Dia tersenyum. "Tak apa."

Telekung yang baru ingin dipakai dilepas ke lantai. "Saya ambil wuduk kejap."

Kembali dari bilik air, telekung segera dipakai. Berimamkan Darma sebagai suami masih menjadi perkara asing buatku walaupun dah dua hari menjadi makmumnya. Selama ni kalau solat berjemaah di rumah mesti abah yang akan jadi imam. Suara dan cara bacaan abah sudah dicam.

Nasib baik Darma adalah imam yang baik. Setakat ni tak ada pula dia mulakan bacaan dengan alif lam mim dalam solat. Aku kena biasakan diri sebab dari pandangan aku, Darma akan memastikan kami solat berjemaah setiap kali bersama. Walaupun dia tak pernah cakap.

Selesai solat sunat dua rakaat, dia pusingkan badan. Duduk berteleku di hadapanku. Meletakkan telapak tangan atas kepalaku lalu membacakan sesuatu dalam nada perlahan sebelum mengucup dahiku agak lama.

Hangat.

Setelah itu tangannya aku cium. Sejujurnya terlalu banyak yang bermain dalam fikiranku. Mampukah dia menerima segala kekuranganku? Mampukah aku mempercayai dia? Bencikah dia selepas tahu segala masa silam aku suatu hari nanti?

Selama mana waktu yang kami akan perlukan untuk menjadi suami isteri yang bahagia? Seperti pasangan bercinta yang lain? Mungkinkah kami akan jatuh cinta?

"Hani?"

Aku angkat kepala. Tak sedar dah terlalu lama bibirku mencium tangannya. Terasa hangat wajah apabila dia menatapku bersama senyuman manis.

"Penat ke?"

Aku angguk. Lebih kepada ingin menutup rasa malu.

Tangannya naik mengusap belakangku. "Nak temankan saya mengaji?"

Kalau aku tolak, dia akan marahkah?

Kepala digeleng. "Tak laratlah. Kalau saya dengar je boleh?"

"Boleh."

Aku terus bangun membuka telekung. Dia ke bilik air untuk mengambil air wuduk kembali. Badan direbahkan di hujung tilam. Menyengetkan tubuh menghadap ke arahnya. Mata automatik jadi berat. Penat sangat. Sayup-sayup kedengaran suaranya mulai mengaji.

Merdu.

Aku terjaga apabila terasa tubuhku diangkat. Bila buka mata, Darma sudah membaringkan kepalaku di bantal. Comforter ditarik menutupi badan hingga atas dada.

"Sorry, did I woke you up?" Perlahan nadanya.

Aku geleng. Membetulkan baringan. Dahlah mukanya agak rapat ke wajahku. Kurang selesa.

"I changed the bedsheet to a new one earlier. Go back to sleep," katanya sambil meletakkan telefonnya di atas nightstand.

Aku mengangguk. Nampaknya kami akan tidur sekatil juga malam ni, tapi dah tak kesah sebab mengantuk sangat sekarang ni. Tapi... Darma takkan ganggu aku malam ni, kan? Aku mengantuk tapi masih teringat dengan tanggungjawab sendiri.

"Hani?"

Aku lirik dia di sebelah yang sudah berbaring selesa.

"Ya?"

"Saya tidak akan meminta hak saya sebagai suami selagi kamu tak bersedia. Jadi kamu bisa tidur dengan aman."

Bibir tersenyum. Tahu je dia apa yang bermain dalam fikiranku. Aku tak tahu apa yang dia fikirkan sebab aku tak kenal dia. Mungkin apa yang dia katakan tu merupakan satu janji, ataupun sebaliknya. Aku tak pasti.

"But if you seduce me, I might take it back."

Dia menyambung lagi. Nadanya seakan sedang menahan tawa.

Aku rasa nak bergolek ke atas lantai je. Siapa nak goda dia? Perasan.

Beberapa minit lepas tu, kedengaran dengkuran halusnya. Aku perhatikan Darma yang sudah terlena. Tak ucap selamat malam pun. Tak romantik langsung. Aku yang mengantuk gila kejap tadi, tapi Darma dulu yang tidur.

Mungkin dia keletihan sebab tak ada rehat langsung. Sekurang-kurangnya aku ada tertidur kejap tadi. Bila difikirkan kembali, Darma menunggu aku selesai mandi, solat, mengaji dan aku dulu yang naik atas katil sebelum dia tertidur. Kira okeylah tu. Nak harap lebih pun tak dapat sebab kami tak bercinta.

Kena kurangkan expectation dan adapt dengan realiti, tapi jangan rendahkan standard.

"Selamat malam, Encik Darma. Mimpi indah."

Lampu dimatikan.

Tidak lama kemudian, aku hidupkan kembali. Aku teringat yang Darma fobia dengan gelap.

***

Aku tersedar apabila muka terasa panas. Cahaya matahari pagi mulai menerobos melalui langsir. Tubuh menggeliat malas sambil melarikan mata ke sekeliling. Darma dah hilang.

Eh!

Laju saja aku bangun menyelak comforter ke tepi. Turun dari katil sambil membuka telekung yang masih dipakai sejak subuh tadi. Inilah padahnya bila tidur balik lepas solat. Memang terlajak. Jam di dinding aku sempat lirik dalam kelam-kabut.

Sembilan pagi.

Cari nahas. Dahlah tinggal tempat mertua. Kali pertama! Abah dan umi pun ada. Ini semua salah Darma sebab tak kejutkan aku. Kalau umi membebel nanti aku salahkan Darma sebab tinggalkan aku seorang diulit lena. Apa punya impressionlah Hanisah ni!

Mandi diskip. Hanya berus gigi dan cuci muka. Tubuh ditilik depan cermin. Baju yang dipakai sejak semalam memang tertutup habis. Seluar palazo dan baju T lengan panjang. Memang bukan baju tidur sebab pakaian tidur aku haram dan layak digunakan bila tinggal sendirian saja.

Rambut dikepit dengan pengepit rambut. Okey.

Kaki diatur turun ke tingkat bawah. Hidung dah terhidu wangian masakan.

"Selamat pagi, Nisah. Assalamualaikum."

Langkah terhenti apabila Pak Agung aka bapa menyapa terlebih dahulu. Aku menjawab salamnya bersama senyuman kekok.

"Tidurmu cukup?"

Itu ikhlas atau menyindir?

"Cukup." Sepatah.

Dia ketawa. "Kamu jangan takut begitu. Tidak ada yang marah kamu bangun telat. Namanya juga pengantin baru."

Kepala digaru. Hujung mata dah menangkap sosok umi yang keluar dari dapur mengambil sesuatu. Matanya perasankan aku. Habislah aku kena bebel umi. Mana Darma?

"Bapa ke luar dulu ya. Abah kamu juga di luar. Lagi bercerita."

Aku angguk. Setelah bapa berlalu, aku terus mendapatkan umi. Ingin memberi penjelasan namun senyuman yang ditayang umi membuatkan aku terpana. Sejak bila umi baik sangat bila anaknya bangun lewat?

Belakangku diusap. "Masih penat ke?"

Aku menggeleng. "Dah kurang, umi."

Kami masuk ke dapur. Kelihatan ibu baru selesai menggoreng mi. Effa tengah buat air panas.

"Selamat pagi, menantu ibu. Nyenyak tak tidur semalam?" Ibu memanjangkan tangan mencuit pipiku.

"Nyenyak, ibu."

"Darma ada kacau tak?"

Aku geleng. Kenapa pula dia nak kacau aku? Darma bukannya budak usia lima tahun.

"Ibu dah pesan jangan nak gunakan kuasa suami dia sebab Nisah pun kena berehat. Dua hari layan orang ramai, mesti dah kering tenaga."

Aku kemam bibir. Effa dah ketawa sendiri. Ibu ni cakap dah bertapis tapi semua orang boleh faham.

"Darma reti bertolak-ansurlah, ibu."

Entah dari mana munculnya, Darma dah menggelengkan kepala. Mereka yang lain tergelak. Aku pula yang pusing badan. Buat-buat sibuk supaya tak berpandangan dengan Darma.

"Dah siap. Jom sarapan."

Alhamdulillah, lepas topik ni.

Siap menghidang makanan dan semua dah berada di meja, doa pun dibaca bapa. Kemudian mulai menjamu selera masing-masing sambil berbual.

Barulah aku tahu bahawa keluarga Darma akan balik Bandung malam ni. Tak menyempat langsung sebab Rafli masih bersekolah. Belum cuti panjang lagi. Lagipun mereka nak satu penerbangan dengan keluarga Darma yang lain. Keluarga yang aku kenali pada hari kami dihijab kabul itu.

"Kalau macam tu Darma bawa Hani pergi rumah dulu. Nanti lewat petang macam tu, kami hantar ibu dan bapa ke airport." Darma melirik aku seketika.

"Boleh, masih banyak masa lagi ni." Ibu mengiyakan.

"Kalau macam tu, umi dan abah pun gerak balik kampung malam nantilah." Umi pula bersuara.

"Tak nak bermalam lagi ke?" Tak puas hati. Cepatnya nak tinggalkan aku.

"Abah nak jumpa Pak Cik Manaf esok pagi. Dia nak beli buah tu. Lagipun Effa kena balik kolej. Nak hantar dia pula esok lepas siap urusan."

Abah buat muka tak bersalah. Tak fahamkah anak dia ni belum sedia nak tinggal dengan Darma? Kenapa semua orang nak balik cepat ni? Ish!

"Risau kena tinggal ke?" Effa mengusik.

Aku berpandangan dengan Darma. Jelas sangatkah riak wajah aku ni sampai Darma tergelak? Haih!

"Jangan risau, Nisah. Kalau Darma buat hal, telefon ibu. Ibu boleh bagi amaran dengan dia."

Aku pula yang tergelak. Wow, ibu berada di pihak aku.

"Ibu..." Meleret suara Darma. Tanda tak suka namun nampak dah biasa dengan perangai ibu.

Dan perbualan itu berlarutan untuk beberapa jam. Biasalah, momen macam ni sangat jarang berlaku. Lagipun ini kali pertama kami semua berkumpul dan aku turut hadir. Bukan sebagai anak kepada abah je, tapi sekali menjadi menantu kepada bapa.

"Kenyang?"

Aku mengangguk apabila Darma bertanya tiba-tiba. Terasa tangannya berpindah ke atas pahaku. Memegang hujung jariku. Mana Darma yang ragu-ragu nak pegang tangan aku dalam bilik solat hari tu? Ni aku nak duduk diam pun tangan dia dah reti cari tangan aku. Ish!

"Can't wait to bring you home." Dia tersengih.

Aku tarik senyuman sekilas. Tak tahu nak jawab apa jadi aku memilih untuk diam. Berpura-pura nampak lebih tertarik dengan perbualan mereka yang lain.

Bukannya aku tak nampak usaha Darma yang sentiasa memulakan perbualan dan perbuatan denganku.

Cuma tak biasa. Tak percaya.

Continue Reading

You'll Also Like

136K 285 20
just some of my horny thoughts;) men dni
84.4K 2.2K 32
A little AU where Lucifer and Alastor secretly loves eachother and doesn't tell anyone about it, and also Alastor has a secret identity no one else k...
217K 10.8K 90
Being flat broke is hard. To overcome these hardships sometimes take extreme measures, such as choosing to become a manager for the worst team in Blu...
37.5K 870 90
Continuation of Modesto story who happens to intercourse with friends,mature,classmates,strangers and even family...