DIA MILIKKU (C)

By Rosida_Rosdi

53.7K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 34

729 22 2
By Rosida_Rosdi

*Creakkk*

Aku membuka pintu bilik chaletku. Aku heret bagasi berodaku masuk ke dalam.

“Uiii… luas bha dalam. Bulih muat tujuh urang!” kata Heather teruja.

“Melampau sangat sampai tujuh orang,” bidasku. Heather tertawa kecil. Aku membuka bagasiku dan mengeluarkan barang-barang keperluan makeup dan skincare kemudian kuletakkan di atas meja solek.

“Kau mau jual ka? Banyak gila.”

“Hehe… biasa je ni. Kau takpelah dah cantik. Tak payah beria nak jaga kulit macam aku.”

“Ish. Mana ada. Kau cantik juga bha. Cumil,” balas Heather.

“Hehe… thanks.”

Kami akan bermalam di sebuah chalet di Cherating selama tiga hari dua malam untuk minggu team building syarikat kami. Semua orang turut serta termasuk Tuan Aaron. Kebiasaannya CEO memang tidak akan turut padang. Tetapi memandangkan Tuan Aaron risau akan keselamatanku, dia pun ikut sekali. Namun dia tidak berkongsi bilik dengan sesiapa.

“Hmm… untunglah jadi bos,” bisikku sendiri.

Team building kali ini, pekerja dari semua department berkumpul. Ada yang hadir ada yang tidak. Inilah masanya untuk saling mengenali antara satu sama lain. Kalau harapkan waktu kerja memang tidak sempatlah untuk kami saling menjenguk setiap ofis setiap tingkat.

*Ting*

Encik Saiful : Pukul 8 malam semua berkumpul di tepi pantai. Kita BBQ ramai-ramai.

“Piqa. Kau dapat mesej Encik Saiful?”

“Ada ada. Bestnya BBQ...” jawabku terliur.

Sekarang baru pukul 4 petang. Kami membuat aktiviti masing-masing sementara menunggu makan malam nanti. Encik saiful dan beberapa pekerja lain keluar ke bandar mencari barang untuk BBQ malam ini. Ada yang mandi di tepi pantai. Tak kurang juga ada yang tertidur—Tuan Aaron.

Mungkin dia penat tak habis lagi memikirkan tentang masalah kami.

Petang itu aku hanya lepak dibilik sahaja dengan Heather. Borak kosong. Kongsi pengalaman waktu sekolah hinggalah kepada apa yang sedang viral di media sosial sekarang. Tiada apa yang menarik minatku.

Selesai solat maghrib kami pun menuju ke tepi pantai. Sudah ramai yang berkumpul. Encik Saiful memberikan kami kertas untuk cabutan kumpulan. Kami akan dibahagikan secara berkumpulan bagi pertandingan memasak malam ini. Dah nama pun team building. Kenalah kerja berkumpulan.

Angin bayu darat bertiup lembut. Cuaca malam ini juga cerah. Para lelaki sedang sibuk memasang meja dan dapur mudah alih untuk program sebentar lagi. Ada juga yang sedang terkial-kial memasang lampu mentol.

Aku dapat sekumpulan dengan Tuan Aaron dan Bella. Sesungguhnya nasib menyebelahiku malam ini. Setelah sekian lama aku bernasib malang. Aku tertawa kecil.

“Piqa. Ada nampak Tuan Aaron tak?” soal Encik Saiful.

Aku memandang kiri kanan. Tiada.

“Tak perasan pulak Encik Saiful. Mungkin dekat bilik lagi.”

“Kalau macam tu you tolong pergi panggil dia,” arah Encik Saiful. Tangannya sedang sibuk melekat api pada arang untuk BBQ.

Okay Encik Saiful.”

Aku berlalu ke bilik Tuan Aaron. Aku menaiki tangga ke tingkat atas. Chalet ini hanya ada dua tingkat. Atas dan bawah. Aku dapat bilik bawah. Tapi sebelah hujung menghadap kolam renang. Bilik Tuan Aaron pula betul-betul menghadap laut.

*Tok Tok*

Aku mengetuk pintu biliknya. Tapi tiada jawapan. Aku melihat kiri kanan. Sunyi. Seram sejuk pulak rasanya.

*Tok Tok*

“Abang?” panggilku. Tidur mati ke apa dia ni?

*Creakkk*

Pintu bilik terbuka. Tuan Aaron muncul dengan muka toya baru bangun tidur. Comel serta seksi. Baju kemejanya tidak berbutang. Sekali-sekala ternampak badannya yang sasa itu apabila bajunya ditiup angin dan terbuka.

Tuan Aaron menyelak bajunya dan menggaru-garu perutnya. “Huaargghh… emmm… sayang?”

Terbentang jelas six packs di perutnya yang kurus itu. Terlihat bulu-bulu halus dari pusat turun ke dalam seluarnya yang dipakai melorot ke bawah pinggang. Aku malu tapi teringin juga nak tengok. Macam tidak percaya six packs itu milik aku nanti. Obviously bukan sekarang.

“Ye. Encik Saiful suruh panggilkan abang. Program dah nak start dah,” jawabku. Aku mengalihkan semula pandanganku ke tempat lain, segan.

“Kalau tak join tak boleh ke?”

“Aipp… turunlah abang. Kita dapat satu group. Kalau abang tak join nanti kalah lah kumpulan kita,” pujukku.

Dia menggaru-garu kepalanya pula. “Hmm… yelah yelah. Tunggu kejap abang nak mandi. Sayang nak tunggu dalam ke luar?”

Aku memandang kiri kanan lagi. Seram. Aku menggosok bulu roma yang naik tegak di lenganku. “Takpelah abang. Piqa tunggu kat luar,” balasku menolak pelawaannya.

*Pap*

Tuan Aaron menarik tanganku dan mengheret aku ke dalam.

*Click*

Dia mengunci pintu bilik dari dalam. Aku terkejut beruk!

“T-tuan, a-abang!” kataku gelabah.

“Puhahahaha!!!” Tuan Aaron ketawa berdekah-dekah melihat aku panik tak keruan. Aku memuncung merajuk.

Dia mendekatkan badannya kepadaku. Aku mengecut. Tuan Aaron begitu tinggi dan memiliki dada yang bidang. Aku yang  besar ni pun jadi kerdil disisinya.

“Sayang…” bisiknya memandangku ke bawah. Aku jadi malu untuk mendongak melihatnya.

Tell me you love me,” bisiknya di telingaku. Dia mencium-cium rambutku.

I-I love you.”

More…” Tuan Aaron menarik nafas dalam-dalam menghidu bau shampoo di rambutku.

I love you abang. So much.”

Dia menekan perlahan bibirnya di dahiku, dan membiarkannya seketika di situ. Kemudian dia memandangku.

You look beautiful tonight.”

Jantungku berdebar-debar. Badannya betul-betul di depan mukaku. Bau badan Tuan Aaron lebih kuat semasa baru bangun dari tidur.

Can I kiss you?” soalnya. Dia melagakan dahinya ke dahiku dan menggesel-gesel hidungnya ke hidungku. Aku memejamkan mata. Aku meletakkan tanganku di dadanya. Aku malu untuk menjawab soalannya.

Dia menciumku sekilas. Di ulangnya beberapa kali. Terasa bibirnya yang lembut itu mengenai bibirku antara kena dan tidak. Aku tersenyum nipis.

Tiba-tiba Tuan Aaron merangkul pinggangku dan menarik aku rapat ke badannya. Dia menciumku dengan lebih bernafsu. Ciumannya begitu mengghairahkan hingga aku sukar untuk menolaknya.

Ciuman yang membuatkan kami tidak boleh berhenti selagi salah seorang tidak menarik diri.

****



Okay. Dengar sini semua peserta. Depan anda ada sebuah kotak,” ujar Encik Saiful, “di dalamnya ada ingredient untuk memasak sekejap lagi. Anda semua perlu guna semua bahan yang ada di dalam kotak tersebut.”

Semua orang berbisik-bisik teruja. Tidak kurang ada yang mengeluh sedikit bimbang.

“Masa yang di berikan adalah 30 minit,” umum Encik Saiful sambil melihat ke arah jam di tangannya.

“Boleh mula sekarang!”

Kami membuka kotak misteri di hadapan kami. Mataku terbeliak melihat bahan yang ada di dalamnya. Antaranya adalah buah strawberry serta ikan bilis.

“Apa ni Encik Saiful!” aku merungut. “Nak masak apa guna strawberry?”

Encik Saiful hanya tersengih.

Aku memandang ke arah Tuan Aaron. Tuan Aaron mengangkat bahu.

“Abang kalau memasak memang ke laut depan tu ha,” bisiknya ke telingaku. Semangat aku makin pudar mendengar jawapannya.

Aku lihat Bella sudah mula memotong-motong bahan di depannya. Masa pun tidak banyak.

“Fokus! Fokus Piqa!” aku menampar-nampar pipiku.

“Kita nak buat apa ni cik Bella?” soalku.

“Apa kata kita buat sambal bilis strawberry?” cadangnya.

“Eh. Okay jugak tu. Saya pernah rasa sambal strawberry dekat Cameron Highland dulu,” jawabku teruja dengan cadangannya tadi.

“Tapi resipi kita ni kita letak chocolate sebagai pengganti gula,” sambungnya lagi sambil menolak cermin matanya dengan jari telunjuknya.

“Uhh…” aku menggaru-garu pipiku. Aku mula rasa tak sedap hati. Tetapi memandangkan dalam kotak itu terdapat bar coklat, jadi kami terpaksa memasukkannya ke dalam masakan kami, khuatir markah akan ditolak.

Aku mulakan dengan mencincang strawberry. Bella pula memotong bawang dan cili kemudian dimasukkan ke dalam blender.

Tuan Aaron merapatiku hingga lengan kami berlaga. “Sayang. Hati-hati guna pisau tu,” bisiknya. “Abang nak kena tolong apa ni?”

“Tuan Aaron tolong tengok je,” balasku sambil menjegilkan mataku kepadanya.

Rapat-rapat sangat nanti kantoi pulak satu ofis aku couple dengan CEO mereka.

Bella pula tidak berani untuk mengarah-arah Tuan Aaron. Semua kerja dia buat sendiri. Bos kau kot. Kalau aku pun takut nak arah-arah bos aku.

Tuan Aaron pun berundur ke belakang memeluk tubuh sambil memerhatikan aku dan Bella berperang menyiapkan hidangan aneh kami.

Sepanjang memasak itu dia memerhatikan aku tanpa jemu. Aku pula naik segan.

Okay! Masa tamat!” laung Encik Saiful. Dia meniup wisel penamat.

Okay ke ni cik Bella?” soalku tidak yakin dengan masakan kami.

“Boleh ni. Boleh.” jawabnya penuh keyakinan. Aku sudah mengeluarkan peluh dingin di dahi.

Tuan Aaron tersenyum dan mengangkat ibu jarinya dari belakang. Jadi cheerleader dia hari ini. Huhu.

Heather datang menarik lenganku. Dia mengangkat-angkat keningnya ke arah Tuan Aaron. “Mesra gila bha kau sama Tuan Aaron?”

“Hehe…” aku mampu tertawa sahaja lah. Tuan Aaron la ni. Kejap-kejap datang menyendengkan badannya kepadaku. Kan sudah ada staff yang perasan.

Nama pemenang pun di umumkan dan ternyata kami kalah. Aku sedikit kecewa. Tapi biasalah kalah menang, adat bertanding.

Kami pun terus ke acara seterusnya. BBQ! Aku dan Heather berkepit sepanjang masa. Aku makan puas-puas, hingga aku terlupa tentang Tuan Aaron.

I nak pinjam Piqa kejap boleh?” soal Tuan Aaron kepada Heather.

“Eh, sila sila. Silakan Tuan Aaron.”

Heather melepaskan pelukannya di lenganku sambil mengenyit-ngenyitkan matanya kepadaku. Aku menelan air liurku.

Tuan Aaron mengajak aku berjalan di gigi air. Suasana sungguh romantik dengan samar-samar lampu dari arah chalet. Aku menyisir-nyisir rambutku yang di tiup angin.

Tuan Aaron berjalan sambil kedua tangannya di dalam poket. Aku kecur air liur melihatnya. Dengan memakai t-shirt berkolar luasnya. Seluar tiga suku mengecil hingga sedikit ke bawah lututnya.

Angin yang bertiup menampakkan bentuk badannya yang tegap dan perutnya yang slim itu. Bulu-bulu lebat di betisnya menyerlahkan lagi kejantanannya. Aku rasa selamat bila bersamanya.

“Sayang. Jom kahwin?”

“Ha?”

Betul ke apa aku dengar ni? Kahwin?

“Kenapa? Sayang tak sudi ke jadi isteri abang?” soalnya.

Aku terdiam sejenak. Terasa bagaikan mimpi. Tuan Aaron melamarku?

“Bukan tak sudi. Tapi rasa macam tak percaya. Piqa ni gemuk abang. Takut nanti abang tak suka,” balasku.

“Habistu sekarang ni apa? Haha...” dia mengurut-urut tengkuknya. “Abang dari awal dah suka sayang. Abang suka sayang macam ni. Taknak kurus-kurus. Anjing je yang sukakan tulang.”

“Ish abang ni. Tak baik cakap macam tu tau,” aku menampar lengannya.

Kami menyusuri tepi pantai menuju kembali ke arah semua orang yang sedang berkumpul di unggun api.

Sooo… sayang sudi tak nak jadi bidadari abang?”

Aku mengangguk kecil.

“Hm?”

“Ye...”

Yes!”

Continue Reading

You'll Also Like

7.7K 1K 16
Seorang wanita tiada peneman lalu dia membeli seekor arnab yang comel untuk menjadikan arnab itu penemannya tapi tiba-tiba.....Kalau nak tahu lebih l...
309K 12.3K 21
β€’B O O K F O U Rβ€’ (COMPLETE) βœ”οΈβœ”οΈ ~β€’π–’π–ž π–˜π–Šπ–ˆπ–—π–Šπ–™ π–‡π–—π–šπ–™π–†π–‘ π–œπ–Žπ–‹π–Šβ€’~ Korang kena baca story ni β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’...
4.6K 502 6
[Hah pat masuk dlm dunia tangisan] NUR SUMAIYAH. Hidupnya seringkas namanya. Tiada siapa lagi yang sayangkan dia selain abangnya seorang, MUHAMMAD YU...
7.2K 712 42
( UNEDITED ) Under Dear Series: "Kita bagai siang dan malam. Tidak akan menyatu kecuali dengan takdirNya." MENGISAHKAN tentang ADREENA NAYRA y...