04 | Secret Mama (hold on)

By QuenDarkness

3.3K 615 260

Karya keempat [@Quendarkness][on-going] "Many secret in this story because this story name is Secret Mama."... More

P R O L O G
SECRET MAMA | S A T U
SECRET MAMA | D U A
SECRET MAMA | T I G A
SECRET MAMA | E M P A T
SECRET MAMA | L I M A
SECRET MAMA | E N A M
SECRET MAMA | T U J U H
SECRET MAMA | L A P A N
SECRET MAMA | S E M B I L A N
SECRET MAMA | S E P U L U H
SECRET MAMA | S E B E L A S
SECRET MAMA | D U A B E L A S
SECRET MAMA | T I G A B E L A S
SECRET MAMA | E M P A T B E L A S
SECRET MAMA | L I M A B E L A S
SECRET MAMA | E N A M B E L A S
SECRET MAMA | T U J U H B E L A S
SECRET MAMA | L A P A N B E L A S
SECRET MAMA | S E M B I L A N B E L A S
SECRET MAMA | D U A P U L U H
SECRET MAMA | D U A P U L U H D U A

SECRET MAMA | D U A P U L U H S A T U

125 25 3
By QuenDarkness

SECRET MAMA
[5/7/2005]

"FAHIM!"

Jelas suara kanak-kanak memanggil membuatkan Irshad Fahim menoleh. Bibir mengukir senyuman lebar melihat seorang kanak-kanak perempuan sedang menghampiri dirinya.

"Nurfa, lama tak jumpa, hehe.." gadis itu mengambil tempat disebelah Irshad yang sedang duduk dibangku taman.

"Aik? Bukan tak boleh keluar ke?" Soal Nurfa, hairan. Serasanya, kawannya itu tidak boleh keluar dari rumah pengasuh yang menjaganya. Tiba-tiba harini terpacak ditaman.

"Aku lari," jawab Irshad bersama senyuman. Tangan menyeluk poket baju miliknya sebelum tangannya mengeluarkan sesuatu.

"Pusing belakang jap," Nurfa berkerut dahi namun turutkan saja arahan kawan baiknya itu.

Irshad terus saja mencapai rambut panjang gadis itu sebelum dia mengikat rambut lurus itu menggunakan getah yang diambil dari poket bajunya tadi. Getah bentuk rama-rama itu akhirnya tersangkut kemas dirambut kawannya itu.

"Jangan hilangkan tau!"

"Wahhh! Cantiknya! Errr, saya suka! Saya suka!" Melompat-lompat Nurfa akibat teruja. Irshad tersenyum.

"Arghh!" Senyuman Irshad mati apabila Nurfa terjatuh akibat tersalah pijak ketika melompat suka tadi.

"Woi!" Jeritan orang dewasa itu menyentakkan Irshad. Irshad menoleh kearah seorang lelaki yang mungkin adalah bapa kepada kawan baiknya itu.

"Err.. Nur.. Nurfa.." bahu gadis itu berdarah. Mungkin tercalar akibat terseret dari batu tersebut.

Lantas Nurfa dibawa pergi oleh lelaki dewasa itu meninggalkan Irshad sendirian disitu. Nafas Irshad menjadi tak keruan. Perasaan takut menguasai diri.

CERITA 15 tahun lepas kembali menjengah memorinya. Irshad mengeluh seraya menggenggam tangan Aliyah yang sedang duduk diatas pelamin sebelahnya.

Aliyah yang sedang tersenyum apabila photographer tidak habis-habis mengambil gambarnya itu tersentak apabila tangan sejuk Irshad menyentuh kulitnya. Lantas dia menoleh kearah suami disebelahnya.

Wajah lelaki itu sudah berubah riak. Nafasnya kelihat sukar dari biasa. Aliyah tahu, panic attack lelaki itu datang disaat lelaki itu memikirkan sesuatu.

"Can stop take our picture please? Kan dah ambil gambar dekat luar tadi. Please give our some space," ujar Aliyah pada photographer tersebut. Mereka mengangguk mengerti sebelum berlalu pergi untuk mengambil gambar hall, dewan makan, dan lain-lain.

"Irshad, are you okey?" Soal Aliyah dengan nada risau. Irshad mengangguk payah dengan nafas yang tidak teratur. Tangannya menggigil.

"Irshad.. calm down.. okey? Rileks.. tarik nafas.." pujuk Aliyah seraya mengusap lengan kekar suaminya itu.

"Dada aku.. sakit.. tak boleh.. nafas.." rintih Irshad dengan air mata yang tertahan. Aliyah menarik kepala Irshad untuk menyandar ke bahunya sambil tangan memeluk belakang badan lelaki itu.

"Tarik nafas sayang.. cuba rileks.. okey?" Pujuk Aliyah lagi. Mata melilar memandang sekeliling mencari kelibat Ezz Qashaf.

Kedebuk!

"Irshad!" Terjerit kecil Aliyah apabila suaminya itu jatuh terbaring di atas lantai. Serta-merta suasana yang tadinya meriah menjadi sepi untuk beberapa saat sebelum menjadi riuh kembali. Namun bukan riuh dengan keseronokkan melainkan riuh kerana panik.

"Dia kenapa tu?"

"Pengantin lelaki tu okey tak?"

"Nak call ambulans?"

Aliyah memangku kepala Irshad. Pipi Irshad ditamparnya beberapa kali bagi menyedarkan lelaki itu. Suara rintihan jelas kedengaran walaupun lelaki itu sedang memejamkan matanya rapat.

"Aliyah! Irshad!" Ezz lantas menghampiri kawan baiknya itu sebelum dia mengcheck nadi Irshad. Lemah. Degupan jantungnya juga laju.

"Dudukkan dia, Aliyah." Arah Ezz, serius. Dengan susah payah Aliyah ingin membangunkan lelaki itu sehinggalah Iman yang mengambil alih dan Farah dihulurkan padanya.

"Dudukkan dia, luruskan kaki.." Arah Ezz lagi sambil menarik kaki Irshad agar lurus. Lelaki itu sudah didudukkan secara bersandar ke Iman.

Dek kerana suasana yang riuh dan kelam-kabut, serta-merta Farah mengeluarkan suaranya dan menjerit nyaring. Aliyah segera cuba menenangkan anaknya itu.

"Irshad.. kau boleh dengar suara aku tak?" Bisik Iman ditepi telinga abangnya itu.

"Buka mata kau wey.." arah Ezz sebelum dia memaksa mata lelaki itu untuk membuka mata. Jari telunjuk dihalakan dihadapan ketuanya itu.

"Ikut jari aku ni.." jari digerakkan ke kiri dan ke kanan. Teknik ini digunakan apabila seseorang terkena panic attack atau aniexty supaya mereka fokus.

"Sekarang, tarik nafas.." Irshad mengikuti arahan Ezz.

"Lepas.."

"Cuba mengira, Shad." Arah Ezz. Irshad mula mengira sehinggalah nafasnya kembali normal. Teknik ini pula digunakan supaya mangsa yang terkena panic attack mengira detik dan mengatur nafas kembali normal.

Nafas Irshad kembali normal sebelum perlahan-lahan dia bangun dari bersandar pada Iman. Dia duduk bersila dihadapan pelamin sebelum matanya memandang kearah Aliyah yang sedang menenangkan Farah.

"Aliyah," mereka semua yang berada di atas pentas itu menoleh. Kawan-kawan Aliyah baru hadir.

"Meh sini Farah tu," Elwa mengambil Farah dari dalam dukungan Aliyah. Harith pula menghulurkan botol susu dan disumbat ke dalam mulut Farah.

"Kau okey, Aliyah?" Soal Julian, risau. Aliyah mengangguk.

"Kau, Irshad? Okey?" Soal Julian pada Irshad pula yang sedang bersandar ke pelamin sambil dikipas oleh Iman.

Irshad menunjukkan 'thumbs up' tanda dia baik-baik saja. Jujur, dia terlalu fikirkan masa lalu sehingga membawanya menyelami perasaan sakit yang sudah lama dipendam menyebabkan dirinya menjadi panic. Bila dah jauh menyelami masa lalu, kita akan rasa seolah-olah kita masih disituasi masa lalu yang sakit.

Jadi, berhenti. Selami. Perasaan. Dan. Masa. Lalu. Sendiri.

Tetamu yang hadir mula berunsur pergi membuat aktiviti masing-masing setelah memastikan pengantin lelaki baik-baik saja. Mata Irshad melilar memandang sekeliling. Perasaannya tidak sedap hati.

"Mana.. Az dengan Aydh?" Soal Irshad, lemah.

"Aliyah!" Jeritan seseorang menyentakkan mereka semua. Kangsu Young Danara berlari anak menghampiri mereka semua. Wajah gadis itu penuh dengan darah.

"Kangsu! Kau kenapa berdarah-darah ni?" Soal Elwa, terkejut.

"Pergi dari sini, ada orang serang hendap," jelas Kangsu, dingin. Satu persatu wajah mereka dipandang.

Tidak lama kemudian, Azyiel dan Aydhan melangkah masuk ke dalam hall tersebut. Mereka juga seperti Kangsu. Penuh dengan darah.

"Aku dah siapkan kereta, kau kena gerak sekarang dengan Aliyah dan Farah. Musuh dah tahu, dia orang target anak bini kau," Irshad mengetap rahangnya marah. Kepala yang tiba-tiba terasa pusing diabaikan

"Bawa Aliyah dan Farah pergi dari sini, aku nak pergi hadap muka taik yang berani buat hal dekat sini,"

"MrA," jawab Aydhan, serius.

"Kumpulan MrA," Irshad mengetap rahangnya lagi. Sudah lama musuh ketatnya itu tidak munculkan diri. Sekarang dia kembali semula.

"Aliyah, jaga Farah. Pergi ikut Ezz dan Iman." Arah Irshad pada isterinya itu. Aliyah menggelengkan kepalanya tidak mahu.

"Heret kawan baik kau ni," arah Irshad pada Kangsu dan Julian.

"I kata tak nak!"

"Habis siapa nak jaga Farah kalau kau tak pergi?!" Jerkah Irshad, bengang. Tersentak Aliyah dibuatnya.

Irshad memegang kepalanya yang terasa sakit. Bukan sekarang Arayyan!

"Pergi.. bawa dia dengan Farah pergi, aku menyusul nanti," Julian mengangguk seraya menarik lengan Aliyah. Elwa menghulurkan Farah kepada Kangsu. Dia dan Harith akan bantu Danger Black menghalang kumpulan MrA dari menyentuh Farah dan Aliyah.

"Kita ke mana?" Soal Aliyah yang sedang menidurkan Farah di dalam pangkuannya. Mereka sedang menaiki kereta milik Ezz.

"S.H,D,B" jawab Iman yang berada di sebelah pemandu. Aliyah berkerut dahi.

"Apa tu?"

"Secret house Danger Black," Aliyah mengangguk mengerti sebelum dia memandang kearah wajah Farah dan mengeluh. Seketika dia menoleh ke belakang kembali melihat tempat yang baru saja ditinggalkan oleh mereka tadi.

IRSHAD duduk bercangkung seketika dibawah pentas sambil memegang kepalanya yang berdenyut sakit. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan-lahan. Mata dipejam rapat buat seketika sebelum dicelikkan kembali.

Dia senyum menyeringai sebelum kembali bangun dari cangkungan. Kepala direnggangkan sedikit dan seluruh ototnya.

"Ahhh, si bodoh tu terlalu manjakan perempuan tu. Kan dah kena," ujar Arayyan, sinis. Dia kemudian melangkah keluar dari pemtas tersebut seraya mencapai sepucuk pistol milik entah siapa-siapa yang berada di atas lantai.

Bang! Bang! Bang!

Untuk tiga das tembakkan awal tiada langsung yang mengena. Sememangnya Arayyan hanya mahu menarik perhatian musuhnya saja.

"Kenapa datang buat serangan mengejut ni? Rindu eh?" Soal Arayyan, mengejek. Azyiel dan Aydhan berpandangan buat seketika.

"Tch, aku tanya tu jawablah!" Jerkah Arayyan kemudian melepaskan beberapa tembakkan mengena beberapa orang musuhnya. Tetamu yang hadir sedang di bawa keluar oleh Harith dan Elwa.

"Mana ketua kau orang?" Soal Arayyan lagi namun dengan nada yang lebih dingin. Tidak lama kemudian, bunyi sepasang kasut heels sedang berjalan di dalam hall itu kedengaran. Ke semua mata kini memandang kearah sosok tubuh gadis itu.

"MrA," Aydhan dan Azyiel berkata serentak. Sehingga kini, tiada siapa tahu wajah disebalik topeng muka itu. Setiap kali dia muncul, wajahnya pasti akan berubah-ubah.

Arayyan ukir senyuman lebar melihat gadis itu, lantas dia membuang senjatanya jauh ke atas lantai sambil menghampiri gadis tersebut. Terkejut Azyiel dan Aydhan melihat tingkah laku Arayyan.

"Sayang.. your back.." tubuh gadis itu dipeluk oleh Arayyan. Dan di balas senula oleh gadis itu.

Tbc
[1375 words]
[2/6/2023]

Kawan baik saya baru saja meninggal tengah hari tadi :)

Continue Reading

You'll Also Like

249K 1.1K 10
Kisah tentang kakak kandung n kakak ipar nye yg terjebak dalam dunia pelancuran
187K 9.3K 47
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...
1.2M 51.1K 77
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 1 ) 🏅RANKING NO 1 MAFIA ( 20/8/2020 ) 🏅RANKING NO 2 MAFIA ( 28/02/2021) 🏅RANKING NO 2 SAD ( 20/12/2020...
170K 5.6K 40
Siapakah sebenarnya dia?? Kenapa Rayyan tertarik untuk berkahwin dengan wanita itu.. Akankah mereka akan bersama?? Kalau mau tauu silakan dibacaa😆😆...