DIA MILIKKU (C)

Por Rosida_Rosdi

51.3K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... Más

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 32

742 21 0
Por Rosida_Rosdi

Bengang betul aku dengan Afham. Kenapa dia perlu ganggu Piqa sekarang?

Tangan aku masih kemas menggenggam kolar bajunya hingga berkerumuk kedut seribu bajunya dibuatku.

“Sampai bila-bila pun aku takkan serahkan Piqa kepada kau Afham!” herdikku dengan suara yang nyaring dan keras.

Aku melepaskan Afham dan menarik tangan Piqa.

“Ikut I.”

“Piqa,” panggil Afham, “don’t listen to him. Let’s go.” Afham seperti mahu mencari pasal denganku.

Piqa terdiam sebentar. Nafasnya laju. Dahinya berkerut-kerut sambil menggigit bibirnya.

Akhirnya Piqa bersuara. “Maafkan saya Tengku,” dia memeluk lenganku.

Raut muka Afham berubah, kecewa.

Aku juga ikut terperanjat dengan keputusannya. Semasa aku menarik tangannya tadi aku tidak meletakkan sebarang harapan yang dia akan menurutiku. Setelah apa yang aku sudah lakukan padanya.

“Saya masih belum mendapat penjelasan dari Tuan Aaron.”

Piqa tertunduk. Mungkin tidak sampai hati untuk melihat ke wajah kesal Afham.

Aku pun mengheret Piqa ke keretaku. Afham tertunduk dengan rambutnya ditiup angin menutupi matanya.

Get in,” kataku. “Careful with your hands.” Tangan Piqa luka dan mengeluarkan sedikit darah.

Let’s go to my house. Kita cuci luka dulu,” sambungku lagi.

Aku memandu pulang ke rumahku. Aku memasuki porch rumah teres dua tingkatku di dalam kawasan perumahan berpagar. Sedikit privacy dan lebih selamat.

Piqa turun dari kereta dan melihat-lihat sekeliling. Aku menjemputnya masuk ke dalam rumahku dan Piqa menuruti sahaja tanpa banyak kata.

Aku meninggalkan Piqa seketika di ruangtamu sementara aku naik ke atas mencari kotak first aid kit yang terletak di dalam laci almari pakaianku.

Aku turun semula mendapatkan Piqa yang sedang duduk tertib di atas sofa. Aku memintanya menghulurkan tapak tangannya untuk aku cuci lukanya.

“Tuan Aaron,” kata Piqa, “kita cuci luka Tuan dulu lah. Saya punya tak teruk mana.”

Aku hanya diam dan menarik tapak tangannya. “Tahan sikit. Pedih,” aku sapu sedikit ubat cuci luka.

“Hisss…”

“Sikit je lagi.”

“Mmmhh…” Piqa mengetap bibirnya menahan perit lukanya terkena cecair antiseptik.

Aku mengambil sekeping plaster dan kulekatkan di atas lukanya tadi.

“Dah siap.”

Aku mengambil kapas baru dan aku cuba untuk mencuci luka di sikuku tetapi agak sukar kerana aku tak dapat lihat dengan jelas. Bajuku juga mengganggu aku untuk mencuci luka.

“Biar saya buatkan,” pelawa Piqa.

It’s okay.”

“Meh sini saya buatkan,” Piqa bertegas.

Hmm…

Aku akur. Aku melonggarkan tali leherku dan membuka butang bajuku satu-persatu. Dan kutanggalkannya perlahan-lahan. Muka Piqa tiba-tiba berubah.

“Takpelah. Biar I buat sendiri.”

“Takpe. Biar saya buatkan,” Piqa menolong aku mencabut kemejaku dan di letakkan di tepi meja. Mukanya kemerah-merahan. Matanya lari dari memandang tubuh badanku yang kekar ini.

Dia tekun mencuci luka yang agak dalam di siku dan lenganku. Setelah selesai membalutnya dengan kain kasa, Piqa mengambil putik kapas dan dilapnya darah kering yang mengalir di dahiku dengan cermat.

Aku tak henti menatap wajahnya. Wajah yang sudah lama aku biarkan. Dan sudah lama aku tidak renung. Tiba-tiba mata Piqa bertentang dengan mataku. Nafasku terhenti seketika.

Aku mencengkam pergelangan tangannya yang terhenti dari menekap-nekap luka di dahiku.

“Piqa…”

“D-Dah siap,” Piqa menolak tanganku dan bangun berdiri membelakangi aku. “Saya ikut Tuan ke sini sebab saya nak kata putus dari Tuan. Kalau Tuan dah tak suka saya cakap je. Saya terima. Saya sedar siapa saya.”

Aku bangun berdiri di belakangnya. Aku mengangkat tanganku untuk mencapainya.

“Saya anggap Tuan diam ni tanda Tuan dah betul-betul tak perlukan saya lagi. Terima kasih untuk segala yang Tuan dah buat untuk saya. Terima kasih sebab pernah mengajar saya erti bahagia.”

Aku lihat Piqa seperti menyeka air matanya.

“Saya balik dulu.”

“Piqa…”

Piqa melangkah perlahan menuju ke pintu rumahku. Hati aku meronta-ronta. Kalau Piqa melangkah keluar dari pintuku bermakna aku akan kehilangan Piqa buat selama-lamanya.

Aku tak mahu! Aku lebih rela mati digilis lori dari hidup tanpa Piqa disisiku.

“Sayang!”

Aku berlari dan memeluk Piqa dari belakang. Piqa terdiam.

“Sayang. Jangan tinggalkan abang,” aku mengeratkan pelukanku.

Piqa menarik nafas panjang.

“Tapi Tuan yang tinggalkan saya!” suaranya sedikit bergetar.

“Tuan tinggalkan saya tanpa sebarang penjelasan. Tuan biarkan saya terkontang-kanting sorang-sorang,” Piqa menampar-nampar lenganku di dadanya.

Aku tidak melepaskan pelukanku. Dia nak tikam aku ke, dia nak bunuh aku ke, buatlah apa pun aku tak kisah.

“Kenapa diam?” soalnya.

“Abang nak dengarkan sayang. Sayang berhak marah, bingung, sedih, kecewa atau apa pun yang sayang rasa terhadap abang sekarang,” aku masih takut untuk melihat muka Piqa jadi aku biarkan sahaja dia membelakangi aku.

“Abang tahu abang salah sebab tak terangkan segalanya kepada sayang, dan abang minta maaf untuk itu. Abang salah,” tambahku.

Bahunya sudah mula terangkat-angkat menangis. Aku perlu buat sesuatu untuk buktikan cintaku padanya. Aku memalingkan badan Piqa menghadapku. Teriakan Piqa merobek hatiku. Dia menangis seperti seorang kanak-kanak yang tidak dapat gula-gula.

“Sayang. Abang mintak maaf. Tolong jangan pergi. Jangan tinggalkan abang, sayang,” aku mencium dahinya lembut.

Piqa perlahan-lahan mengangkat kedua belah tangannya. Aku berdebar-debar adakah dia akan menolakku lagi. Dan kalau ia pun aku pasrah. Aku menahan gelora sedih pilu sukmaku.

Dengan perlahan dia menarik bahuku  dan mencium bibirku. Satu ciuman yang mengejutkan aku, tapi cukup untuk serentak menceritakan betapa aku merindui kamu, betapa aku rasa bersalah, dan cintailah aku semula, tanpa perlu berbicara.

Semata-mata air mata kami sahaja yang menjadi saksi cinta kasih kami berdua.


****

Aku membawa segelas air koko suam untuk Piqa dari dapur.

“Minumlah sayang sementara panas lagi.”

“Terima kasih abang.”

“Sayang nak apa-apa lagi tak? Abang ambilkan.”

“Takpelah. Cukuplah air ni,” Piqa menghirup air koko tadi perlahan-lahan.

Aku duduk di sebelah Piqa. Aku tatap wajahnya yang comel dan cantik itu. Orang lain tidak mampu menenangkan hati aku seperti Piqa. Hanya melihat wajahnya sahaja, segala penat lelahku hilang seperti dijampi.

“Abang takde apa-apa nak cakap kat Piqa ke?”

Oh. Aku hampir terlupa.

“Ada,” jawabku singkat. “Sayang dah ready ke nak dengar? Kalau belum abang bagi masa dulu untuk sayang bertenang.”

“Dah abang. Ceritalah. Sayang nak tahu jugak apa penyebabnya sampai abang dah taknak dekati Piqa.”

“Hmm…" aku menongkat daguku. "Sayang perasan tak kereta tadi?”

Piqa mengangguk-angguk.

“Kereta tu memang sengaja nak langgar sayang,” kataku berhati-hati.

“Hah? Kenapa?”

“Mungkin diorang ada kaitan dengan ayah Mel,” balasku.

“Ayah Mel? Dato' Kusyairi kan?” soal Piqa terkejut.

“Ya,” jawabku ringkas.

“Tapi kenapa?” soalnya lagi, bingung.

Semuanya berlaku selepas aku pulang ke London bulan lepas. Ibuku membuka rahsia terbesar yang pernah ada di dalam hidupku.

Ketika itu aku masih kecil. Usiaku baru mahu mencecah 4 tahun. Aku seperti kanak-kanak lain lincah bermain dan menikmati kejahilan di waktu kecil. Aku tidak tahu bahawa aku akan menjadi punca kecelakaan kepada Mommy dan Daddy aku, jauh di dalam perkampungan berdekatan London yang dikelilingi bukit-bukau yang sentiasa di hadiri pendaki bukit dari pelbagai tempat.

“Aaron. Don’t run. Don’t go too far,” laung ibuku. Namun aku seorang yang banyak akal. Tiada perkataan 'tidak' di dalam kamus hidupku ketika itu.

Aku berlari-lari di sekitar pondok lama tidak berapa jauh dari rumahku. Ibuku mengejarku kerana khuatir aku tersesat hingga ke dalam hutan.

“Aaron! Come here!”

Ibuku menangkap tanganku dan menarik aku menyorok di sebalik dinding luar pondok tadi. Ibuku menutup mulutku dengan tapak tangannya dan menyuruh aku diam. Kami mengintai ke dalam melalui celahan tingkap yang pecah.

Are these for the trade?” kata seorang lelaki bertubuh besar dan sasa. Badannya dipenuhi tatu.

Yeah. Like always,” jawab seorang wanita kurus berjaket kulit berwarna hitam.

*PRAPP*

Kakiku terpijak ranting kayu.

What’s that sound?”

Let’s go have a look.”

Mereka berdua berjalan keluar dari pondok itu dan terlihat aku dan ibuku sedang menyorok disebalik susunan kayu dan batu-bata terbiar. Kami tergamam dan tidak sempat melarikan diri.

Lelaki berbadan besar itu tadi mengeluarkan pistol dan mengheret ibuku ke dalam pondok. Aku pula didukung oleh wanita tadi. Di dalam pondok itu penuh dengan bungkusan-bungkusan plastik yang di susun rapi di atas meja.

What should we do?” soal wanita itu kepada lelaki tadi.

Should we just kill them off?”

Nooo!!! Let my son go!” ibuku menjerit dan meronta. Aku sudah mula menangis di dalam pelukan wanita itu. Aku tidak faham apa yang sedang berlaku, tapi aku tahu aku tidak menyukainya.

I think we better bring them back to his house,” cadang lelaki itu tidak mempedulikan langsung permintaan dari ibuku. Sepertinya dia tidak wujud.

Who? Dragon?”

Dragon merupakan nama underground Dato' Kusyairi.

Who else? He’s our boss after all. Just let him decide.”

Kami tidak sengaja mendengar perbualan antara mereka yang sedang menyusun stok-stok dadah terkini. Situasi ini begitu diluar jangkaan kerana pondok ini tidak pernah ada orang guna sepanjang kami di situ.

Mereka memaksa kami masuk ke dalam sebuah van buruk dan membawa kami ke sebuah rumah condominium mewah di tengah-tengah bandar London. Masuk sahaja ke dalam rumah itu aku terhidu bau masakan yang enak datang dari dapur.

Ini rumah orang berkeluarga. Bukan rumah Mafia. Tambahan pula di dalamnya ada hiasan ala melayu klasik. Tiba-tiba datang seorang lelaki berbadan tinggi dan nampak biasa-biasa sahaja datang kepada kami.

What’s the deal?” soalnya.

“Dato', we caught 'em eavesdropping us in the forest,” jawab lelaki yang penuh tatu tadi.

Dato' Kusyairi mengeluarkan pistol dari sakunya dan mengacukannya ke kepala lelaki tadi. Aku tergamam. Ini bukan biasa-biasa. Ini betul-betul bahaya!

I didn’t expect both of you to do a lousy job,” matanya mencerlung ke arah mereka berdua. Mereka menunduk ketakutan.

Kemudian dia memandang ke arahku yang sudah mula merengek kerana tidak selesa dan ingin membuang air.

Dia mengacukan pistol tadi kepadaku pula.

Please don’t. Stop please, don’t shoot him!” ibuku melutut merayu-rayu supaya aku diberi peluang untuk hidup.

Tiba-tiba muncul seorang wanita yang aku agak isteri kepada Dato' Kusyairi dari dapur. Dia menerpa ke arahku dan melutut dihadapanku. Dia memegang daguku dan dibelek-beleknya mukaku kekiri dan kekanan.

Don’t shoot him dear. I think I like him.”

Seguir leyendo

También te gustarán

35.1K 4.1K 15
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
25.9K 950 25
1ST STORY DIARAERA "woi bantal,jom tido dengan aku" "Hai ikan buntal abang" "Kau ni sedap buat peluk lepastu kau lembut " "Kenapa makin hari makin le...
2K 115 15
Seorang lelaki yang menghidapi penyakit D.I.D atau lebih di kenali Split personality. Pada waktu siang, Calvin. Dirinya yang sebenar. Seorang nerd,s...
423K 21.1K 69
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...