the last destination ; nor fa...

By fuzzycocoa

1.7K 191 14

[ vote | comment | follow ] inspired : p.high council ❝he is her last love ❞ Fakhri,remaja lelaki 16 tahun... More

↳ [ ♥ ]
↳ [ 01 | THE LAST DESTINATION ]
↳ [ JUST TWO OF US ]
↳ [ 03 | THE LAST DESTINATION ]
↳ [ 04 | THE LAST DESTINATION ]
↳ [ 05 | SURAT NUR ]
↳ [ ♥ ]

↳ [ 02 | THE LAST DESTINATION ]

213 31 4
By fuzzycocoa

୨⎯  THE LAST DESTINATION ⎯୧

Sayup-sayup kedengaran suara memanggil daripada balik pintu. Mataku perlahan-lahan celik.

"Fakhri, bangunlah! Takkan tidur lagi."

"Fakhri ooo Fakhri!"

Haishhh. Ganggu betul aku nak tidur. Aku menendang selimut ku berang. Malaun mana ketuk pintu pagi-pagi buta ni. Kacau orang tidur je. Aku merungut dalam hati. Aku menggosok rambut ku kasar.

Aku buka daun pintu itu. Terpampang lah wajah Nur dengan kening berkerut. Mataku terus celik apabila melihat wajah Nur. Bukan sebab terkejut tengok muka dia eh tapi sebab aku pakai boxer je sekarang ni.

Dia pun baru tersedar terus berteriak " Eeeeee. Pervert. Apa bogel depan orang ni!" Aku terus menutup daun pintu kuat. Aduh,minah ni. Macam-macam lah. Aku pun satu. Dah dengar suara perempuan kenapa aku buka pintu. Free je dia dapat tengok aset aku ni.

Aku tak nak ambil tahu sama ada dia ada kat depan pintu lagi ke tak. Aku terus capai tuala dan membersihkan diri. Lengkap berpakaian, aku bawa apa yang patut gerak pergi sarapan kat mamak. Aku buka pintu kelibat Nur dah takde. Entah kemana minah ni pergi. Sarapan kot.

Tekaan ku salah. Baru nak menapak keluar,aku nampak Nur tengah elok bersandar di ruang tamu. Dia menyilangkan tangannya. Apabila tersedar aku ada kat situ,dia menegakkan badannya. Dia melangkah menghampiri ku.

Dengan wajah yang masih merah. Dia bertanya dengan nada ala-ala marah "Kenapa lambat sangat? Aku tunggu kau lama tau." Aku buat muka keliru.

"Kenapa kau tunggu aku?"

"Nak lunch dengan kau lah." Jawabnya.

"Lunch?" Soalku blur. Aku ni baru nak cari sarapan.

"Yelah. Sekarang dah pukul 2 tau. Jap, jangan cakap kau tak sarapan lagi?" Matanya bulat menyiasat aku. Aku tidak menjawab. Matanya makin membulat.

"Jadi kau baru bangunlah ni? Fakhri oooo Fakhri." Dia memanggil namaku bagai mak marah anak.

"Kenapa pun kalau aku baru bangun?" Tanyaku selamba.

"Gaya hidup kau tak sihat. Kau tidur lambat pastu bangun lambat. Ciri-ciri orang malas." Dia mengomel. Eleh minah ni. Aku pandang atas bawah judge dia.

"Kau diam lah. Aku tengah lapar ni. Aku makan kau jap lagi." Nur macam dah salah faham ayat aku. Dia menjarakkan dirinya tiga langkah daripada aku. Tangannya diletakkan di dada.

"Hoi! Kau ingat aku apa? Pervert? Tak payah tutup dada kau,bukan ada isi pun." Aku menyindirnya. Dia tidak terima.

"Jangan body shaming eh. Kau pernah ke nampak dada aku?" Balasnya tak nak kalah.

"Kau nak bagi? Bak sini aku tengok." Usikku lagi. Akibatnya aku kena hempuk dengan tangan kecilnya di leher. Sengal juga lah badan aku kena pukulan dia ni. Kecil-kecil cili padi orang kata.

"Dah lah. Layan kau buat aku marah je." Katanya lalu melangkah pergi. Aikkk, dia tinggalkan aku macam tu je.

"Kenapa kau tak ikut?" Dia pusing balik belakang. Wajahnya cemberut tanda merajuk. Hahahaha... Comelnya dia ni.

"Dah kau jalan menonong tak ingat aku. Leher aku dah lah sakit kena pukulan kau."

"Siapa suruh buat dirty joke?"

"Siapa yang mula dulu?"

"Ihhh! Malaslah layan kau ni."

"Okay. Kau pergi makan seorang-seorang. Biar botak tu kacau kau lagi."

"Fakhri!"

"Hahahahahaha"







































୨⎯  THE LAST DESTINATION⎯୧

Selepas selesai makan, aku nak terus balik tapi Nur ni ajak aku pergi jalan-jalan pula. Mulanya aku tolak. Ye lah,nanti dia suruh aku belanja lagi. Kat mamak tadi koyak dompet aku bayar makanan. Si Nur ni bantai sepinggan maggi goreng, dua keping roti canai milo. Belum kira air lagi. Air Teh O Ais tambah dengan tiga botol tin lemon ice tea dia ambik. Kopak duit aku.

"Tak nak lah aku ikut kau. Nanti habis duit aku bayar barang-barang kau." Kata aku. Ye,aku kedekut. Apasal? Ada masalah?

Nur tarik muka. " Kedekut lah kau ni." Dia kutuk aku.

"Sekedekut aku ni, tadi kat mamak siapa bayar? Aku kan."

"Tu sebab aku lupa bawa dompet." Ucapnya tak mahu kalah.

"Kau tak bawa dompet nanti nak bayar tambang bas tu guna apa? Daun?" Sindir ku sinis. Dia menjulingkan matanya malas.

"Aku transfer je lah nanti duit tu kalau nak beli benda." Katanya.

"Jomlah." Disebabkan dia sangat memaksa, aku pun akur. Duit dia yang melayang nanti. Aku dah buat deal dengan dia kalau nak beli barang,guna duit sendiri.

Kami pun naik ke dalam bas sebaik sahaja tiba. Kami pergi ke sebuah pusat beli-belah. Agak jauh daripada rumah tumpangan kami. Nur seperti sudah menghafal selok belok bandar itu terus menarik tanganku masuk ke dalam.

Masuk je,angin sejuk daripada pendingin hawa masuk ke celah bajuku. Suasana pusat beli-belah itu agak ramai. Ramai yang datang dengan keluarga mereka. Aku terpandang seorang budak lelaki yang disuap oleh ibunya manakala ayahnya pula sedang mengambil gambar mereka di dalam sebuah restoran.

Jauh di sudut hati,aku juga ingin merasainya. Perasaan mempunyai keluarga yang lengkap. Beruntung sekali budak itu tak perlu mengharungi segala perit pada waktu kecil seperti aku.

"Ha dah sampai." Hanyut melayan perasaan, aku sampai tak sedar ke mana Nur membawa aku. Kini,kami sedang berdiri di pintu depan sebuah kedai(?) Papan tanda bertulis "Arcade"

Nur mengajak ku masuk. Aku menurut sahaja. Di dalam Arcade itu, ada pelbagai jenis permainan. Jariku tak cukup untuk mengira permainan-permainan yang ada dalam tu. Ramai remaja seusia kami bermain dalam tu. Mataku jadi rambang bila melihat permainan-permainan yang disajikan. Aku nak cuba semua.

Nur membawa ku ke sebuah kaunter. Kami berbaris di belakang beberapa orang remaja menunggu giliran. Mata aku masih menyapu setiap pemandangan.

"Cool kan tempat ni?" Ujar Nur teruja. Dia merenung wajahku. Aku mengangguk "Cool gile."

Sampai giliran kami,baru aku tahu nak main kat situ kena bayar. Bukan guna duit tapi token. Untuk mendapatkan token kena bayar kat kaunter ni. Rm1 bersamaan 1 token. Nur membeli 40 keping token. Aku telan air liur dengar jumlah token yang dibeli Nur. Orang kaya mesti ingat 40 tu 40 sen kan. Seperti yang dijanjikan,Nur yang bayar.

Dapat sahaja token, Nur menuntun ku pergi ke permainan bola keranjang. Selepas tu,ke permainan kereta dan seterusnya, permainan tembak-menembak. Senang citer kitorang main semua permainan kat situ. Habis token,Nur beli lagi. Memang puaslah aku main.

Saat aku bersama Nur,aku tak fikir apa-apa. Aku tak fikir fasal masalah aku dengan papa ataupun masalah KUDRAT. Fikiranku penuh dengan Nur. Wajah Nur,suara Nur, senyuman Nur. Menghabiskan masa lapang ku dengannya bagaikan satu healing. Diriku tanpa sedar berasa lebih selesa bersamanya.

"Fakhri,monster tu meletup lah. Hahahahaha." Nur tertawa bahagia. Aku pun ikut ketawa. Baru kali ini,aku rasa bebas. Bebas melepaskan beban yang selalu aku sandang. Bebas untuk berasa gembira walaupun aku tahu ini hanya sementara.

Ya Allah, kekalkanlah kebahagian ku ini. Aku nak bersama Nur untuk jangka waktu yang lama. Nur adalah definisi kebahagiaan yang aku cari selama ini.

Selepas puas bermain,Nur mengadu perutnya berkeroncong. Kami pun keluar daripada Arcade menyusuri setiap kedai yang ada di pusat beli-belah ini untuk mencari restoran bersesuaian dengan tekak kami. McDonald's menjadi pilihan kami.

Kami terus menyantap makanan yang dipesan. Kami berdua diam tak bercakap mengisi tenaga kembali. Aku curi-curi pandang wajah Nur. Dia fokus betul dengan makanannya. Tak perasan langsung aku pandang dia lama.

Dia ni agak cuai. Makan tergopoh-gapah. Memang haru-biru dia ni. Makanan ini pun Nur yang bayar. Aku takde niat nak halang, nak berlagak jadi gentleman.

"Uhuk! Uhuk! Uhuk!" Dia tersedak. Tangannya mencapai air berkarbonat namun kalah pantas dengan tanganku. Aku rampas air tu hulur air mineral padanya. Dia tak banyak cakap terus ambil lalu ditegur rakus.

"Kalau tersedak jangan minum air gas ni. Minum air masak." Nasihat ku padanya. Wajahnya berkerut dengan sisa-sisa batuk dia membalas "Dah itu yang dekat. Aku ambil lah."

"Kau ni macam tak matang lah Nur." Ucapku. Dia nampak terasa dengan ucapan ku. Matanya dijegilkan dengan raut wajah sengaja dibuat bengis.

"Jangan nak hina aku. Aku dah matang lah. Bukan budak-budak lagi." Katanya tegas.

"Kalau dah matang,kau takkan makan bersepah macam ni." Ujar ku. Tanganku mengusap sisa kotoran makanan di bibirnya. Dia terpegun dengan perlakuan ku.

"Asal? Dah jatuh cinta dengan aku." Aku mengodanya dengan senyuman nakal. Dia tersentak. Dia memalingkan wajahnya.

"Huh. Perasan." Aku tertawa terbahak-bahak.

Selepas makan,kami pulang semula ke rumah tumpangan. Aku pulang waktu petang. Aku meletupkan jari-jemari ku bagi menghilangkan sengal. Seharian aku berjalan dengan Nur. Lelah tubuh badanku ini. Baru sahaja nak masuk dalam bilik,Nur menahanku.

"Fakhri,malam ni kau free tak?" Aku pandang dia.

"Asal?"

"Teman aku pergi funfair." Pintanya.

"Funfair? Kat mana?" Soalku.

"Tak jauh kat sini. Boleh tak?" Aku berfikir sejenak. Malam ni pun aku bukan ada apa-apa pun. Boleh lah aku teman dia. Esok, aku dah nak blah. Kesian pula minah ni tinggal seorang nanti.

"Hmm okay." Setuju aku singkat. Bibirnya merekah senyuman manis. Wajahnya nampak gembira. Makin cantik.

"Jumpa pukul 9 nanti." Ujarnya sebelum hilang dalam biliknya. Aku pandang pintu itu lama lalu tersenyum lebar.

"Jumpa nanti. Tak payah lah nak intai aku. Sikit lagi kita jumpa." Balas ku sebelum masuk ke bilik.

Sementara dalam bilik Nur,dia menggigit jari manisnya menahan malu apabila aksi mengintainya diketahui. Wajahnya merona merah.

"Sape entah intai dia. Perasan." Gumamnya sendiri. Bibirnya tak henti tersenyum. Dia tak sabar mahu berjumpa Fakhri nanti. First date dengan Fakhri! Pekiknya dalam hati.

"Aku kena cari baju apa nak pakai nanti. Baju yang simple tapi menyerlah. Hmm,baju yang mana eh." Nur menggeledah isi almarinya mencari baju yang sesuai dipakai untuk keluar date bersama Fakhri.

Date ke?










































୨⎯  THE LAST DESTINATION ⎯୧

TOKK! TOKK!

Aku mengetuk pintu kayu itu menanti penghuninya keluar. Tiada suara sahutan. Aku mengetuk lebih keras.

"Tunggu kejap." Suara Nur menyahut di balik pintu.

"Cepatlah! Lembab lah kau ni!" Aku membalas. Aku menyandar pada dinding menunggu Nur keluar. Bunyi pintu dibuka membuatkan aku mengomel "Perempuan kalau bersiap memang lama eh. Penat aku—" Omelan ku mati tatkala melihat susuk yang berdiri di hadapanku.

Nur memakai gaun bunga paras lutut. Rambutnya yang biasa dibiarkan kusut disikat rapi bahkan dia membuat hair style yang lucu. Dia juga memakai solekan pada mukanya menambahkan lagi serinya. Aku terpaku memandangnya. Debaran di dada menggila. Aku tak boleh alihkan pandangan ku daripadanya.

"Sorry,tadi aku tak jumpa hair clip ni." Dia menyentuh klip di rambutnya. Aku mengalihkan pandangan ku daripadanya.

"Kau lambat 5 minit." Ucapku menghilangkan rasa gugup.

"5 minit je pun." Dia membalas.

"Aku cantik tak?" Soalnya merenungku. Soalan inilah yang aku nak elak. Haduhhh minah ni. Aku memandang tepi diam. Melihat aku tak menjawab, dia merasa tak puas hati.

"Fakhri! Aku cantik tak?" Lanjutnya bertanya. Dia mengikis jarak antara kami. Tangannya menyentuh lenganku. Aku spontan menepis. Dia nampak tersinggung dengan reaksiku.

Jangan salah faham okay. Aku memang suka bila dia pegang aku. Suka sangat-sangat tapi aku tak biasa lagi rapat dengan perempuan. Even tangan ibu pun aku dah lupa bila aku sentuh.

"J—jom kita pergi. Lama nanti ramai pula." Aku mengajaknya canggung. Dia mengangguk perlahan lalu berjalan dahulu. Wajahnya nampak murung mungkin terasa perlakuan aku tadi.

Cepat pula Nur ni jalan. Aku mengikut langkahnya daripada belakang. Dia jalan depan,aku jalan belakang. Lebih kurang gitu lah.

Kami jalan makin jauh daripada pekan itu. Kata Nur,tempat funfair tu dekat je so tak payahlah buang duit sewa Grab. Angin malam sejuk menghembus mendinginkan badanku. Aku beruntung aku pakai baju lengan panjang. Takdelah rasa sangat sejuk tu. Aku tengok Nur macam tak de deria pula. Dia tak sejuk ke? Dengan baju pendek macam tu.

Bunyi muzik kedengaran sayup-sayup. Lampu-lampu di langit kelihatan. Aku dah nampak bayangan funfair itu. Kalau nak masuk funfair,kami kena seberang jalan. Aku tak tahu kenapa cuai sangat Nur ni sehingga dia main lintas je waktu ada kereta. Dia jalan menunduk tak menghiraukan panggilan aku.

"NUR!" Aku berteriak. Bahunya terangkat baru tersedar dia tengah jalan raya. Dia seperti terpegun. Waktu itu lah,ada sebuah kereta meluncur laju di jalan raya.

"NUR! KERETA!" Aku berteriak lagi namun Nur tidak berganjak. Kakinya bagai digam di jalan raya itu. Kenderaan beroda empat itu pula makin dekat. Aku pantas menarik lengan Nur membawanya dalam pelukan ku.

Kereta itu melintas laju di hadapanku. Mujur aku sempat tarik Nur. Kalau tak,kemalangan pasti terjadi dan aku tak nak fikirkan itu.

Aku masih dalam posisi memeluk Nur memarahinya "Kau dah lama hidup ke sial? Sampai nak bunuh diri macam tu hah!" Aku menjerkahnya. Emosiku tak boleh ditahan. Dia diam kaku dalam pelukanku. Tidak mendapat respons aku melepaskan pelukanku.

Wajah Nur pucat sangat bagai semua darah dalam tubuhnya tiada. Bibirnya bergetar tak mengeluarkan suara. Tubuhnya menggigil. Aku terperanjat melihat keadaannya begitu. Aku menekup pipinya mendongakkannya merenung mataku.

"Nur, kau okay tak ni?Hei Nur, cakaplah. Okay tak ni." Aku menanyakan keadaannya penuh rasa risau. Bibirnya bergerak mahu berkata sesuatu tetapi bukan kata okay yang keluar melainkan isakan. Isakan yang lama-lama berubah menjadi tangisan. Dia menangis teresak-esak. Wajahnya disembunyikan di dadaku. Tubuhnya terhenjut-henjut menangis. Tangannya menggenggam erat bajuku.

Aku buntu. Tak tahu nak buat apa. Teragak-agak, tanganku mengusap belakangnya cuba menyalurkan rasa tenang. Tangan lagi satu aku merangkul  pinggangnya erat. Tangisannya tidak berhenti. Andaianku, dia terkejut dengan kejadian tadi. Aku pun bangang pergi tengking dia. Makin shock lah minah ni. Sempat aku mengutuk diriku tadi.

Lama jugalah kami berpelukan. Nasib baik jalan raya ni lenggang takde orang lalu lalang. Takde lah dorang nampak kami berpelukan. Aku curi-curi pandang sekeliling takut ada orang majlis agama. Kang dapat kahwin free malam-malam ni.

"Dah habis nangis?" Aku bertanya dengan nada lembut. Dia mengangguk sambil mengesat air matanya di pipi. Kepalanya masih menunduk.

"Kenapa tunduk? Pandang aku." Suruhku. Dia menggeleng.

"Tak nak. Aku buruk lepas nangis." Katanya makin menundukkan kepalanya.

Aku pegang pipi dia dongakkan kepalanya. Dia nampak tertegun dengan perlakuanku. Aku meneliti setiap sudut wajahnya.

Cantik je.

Cuma ada warna hitam kesan mascara yang cair kat pipi. Itu je.

"Okay je. Mana ada buruk." Aku lepaskan pipi dia. Bibirnya mencebik.

"Tipu. Mesti mascara aku cair." Dengan rasa kesal, dia mengusap pipinya. Di jari, tercalit cairan mascara berwarna hitam itu. Dia menyuakan pada ku.

"Tengok. Mascara tu cair. Kau tak payah nak tipu aku lah." Katanya lagi. Aku menghela nafas panjang. Tangannya di pipi aku tepis.

"Jangan pegang. Nanti kena baju." Tegahku. Aku membersihkan cairan mascara itu dengan jariku. Aku menyentuh setiap sudut wajahnya.

"Mimpi apa kau ni,sampai nak pakai makeup bagai ni. Selalunya muka togel je." Aku mengomel tekun membersih setiap solekan di wajahnya.

"Aku cuma nak rasa cantik je."

"Kau dah cantik. Tak payah pakai benda ni semua. Aku suka kau yang biasa." Aku menekan kedua pipinya membuatkan bibirnya macam ikan. Dia menepis tanganku kasar.

"Sakitlah." Marahnya. Dia mengusap pipinya yang memerah. Aku geli hati dengan tingkahnya. Pipinya masih merah.

"Jadi tak ni,kita pergi funfair?" Tanyaku. Dia mengangguk laju.

Aku menggenggam tangannya sewaktu melintas jalan supaya kejadian tadi tidak terulang lagi. Sampai sahaja di dalam funfair itu, tangan kami masih bertaut. Aku takde keinginan nak lepaskan pegangan kami ni. Nur pula matanya fokus pada permainan-permainan di funfair itu. Matanya terpancar jernih kegembiraan.

"Fakhri,aku nak main sauk itik tu." Dia menunjuk satu booth di sana. Aku mengangguk akur.

Kami pergi ke kaunter untuk menukar duit ke token. Nur juga yang membayar. Jumlah token dibeli 50 token. Tamak minah ni.

"Tak payah membazir lah,Nur. Beli 20 cukup lah." Aku menegurnya. Gigil pula tengok dia buat duit 50 tu macam duit mainan.

Bibirnya membentuk muncung itik. " Duit aku ke,duit kau? Duit aku kan?" Balasnya kasar.

"Lagipun, aku nak cuba semua game kat funfair ni." Katanya teruja.

"Tak sabarnya!" Dia berteriak.

" Kau teman aku eh Fakhri." Aku mengangguk perlahan.

Nur memang cuba semua permainan kat dalam funfair kecuali yang ganas-ganas macam kereta langgar, yang macam turun naik tu. Dia tak main sebab dia pakai kain. Naya je orang bawa intai.

Kami masuk dalam rumah hantu. Nur tak berenggang langsung dariku. Dia menempel di lenganku. Lenganku dijadikan penutup matanya. Kalau tiba-tiba hantu palsu itu menyergah, dia pukul guna lengan aku. Sudahnya aku yang tersengih kerang busuk minta maaf pada orang yang menyamar jadi hantu palsu tu.

"Nur, tak payah takut sangatlah. Engkau yang nak masuk sangat tadi." Ujar ku menyindirnya. Dengan suara berbisik, dia membalas "Aku tak tahu pula hantu-hantu dalam ni seram gila." Dia berteriak nyaring apabila bunyi kaca pecah kedengaran. Berdesing telinga aku woii.

"Bunyi kaca pecah je lah Nur. Tak payah lah beria sangat jerit tu." Dia berteriak lagi apabila satu replika kepala tergantung jatuh ke wajahnya. Lenganku ditekan kuat oleh kuku panjangnya. Sakit bodo.

Beberapa minit kemudian,aku menarik nafas lega apabila kami berjaya keluar daripada rumah hantu itu. Aku menilik lenganku. Kesan cakar Nur jelas ada kat situ. Orangnya pula termenung. Kena rasuk ke minah ni.

"Kalau aku mati,aku jadi hantu juga ke?" Soalnya. Aku memandangnya aneh. Apa tanya soalan macam tu.

"Tak payah mengarutlah." Balas ku tidak menjawab soalannya. Bab agama pun aku bukannya kuat mana. Janji solat 5 waktu dengan puasa. Itu je aku buat.

"Kalau aku jadi hantu,kau jangan takut dengan aku tau, Fakhri. Aku cuma nak teman kau je." Ujarnya beserta senyuman aneh. Bulu roma ku meremang bila dia cakap macam tu. Seram bodo.

"Jomlah naik ferris wheel tu. Tadi kau nak naik sangat kan." Aku mengubah topik. Aku menarik tangannya menuju ke penjaga itu.













































୨⎯  THE LAST DESTINATION ⎯୧

"Fakhri, kau tak boleh ke tak payah pergi sekolah tu?" Aku menatap wajah muram Nur.

"Tak boleh. Cuti sekolah dah habis. Aku kenalah balik asrama." Ujar ku berat. Aku pun berat hati juga nak balik. Nak tinggalkan Nur seorang-seorang kat sini.

Aku ada juga pujuk Nur balik rumah dia semula tetapi dia tak nak. Aku cuma risau apa-apa jadi kat Nur nanti, aku tak boleh tolong sebab aku jauh daripadanya.

"Alah. Nanti aku bosan takde orang teman aku kat sini."

"Suruhlah botak tu teman kau." Aku mengejek. Wajahnya cemberut. Dia menumbuk perlahan bahu ku.

"Kalau botak tu teman aku, dia bawa aku balik terus. Tak dapat jumpa kau dah. Nanti kau rindu macam mana." Dia membuat muka gedik. Aku menjelingnya malas.

"Perasan. Siapa entah rindu dia." Dia terkekeh ketawa. Aku pun turut ketawa bersamanya. Pandangan orang sekeliling kami tak pedulikan.

Bas yang akan dinaiki aku tiba. Kami pergi ke bas itu bersama. Nur menggenggam erat tanganku. Dia macam tak nak lepaskan aku. Satu persatu penumpang naik sehingga lah tiba giliran ku, penumpang terakhir. Makin kuat genggaman tangan Nur.

"Nur,aku kena naik bas ni. Lepaskan tangan kau." Dia mendongak menatapku. Alangkah terkejutnya aku bila melihat pipinya basah dengan air mata. Dia menangis dalam diam. Hati aku rasa sakit bila tengok dia menangis.

"Nur,kenapa kau nangis ni?" Aku mengesat air mata di pipinya.

"Aku.... Tak nak... Kau pergi..." Ucapnya terbata-bata. Dia mati-mati menahan isakannya. Mataku berubah redup.

"Aku pergi sekejap je. Nanti cuti sekolah aku balik lagi kat sini. Aku belanja kau mamak lagi." Aku cuba memujuknya. Aku menatap matanya. Dia mengangguk.

"Janji?"

"Janji."

"Aku nak pergi ni. Bye,Nur." Aku mengucapkan perpisahan lalu masuk ke dalam bas. Aku meninggalkan Nur di situ seorang diri. Aku mencari tempat duduk di tepi tingkap. Aku merenung luar jendela memikirkan KUDRAT.

Bas mula bergerak perlahan-lahan. Satu teriakan aku dengar dari balik jendela. Nur! Dia berlari di samping bas itu. Tangannya melambai-lambai ke arah ku. Aku membuka tingkap supaya butir bicara dapat ku dengar dengan jelas.

"Aku tunggu kau kat sini! Aku sayang kau, Fakhri! Take care!" Dia tersenyum lebar sampai nampak gigi. Aku membalas senyumannya.

"Tunggu aku balik,Nur!" Aku balas teriakannya. Bas mula bergerak laju. Larian Nur terhenti. Dia berdiri di belakang melambai padaku. Aku membalas lambaiannya sebelum tubuhnya hilang apabila bas belok ke simpang.

Aku menyandarkan badanku di kerusi. Mataku ditutup membayangkan wajah Nur tadi. Satu senyuman terbit di bibir. Aku takkan lupakan Nur.

Tanganku mengusap satu foto yang ku keluarkan dari poket seluar. Gambar Nur dan aku semalam.

Nur bersikeras mahu bergambar dengan aku. Kami pergi ke photobooth bersama-sama. Pelbagai reaksi kami lakukan. Aku tertawa perlahan memerhati reaksi Nur dalam gambar di tanganku.

Wajahnya kesal apabila aku menarik kedua belah pipinya. Gambar favorite aku.

Fikiranku mula berkelana pada KUDRAT pula. Wajah Kahar tersenyum sinis terlayar di mata. Penumbuk aku genggam erat.

Aku benci berhadapan dengannya lagi.

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 102K 57
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
8.2K 602 27
- feminine readers 🌷🤍 - don't tell any phc actors 🤫 - not a real story‼️ story after projek high council
727 90 9
Hud Qays Zayyan, seorang tentera Malaysia bertemu dengan seorang gadis bernama Ummul Eisya gadis biasa yang tinggal di Lorong Haji Taib. Awalnya Hud...
5.7K 306 28
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...