DIA MILIKKU (C)

By Rosida_Rosdi

52.8K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 31

704 24 0
By Rosida_Rosdi

Seandainya aku tahu kalau dari awal-awal kau tak bersungguh-sungguh, nescaya kini aku tak akan memikirkan masalah hatiku kini yang mulai rapuh.

Walau sesingkat mana pun kisah kita, melupakannnya kurasakan terlalu sulit. Kenapa orang-orang berbadan gempal seperti aku selalu dipermainkan oleh lelaki? Adakah kami tidak berhak mengecap bahagia?

*Beep Beep*

Aku terlentang di atas katil wad di hospital. Kepala aku bagai ditimpa batu. Berat. Sakit. Perit. Namun hatiku lagi sakit.

"Piqa... how are you feeling?"

"Tengku. Kepala saya sakit," jawabku. Dadaku berombak menahan sakit.

Tengku Afham merapatiku dan mengusap kepalaku. "Kejap lagi hilanglah lepas kesan ubat masuk ke dalam badan. Sabar ya..."

Dia mengelus pipiku lembut. "Doktor cakap you tumbang sebab exhaustion. You kena banyak rehat," ujarnya dengan pandangan mata sayu.

Tengku yang membawaku ke hospital sebentar tadi. Suasana di ofis agak kecoh keranaku.

"Piqa? Piqa!" Tengku menampar-nampar pipiku menyuruh aku bangun. Mungkin dia khuatir jika aku hilang, terus hilang buat selamanya.

"Heather, tolong ambilkan botol air," arah Tengku. Heather datang dengan membawa sebotol air mineral kecil. Tengku mengambil sedikit air dan disapukan ke muka dan leherku dengan berhati-hati. Tangannya terketar-ketar.

Tangan Tengku yang sejuk itu membuatku merasa sedikit segar. Namun kepalaku masih sakit bagai ditukul-tukul.

"Piqa? Can you stand?"

Aku mengangguk kecil. Tengku menahan lenganku dan aku cuba untuk berdiri. Tetapi aku jadi lembik lutut. Tidak sempat aku terjatuh kembali, sebelah lagi lenganku disambar oleh Tuan Aaron.

"Are you okay?" soal Tuan Aaron lembut penuh kerisauan. Mukanya pucat dan berkerut seribu melihatku. Tapi aku sudah tidak mahu bercakap dengannya sekarang. Hatiku sudah hancur berkecai bagai kaca terhempas ke bumi. Aku kecewa dengannya.

*PAP*

Aku menepis tangannya. Semua orang terkejut, terutamanya Tengku. Dia tercengang melihat aku berkasar dengan Tuan Aaron.

"Afham. Kau tolong hantar Piqa pergi hospital boleh?"

"O-Okay." Tengku Afham mengerutkan dahinya tidak faham dengan situasi yang berlaku di hadapannya sekarang. Tuan Aaron berlalu masuk ke ofis tidak mempedulikanku lagi.

Tengku memapahku hingga ke keretanya. Dia membuka pintu kereta Ford Mustangnya dan menuntun aku masuk perlahan-lahan. Kemudian dia membawaku ke sebuah hospital swasta.

Sejak bekerja di Alam Bina. Ini kali kedua aku masuk wad. Tapi kali ini Tuan Aaron langsung tidak melawatku. Aku dipaksa untuk terima kenyataan bahawa antara aku dan dia sudah tiada apa-apa. Dada aku berasa makin sesak. Deria aku kebas.

"Piqa. Nak I suapkan tak?" soal Tengku sambil menunjukkan makanan di dalam tray hospital. Dia lah yang setia melawatku hari-hari.

"Takpelah. Takde selera," jawabku. Tekakku terasa pahit. Perutku langsung tidak lapar. Kerja aku menangis sahaja sepanjang di wad.

"Piqa..." panggil Tengku lembut. Dia menggenggam tapak tanganku. "What's wrong? Apa yang berlaku ni sebenarnya? I tengok mata you bengkak-bengkak. You menangis ke?"

Aku mengetap bibirku dan tertunduk ke bawah. Saat-saat sensitif begini jika ada orang mengambil berat pasti hatiku jadi tidak kuat. Mataku mula kabur menahan air mataku dari jatuh.

"Piqa...?" Tengku bangun duduk di sebelahku. Dia merapat dan memeluk bahuku.

Aku kalah.

Air mataku mula mengalir perlahan membasahi pipiku. Aku tidak dapat menahan lagi derita yang ku tanggung seorang diri ini.

Tangisanku kian kencang. Aku peluk tubuh badan Tengku dan meraung sepuasnya di dalam dakapannya.

"Piqa... kenapa ni?" Tengku mengusap belakang badanku cuba menenangkan aku.

"S-saya... d-dah..." kataku tersedu-sedan. "Saya dah berpisah dengan Tuan Aaron. Dia dah taknak saya lagi. Dia dah buang saya Tengku!" aku meraung kesedihan.

"What?!"

Tengku mengetatkan lagi pelukannya. Dipeluknya aku seerat mungkin bagi meredakan tangisanku.

"Apa kau buat ni Aaron? Tsk!" Tengku berbisik sendiri.

Tengku melepaskanku dari pelukannya. Dia menggenggam kedua belah lenganku dan memandang ke mataku dengan muka berkerut dahi.

Dia menyeka air mataku dengan ibu jarinya. Dia langsung tidak mengeluarkan walau sepatah kata. Dia hanya merenung lembut ke wajahku dengan sepasang mata yang sayu.

Dia menarik nafasnya dalam-dalam dan menghembusnya perlahan-lahan.

"Piqa. Makan sikit ya?"

Aku menggeleng kepala enggan.

"Makan sikit okay? I suapkan. I ada bawakkan bubur untuk you." Tengku tetap berkeras. Dia mengambil bubur ayam yang dibelinya dari luar. Aku terpaksa akur.

Tengku seperti abangku Mizi. Dalam kelembutan ada tegasnya. Namun tidak pelik kerana fitrah kerjaya abang Mizi sebagai tentera yang menjadikannya tegas dan penuh disiplin.

Aku menelan suapan dari Tengku beberapa sudu kemudian kutolak. Perut aku sakit. Perutku seperti menolak sebarang makanan dari masuk. Tengku menghulurkan aku air masak yang dituangnya ke dalam gelas.

Badanku merasa sedikit segar semasa meneguk air masak itu tadi.

"You tidurlah dulu ya. Rehat. Jangan fikir sangat," nasihat tengku.

Dia membantu aku untuk baring semula dengan menahan belakang badanku. Tengku Afham begitu gagah. Agaknya aku pun boleh dilambung-lambungnya seperti kapas. Walaupun kedengaran seperti hiperbola.

Tengku Afham beredar dan meninggalkan aku sendiri di situ. Aku sunyi. Aku merasa bagai ada kekosongan di dalam jiwaku. Dan lubangnya agak dalam dan luas.

Aku masih rindu Tuan Aaron...


****



"Kau okay suda ka Piqa? Betul ka suda bulih kerja?" soal Heather.

Aku sudah mula bertugas setelah menetap di dalam wad selama tiga hari. Cuti panjang-panjang nanti siapa nak bagi makan? Walau apapun yang berlaku hidup mesti diteruskan.

"Aku okay. Jangan risau lah," balasku dengan senyuman terpaksa.

"Tapi you nampak pucat lagi. Kalau penat cakap tau," tambah Andrew pula. Aku mengangguk kepala.

Walaupun separuh jiwaku sudah tiada, namun aku masih memiliki rakan-rakan sekerja yang baik. Nikmat apa lagi yang aku nak pertikai?

Tuhan itu Maha Adil.

Aku bekerja seperti biasa. Berborak seperti biasa. Termenung seperti biasa. Tiada apa pun yang berbeza. Hanya jasadku sahaja yang bergerak seperti robot. Tiada roh. Tiada jiwa.

Tidak ada satu pun perpisahan di muka bumi ini yang tidak meninggalkan luka.

*Ringggg Ringggg*

"Ya Tengku?"

"Piqa. Jom lunch sama-sama. I tunggu kat bawah," ujar Tengku Afham di dalam talian.

Aku melihat jam ditanganku. Sudah lama masuk waktu rehat aku tidak sedar.

"Hmm... Okay..." jawabku lemah dan lesu.

Aku mengajaknya makan di café berdekatan ofis seberang jalan sahaja. Memandangkan aku tiada mood untuk kemana-mana. Aku teman Tengku semata-mata kerana ingin membalas jasanya menjagaku di hospital tempoh hari.

Tiada lebih tiada kurang.

"You... masih tak berbaik dengan Aaron?" soal Tengku sambil menguis-nguis nasi di hadapannya.

Aku hanya diam membisu. Aku terus menyuap makanan yang bersisa di dalam pingganku. Lagi cepat siap, lagi cepat aku boleh pulang ke pejabat. Kalau boleh aku tak mahu dengar nama itu. Bukan kerana benci. Tapi kerana masih sayang membuatkan luka di hatiku makin terbuka.

"Ehem... petang ni you balik pukul berapa?" Tengku cuba mengalih tajuk melihatkan aku tidak mahu melayan soalan mengenai Tuan Aaron.

"Entahlah... rasa nak balik, balik. Kalau tak, saya tidur di pejabat je lah," balasku tidak bersungguh-sungguh.

"Piqa..." Tengku menghulurkan tangannya mencapai tanganku. Tanganku di usap lembut.

"Piqa... I want you to be strong. I..."

Aku menarik tanganku. Aku tak mahu sebarang mixed signals dari sesiapa buat masa ini. Aku tidak boleh menerima lebih dari satu hati. Sebesar-besar aku pun cukuplah satu Tuan Aaron.

Aku tidak boleh menipu diriku. Aku masih sayangkannya. Namun aku bukan perempuan yang lemah mahu terhegeh-hegeh mengejar cinta yang sudah kecundang di tengah jalan.

"Saya okay lah Tengku. Insan bernama Piqa takkan pernah menyerah kalah dengan takdir. Hehe..." kataku mendabik dada.

Tengku tersenyum melihat gelagatku. Masakan tidak. Orang yang sama juga berteriak menangis di dalam dakapannya.

"Okaylah macam tu. If you need anything, you can call me. I'll be at your service," ujar Tengku tersenyum nipis.

Usai makan aku ingat aku ingin belanja Tengku. Tetapi dia lebih pantas bertindak. Semua sudah langsai dibayarnya. Bila pun aku tak perasan.

"Tengkuuu... Kenapa bayarkan? Saya dah cakap tadi biar saya belanja kan hari ni," kataku tidak berpuas hati. Aku memuncungkan bibirku.

"Hahaha. It's okay. Sama je mana-mana pun," balasnya.

"Mana sama lah. Tak kira. Lain kali saya nak belanja jugak Tengku. Tengku jangan bayar pulak!" aku menyiku pinggangnya sambil berjalan keluar dari café tadi.

"Kalau macam tu tiap kali pun I bayarkan. So, there will be another next time," usiknya.

Sedang aku melangkah untuk menyeberangi jalan, tiba-tiba ada sebuah kereta Proton Wira berwarna putih memecut ke arahku.

"Piqa!!!"

Seseorang menyambar badanku dan menolakku ke tepi jalan. Kami jatuh berguling-guling di atas jalan tar yang panas membahang.

"Ugh... sakitnyaaa..." aku merintih. Kereta tadi pecut meninggalkan situ.

Siapa yang selamatkan aku tadi?

"Ugh... you okay tak? Ada luka tak mana-mana?"

Aku menoleh ke arah suara garau itu. Ternyata orang yang menyelamatkan aku tadi adalah Tuan Aaron!

Aku lihat setitis darah mengalir di dahinya mengenai keningnya. Kemejanya juga terkoyak di bahagian siku, juga ada kesan-kesan tompokan darah.

"Saya okay..." aku hanya mengalami cedera ringan di tapak tanganku. Badan aku juga sakit-sakit. Aku masih bingung.

Kereta tadi jelas ingin melanggarku.

"Piqa! You okay ke?" Tengku berlari datang menghampiri aku.

Kenapa begini nasibku? Sudah jatuh ditimpa tangga. Terpijak pula tahi ayam!

"Saya okay Tengku... hissss..." aku meringis menahan pedih luka di tapak tanganku.

Tengku mengangkat dan meniup lukaku. Aku lebih bimbangkan keadaan Tuan Aaron yang lebih teruk dariku.

"Tuan Aaron. Tuan okay tak? Ada darah kat dahi tu," ujarku bimbang.

"I..."

"Kenapa you nak risaukan hal orang lain?" Tengku memotong percakapan Tuan Aaron.

"Aaron. Kau pun satu. Kalau kau dah taknak Piqa, kau tak payah lah nak lagak hero. Biar aku je yang jaga dia." Kata-kata Tengku Afham membuatkan Tuan Aaron tergamam. Aku pun sekali.

Tuan Aaron bangkit meluru ke arah kami. Dia mencengkam kolar baju Tengku Afham dan memaksanya berdiri. Mereka bertentang mata.

"Aku bagi amaran kat kau. Kau jangan sekali-kali sentuh Piqa!" herdik Tuan Aaron sambil menuding jari telunjuknya ke muka Afham.

Tengku pun tidak mahu mengalah. Dia membalas perbuatan Tuan Aaron, dicengkamnya juga kemas kolar baju Tuan Aaron.

"Kau dah buang dia lepastu kau nak claim dia kau punya lagi ke? Aku respect kau sebagai kawan aku Aaron. Tapi apa yang kau dah buat kat Piqa ni aku takkan maafkan!" tengking Tengku ke muka Tuan Aaron.

"Kau pun apa kurangnya! Kau ingat aku nak serah Piqa bulat-bulat ke kat kau yang kaki perempuan tu!"

"You... You son of a bi-"

Tuan Aaron dan Tengku Afham berperang mulut. Tangan masing-masing masih tidak mahu berganjak. Aku takut persahabatan mereka rosak keranaku.

"Cukup! Stop it you two!!"

Continue Reading

You'll Also Like

3.2M 288K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
495K 24K 73
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
209K 7.7K 41
[ tulisan ketika masih kanak kanak ribena tapi jangan risau best. Ceh ] FARAH ALIA dan ADRIAN HAQEEM sepasang bestfriend dari umur 4 tahun . Mana ma...
204K 4.8K 17
"semua ni kolot, kau percaya lagi ke zaman sekarang ni mencintai tak semestinya memiliki, tu semua kolot tahu tak?" Tengku Aniq kysh "kalau dia nak k...