Nur Daryssa Dinda: You Broke...

By ssrhdee

514K 20.5K 551

ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa s... More

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 𝐱 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 1
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 2
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 3
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 4
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 5
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 6
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 7
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 8
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 9
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 10
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 12
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 13
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 14
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 15
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 16
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 17
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 18
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 19
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 20
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 21
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 22
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 23
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 24
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 25
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 26
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 27
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 28
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 29
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 30
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 31
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 32
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 33
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 𝐄𝐏𝐈𝐋𝐎𝐆
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 𝐱 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚
𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐂𝐡𝐞𝐩𝐭𝐞𝐫 | 1
PERHATIAN!!

𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 11

15.3K 649 22
By ssrhdee

"Daryssa!"

Wanita itu yang baru sahaja mahu melangkah masuk ke dalam lif untuk pergi ke pejabat Tengku Qays namun terhenti apabila namanya diseru oleh seseorang.

"Daryssa tunggu kejap." Jejaka itu berlari ke arah Daryssa. Tercungap-cungap jadinya. Dah kenapa dengan sepupunya itu?

"Kau ni kenapa Haziq?" Pelik betul dengan tunang si Aisyah ni. Cukuplah Aisyah tu dah pelik, jangan tunangnya turut sama juga. Kesian anak mereka nanti.

Perangai Haziq ni sama sangat seperti Abang sulungnya. Maklumlah, Haziq dan Darwisy sahajalah cucu lelaki kepada Nenda Ijah. Yang lainnya semua perempuan. Tu yang mereka jadi satu kepala tu. Haziq sebenarnya dia juga mempunyai gelaran Tengku tetapi hanya orang yang rapat dengan dia sahaja tahu. Nak berahsia konon sedangkan terang benderang namanya dalam ic Tengku Haziq Ameer bin Tengku Hafiz Ilham.

"Aisyah ada call kau tak?" Soal Tengku Haziq.

Dah kenapa pula Aisyah nak kena call dia?

"Kenapa pula Ecah nak call aku? Kenapa? Ada apa-apa jadi ke?" Soal Daryssa risau. Manalah tahu ada benda buruk jadi pada sahabatnya itu.

"Bukan, Aisyah tu dia tengah merajuk dengan aku sebernanya." Hailah, Minggu ni sahaja dah berapa kali mereka bergaduh. Si Aisyah tu lah. Mengada-ngada sangat. Asyik-asyik nak merajuk saja kerja.

"Haziq, apa lagi masalah korang ni? Cuba cerita."

"Semalam, Aisyah dia ada minta aku belikan Maggi Ramen. Yang Korea tu. Tapi, manalah aku tahu dia suka makan flavor apa. Lepastu, rupanya yang aku beli tu bukan Maggi Ramen yang dia nak. Bila aku check semula Whatsapp, baru perasan yang dia nak warna pink tapi aku beli yang warna kuning. Salah aku lah sebab tak baca sampai habis."

Haziq menjelaskan dengan terperinci.

"Sebab tu je korang gaduh?"

Apalah diorang ni. Benda kecil pun mahu bergaduh. Ni kalau dah kahwin nanti, tak tahu apa yang akan jadi.

"Bukan sebab tu." Daryssa mengerutkan keningnya. Habis tu sebab apa?

"Kalau bukan sebab tu sebab apa?"

Haziq sempat menghela nafasnya sebelum dia berkata.

"Sebab sebelum aku sampai, dia ada tengok IG story ex aku lepastu ex aku tu tengah makan Ramen yang warna kuning tu. Lepastu, aku pula tersalah beli yang warna sama dengan ex aku punya. Tu yang merajuk tu."

Aisyah ini sebenarnya sangat suka bandingkan dirinya dengan orang lain. Aisyah selalu rasa rendah diri dengan diri sendiri sebab dia tidak terlalu cantik. Lagi-lagi jika dibandingkan dengan ex girlfriend Haziq. Jauh beza.

Tetapi Haziq tidak lihat pada rupa. Sebab Haziq jenis yang suka melihat kepada kesetiaan. Datanglah wanita cantik macam mana pun. Kalau dalam hati dia sudah ada Aisyah, tiada lagi wanita yang boleh gantikan tempatnya. Tapi si Aisyah tu cantik je sebernanya. Pernah je dia dapat coklat dari secret admire masa kat sekolah menengah.

"Sekarang ni, kau nak aku buat apa?" Sudah tentu Daryssa perlu bantu. Ini soal masa depan Aisyah. Sebagai sahabat, sudah tentu dia mahukan yang terbaik untuk Aisyah.

"Tolong beritahu yang aku nak bawa dia keluar dinner malam ni. Boleh?"

"Kenapa kau tak nak cakap sendiri je." Soal Daryssa dengan nada yang tenang.

"Dia mana nak jawab call aku."

Daryssa hanya menghela nafasnya panjang sebelum menganggukkan kepalanya tanda dia setuju untuk melakukan apa yang diminta oleh Haziq.

Kehadiran seseorang telah membuatkan kedua-dua mereka tersentak.

"EHEM."

Daryssa sudah boleh mengagak suara siapakah itu dibelakangnya pada ketika ini.

Tengku Qays.

"Nur Daryssa, come to my office. NOW!" Jeritan Tengku Qays membuat Daryssa tersentak sebelum dia berjalan mengikut langkah Tengku Qays di belakang.

Muka Tengku Qays kelihatan sangat merah seperti sedang menahan amarah. Daryssa memandang takut ke arah Tengku Qays kerana sungguh jelas kelihatan urat yang timbul di leher dan dahi jejaka itu.

Dah kenapa nampak marah sangat mamat ni? Getus Daryssa di dalam hati.

Pintu pejabat Tengku Qays di buka dan ditutup dengan kuat.
terhinjut bahu Daryssa mendengar bunyi dentuman yang kuat itu. Mahu sahaja dia tanyakan kenapa kepada Tengku Qays tetapi perasaan takutnya sudah menguasai.

"T-Tengku." Daryssa tidak tahu apa yang perlu dia katakan pada ketika ini. Nak je dia lari daripada bilik pejabat ini sekarang ni. Sudahlah dia tengah takut, Tengku Qays ni pula diam tidak berjawab. Dengan urat yang timbul lagi, lagi membuatkan Daryssa seram sejuk saja dengan jejaka ini.

"Bukankah aku dah cakap yang aku nak kau datang bilik pejabat aku waktu launch ni? Kenapa kau tak datang?" Alahai, sebab ini saja ke? Punyalah nampak marah macam Daryssa sudah melakukan kesalahan yang besar. Ataupun ada sesuatu yang Daryssa lakukan sehingga menimbulkan kemarahan jejaka ini?"

"Saya memang nak datanglah tadi tapi-"

"HAA, MELAWAN!" Jerkah Tengku Qays. Dah kali ke berapa Daryssa terhinjut dengan Tengku Qays ini. Asyik jerit saja. Tadi pagi okay je. Sekarang marah-marah pula. Period ke apa.

"Kau ingat aku buta ke tak nampak engkau dengan Haziq tadi tu? Kau orang ada apa-apa ke?" Mata helang Tengku Qays mencerlung ke arah Daryssa menyebabkan wanita itu sedikit gelisah.

"Eh mana ada! Saya dengan Haziq tu tak ada apa-apa. Lagipun, Haziq tu dah ada tunang." Wajah mamat poyo dihadapannya ini dijeling sebelum kedua tangannya disilangkan ke bawah dada. Suka hati nak menuduh orang pula. Dituduh dengan sepupu sendiri pula tu.

"Kau ingat aku nak percaya ke?"

"Nak percaya ataupun tak, itu suka hati awaklah. Sekarang ni, kenapa awak panggil saya? Kalau awak sekadar nak marah-marah macam ni, baik saya pergi dulu." Bos tak bos. Kalau Daryssa sudah naik menyampah memang kena lah kau. Kenapa nak pecat ke? Silakan. Masih banyak lagi kerja yang dia boleh cari daripada nak kena hadap Tengku Qays yang poyo ni. Daryssa ni pula memang anak nombor dua.

"Tengku, your food here." Ahmad meletakkan semua makanan yang dipesan oleh Tengku Qays ke atas meja makan yang sudah memang tersedia di dalam bilik pejabat ini.

Bilik pejabat Tengku Qays ini sungguh besar sebab seluruh ruangan di tingkat 25 hotel ini hanyalah bilik pejabat Tengku Qays dan bilik pejabat khas untuk Ahmad dan Haziq. Sudah tentu ruangan pejabat ini mempunyai kesemua lengkapan yang diperlukan oleh Tengku Qays. Buka sahaja pintu bilik sebelah, terserlah lah segala kemewahan yang terdapat didalam penthouse milik Jejaka itu.

"Thank you Ahmad. You can go now."

Ahmad menundukkan kepalanya sekali sebelum dia melangkah ke luar bilik pejabat yang mewah itu. Sempat Daryssa mencebik bibirnya ke arah Ahmad tadi untuk memohon bantuan Ahmad membawanya pergi daripada pejabat itu tetapi Ahmad hanya menggelengkan kepalanya kecil sahaja sambil mengerutkan sedikit keningnya dan terus melangkah ke arah pintu keluar.

Tengku Qays yang berjalan ke arah meja makan itu hanya dilihat sahaja oleh Daryssa tanpa ada sebarang rasa mahu mengikuti jejaknya. Wajah cemberut itu masih tidak lekang lagi dari wajahnya sambil mengepal kedua tangannya. Mahu saja dia layangkan penumbuk kedua dia itu.

Penumbuk pertama di serahkan kepada abang sulungnya iaitu Mohd Darwisy Dayyan kerana telah merosakkan semua alatan soleknya 2 tahun lepas. Tidak sabar rasanya ingin melihat hasil seninya di pipi Tengku Qays yang putih bersih itu.

"Nur Daryssa Dinda binti Mohd Daris, sampai bila kau nak tercongok je dekat situ? Nak tunggu Sizzling Yee mee kau ni aku habiskan dulu baru nak duduk ke?"

Mata Daryssa membulat besar apabila mendengar nama makanan kegemarannya itu. Air liurnya ditelan sambil matanya tidak berhenti menatap makanan kegemarannya yang masih berasap kepanasan itu. Ini kalau tambah telur mata mesti sedap.

Ishh, Ex Crush aku ni. Tak tahu ke aku tengah lapar sekarang ni. Tapi aku tengah merajuk ni. Apa aku nak buat ek?. Bisik hati Daryssa.

Tengku Qays yang melihat itu hanya mampu menggelengkan kepalanya. Merajuk lah tu perempuan ni. Ada juga dia mengangkat wanita itu dan dudukan di kerusi menghadap dia. Tapi dia masih lagi waras untuk memikirkan mana yang haram dan mana yang halal.

"Tak apalah Daryssa kalau kau tak nak makan. Aku rasa, Ahmad macam belum lunch lagi. Sian, member kerja berlambak. Aku bagi kat dia ajelah."

Mangkuk Sizzling itu diangkat dan acah-acah macam nak bawa keluar bagi pada Ahmad. Daryssa mula kelang kabut dan berdiri dihadapan Tengku Qays. Mangkuk Sizzling Yee mee di tangan Tengku Qays itu di ambil dan ingin di bawa ke meja makan tetapi disebabkan kecuaiannya, kuah sizzling itu terkena sedikit pada kulit tangannya.

"Ahh!" Tengku Qays sempat menyambut mangkuk itu dan tergesa-gesa di letakkan ke atas meja sebelum dia berlari ke arah Daryssa.

"Awak okay tak ni? Mari saya tengok." Tisu yang ada di atas meja itu diambil dan diletakkan di pergelangan tangan Daryssa untuk dia membelek kesan lecuran itu.

"B-Boleh saya sentuh? Jangan risau, saya lapik guna tisu."

First Aid kit yang berada di dalam laci mejanya itu dikeluarkan sebelum dia merawat luka yang ada di tangan Daryssa. Tengku Qays memang mahir dalam merawat luka-luka kecil seperti ini. Sebelum ini, jika adik-adik perempuannya iaitu Tengku Qistinna dan Tengku Qayrinna tercedera, dialah yang akan mengubati mereka.

Tengku Qays sangat menyayangi adik-adiknya. Tidak kiralah lelaki mahupun perempuan. Pantang dia jika sedikit luka pun yang tercalit pada tubuh orang-orang yang dia sayang.

"Awak, sikit je ni. Tak payahlah." Daryssa cuba menarik perlahan tangannya tetapi tidak berjaya kerana cengkaman Tengku Qays itu agak kuat. Daryssa sedikit tersentuh dengan sikap Tengku Qays ini. Dia sudah banyak berubah tidak sama seperti sebelum ini.

"Dah siap." First Aid kit itu disimpan kembali pada tempat asalnya sebelum dia berjalan ke meja makan untuk sambung makan makannya.

Tinggal 10 minit sahaja waktu launch mereka akan tamat sebelum mereka sambung menguruskan kerja mereka. Tetapi Tengku Qays tidak kesah, dia kan bos. Bos mana ada masa kerja tetap. Tak gitu?

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 𝐱 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚

Continue Reading

You'll Also Like

2M 97.1K 79
⇨ SIRI PERTAMA ╰ HIGHEST RANKING IN LOVE╮ ╰ HIGHEST RANKING IN FRIENDSHIP╮ Haufan Hazzan- Seorang jejaka kacukan malay-chinese yang merupakan seorang...
625K 24.1K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
470K 23.1K 93
[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah deng...
542K 68 1
𝔻𝕣 𝕌𝕗𝕒𝕚𝕣𝕒𝕙 𝕌𝕞𝕞𝕒𝕣𝕒 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕄𝕒𝕣𝕚𝕥𝕚𝕞 ℕ𝕦𝕒𝕚𝕞𝕒𝕟 𝕌𝕞𝕒𝕣 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔...