Diana: His deadly poison

By _luvyaa

2.1K 166 13

{Royal Fantasy + romance} Elgarien satu kerajaan yang harmoni dan antara kerajaan paling selamat di seluruh d... More

𝕯𝖎𝖆𝖓𝖆 : 𝕳𝖎𝖘 𝖉𝖊𝖆𝖉𝖑𝖞 𝖕𝖔𝖎𝖘𝖔𝖓
Prolog
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35

Bab 1

83 7 0
By _luvyaa

BANG! BANG! BANG!

Bunyi tembakkan kuat bergema di seluruh bilik. Peluh mula membasahi muka dan badan nya. Nafas cuba diatur kan sebaik mungkin supaya tidak terus mengikut emosi.

"Zayden, umur kamu dah 23 tahun. Sampai bila ayahanda nak tunggu kamu bersedia?" 

Zayden mendengus kasar apabila mendengar soalan Tunku Zain pada nya. Tak habis habis dengan kenaikkan takhta.

"Zayden, tak nak ayahanda. Jangan paksa Zayden"  Balas nya mendatar

Harline memandang Tunku Zain. Tangan Tunku Zain disentuh lembut

"Zayden, kamu-"

Kata kata Tunku Zain terhenti apabila Zayden berjalan pergi. 

BANG!

Tembakkan terakhir Zayden betul betul terkena pada sasaran. Zayden berhenti untuk menangkan diri.

Pistol yang berada ditangan nya dicampak kasar ke dinding.

"Kenapa ayahanda beria sangat nak suruh aku naik takhta? Kerajaan lain tak ada pon macam ni" 

Zayden menarik nafas dalam sebelum dihembus. Sarung tangan yang tersarung di tangan nya itu dibuka. Peluh yang membasahi dahi juga dilap menggunakan tangan nya sahaja.

Zayden memusingkan badan nya kebelakang dan keluar dari bilik menembak itu.

Bilik menembak itu memang tersedia di dalam istana kerana sejak dari kecil lagi Zayden sudah di latih dengan seni pertahankan diri dan menembak.

Dia sendiri tidak tahu kenapa Tunku Zain tekan kan sangat dia dalam seni pertahankan diri.

Zayden berjalan pergi ke ruang tamu. Tiba sahaja di situ..

"Abe Zayden! arghh! baby why you peluh peluh ni. Omg peluh pon hot!"

Zayden menghembus nafas berat. Aduhh si bala ni datang pulak.

"Korang buat apa kat sini?" Soal Zayden malas

Gabriel dan Airil tersenyum seperti kerang busuk. Mereka berdua berjalan mendekati Zayden

"Kitaorang nak ajak kau keluar lah" Gabriel menyentuh lengan Zayden

Saja nak menggedik!

"Keluar mana?"

"Nak pergi magical town!" Kata Airil teruja

Berkerut dahi Zayden mendengar nama salah satu tempat di dalam Elgarien.

"Nak buat apa? Jauh lah. Magical town tu, bandar yang penuh dengan orang orang pelik. Mereka dekat sana kebanyakkan semua selalu guna kuasa pukau atau sihir"  Kata Zayden mendatar

Tahun lepas semasa dia dan Tunku Zain pergi ke magical town untuk menjenguk rakyat. Dia dapati banyak sangat mereka di sana yang menggunakan jampi atau sihir untuk kegunaan seharian mereka. Di sana antara kampung yang di duduki orang orang yang tiada pegangan agama..

"Alaa Den, tapi kat sana ada banyak benda best kita boleh buat dan aku dengar dekat sana ada air terjun magical. Kata nya air terjun tu air nya sejuk dan boleh hilang kan stress."

Kening Zayden terangkat mendengar kata kata Gabriel

"Kau percaya semua tu? Dekat air terjun lain pon boleh hilang kan stress"

"Alaaa Zayden!"

"Iyeelaaa aku bersiap kejap"

~~

Hanya mengambil masa selama 30 minit dari bandar Elgarien ke Magical town.

Turun sahaja Zayden dari motor berkuasa tinggi nya. Dia terus memakai mask untuk menutup separuh muka supaya tidak dikenali orang orang di situ.

Gabriel dan Airil juga membuat benda sama. Jika rakyat menampak wajah nya pasti mereka kenal yang mereka adalah rakan Tunku Syed Zayden..

"HUU HOO NGENGGG SOO NII"

Gabriel dan Airil menahan tawa mereka apabila mendengar jampi jampi yang dibaca ramai orang disitu. Apahal pelik sangat bunyi nya..

Zayden memukul kepala dua dua rakan nya

"Behave. Respect people religion and culture. Kita tak tahu apa jampi dia mampu buat. Lebih baik berhati hati"   Kata Zayden mendatar

Susah kalau bawak binatang pergi mana mana. Nak kena jaga macam orang tak ada akal.

Mereka berjalan di sekitar Magical town. Sepanjang mereka berjalan. begitu banyak manusia memandang mereka dengan pandangan tajam.

Namun mereka hanya tenang berjalan. Destinasi mereka adalah air terjun magical. 

"Haaa encik! Tuan! orang! berok! mari sini beli barang kami"

Langkah mereka terhenti apabila seorang lelaki menghalang mereka dari terus berjalan.

"Wait a minute..Did he just called people around here berok? HAHAHAHAHA" Gabriel dan Airil ketawa kuat

Namun Zayden langsung tidak ketawa. Ada rasa mahu ketawa tapi kena tahan.

"Berok maksud nya sayang di sini" Kata lelaki itu

Gabriel dan Airil berhenti ketawa mereka berpandangan sesama sendiri.

Sebelum mereka berdua ketawa semula

"Saya berok kamu!" Kata Gabriel kuat

Mata lelaki itu bertuka tajam apabila melihat Gabriel dan Airil seperti mempermainkan bahasa mereka.

Lelaki itu berjalan mendekati Gabriel dan Airil.

Zayden hanya tenang memandang sahaja.

Lelaki itu menepuk bahu Gabriel dan Airil.

Mereka berdua memandang lelaki itu dan..

ZUP!

Bola mata Gabriel dan Airil membesar apabila memandang mata lelaki itu sebelum mata mereka kembali normal semula.

Dahi mereka berdua berkerut. Apa jadi tadi? kenapa mereka rasa seperti nyawa mereka direntap sekejap?

"Halim"

lelaki yang bernama Halim itu terus memandang Zayden.

"Forgive them. Take back your black magic. Maafkan beta" 

Halim tersentak mendengar 'beta' dari mulut lelaki yang tidak dilihat muka nya.

"Den! Kenapa aku rasa panas ni Den! Den aku dengar orang berbisik lah den." Jerit Gabriel sambil menggosok gosok telinga nya.

Airil pula sudah terduduk. Rasa sakit di badan nya lain daripada yang lain. Dia tak pernah rasa sakit ini. Dia seperti rasa sakit di dalam.

"Forgive them for disrespectful magical town culture. Beta akan pastikan mereka tidak akan membuat perkara seperti tu lagi"

Zayden menjatuhkan mask nya tidak sampai 5 saat bagi menunjukkan wajah nya pada Halim.

Badan Halim mengeras. Adakah dia sudah membuat putera raja itu marah?

"Ampunkan patik tunku. Patik menjunjung perintah"




Continue Reading

You'll Also Like

364K 25.1K 62
☞︎︎︎ COMPLETED ☜︎︎︎ (Previously known as The Mysterious Girl) "Don't leave me if you already know who I really am" Erlin Diyana.Seorang perempuan yan...
246K 8.6K 73
" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang...
1.3M 53.5K 77
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 1 ) 🏅RANKING NO 1 MAFIA ( 20/8/2020 ) 🏅RANKING NO 2 MAFIA ( 28/02/2021) 🏅RANKING NO 2 SAD ( 20/12/2020...
846K 33.1K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...