DIA MILIKKU (C)

By Rosida_Rosdi

52.9K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 29

758 28 0
By Rosida_Rosdi

Aku memberi pelepasan cuti kepada Piqa selama beberapa hari hingga dia betul-betul bersedia untuk memulakan tugas semula. Amir juga sudah tidak datang kerja selepas kejadian tempoh hari.

"Afham. Is there any news about Amir?"

"Informant aku cakap dah jumpa tempat dia bersembunyi. Nanti aku suruh diorang heret Amir jumpa kau."

"Kau bagi je location. Aku boleh je pergi sendiri."

"Oh no no no... I won't do that. That'd be less drama! Hahaha!!" ketawa Afham dihujung talian.

"Not funny Afham."

"Okay okay. I'm sorry. Ehem... aku akan heret dia ke rumah kau. Aku taknak nanti kau masuk berita mukasurat depan pulak. Aku tak tahu apa yang kau akan buat nanti. Jadi better for me to be there with you, just in case."

"Aku nak buat apa lagi. Memang berkicap la budak tu kena dengan aku!"

"Relax bro. I know you're mad. But think about your future too. About Piqa. Don't do anything rash until the feelings subside," nasihatnya.

Aku hanya mengiakan sahaja kata-kata Afham. Ada betulnya apa yang dinasihatinya. Namun perasaan marahku membuak-buak. Ada kah cara untuk meluahkan perasaan marah secara wajar?

Aku merasa kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku. Aku tidak berjaya melindungi Piqa di waktu dia di dalam keadaan memerlukan pertolongan. Aku lebih kepada marah dengan diriku sendiri.

Aku mengambil beberapa jenis buah-buahan di atas rak di hadapanku. Semua buah tampak segar-bugar. Aku jadi rambang mata. Akhirnya penuh sebakul dengan buah sahaja. Petang-petang begini pasaraya sesak dengan manusia. Mungkin kerana semua serentak balik dari kerja.

Semasa membayar di kaunter aku sempat mencapai beberapa jenis coklat dari pelbagai jenama. Aku dapat tahu coklat merupakan makanan ultimate mood lifter. Koko mengandungi serotonin yang mampu membuatkan kita merasa gembira. Sangat sesuai untuk insan bergelar wanita yang hidup seharian bergantung kepada turun naiknya hormon.

Aku belikan semua ini untuk Piqa. Buah hati pengarang jantungku. Aku harap dia suka.

"Sayang. Abang dekat depan rumah ni. Boleh keluar sekejap?" aku menelefonnya dari dalam keretaku. Boleh dikatakan setiap hari aku akan singgah di rumah Piqa. Aku rindukan Piqa. Kebiasaannya boleh berjumpa di pejabat. Namun dek kerana Piqa cuti, terpaksalah aku berulang-alik ke rumahnya untuk bertemunya. Walaupun seketika cuma.

Piqa berjalan keluar dari rumahnya dengan hanya memakai t-shirt dan seluar tracks.

"Comelnya..." bisikku sendiri. Aku tidak puas memandangnya. Pakailah apa pun, semuanya cantik di pandangan mataku. Semakin hari semakin aku tidak sabar untuk menjadikan Piqa milikku.

Aku melangkah keluar dari keretaku mendapatkan Piqa.

"Abang beli apa pulak ni? Hmm..." keluh Piqa sambil membelek-belek beg plastik di tanganku.

"Ni ada buah-buah sikit. Dengan chocolate."

"Banyaknya abang beli. Mak Piqa dah bising dah tu. Peti sejuk dah penuh dengan barang dari abang," dahinya berkerut.

Oh?

"Nak abang belikan fridge baru ke? Yang empat pintu tu. Baru ni abang tengok siap boleh ketuk-ketuk lagi nak tengok dalam dia ada apa."

*PUK*

Piqa menampar lenganku.

"Aduh!" aku mengusap-usap pedih.

"Bukan macam tu lah abang. Tak payah lah beli banyak-banyak. Siapa nak makan semua ni?" cebiknya.

"Sayang makanlah. Abang memang beli untuk sayang."

"Taknaklah! Nanti gemuk." Piqa mengembungkan pipinya.

"Biarlah. Abang suka."

Woah!

Mukanya serta-merta merah. Berderau darahku melihatnya. Dia melindung wajahnya dengan lengannya. Aku menarik lengannya kerana aku tak sempat melihat reaksi mukanya.

Ya. Aku obses dengan Piqa. Aku suka semua tentangnya. Senyumannya. Tangisnya. Rengeknya. Dan kini reaksi segannya.

Segalanya.

"Sayang? Alih la tangan."

"Taknak!"

"Nak lah... bukak ek?"

"Tak nak lah..."

"Piqa sayang?" aku menunduk dan mencium lengannya.

"Abang! Ish."

Akhirnya terbuka juga lengannya dan terlihat wajah Piqa yang merah-merah sedang menggigit bibirnya. Matanya dikuyukan dan memandang terus ke jalan tar di bawah.

"Hmm... sayang jangan buat muka macam tu boleh tak?" ujarku sambil mengusap pipiku.

"Kenapa? Muka apa?" balasnya kehairanan.

"Sayang cute sangat. Abang rasa nak peluk je sayang sekarang ni. Boleh ta-a-akkk... adu-duuhhh... sakit sayang! Sakit!" Piqa mencubit perutku.

"Padan muka." Piqa memuncungkan mulutnya.

Aku menggosok bekas cubitan dari Piqa. Perit juga lah. Padan muka aku! Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat.

Piqa tersenyum-senyum kembali melihat aku menggeliat kesakitan.

"Hahaha. Sorry abang. Sakit ek?"

"A ah sakit..." bibirku memuncung manja.

"Alololo... shiannn.. Meh Piqa tiup bagi hilang sakit ya." Piqa tunduk di depan pinggangku dan fuuhhh ditiupnya ke tempat yang sakit itu hingga bergetar tulang rusukku!

"Time out! Time out!" aku mengepit kedua belah pipinya dengan tapak tanganku dan mengangkat muka Piqa terdongak ke atas kembali. Terpenyek muka Piqa, comel gila!

Aduhhh... menguji aku betul lah Piqa ni. Orangnya tak sedar pun apa yang dia buat boleh mengganggu-gugat keimanan aku.

"Ehem..." aku menelan air liurku. "Abang mintak diri dulu ye sayang? Nak singgah rumah Afham kejap. Ada hal. Sayang okay kan?" Lagi lama aku disini boleh kelaut dalam nanti melalutnya. Tak pasal-pasal Piqa diculik olehku nanti.

Piqa mengangguk kecil lalu melambai tangannya sambil tersenyum. Keretaku pun terus meluncur laju ke rumah Afham.

****


"Aaron. Come on in." Afham mempelawaku masuk ke dalam banglonya. Seperti biasa lah setiap sudut rumahnya berbau tembakau.

"Kau ni bila nak berhenti merokok Afham?" aku berjalan masuk dan menghempaskan punggungku di atas sofa.

"Esok aku berhenti lah..." katanya dengan muka selamba. Itu lah jawapannya setiap kali aku bertanyakan soalan yang sama. Tapi macam tu juga. Lepas sebatang, sebatang lagi rokok disuakan ke dalam mulutnya. Aku menggelengkan kepalaku.

"Aku sayang kau, tu yang aku tanya tu." gurauku.

"Gampang! Sayang hotak kau! Geli weh. Tu sayang kau Piqa tu kau nak letak mana?" Afham menggeletik kegelian.

Aku ketawa terbahak-bahak melihat gelagat Afham. Afham beredar ke dapur dan kembali dengan dua cawan kopi O.

"Minumlah. Kopi bujang."

"Thanks."

Aku membelek-belek majalah yang ada di atas meja kopi di hadapanku. Kebanyakannya majalah bisnes dan motokar. Afham merupakan pewaris syarikat permotoran yang terbesar di Malaysia. Tapi orangnya sempoi sahaja. Hanya bekerja sebagai jurutera di syarikat kecil di dalam pekan kecil di negeri tok gajah ini.

"Kau tak balik KL ke minggu ni?" soalku. Kebiasaannya dia akan pulang sebulan beberapa kali ke KL untuk menjenguk perniagaan bapanya.

"Tak lah kot. Aku nak tengok drama," balas Afham sambil menyalakan batang rokok di tangannya.

"Drama? Drama apa?"

"Drama kau dan Amir lah. Apa lagi." Dia menghembus asap rokok jauh ke atas. Kau hembuslah ke mana pun tetap sampai ke muka aku lah Afham.

"Hmmm... bila kau nak heret Amir jumpa aku?"

"This weekend. Aku dah arahkan anak buah aku bawak dia pergi this one abandoned place. Kita pergi sanalah. Aku taknak kecoh kat taman perumahan," terang Afham.

Aku mengangguk faham. Ikutkan hati malam ni jugak aku nak tumbuk lumat muka dia. Tapi aku ikutkan sahaja perancangan Afham. Orang dah bagi betis, nak peha pulak. Ini pun dah banyak dia bantu aku.

Hujung minggu itu aku mengikut Afham pergi ke kawasan kebun di atas bukit. Laluannya kecil dan sempit. Hanya ditaburi batu kerikil untuk memudahkan kenderaan lalu-lalang.

Kebun seluas 100 hektar ini milik keluarga Afham. Pahang sudah tidak boleh lari lagi dengan bisnes penanaman durian 'Musang King'. Ini merupakan salah satu cabang bisnes mereka sahaja.

Sampai di destinasi, mataku terdorong ke arah sebuah rumah kebun usang yang masih teguh berdiri. Tingkap dan pintunya sahaja yang sudah rongak. Aku ikut Afham melangkah masuk ke dalam.

Suasana agak malap, sejuk serta lembab. Hanya bunyi burung-burung hutan serta burung serindit peliharaan penjaga kebun sahaja yang kedengaran.

Aku masuk sahaja melepasi pintu aku sudah dapat melihat kelibat seorang lelaki yang di ikat berdiri di tiang rumah.

Amir!

Aku berjalan meluru kepadanya dan merentap kolar baju t-shirtnya. Dia tertunduk dan rambutnya yang sudah sedikit panjang itu terjurai menutupi matanya.

"Amir, kau...!"

*DUSH*

Sedas tumbukan dariku mengenai tepat ke tulang pipinya menyebabkan Amir mendengus kesakitan. Aku masih belum puas. Wajah Piqa yang ketakutan menggigil di atas lantai tandas tempoh hari melintasi benak fikiranku.

*DUSH*

Sebutir lagi tumbukan padu dariku mendarat di mukanya yang masih tertunduk di hadapanku tidak melawan. Darah mula mengalir dari bibir Amir.

"Kenapa kau sentuh Piqa? Kenapa kau sentuh hak aku?!" jerkahku hingga bergema satu rumah itu kerana tiada sebarang perabot di dalamnya untuk menyerap gelombang suaraku.

"Ugh... s-saya mintak maaf. I'm so sorry. So sorry..." Amir merintih.

"Aaron. Cool." Afham menolak dadaku memintaku berundur.

"Tsk!"

Aku akur. Aku berundur sedikit ke belakang. Penumbukku masih digenggam kemas. Naik urat-urat pembuluh darah di atas tapak tanganku. Buku jariku sudah kemerah-merahan. Namun aku tidak sedikit pun merasa perit. Tanganku sudah kebas akibat adrenalin yang memuncak.

Afham membongkok dan mengangkat dagu Amir dengan jari telunjuknya.

"You know that you can be put behind the bar for this?" soal Afham mendatar.

"Tolong jangan report saya Tengku! Saya sanggup buat apa sahaja. Please. I'm sorry. Saya tahu saya salah. Please. Just let me go this once!" Amir meraung-raung merayu. Tampak seperti samseng di luar. Tapi dalam masih mentah. Sembang sahaja lebat!

"Hmm... well Aaron. What say you?" Afham memandangku sambil mengangkat keningnya.

Ikutkan hati, aku mahu pinjam pistol dari Mel dan tamatkan riwayat Amir di sini, sekarang juga! Namun aku masih ada hati perut. Amir juga masih muda. Masa depannya masih jauh.

"Haaa..." aku mengurut-urut celah mataku. "Just don't show your face infront of me and Piqa ever again."

"Dengar tak? You should thank God that he let you live today." Afham bercakap-cakap dengan Amir sambil menepuk bahunya.

"Baik Tuan Aaron! Saya takkan muncul lagi depan Tuan. Depan Piqa. Saya akan pergi jauh dari sini," tutur Amir cemas cuba meyakinkanku.

"This is your last chance," sambungku.

Afham mengarahkan orang bawahannya untuk menguruskan Amir. Afham mengajak aku keluar dari situ melihatkan kemarahan aku yang masih belum reda.

"Aahhhh!!!"

Aku menumbuk batang pokok di hadapanku untuk membuang sisa-sisa kemarahan yang masih berbaki di dadaku. Darah mengalir sedikit menuruni jari-jariku.

"You did great Aaron." Afham mengurut-urut bahuku.

Mujur Afham ada bersama menemaniku hari ini. Kalau tidak mungkin sudah arwah si Amir tu kena dengan aku.

"Damn it!"

Continue Reading

You'll Also Like

608K 22.8K 46
"kakak, kakak nak tahu tak tadi ibu terserempak dengan kawan abah ni.. tinggi, handsome, putih mcm korea. Kakak kan minat korea." "bohonglah mesti t...
263K 17.2K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
4.5K 384 18
Known as TOGETHER BEFORE Apa kau pernah membayangkan jika suatu hari nanti putera raja datang dengan berkata dia mencintai kau seadanya? Dia memilih...
406K 18.7K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...