Snow Witch and The Bitch.

By fairwable

1.2K 150 31

❝Bukan si gadis putih salji, tetapi ahli sihir salju.❞ Antara orang yang lemah dan orang yang kuat. Kau akan... More

introduction
prolock
1 : since this
2 : her
3 : help
4 : surprise
5 : negotiation
6 : evil plan started
8 : run
9 : stare contest
10 : maggi talk
11 : officers
12 : stuck with you
13 : guarded
14 : munif's apple
15 : melody and you
16 : mr gangster
17 : floating in love
18 : gotcha

7 : him

44 7 1
By fairwable


23.30 p.m.

.

.

.

Dia tolong aku.
Kenapa, sanggup?
Dia sukakan aku ke?
Aku harap, ya jawapannya.
Tapi siapa aku untuk menentukan jawapan kecuali aku yang sendiri patut bertanya.
Dia...

Aku berhenti menulis. Pen dibiarkan saja di dalam buku diari aku sebelum ditutup. Aku pandang sekeliling bilik tetamu ni. Ibu Elinor, yakni ibu kepada Munif beritahu aku yang aku boleh buat macam rumah sendiri, di sini.

Aku tak perlu risau apa-apa.

Aku dilindungi, dan disayangi.

Aku dilayan dengan lemah lembut.

Aku... rasa bahagia untuk pertama kali setelah sekian lama.

Pandangan aku terarah ke segenap bilik yang sederhana besar ni. Cukup dengan katil, almari dan meja solek. Tingkap yang ditutup dengan langsir, aku tahu sebaliknya ada pemandangan kolam ikan kecil memandangkan bilik ni di tingkat bawah sekali.

Aku melihat kembali pada buku diari aku. Aku hanya bawa buku ni dan beberapa helai baju sebelum melarikan diri dari rumah tu. Diari ni, penting buat aku. Diari ni sajalah tempat aku mengadu setiap kali Kak Lia dera aku.

"Kalau bukan sebab kau, hidup aku takkan jadi macam ni!"

Itulah kata-kata yang selalu Kak Lia cakap bila dia marah dan pukul aku. Aku tahu, dia marah aku kerana dia anggap aku penyebab mama dan papa dia, mati. Aku penyebab hidup dia menjadi rosak dan penuh trauma.

Tapi bagaimana dengan aku?

Hidup aku tak penting ke di pandangan dia?

Hina sangat ke aku?

Ah, aku taknak fikir tentang semua tu. Buat masa sekarang, aku tenang dan selamat. Semuanya kerana Munif.

Pertama kali aku jumpa dia, ketika aku dihalau oleh Kak Lia sebab dia marahkan aku kerana tak dengar dia panggil. Padahal aku tengah solat isyak. Agak lewat kerana Kak Lia bagi aku kerja rumah terlalu banyak.

Akhirnya, dengan kain telekung hitam, aku duduk mencangkung depan pagar sambil menangis. Aku takut, sangat takut sebab masa tu langit gelap gelita tanpa cahaya bulan, dan suasana amat sunyi.

Tidak sehingga ada bunyi hon kereta yang memecah kesunyian aku dan cahaya cerah yang menerangi kawasan berdekatan. Rupa-rupanya, lampu kereta Munif yang terus menuju ke arah aku.

Dia sapa aku dan tanya mengapa aku di luar rumah malam-malam buta. Masa tu aku terkejut, tapi aku ingat senyuman berlesung pipit dia yang... comel.

Pipi aku tiba-tiba berubah hangat.

Kali kedua, aku jumpa dia baru jelas aku nampak ciri-cirinya. Rambutnya berkerinting sehingga menutupi dahi, bercermin mata dan lebih tinggi dari aku. Dadanya bidang dan aku yakin dia rajin workout.

Sekali lagi, darah menyerbu ke muka aku, hangat.

Walaupun waktu tu aku menangis, aku tetap menatap wajah dia dalam-dalam. Aku yakin, bibir yang sering mengucap kata-kata sinis tu, ada seribu kebaikan di sebaliknya.

Dalam diam, aku suka memandang dia lama-lama. Aku suka dia tolong aku. Aku suka tengok dia senyum, ketawa dan untuk mendengar percakapannya yang kadang-kadang tajam tetapi kelakar.

"You're welcome! And welcome here... I promise you it's a great place for you to stay for a while!"

Kata-kata terakhir dia sebelum meninggalkan aku di sini. Sengihannya lebar sehingga muncul lekuk di kedua belah pipinya tu. Aku pernah baca dalam novel tentang love-hate romance.

Adakah aku dan Munif macam tu juga?

Mungkin Munif juga sukakan aku, tapi dia benci bila dia suka aku.

Aku tersengih sendirian di tengah malam ni seperti orang angau.

Tapi...

Mata aku merenung diari. Tangan mencapai buku tu lalu aku buka ke muka surat sebelum-sebelum ni. Aku baca tulisan-tulisan harian aku yang dulu. Kebanyakannya ditulis selepas aku dimarahi Kak Lia.

Isnin
Mereka kata lebih baik menyayangi kemudian ditinggalkan, daripada tak menyayangi langsung. Dan untuk aku, aku tak layak untuk menyayangi sesiapa pun. Sekurang-kurangnya, itu apa yang Kak Lia cakap.

Katanya, kalau aku tak wujud, kalau ayah aku tak pernah ada di dunia ni, kalau ibu aku tak pernah lahirkan aku... Kak Lia dan orang tuanya akan hidup bahagia.

Betullah, aku tak layak menyayangi dan diri aku sendiri macam tak layak disayangi pun. Tak apa, mungkin katil sayangkan aku. Kalau bukan katil, mungkin lantai. Tempat aku tidur juga.

Selasa
Kak Lia pergi ke kelas seperti biasa. 'Aku harap, aku balik lepas ni dapat tengok mayat kau, Karina.' Ucapan selamat tinggal Kak Lia sebelum dia pergi. Takpa, aku tahu dia bergurau.

Aku selalu ditinggalkan. Dia tak benarkan aku keluar. Lebih tepat, dia kurung aku. Aku tak kisah. Aku ada tv dan makanan walaupun tiada telefon.

Aku ada tuhan, yang satu.

Aku nak sambung belajar juga. Pernah aku cuba baca buku pelajaran milik Kak Lia. Tapi aku tak faham. Kak Lia bijak, aku pula dungu. Kerja aku membaca novel cinta saja.

Rabu
Kebelakangan ni aku cuba untuk faham Kak Lia. Aku cuba fikir apa yang Kak Lia nak sebenarnya. Apa yang zahir, adalah Kak Lia nak aku mati. Kak Lia nak aku tak hidup. Tak pernah ada.

Jujur, aku penat. Aku sakit. Aku nak lawan.

Tapi aku tak mampu. Kak Lia suka main serang-menyerang. Dia ada senjata api, entah dari mana dia dapat. Aku takut untuk ambil tahu. Kak Lia suka mengugut.

Ya, mungkin aku ada pisau dapur. Tapi tak berguna untuk lawan dengan senjata Kak Lia. Apa gunanya pisau? Tikam dia? Atau, kelar aku sendiri?

Dua pilihan tu boleh selamatkan aku.

Aku, malah Kak Lia boleh hidup tenang selepas itu, kan?

Khamis
Betul ke Kak Lia nak aku mati? Mungkin bagus juga. Aku... dah penat untuk hidup. Mungkin aku hanya patut berserah pada tuhan saja.

Dan sekarang aku hanya, hidup. Aku cuba survive hari demi hari. Aku pujuk diri, tak apa... tuhan sayang aku, nanti tuhan ambil aku semula.

PAP!

Aku tutup diari, kuat. Air mata yang mengalir di pipi, aku lap dengan tapak tangan. Aku kemudiannya termenung atas kerusi meja solek ni hampir beberapa minit.

Aku tersengih seorang diri.

Kasihan. Sadisnya hidup Karina. Aku sengih lagi. Aku kesiankan diri aku sendiri. Aku ni menyedihkan betul. Setiap hari... setiap hari di rumah tu, aku cuba kelar pergelangan tangan sendiri.

Aku fikir, kalau aku dah sakitkan diri aku hari ni, mungkin Kak Lia takkan sakitkan aku untuk satu hari itu. Tapi tu semua ketika aku di rumah tu.

Sekarang, aku di rumah baru. Aku menyayangi Munif, Ibu Elinor dan kanak-kanak di sini. Aku layak menyayangi. Aku juga disayangi oleh Ibu Elinor. Dan mungkin oleh Munif juga.

To loved and to be loved. Oh, what is better than those?

Memikirkan, hari ni aku tiada cederakan diri aku lagi. Entah mengapa, saat ini... tangan aku mula menggigil ketakutan. Tak boleh, tak boleh... Kak Lia akan datang.

Kak Lia akan marah aku.

Kak Lia akan pukul aku lagi.

Nafas aku celas-celus menerombos ruang nasal. Bola mata ini mula melilau ke kiri dan ke kanan. Adrenalina mencengkam pembuluh darah. Gemuruh.

Aku bangkit berdiri dari kerusi. Aku genggam buku lima ke dada. Cuba menghilangkan rasa ini. Namun tubuh aku jadi daging kejal serta merta. Mata aku terbuka dan tertutup.

Serangan gemuruh ini, selalu datang tiba-tiba. Dan aku tak tahu bagaimana nak kawal diri aku. Aku tak fokus.

Pisau.

Aku perlukan pisau.

Aku keluar dari bilik kemudian menuju ke dapur. Mata tercari-cari bahagian pisau berdekatan sinki. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi sesuatu di balik pintu dapur.

Ah, aku biarkan. Aku capai sebilah pisau saiz sederhana dan kembali masuk ke bilik tetamu. Pintu ditutup, tak berkunci.

Aku berdiri sebelah katil. Perlahan-lahan, aku selak lengan panjang baju aku sehingga mendedahkan parut-parut lama. Aku gigit bibir menahan tangis.

Aku patut...

"Kalau bukan sebab kau, hidup aku takkan jadi macam ni!"

Aku patut...

Bilah pisau yang tajam, aku tekankan di pergelangan tangan aku sehingga menembus ke epidermis kulitku. Darah mengalir, seiring dengan air mata aku.

Semakin kuat aku ketap bibir, apabila aku gerakkan pisau ke atas dan ke bawah, hampir menghiris lengan aku. Darah memancut jatuh mencemari lantai.

KREK!

Pintu dibuka seseorang. Aku terpempan melihat wajah itu. Rasa takut dan sakit semakin menjalar. Jadi benarlah...

"Kak Lia..." Kak Lia datang... untuk ambil nyawa aku.

"Karina!" Kak Lia meluru ke arahku sebelum merampas pisau di tangan aku. Mata aku tak berkelip memandangnya. Tiba-tiba aku rasa dunia aku berpusing.

Tubuh aku mula melorot jatuh ke lantai.

"Aagh... Sakit..." Esakan aku berbunyi. Aku pegang tempat yang aku kelar tadi. Nafas aku semakin sesak.

Pandangan aku kabur. Aku nampak figura Kak Lia yang hanya merenung aku dengan pisau di tangannya.

Sakit.

Air mata.

Gelap.

Continue Reading

You'll Also Like

2.1K 76 26
Kehidupan menumpang menjadikan dua hati bertemu tanpa diduga. Apabila dua insan saling mencari kelengkapan, pelbagai aksi, adegan mengusik hati dan j...
226K 6.5K 61
𝐁𝐄𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐇𝐄 𝐄𝐋𝐃𝐄𝐒𝐓 child of the Kamado family was no easy task. You took on chores with your mother, and soon enough, you had to take car...
41.9K 2.1K 73
Mencintai seseorang yang tidak mencintai kita merupakan suatu tantangan bagi Adeeva. Mencintai dirinya merupakan hal yang sangat menyakitkan sekaligu...
81.5K 6.6K 150
Admin ဆီက ခွင့်ပြုချက်မရသေးပါဘူး free တင်တဲ့ အတိုင်း တင်ပေးပါ့မယ် admin တွေ လာပြောရင် ဖျက်ပေးပါမယ်။ Start date -21•4•2024(Sunday) End date-