𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤

Oleh CameliaBatrisyix

230K 6.1K 287

Luthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti May... Lebih Banyak

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Chapter 74
Chapter 75
Chapter 76
Chapter 77
Chapter 79
The End ✔️

Chapter 78

3.2K 77 12
Oleh CameliaBatrisyix

Sayang.. I will see you on the other side of the stars.
- Luthfan Darren
______________________________________

Local POV

Tiba-tiba garisan dimesin defibrillator tersebut bergerak lurus, seolah-olah jantung Maya telah berhenti berdetak untuk selamanya. Suasana didalam labour room tersebut menjadi hening.

Sepi.

Tengku Darren tergamam, malahan semua yang berada disitu turut tergamam dengan apa yang mereka dengar. "Ss.. sayang? Bangun sayang, tolonglah bangun! Jangan buat abang macam ni, abang merayu!" Tengku Darren merapatkan dahinya dan dahi Maya yang sudah terasa sejuk, lelaki itu menghamburkan tangisannya.

"Tuan.. maafkan kami, tapi jantung Puan Maya.." Doktor Afiqah menahan sebaknya, sukar untuk dia katakan ayat ini. Namun dia perlu kuat, sebagai seorang doktor

"Dah berhenti berdetak."

Tengku Darren menggeleng kepalanya berkali-kali. Hatinya terasa seperti dicengkam untuk menerima kenyataan yang Maya sudah tiada. Tengku Darren memandang raut wajah yang sudah tidak bernyawa itu, seorang isteri yang baru saja melahirkan anaknya tadi.. sudah pergi untuk selama-lamanya

"Maya.. bangun sayang, jangan tinggalkan abang macam ni! Abang tak boleh hidup tanpa sayang! Tolong lah bangun, demi kita sekeluarga!" Raung lelaki itu membuatkan dua orang doktor lelaki terpaksa menahan Tengku Darren

"12 haribulan Mei 2023, jam 1:15 minit tengahari. Pesakit meninggal, kerana.." Terketar-ketar Doktor Afiqah ingin menghabiskan kata, Tengku Darren seperti sudah hilang kawalan. Dia memberontak, menyuruh dua orang doktor lelaki tersebut melepaskannya

"Kerana jantung gagal mengepam oksigen, setelah melahirkan." Sambung Doktor Afiqah, sekali lagi air mata Tengku Darren mengalir. Hatinya sakit melihat jasad Maya yang sudah tertutup dengan kain putih. Arfhan yang menangis itu dibawa ke bilik bayi untuk dilap

"Argh! Lepaskan aku!" Tengku Darren melayangkan satu penumbuk pada seorang doktor lelaki yang memegangnya, Doktor Afiqah membuat isyarat supaya melepaskan lelaki tersebut

Lampu bilik bersalin sudah terpadam, pantas Tengku Darren mendekati katil. Teresak-esak lelaki itu menangis, wajah Maya dicium berkali-kali. "Maya.. tolonglah bangun tolonglah! Abang merayu dengan Maya, tolong sedarkan diri Maya demi abang.. demi Arfhan dan demi keluarga kita.. Tolong Maya, tolong.." Rayu Tengku Darren seperti seorang yang hilang akal

"Luth!" Suara Dato' Megat bergema didalam labour room tersebut, pantas Tengku Darren menoleh kearah lelaki berumur tersebut. Yana sudah menangis teresak-esak sambil kakinya berlari mendekati katil Maya

"Daddy! Tolong Luth daddy, tolong bagitahu Luth yang semua ni mimpi kan daddy? Isteri Luth masih hidup kan? Dia belum mati kan?" Perit tekaknya untuk melontarkan ayat yang terakhir itu, pantas Dato' Megat memeluk tubuh putera sulongnya

Tengku Darren menangis teresak-esak didalam pelukan Dato' Megat. "Maya.. bangun Maya.. kenapa kau pergi tinggalkan aku Maya? Kau dah janji dengan aku yang kau akan tetap kuat dan berjuang untuk suami dan anak kau, untuk diri kau.. tapi kenapa? Kenapa Maya, kenapa kau ingkari janji kau?" Kata Yana sambil menangis teresak-esak, tubuh sejuk Maya yang sudah tidak mengalirkan darah itu dipeluk erat

Datin Mawar mengusap lembut belakang Yana, dia turut berduka dengan kepergian satu-satu nya menantu yang dia ada. Yana pantas memeluk tubuh Datin Mawar

"Shhh.. mommy tahu Yana sedih, tapi Yana perlu redha dengan kepergian Maya. Biarkan dia tenang disana, selama Maya hidup.. dah banyak dugaan dan ujian yang menimpa diri dia. Jadi kita perlu biarkan Maya pergi dari semua ujian ni.. shh dah dah jangan meratapi arwah, tak baik" Pesan Datin Mawar, dia menyeka air mata yang mengalir diwajahnya

"Luth perlukan isteri Luth, tolong lah daddy.. tolong kembalikan isteri Luth pada Luth. Luth tak sanggup hidup tanpa dia" Tersedu-sedu Tengku Darren berkata membuatkan semua orang yang ada didalam bilik itu terdiam seribu bahasa

****

Tengku Darren menatap sayu kearah anak yang berada didalam dukungannya. Perlahan-lahan bibir didaratkan diatas dahi Arfhan yang putih kemerahan itu, hidung yang mancung itu digeser bersama hidung Tengku Darren. Sekali lagi air mata lelakinya mengalir, kalau Maya masih ada.. mesti gadis itu sangat gembira dengan kehadiran Arfhan

"Sayang.. jangan tinggalkan abang." Sayu suaranya berkata, tubuh kecil Arfhan dipeluk untuk mengubati rasa rindu.

Perlahan-lahan bibir didekatkan di telinga kecil Arfhan. "Allahuakhbar Allahuakhbar.." Tengku Darren mulai mengumandangkan azan ditelinga kanan Arfhan, suaranya kedengaran serak basah gara-gara menangis tak henti-henti

Usai mengumandangkan azan, Tengku Darren membaca beberapa jenis doa lalu dikucup lembut wajah Arfhan. "Allahummaj'alhu barran taqiyyan rasyîdan wa-anbit-hu fil islami nabatan hasanan" Bisik lelaki itu lalu wajah kecil Arfhan diraup lembut (Ya Allah, jadikanlah ia (bayi) orang yang baik, bertakwa, dan cerdas. Tumbuhkan lah ia dalam islam dengan pertumbuhan yang baik.)

Tengku Darren meletakkan kembali Arfhan kedalam katil bayi, dia menatap sepi kearah beg pakaian yang sepatutnya dipakai oleh Maya di sini. Namun.. semuanya sudah berakhir. Maya bukan lagi bersamanya disini, bibir lelaki itu tersenyum kelat

"Abang minta maaf sebab gagal untuk menjadi suami yang baik untuk Maya, abang tahu yang abang ni banyak kelemahan. Tapi percayalah sayang, abang akan tetap berusaha untuk gembirakan Maya hingga ke akhir nafas abang.. dan Maya. Tak apa Maya, pergilah dengan tenang dan abang doakan semoga isteri abang di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman" Tengku Darren menahan sebak, jelas sekali suaranya tersekat-sekat gara-gara menahan tangisan dari terhambur untuk kesekian kalinya

"Abang gembira bertemu dengan Maya, abang gembira dapat jadikan Maya sebagai isteri abang dan abang gembira melihat Maya bahagia. Tapi.. lepas ni abang dah tak boleh tengok senyuman manis daripada isteri abang ni, lepas ni abang akan rasa sunyi tanpa Maya disisi. Tolonglah Maya, tolong jangan tinggalkan abang dengan Arfhan. Bukan ke selama ni Maya janji dengan abang yang Maya akan sentiasa bersama dengan abang?" Sambungnya lagi, kali ini air mata mutiaranya sudah mengalir di pipi

"Tapi kenapa Maya pergi?" Sebaknya sudah tak tertahan, Tengku Darren menekup wajahnya menggunakan kedua belah telapak tangan lalu menangis teresak-esak. Dia tahu, Allah melarang hambanya untuk meratapi jenazah.. tapi dia hanya manusia biasa. Tidak mampu untuk menahan sebak jika berkaitan dengan kematian, apatah lagi kematian itu melibatkan isterinya sendiri

Sayang.. I will see you on the other side of the stars.

Luthfy yang sedang memerhati abangnya dari jauh itu menyeka air matanya yang turut mengalir, benda yang paling dia benci ialah kematian. Tapi apa boleh buat? Semua yang hidup pasti akan mati, bukan saja manusia.. tapi haiwan, tumbuhan dan lain-lain.

______________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 10/03/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

Hai korang! Jangan lupa vote🤍

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

604K 20.7K 44
Book I of the 'To Live Again' Saga In the modern world Clara Riley experiences a life changing event...death! Usually this means the end of living...
285K 2.9K 11
Highest #2 in ChikLit Aarav Rai Son of Arjun Rai and our sweet Naina. He is basically the most loved one in his family. Being the eldest among his...
1.8M 115K 200
**Story is gonna be slow paced. Read only if you have patience. 🔥** Isha Sharma married a driver whom she had just met. She was taking a huge risk...
125K 6.7K 52
Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurna. harta? uh dia memang seorang yang jut...