DIA MILIKKU (C)

By Rosida_Rosdi

53.7K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 25

813 27 0
By Rosida_Rosdi

Keretaku meluncur laju pulang ke rumahku. Muka Tuan Aaron kelat sekembalinya dia dan Amir dari luar ofis siang tadi. Entah apa lah yang dibualkan mereka. Kenapa Amir nampak seperti bengang?

Aku tak sempat untuk bertanya apa-apa dengan Tuan Aaron kerana semua orang busy dengan tugasan masing-masing hari ini. Tuan Aaron tak lekat di ofis. Sentiasa ada sahaja kerja di luar kawasan.

Tengoklah malam-malam sikit nanti lah aku tanya. Itupun kalau aku rajin. Aku malas nak ambil tahu hal lelaki. Kadang-kadang susah nak faham apa yang mereka fikirkan.

Aku terus fokuskan diriku kepada pemanduanku. Sebaik sahaja aku memasuki simpang ke rumahku, aku lihat ada kereta Nissan Grand Livina berwarna hitam parkir di dalam halaman rumahku. Abang Mizi dan kak Ekin balik?

*Prakk*

Aku tarik handbrake dan meletakkan kenderaan di luar pagar kerana di dalam kawasan rumah sudah dipenuhi oleh kereta abang Mizi dan kereta bapaku. Aku melangkah masuk lalu terdengar suara bayi menangis. Eh? Pejam celik pejam celik dah keluar pun anak abang Mizi!

Aku meluru masuk ke dalam rumah. Bersepah kasutku aku tanggalkan dalam keadaan kalut. Berdebar-debar jantungku melangkah ke dalam. Aku dah jadi makcik ke ni? Huhuhu... Gembira tak terkata.

Oh, tak sabarnya nak main dengan baby.

"Kak Ekin! Abang Mizi! Bila balik?" soalku seraya mencium tangan abangku.

"Baru je sampai tadi. Abang cuti seminggu teman kak Ekin berpantang kat rumah. Isnin depan abang balik lah tinggal kak Ekin kat sini," jawab abang Mizi.

"Ya Allahhh... comelnyaaaa...! Tahniah abang Mizi, kak Ekin!" Kak Ekin senyum melihatku. "Boy ke girl kak?" soalku kepada kak Ekin sambil mencium kedua belah pipinya. Kak Ekin terbaring di atas toto yang dibentang di ruangtamu.

"Boboy..." jawabnya lesu. Mesti penat bertarung nyawa demi melahirkan zuriat untuk suami tercinta. Kak Ekin berpantang sepenuhnya di rumah orang tuaku kerana dia anak yatim-piatu. Tiada siapa boleh tolong tengok-tengokkannya selain ibuku.

Aku mengusap-usap perlahan pipi anak mereka. Lembut dan mulus seperti kapas. Aku cium-cium dahinya. Nikmatnya bauan syurga. Terjentik sedikit naluri keibuanku. Indahnya kalau aku punya anak dengan Tuan Aaron.

Hah!

Mataku terbuntang. Aku terkedu dengan angan-anganku sendiri. Kenapa kau gelojoh sangat ni Piqa? Kahwin pun tak lagi. Sudah berangan nak anak? Aku menampar dahiku. Hiss... pedih.

"Nak dukung tak?" pelawa kak Ekin.

"Belajar-belajarlah dukung baby. Nanti dah kahwin nanti ada anak takdelah kamu terkial-kial," tambah ibuku.

"Ish mak ni..." kataku malu-malu. Tapi aku tak menafikan soal kahwin.

"Eh? Adik abang dah ada buah hati ke?" Abang Mizi bertanya separa bergurau.

"Hehe..." aku menggaru-garu kepalaku. Muka terasa panas.

"Betul ke?!" Semua orang di dalam rumah bertanya serentak. Reaksi mereka seperti aku ni tak logik ada kekasih pulak.

Ceh!

"Mak tau ke?" soal abang Mizi.

"Mak tak tau pun. Ni baru tau," balas ibuku berlalu ke dapur.

"Hmmm..." ayah hanya diam dibucu sofa membelek telefonnya. Bapaku masih berbaju seragam polis. Baru balik sekali denganku tadi agaknya. Tak sempat menyalin baju lagi.

"Orang mana?" Kak Ekin bangun duduk, bersemangat ingin tahu lebih lanjut akan berita hangat ini. Sekurang-kurangnya hangatlah bagi kami sekeluarga. Ke hangit ke aku pun tak tahu.

"Sama tempat kerja..." jawabku perlahan. Malunya disoal-siasat beramai-ramai macam ni. Tak pasal-pasal semua orang tukar profession jadi pegawai polis. Yang pegawai betul kat hujung sana tu pun tak berbunyi.

Ugh...

"Budak Amir tu ke?" soal ibuku. Dia membawa tungku yang sudah dipanaskan di atas dapur ke depan. Kak Ekin kembali berbaring menadah perutnya untuk ditungku oleh ibuku. Tangan ibuku menekan tungku di atas perut kak Ekin dengan cermat. Sesekali ibuku mendengus pedih kulitnya terkena batu yang panas itu.

"Bukan mak. T-Tuan Aaron," jawabku beragak-agak.

"Tuan Aaron?" Abang Mizi bangun dan duduk di sebelah anaknya. "Kenapa panggil Tuan? Manager ke?" Tangan abangku mencubit-cubit pipi anaknya yang kemerah-merahan itu.

"Err... CEO."

"Hah? CEO?!" tempik abang Mizi tidak sengaja kerana terlalu terkejut. "Kau biar betul Piqa..." dia mengerutkan dahinya. Nadanya direndahkan kembali.

"Wek... wek... wek..." anak mereka tiba-tiba menangis mungkin kerana terkejut mendengar suara kuat bapanya.

"Shh... shh... shhh..." Abang Mizi mendukung anaknya dan mendodoinya di atas riba supaya tidur kembali. "Nanti Piqa bawak dia balik jumpa abang. Kebetulan semua ada ni." Wajahnya ketat. Seperti tidak gemar mendengar perkataan CEO itu.

Err... mukaku bertukar biru. Tuan Aaron nak ke datang jumpa keluarga aku? Aku pandang muka abangku. Dia kelihatan serius. Hmmm..

"Nanti Piqa tanya dia."

"Takde takde. Bawak datang rumah hujung minggu ni," kata abang Mizi tegas. Aku tiba-tiba kecut perut.

Hari ni mood Tuan Aaron kurang baik. Lain kalilah aku tanya dia. Tapi aku khuatir hubungan kami bukan di tahap berjumpa keluarga lagi. Aku takut kalau aku terburu-buru. Apa Tuan Aaron akan cakap nanti? Kalau Tuan Aaron taknak nanti macam mana?

****

*DUB*

Aku menghenyak punggungku di atas sofa. Terasa lelah betul hari ini. Sunyi pula rumah sebesar ini tetapi yang menghuninya hanya aku. Kalau lah ada keluarga. Pasti riuh. Keluarga dengan Piqa... Heh. Aku tersenyum sendiri.

Haaaa....

Aku terimbau kembali perbualan aku dengan Amir siang tadi.

"Tuan serius ke dengan Piqa?" soal Amir berdepan denganku. Kami bertentang empat mata.

Aku melihat-lihat sekeliling kalau-kalau ada staff lain lalu-lalang.

"Yes I am."

"Kalau betul serius kenapa sorok-sorok macam ni?"

"I ada sebab buat macam ni," jawabku.

"Kalau saya, saya dah tayang satu dunia dah. Jangan buat hal! Kalau taknak Piqa kena kebas!" ugut Amir memandang tepat ke mataku. Aku dapat lihat api kemarahan di dalam matanya.

"You tak payah risau lah. I tau la apa yang I buat," balasku sambil menyilangkan tanganku.

*ZAP*

Amir menyentap bajuku. Dadanya berombak-ombak menahan ledakan di hatinya.

"Kau tau tak apa yang kau buat ni boleh melukakan Piqa? You selfish bastard!" kata Amir berang. Aku nampak dia tidak main-main.

Aku mencengkam tangannya. "Are you declaring a war against me?" soalku. Mataku mencerlung tajam ke bawah tepat ke dalam matanya.

Amir yang tadinya begitu optimis mula mengecut. Matanya sudah pudar dek pandangan mautku.

"I dare you to touch what is mine!" aku mencampak tangannya ke tepi. Aku membetulkan kolar bajuku. Buang masa sahaja bergaduh dengan budak hingusan macam Amir ni.

"Tsk!" Amir beredar keluar tidak berani lagi menjeling ke arahku.

*Beep Beep*

Mesin pengering bajuku berbunyi menandakan kain bajuku sudah siap untuk dilipat. Aku sudah terbiasa hidup berdikari. Semuanya aku siapkan sendiri. Masak je aku kurang pandai. Kalau setakat menjerang air tu boleh lah.

"Haaa..." keluhku panjang. Aku tahu Piqa sangat istimewa. Sebab itu ramai yang cuba menawan hatinya. Tuan badannya sahaja yang tidak sedar akan kelebihan dirinya sendiri.

Aku mesti menjadikan Piqa milik aku. Aku perlu menandanya tanpa lengah lagi. Supaya tiada lagi jantan-jantan liar di luar sana berani mengganggu Piqa lagi. Aku perlu selesaikan konflik antara aku dan ibuku secepat mungkin.

Aku mencapai telefonku dan menghantar mesej kepada Piqa.

Aku : Hi Cinta. Dah makan?

*Ting*

Oh? Pantas betul dia balas.

Lovely : Hi abang. Dah makan tadi dengan semua. Abang Piqa balik hari ni dengan anak isteri dia. Isteri dia baru bersalin anak sulong.

Aku : Owh. Tahniah. Dah jadi auntie Piqa lah?

Lovely : Hehe... Erm Piqa nak tanya sikit boleh?

Aku : Boleh. Tanya lah.

Macam lain macam sahaja. Kebiasaannya dia tak pernah mintak izin aku pun kalau nak tanya apa-apa. Dia main terjah je. Seperti hal penting. Agak lama juga baru dibalasnya.

Lovely : Abang Piqa nak abang datang rumah. Dia nak jumpa. Boleh ke? Kalau tak boleh takpe lah...

Lah... ingatkan apa tadi. Tak perlu dia tanya pun aku memang sudah lama bersedia untuk berjumpa keluarganya. Cuma masa tidak mengizinkan.

Aku : Boleh sayang...

Lovely : Betul ke abang? Are you serious?

Aku : Ye.. Abang serious nak jumpa keluarga sayang. Lagi cepat lagi bagus. Weekend ni boleh?

Aku membuka planner di dalam telefonku. Hujung minggu ni aku tiada hal mustahak. Si Mel tu aku boleh tolak tepi.

Lovely : Kalau weekend... ahad ni boleh? Hari isnin abang Piqa dah balik Melaka.

Aku : Boleh sayang. Anything for you.

Aku pun dah tak sabar nak ke peringkat seterusnya. Mata aku sudah tidak larat ingin melawan gelora di dada. Aku hanya seorang lelaki biasa. Aku bernafsu dengan orang yang aku cinta.

Lovely : Okay. Terima kasih abang.

Aku : Sama-sama Cinta.

Aku peluk kusyen di tanganku. Bahagianya hati aku ketika ini. Rasa seperti bulan jatuh ke ribaan. Ikutkan hati aku nak masuk meminang je terus. Tapi aku kena selesaikan banyak perkara lagi. Sabar Piqa. Kau akan jadi milikku tak lama lagi.

*Ringggg*

"Hello sayang?"

"Sayang kepala hotak kau!" tempik suara garau dihujung talian. Aku intai skrin telefon pintarku.

Erk! Afham!

"Woi sorry Afham! Aku ingatkan Piqa tadi. Hehe..."

"Hahahah! Untunglah bahagia. Ada orang sayang," balasnya.

"Haduiii... kau ada apa call aku ni?" soalku ingin ketawa tapi benda dah jadi.

"Ha! Aku ada dapat maklumat pasal Melissa dari informant aku. Nanti kau datang lah rumah aku. Aku terangkan semua. Susah la dalam telefon ni."

"Okay beres beres. Kau kat mana?" soalku sambil melihat jam di tanganku. Masih awal.

"Aku baru sampai gym ni."

"Alright... Kejap lagi aku sampai."

"Amboih. Lajunya. Ye lah... Untuk sayang kan... Hahahaha!!!" bingit telinga aku mendengar tawa dari Afham. Kurang asam jawa betul.

Aku bersiap dan terus bergegas ke gym untuk bertemu Afham.

Demi sayangku, Piqa.

Continue Reading

You'll Also Like

4.5K 386 18
Known as TOGETHER BEFORE Apa kau pernah membayangkan jika suatu hari nanti putera raja datang dengan berkata dia mencintai kau seadanya? Dia memilih...
310K 17.4K 50
watak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tuna...
275K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
3.3M 293K 94
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...