DIA MILIKKU (C)

By Rosida_Rosdi

53.7K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 24

786 27 0
By Rosida_Rosdi

Aku termenung di atas katilku. Laju pulak kipas siling ni. Pagi-pagi macam ni sejuk! Nak bangun pergi perlahankan pun jadi malas! Otak aku ligat berfikir. Siapa perempuan tu? Ada ura-ura dari makcik bawang mengatakan dia tunang Tuan Aaron.

Habis tu aku ni siapa? Perempuan simpanan dia ke? Kenapa dia cakap dia suka kat aku kalau dia dah ada tunang?

"Tsk! Sampai hati dia tipu aku," rungutku hampa.

Aku sudah meletakkan sepenuh kepercayaan aku kepadanya. Tak sangka ini balasan yang aku dapat dari dia. Aku kecewa lagi untuk kesekian kalinya.

Air mataku keluar tanpa henti mengenai bantal. Aku membiarkan sahaja ia mengalir bagai sungai jeram yang deras. Kalau tahan pun buat sakit dada je.

"Bodoh nya aku!!!" jeritku di dalam bantal pelukku. Aku mengesat sisa-sisa air di tubir mataku. Tapi luka di hatiku kali ini lebih besar berbanding ketika aku ditolak oleh Amir dulu. Adakah kali ini aku betul-betul sudah jatuh hati dengan Tuan Aaron?

"Aahhh!!!" aku menggonyoh-gonyoh rambut di kepalaku, serabut.

*Ringggg Ringggg*

Ish! Siapa pulak ni pagi-pagi dah kacau aku nak mental kejap.

"Hello Piqa? You free tak tengahhari ni?" soal Tengku Afham.

"Hmm... tak tau lagi lah. Kenapa ya Tengku?"

"I ingat nak ajak you lunch. I ada benda nak mintak pendapat you," katanya dengan nada mendatar. Bunyi macam serius je.

"Hmm... malas la nak keluar hujan-hujan ni Tengku." ujarku tak bermaya.

"Alaa... Piqa. Boleh lah... erm... ha! I nak bincang pasal Heather. Boleh la ek?" pujuknya lagi.

"Heather? Hmm... Yelah yelah..." jawabku mengalah.

"Pukul 12 nanti I ambil you ye?"

Kasihan pula bila dengar suara Tengku yang semacam terdesak. Aku mengambil plushie yang diberikan oleh Tengku dan mengusap-usapnya. "Kejap lagi aku nak jumpa tuan kau. Kau duduk elok-elok kat rumah ye?" aku berbual-bual dengan plushie lembu di tanganku. Aku merangkak keluar dari tilamku.

Tengku menjemputku di rumah dan membawaku keluar makan di old town white coffee berdekatan bandar.

"Kenapa mata you macam bengkak je? You menangis ke?" soal Tengku. Dia mengusap pipiku dengan ibu jarinya.

"Erm... takde apa-apa lah. Hehe..." aku melarikan anak mataku dari Tengku.

"Hmm.. Samalah dengan sorang kawan I ni. Bengkak-bengkak mata menangis kat bahu I," kata Tengku sambil mengangkat bahunya.

"Siapa?" soalku ingin tahu.

"Aaron." kata-katanya terhenti. Matanya melirik ke arahku.

Tuan Aaron menangis?

"You tau apa-apa tak? Kesian I tengok dia sampai meleleh-leleh hingus berjejer. Teruk sangat menangisnya. Macam orang baru putus cinta. Ish ish ish..." dia menggelengkan kepalanya.

Biar betul Tengku ni? Kenapa aku dengar macam over sangat je?

"Erm... dia ada cakap apa-apa lagi tak?" soalku.

"Ada. Dia cakap dia dah tak boleh hidup tanpa Cinta. You kenal ke siapa Cinta? I tak pernah ada kenalan bernama Cinta," dia tersengih memandangku sambil menghirup air kopi latte aisnya.

Cinta? Aku ke yang dia maksudkan? Ke perempuan hari tu? Ughh... aku sudah tak tahu nak cakap apa lagi. Aku keliru. Tuan Aaron menangis kerana aku?

"Piqa... you sayang Aaron tak?" soalnya tanpa berselindung lagi.

"K-kenapa Tengku tanya macam tu?" aku rasa seperti nak buka langkah seribu lari dari sini, malu!

"I tak tahu apa yang berlaku antara you dan Aaron. Tapi I sebagai kawan baik dia yang dah kenal dia lama, I cuma nak cakap, ini kali pertama I tengok dia menangis macam tu. Dia macam orang hilang arah. I kesian tengok dia," terang Tengku Afham berjela, khuatirkan keadaan sahabat baiknya.

"Di datang mengadu dekat I dengan air mata berjurai-jurai. Mesti dia sayang sangat dekat you. You tak sayangkan Aaron?" Tengku Afham menyoalku lembut.

"Saya..." suaruku tersekat. Dadaku terasa sesak. Aku tak tahu nak jawab bagaimana. Aku teringat akan perempuan itu. Layakkah aku untuk mencintai Tuan Aaron? Jika dibandingkan aku dengan bidadari itu, aku hanyalah bubuk di celahan beras.

Tanpa kusedari air mataku jatuh ke pipi. "Maafkan saya..." kataku cepat-cepat mengelap air mataku.

Tengku mengambil tisu dan menghulurkannya kepadaku. "Ni air mata apa? Sayang ke benci?" Tengku Afham berteka-teki.

"Sayang..." bisikku spontan. Aku termasuk jeratnya.

'Tuan Aaron'

Mendengar namanya sahaja. sudah membuat hatiku berdebar-debar. Hati aku sudah mula mengenal tuannya.

"You hear that?" soal Tengku menjeling ke arah belakangku. Aku takut untuk menoleh ke belakang. Aku hanya keras membatu seperti tugu.

Tengku pun bangun dan berjalan ke belakangku. "I'll leave it to you. Jangan gaduh-gaduh lagi," katanya kepada seseorang di belakangku. Dan aku sangat pasti siapa gerangan orangnya.

Muka aku terasa panas. Sudah seperti sotong kena rebus!

*Srettt*

Kerusi di sisiku ditarik. Dia duduk di sebelahku. Aku menundukkan pandanganku. Jantung aku berdetak laju. Tapak tanganku sudah berpeluh. Aku baru sahaja membuat luahan perasaan tanpa sengaja. Semuanya sudah dalam perancangan Tengku! Sikit pun tidak keluar nama Heather sedari tadi. Aku sudah termakan tipu helahnya.

"Piqa... betul ke you sayang I?" soal Tuan Aaron di sebelahku teruja. Dia menarik jariku dan menguis-nguisnya.

Aku malu! Tuhan sahaja yang tahu betapa segannya aku ketika ini. Jantung aku sudah membuat larian pecut 100 meter tanpa persetujuanku.

"Piqa...?" dia memiringkan kepalanya mencari mataku.

"S-sayang..." bisikku. Jantungku bagai nak tersembul keluar. Tuan Aaron menggenggam tanganku erat.

"Apa dia? Tak dengar..." kata Tuan Aaron perlahan.

"Saya sayang Tuan Aaron," jawabku terang dan jelas. Tuan Aaron tersenyum lebar dari telinga ke telinga mendengar pengakuanku.

Dia menarik daguku hingga kami bertentangan mata. "I pun sayangkan you. I love you so much Piqa..."

Kelihatan air jernih bertakung di dalam kelopak matanya membuatkan aku yakin dengan kebenaran kata-katanya.

Ah... Aku sudah dilamun cinta.

Kini yang tinggal hanya penerangan dari Tuan Aaron. Siapa perempuan tu? Kenapa dia begitu mesra dengan Tuan Aaron? Betul ke mereka sudah bertunang?

****

Aku merenung tanganku. Tuan Aaron menyilangkan jarinya dengan jariku. Tanganku tidak dilepaskan setiap kali kami berduaan. Dia memandu kereta dengan sebelah tangan. Nampak begitu kacak dan bergaya pandangan dari sisinya. Kelihatan tulang rahangnya yang seksi, serta tahi lalat di lehernya. Rambutnya sedikit terjurai mengenai matanya. Kecur air liurku melihatnya.

Bibirnya tak lekang dengan senyuman. Aku pun tidak kurang sama sahaja. Kami masih malu-malu kucing setiap kali bersua muka.

'Lepas ni kalau nak apa-apa mintak tolong dengan I. I kan 'boyfriend' you.'

'Piqa. Jom lunch. I belanja. I kan 'boyfriend' you.'

'Dah jadi tanggungjawab I sebagai 'boyfriend' you untuk lindungi you.'

Sejak kebelakangan ini Tuan Aaron suka gunakan perkataan 'boyfriend'. Sekali-sekala tak salah. Aku pun rasa terharu. Tapi kalau dah kerap sangat boleh jadi haru. Aku tertawa kecil.

"Apa yang kelakar sayang?" soalnya sambil mencium tanganku yang digenggamnya kemas.

"Hehe... takde apa-apa."

Hubungan kami masih dirahsiakan daripada semua orang kecuali sahabat baiknya, Tengku Afham. Tuan Aaron tidak mahu Mel mengetahui perihal hubungan kami. Takut-takut dia akan mengkacau-bilaukan lagi keadaan. Tuan Aaron pun masih belum bersedia untuk bersemuka dengan ibunya. Dia juga telah berjanji untuk menjaga batasan dengan Mel.

"Erm... Tuan Aaron," aku memanggilnya seperti biasa.

"Kan I dah cakap, panggil abang masa kita berduaan?" katanya lembut.

Ugh... aku masih tidak biasa dengan panggilan itu. Aku berasa begitu canggung.

"Erm... a-abang. Takpe ke abang tak pergi jumpa Mel semalam? Dia tak marah?" soalku.

Aku rasa seperti berkongsi kasih pula. Tetapi ini salah satu pemintaan Tuan Aaron ketika mula-mula kami bersama. Aku turuti tanpa banyak tanya. Bak kata orang, cinta itu buta.

"Takpe je. I cakap ada kerja. Lama-lama give up lah dia tu," jawabnya bersahaja.

Hmm... aku merasa kurang senang tetapi kali ini aku terpaksa letakkan sepenuh kepercayaan di atas bahu Tuan Aaron.

"Okay... dah sampai," Tuan Aaron memarkir keretanya di petak khas berhadapan bangunan Alam Bina Group. "Hmm..." dia mencium-cium jari-jemariku.

"Rasa macam taknak kerja je hari ni. Ponteng jom," guraunya.

"Ish abang ni. Tak baik lah," aku menampar pehanya manja. "Dah dah. Jom naik ofis."

Kami memakai topeng sewaktu kerja. Seperti tiada apa-apa yang berlaku antara kami.

"Piqa. Sihat?" soal Amir di sebelahku.

"Sihat la. Terlebih sihat. Kenapa tiba-tiba kau tanya khabar aku pulak?" balasku sambil tanganku ligat menaip di atas papan kekunciku.

"Salah ke aku nak tanya khabar orang yang aku sayang?"

*Tap*

Jariku terhenti. Nafasku juga terhenti. Aku terlupa tentang Amir!

"Amir... aku..."

"Heh. Kau tak payah cakap pun aku dah tau. Uuagghh..." Amir menggeliat dan menguap besar. "Aku risaukan kau Piqa. Orang tengah berkata-kata dekat belakang yang perempuaan hari tu tunang dia. Are you okay with that?"

"Hmm..." tipulah kalau kata aku okay. Absolutely not! Bibirku memuncung itik.

"Haih... that guy. Satu hari makan penumbuk aku jugak," kata Amir geram. Dia menggenggam penumbuknya kemas dan dihempaskan ke atas meja.

Amir menjeling ke arahku. "Kau jangan bagi orang pijak kau sangat. Sekali-sekala kena tegas. You have every rights to fight back," nasihat Amir kepadaku.

Dia menggaru-garu tengkuknya. Lalu menanggalkan cermin matanya. "Haaa... kenapa lah you ni too much to handle?" katanya sambil mengurut-urut celah matanya.

Apa maksud kau? Aku tak mintak pun kau jaga aku! Grrr...

*Tok Tok*

Kekasih hatiku melangkah masuk ke dalam ofis. Amir merenungnya tajam seperti pemangsa yang menunggu mangsanya.

"Piqa. Are you free this lunch hour?" soal Tuan Aaron menghampiri mejaku.

"Erm... tak pasti lagi," jawabku sambil melihat ke arah to-do list di atas mejaku.

"Oh... I ingat nak ajak you lunch date?" katanya perlahan sambil mengenyitkan sebelah matanya.

*Sreettt*

Amir bingkas bangun dari kerusinya dan berjalan menuju ke arah Tuan Aaron. Dia menolak dada Tuan Aaron dengan tapak tangannya agar menjauhkan diri dariku. Muka Tuan Aaron tercengang-cengang kehairanan. Amir mencengkam kolar baju Tuan Aaron.

"We need to talk!"

Continue Reading

You'll Also Like

563K 21.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
108K 10.1K 50
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
7.2K 712 42
( UNEDITED ) Under Dear Series: "Kita bagai siang dan malam. Tidak akan menyatu kecuali dengan takdirNya." MENGISAHKAN tentang ADREENA NAYRA y...
3.3M 294K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...