04 | Secret Mama (hold on)

By QuenDarkness

3.3K 615 260

Karya keempat [@Quendarkness][on-going] "Many secret in this story because this story name is Secret Mama."... More

P R O L O G
SECRET MAMA | S A T U
SECRET MAMA | D U A
SECRET MAMA | T I G A
SECRET MAMA | E M P A T
SECRET MAMA | L I M A
SECRET MAMA | E N A M
SECRET MAMA | T U J U H
SECRET MAMA | L A P A N
SECRET MAMA | S E M B I L A N
SECRET MAMA | S E P U L U H
SECRET MAMA | S E B E L A S
SECRET MAMA | D U A B E L A S
SECRET MAMA | T I G A B E L A S
SECRET MAMA | L I M A B E L A S
SECRET MAMA | E N A M B E L A S
SECRET MAMA | T U J U H B E L A S
SECRET MAMA | L A P A N B E L A S
SECRET MAMA | S E M B I L A N B E L A S
SECRET MAMA | D U A P U L U H
SECRET MAMA | D U A P U L U H S A T U
SECRET MAMA | D U A P U L U H D U A

SECRET MAMA | E M P A T B E L A S

138 24 11
By QuenDarkness

SECRET MAMA
[5/6/2005]

TEH hangat diletakkan di atas meja di ruang tamu rumah miliknya. Julian, Harith, Irshad dan Kangsu hanya diam memandang kearah teko yang berisi teh itu.

"Macam mana nak minum?" Soal Julian. Aliyah menjegilkan matanya menyampah.

"Tuanglah sendiri!" Julian turut membalas jelingan tersebut sebelum dia menuangkan air teh itu ke dalam gelas.

"Aww! Panas!"

Prang!

Teko kaca itu pecah berderai apabila terlepas dari pegangan Julian. Harith, Irshad dan Kangsu hanya memandang kearah jejaka itu manakala Aliyah memejamkan matanya geram.

"Err aku pergi ambil mop kejap," Julian bangun dari duduknya dan tanpa sedar terpijak air teh yang tertumpah itu.

"Boleh tak tengok kat mana kau pijak tu!" Jerit Aliyah seraya mengejar langkah Julian yang sudah melarikan diri.

Setelah sedikit huru hara..

Aliyah, Julian, Irshad dan Harith terduduk penat di atas sofa. Irshad mengibas tangannya ke muka akibat kepanasan.

"Yang tumpahnya sikit je, tapi kenapa susah sangat bersihkan?" Soal Irshad sambil membuka butang kemejanya yang teratas akibat kepanasan.

"You betul nak tahu kenapa?" Soal Aliyah sambil merenung tajam wajah keempat-empat jejaka itu.

"T-tak, tak apalah.." jawab Irshad tatkala merasakan aura seram sejuk.

"Benda tu senang je nak bersihkan kalau si Julian ni tak lari sana sini lepas pijak air tu!" Ujar Aliyah, kuat.

"Eh! Aku tak akan berlari kalau kau tak kejar!" Celah Julian membela diri.

"Siapa suruh kau tak berhati-hati waktu tuang air?!"

"Kenapa kau tak tuangkan untuk kita orang?!"

"Enough!" Automatik perbalahan dua orang manusia itu terhenti apabila Kangsu bersuara. Mereka saling membalas jelingan.

Suasana antara mereka berlima akhirnya sunyi sepi sehinggalah suara Irshad kedengaran mematikan suasana yang tegang itu.

"Farah mana?"

"Kat atas," jawab Aliyah, malas.

"Aku nak dia." Minta Irahad. Aliyah menjeling.

"Tak boleh, lepas dari tiga hari baru boleh."

"Eh kau siapa nak halang aku jumpa anak aku?" Soal Irshad, menyampah.

"Anak angkat je pun!"

"Anak aku juga, kan? At least aku bapak angkat dia, kau tu bukan sesiapa pun. Sekarang mana dia?"

"Belum sah lagi anak angkat!"

"Ergh! Kau tak boleh ke mengalah je, Liyah?" Harith mencelah rimas. Sakit telinganya mendengar perbalahan Aliyah sejak tadi. Tadi dengan Julian, sekarang dengan Irshad pula.

"Kenapa pula aku nak kena mengalah?" Harith dan Aliyah saling membalas pandangan tajam.

"Aku malas nak gaduh," jawab Harith seraya mengalihkan pandangan. Aliyah menjeling sebelum dia bangun dari duduknya dan naik ke atas.

"Jadi, kau orang ni siapa?" Soal Irshad setelah setengah minit Aliyah pergi. Ketiga-tiga pasang mata itu memandang kearah Irshad.

"Julian,"

"Harith,"

Irshad menoleh pulankearah gadis Korea yang sejak tadi mendiamkan diri dengan wajah yang asyik tanpa senyuman. Gadis itu mempunyai aura yang tersendiri yang lebih menarik dari Aliyah.

"Kangsu," ujarnya tak berperasaan.

"Irshad,"

"Kita orang tahu," jawab Julian bersama senyuman misteri.

Irshad berkerut dahi. "How?"

"Come on, siapa je tak kenal CEO terkenal macam kau ni?" Julian jungkit kening. Irshad diam.

"Kau kenal ke keluarga Farah?" Soal Harith pada Irshad. Irshad menggelengkan kepalanya.

"Aku jumpa dia dekat dalam kotak. Langsung tak ada maklumat keluarga," jawab Irshad, mendatar.

"Kau tak cuba cari?" Soal Harith lagi.

"Belum cuba lagi. Aku masih tak ada masa. Lagipun nak cari macam mana, kan? Sesiapa pun boleh mengaku dia ni anak dia orang,"

"Guna akallah, kau kena cari keluarga dia. Kalau ya pun nak ambil anak angkat, kau fikir lepas ke dengan kau yang tanpa pasangan perempuan?" Soal Harith, dingin.

"Kenapa tak boleh?" Soal Irshad.

"Eventho kau ada segalanya, nak ambil anak angkat perempuan kena ada pasangan perempuan. Mana boleh perempuan dijaga oleh lelaki yang bukan darah daging dia." Jelas Harith, mendatar.

"Kalau macam tu, aku tak payahlah buat anak angkat. I mean rahsiakan yang dia anak angkat aku,"

"Wow! Ini orang bodohnya terlalu pekat, pikat, pukat, melekat!" Celah Julian dengan tepukkan ditangan.

"Kau takkan boleh buat surat beranak dia tanpa surat nikah atau surat cerai ataupun surat pengesahan yang mak budak ni dah mati. Dia akan jadi orang kosong. Nak buat passport pun tak boleh sebab dia tak ada apa-apa dokumen," Harith berpeluk tubuh.

"Kenapa? Kau nak sogok pegawai?" Soal Harith, sinis melihat Irshad diam sambil berfikir.

"Jadi, fikir-fikirkanlah," Harith bangun dari duduknya dan berlalu pergi dari rumah tersebut.

Aliyah turun dari tingkat atas bersama Farah di dalam pelukkannya. "Kau nak balik dah ke Harith?" Soalnya melihat tubuh tegap itu ingin keluar dari rumahnya.

"Hm," jawab Harith sambil memakai kasutnya kembali. Keempat pasang mata itu hanya memandang pemergian Harith dari rumah dua tingkat itu.

Farah dihulurkan pada Irshad sebelum Aliyah mengambil tempat disebelah jejaka itu. Farah yang sedang merengek itu dipandang sekilas.

"Siapa yang serang tadi?" Soal Julian menghentikan suasana senyap diruang tamu itu.

"Aku tak pasti, aku cuba minta anak buah aku carikan siapa yang buat serangan tu," balas Irshad seraya mengeluarkan telefon bimbit miliknya. Seketika matanya memandang kearah Aliyah yang sedang berbual dengan Kangsu.

"Bahu kau, okey tak?" Soal Irshad, prihatin. Aliyah menoleh kearah jejaka itu sebelum mengangguk tanda dia baik-baik saja. Irshad menghela nafas. Wajah Farah dititiknya sebentar sebelum telefonnya berdeting menandakan mesej masuk.

BERKERUT dahi Irshad membaca mesej di dalam grup khas mereka. Sangat fhack. Tiada seorang pun yang membalas mesejnya. Memang minta penampar betul. Malas mahu membalas, chat Iman dibuka.

SEMAKIN berkerut dahi Irshad membalas mesej Iman. Ni lagi seorang, dah kenapa? Mental lepas tak dapat makanan ke?

Irshad mengeluh panjang sebelum dia menutup telefonnya dan kembali bermain dengan Farah. Mengekek suka si kecil saat diacah oleh lelaki itu.

*****

SEKEPING gambar diusapnya rindu. Sang gadis itu menatap lama gambar seorang bayi perempuan sebelum dia menyeka air matanya yang mengalir ke pipi.

"Buat apa wey?" Soal rakannya yang sudah mengambil tempat disebelah gadis anggun bertudung ungu itu.

Gadis itu menyeka air matanya seraya menggelengkan kepalanya dan menyimpan kembali gambar bayi tersebut.

"Kau rindukan anak kau?" Soal Hanim, prihatin. Aamara Suraya mengangguk menjawab pertanyaan rakan baiknya itu.

"Tak sampai sebulan lagi kau dah rindu, dah tahu sayangkan budak tu kenapa kau buang dia?" Soal Hanim ingin tahu.

"Aku terpaksa.. aku tak nak keluarga aku tahu tentang budak tu.." jawab Aamara, perlahan. Dia kemudian bangun dari duduknya dan memandang kearah Hanim.

"Aku cuma harap dia berjumpa dengan orang yang baik. Yang mampu jaga dia," tersenyum kecil Aamara apabila memikirkan itu. Hanim hanya mendiamkan diri.

Kedua orang gadis itu melangkah keluar dari cafe tersebut sebelum Aamara terlanggar seseorang sehingga membuatkan dia jatuh terduduk diatas lantai.

"Mara!" Lantas Hanim membantu Aamara bangun sebelum memandang tajam kearah si jejaka yang melanggar kawan baiknya itu.

"Buta ke?!" Jerkah Hanim.

Irshad menjungkit kening melihat kedua orang gadis itu sebelum dia tanpa berkata apa terus melangkah masuk ke dalam cafe tersebut bersama Farah di dalam dukungan.

"Woi! Mana kata maafnya?! Biadab!" Jerit Hanim menghentikan langkah Irshad. Irshad memusingkam tubuhnya menghadap dua orang gadis bertudung ayu itu dengan tatapan yang tajam.

"Excuse me? Tak nampak signboard ke? Tak pandai baca?" Soal Irshad, dingin sambil menunjukkan kearah signboard yang tertampal dipintu kaca itu.

Memerah wajah Hanim dan Aamara apabila menyedari itu kesalahan mereka berdua.

"Pintu keluar dekat sana," Irshad menunjukkan pintu yang terletak tidak jauh dari pintu masuk tadi.

"Maafkan saya," Aamara menunduk hormat sebelum dia menarik Hanim berlalu pergi. Irshad menjegilkan mata keatas menyampah sebelum dia mencari tempat duduk.

Kedua orang gadis itu mula bergerak ingin menuju ke pintu keluar sebelum sekali lagi badan mereka dirempuh.

"Alamak! Sorry!" Cepat-cepat Aliyah membantu kedua orang gadis itu bangun sebelum dia menundukkan badannya sedikit tanda meminta maaf.

"Tch!" Hanim merengus kasar sebelum menarik tangan Aamara untuk keluar dari cafe tersebut.

Aliyah hanya memandang pemergian dua orang gadis itu dengan pandangan hairan. Dah kenapa? Orang dah minta maaf kan?

Lantas gadis itu melangkah menghampiri meja yang diduduki Irshad sebelum mengambil tempat dihadapan jejaka itu.

"Esok birthday you. You nak apa?" Soal Aliyah selepas selesai mengikat rambutnya.

"Nak Iphone 15 Pro Pro Max." Minta Irshad selamba. Aliyah menjeling tajam.

"Lain kali minta Iphone 20 terus, 15 tu lambat sangat!" Balasnya dengan nada yang merengus. Irshad tergelak.

"Aku nak.."

"Nak apa? Penampar?"

"Kau.."

"Aku apa?"

"Kahwin dengan aku."

AAMARA dan Hanim hanya memandang dua orang itu dari luar jendela cafe yang bertingkapkan kaca itu. Tak. Bukan dua orang tu. Tapi bayi tu.

"Kau tengok apa Mara? Cepatlah jom, grab dah nak sampai ni," tegur Hanim. Aamara memandang kearah Hanim sekilas sebelum kembali memandang kearah Farah.

"Aku.. aku rasa baby tu familliar.." Hanim berkerut dahi.

"Familliar maksudnya?"

"Budak tu, macam..."

Tbc
[1379 word]
[16/4/2023]

Continue Reading

You'll Also Like

35.3K 3K 11
လူကြီး မိုးကောင်းကင်ပြာပြာကို သဘောကျသလို ဒီကမျက်ဝန်းပြာပြာနဲ့ကောင်လေးကိုလည်း သဘောမကျချင်ဘူးလား
656K 27.3K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
260K 18K 58
MAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Te...
665K 27.3K 43
⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ ⚠️ cerita ini mungkin mengandungi sedikit kata-kata kesat ⚠️ [ STATUS : COMPLETED ] Darren Zavier Seorang lelaki yg bekerjaya dan m...