04 | Secret Mama (hold on)

By QuenDarkness

3.3K 615 260

Karya keempat [@Quendarkness][on-going] "Many secret in this story because this story name is Secret Mama."... More

P R O L O G
SECRET MAMA | S A T U
SECRET MAMA | D U A
SECRET MAMA | T I G A
SECRET MAMA | E M P A T
SECRET MAMA | L I M A
SECRET MAMA | E N A M
SECRET MAMA | T U J U H
SECRET MAMA | L A P A N
SECRET MAMA | S E M B I L A N
SECRET MAMA | S E P U L U H
SECRET MAMA | D U A B E L A S
SECRET MAMA | T I G A B E L A S
SECRET MAMA | E M P A T B E L A S
SECRET MAMA | L I M A B E L A S
SECRET MAMA | E N A M B E L A S
SECRET MAMA | T U J U H B E L A S
SECRET MAMA | L A P A N B E L A S
SECRET MAMA | S E M B I L A N B E L A S
SECRET MAMA | D U A P U L U H
SECRET MAMA | D U A P U L U H S A T U
SECRET MAMA | D U A P U L U H D U A

SECRET MAMA | S E B E L A S

110 25 12
By QuenDarkness

SECRET MAMA
[1/6/2005]

TUAN Putera Irshad Fahim menyiapkan dirinya untuk pergi ke kerja. Tie dibetulkan sedikit bagi mengemaskan dirinya. Mata asik memandang dirinya melalui pantulan cermin.

Selesai membelek diri, Irshad terus berlalu pergi ke katil miliknya sebelum Farah yang juga sudah bersiap itu di ambil.

"Hehehe, today Farah akan ikut kerja dengan papa, okey?" Pipi Farah diciumnya bertalu-talu.

Bag sandang bentuk unicorn dicapai bersama briefcase miliknya dan terus berlalu keluar dari bilik tidurnya.

"Yo! Kau unicorn bagai ni nak terbang ke mana weyy?" Soal Aydhan yang berada diruang tamu.

"Terbang ke tempat kerja. Bukan macam orang tu tahu menganggur je." Jawab Irshad penuh sindiran. Aydhan menjegilkan matanya menyampah.

"Kau betul ke nak bawa Farah tu? Tak nak aku jaga?" Soal Aydhan inginkan kepastian.

"Aku boleh jaga, lagipun kalau kau yang jaga entah apa-apa dibuatnya dekat anak aku." Jawab Irshad sambil memakai kasut dengan sebelah tangan dek kerana sebelah lagi sedang mendukung Farah.

"Hmph! Tak caye sangat.." ujar Aydhan, malas. Irshad hanya memekakkan telinganya saja.

Irshad terus melangkah masuk ke dalam kereta miliknya setelah meletakkan Farah di carseat. Kereta audi yang dipandu olehnya mula bergerak laju ke jalan raya meninggalkan kawasan perumahan tersebut.

ALIYAH hanya berpura-pura tidak mengerti ketika rakan-rakan sekerjanya berbual tentang kejadian dua hari lepas.

"Itulah, bukan ke tu kes bunuh? Kenapa pihak atasan tak masuk campur?" Soal Puan Juliana pada rakannya, Zainab.

"Entahnya, aku rasakan, dia orang guna cable lah supaya tak kena tangkap." Balas Zainab. Juliana mengangguk setuju.

Aliyah yang dengarkan itu tersentap. Memang guna cable pun.

"Aliyah.." Aliyah yang sedang membuat kerja di komputer itu menoleh kearah Hafiz.

"Benda kau?"

"Tak payah pura-pura lah weh, kau fikir aku tak tahu kau yang tutup kes dua hari lepas tu?" Soal Hafiz, sinis dalam nada yang berbisik.

"Apa kau merepek ni? Sanalah! Aku sibuk!"

"Sibuk apanya? Kau tengah main judi! Kau tunggu aku bagitahu ketua!"

Aliyah lantas menutup game judi sebelum digantikan dengan Microsoft word.

"Bukan judi, saja-saja je. Tak dapat duit pun," jawab Aliyah, mendatar. Hafiz senyum sinis.

"Sebab dah dapat duit dari ketua Danger Black, kan?"

"Mana ada!"

"Iyalah tu.."

"Apa bising ni?" Soal Harith yang baru saja masuk ke dalam balai tersebut.

"Dia ambil sogokkan weyy," adu Hafiz. Aliyah membesarkan mata.

"Apa kau ni sial!"

"Benda betul, kan?

"Mana ada!"

"Betul!"

"Tak!"

"Be—"

"Eh, bila kau sampai Iman? Bukan kau cuti lagi ke?" Soal Puan Zainab sekaligus mengalihkan perhatian ketiga orang manusia itu.

"Saya cuti sakit je, kak. Bukan cuti mati." Jawab Iman, acuh tak acuh.

"Eh, kau tahu tak pasal kes mayat dua hari lepas dekat jalan Cahaya?" Soal Puan Juliana ingin mengorek rahsia.

"Jalan Cahaya tu wujud pun saya tak tahu." Jawabnya masih lagi acuh tak acuh. Terus saja dia berlalu pergi dari situ.

"Hahaha! Bapak penipunya kawan kau tu,"

ALIYAH berjalan malas menuju kearah sebuah bangunan yang gah ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur ini. Sangat malas.

"Apa lagilah, si Irshad tu nak?" Soalnya mengumam sendiri. Dia melangkah kearah lobi company tersebut.

"Cik Aliyah, ya? Tuan Irshad ada di pejabatnya, cik naik—"

"I know," pintasnya meninggalkan penjaga kaunter itu.

Pintu kayu ditolak kasar olehnya sebelum matanya memandang kearah Irshad yang sudah kusut dengan keadaan bilik yang berselerak.

"Wow, kenapa ni?" Soal Aliyah seraya mengambil Farah yang sedang melalak diatas sofa.

"Aku patut tinggalkan budak ni dekat rumah kalau tahu jadi macam ni," kata Irshad meraup rambutnya ke belakang.

"Hahaha! Asal wey? Tak akan budak tak boleh jalan ni yang sepahkan bilik you?"

"She not, she do," jawab Irshad, dingin. Aliyah tidak mengerti.

"Kenapa?"

"Semuanya jadi kelam kabut!"

"Cuba cerita.."

"Ah! Nantilah! Aku ada meeting ni, kau tolong jagakan Farah kejap. Nah kereta!" Kunci kereta diletakkan diatas meja kerjanya sebelum Irshad dengan tergesa-gesa mencapai file miliknya.

"Eh, Irshad nanti!" Irshad yang ingin membuka pintu itu menoleh kearah Aliyah yang sedang menuju kearahnya.

"Apa? Aku dah lambat ni!"

"Tak akan awak nak masuk meeting dengan selekeh macam ni?" Soal Aliyah seraya menyisir rambut Irshad menggunakan jarinya. Tie lelaki itu dibetulkan.

Irshad diam memandang wajah Aliyah. Jantungnya berdebar tatkala gadis itu menyiapkan dirinya.

"Okey, sekarang barulah handsome.." pujinya ikhlas. Irshad terkaku.

"Bro, kau tak nak masuk meeting—" Ezz yang baru saja membuka pintu pejabat Irshad terdiam melihat Irshad yang sedang merenung Aliyah dan Aliyah sedang mengemaskan pakaian jejaka itu.

Mendengarkan suara Ezz, lantas kedua manusia itu menoleh.

"Ouh tengah sweet moment ke? Sorry lah ganggu, tapi kau kena masuk meeting sekarang."

"Okey jom," Irshad berlalu keluar dari pejabat tersebut mengikuti langkah Ezz.

"Kau suka dia ke?" Soal Ezz mengerling sekilas kearah Irshad disebelahnya.

"Apa kau merepek ni?" Soal Irshad semula dengan dahi yang berkerut.

"Kalau kau suka dia, aku tak boleh halang. Tapi, jaga-jaga, aku tak percaya sangat dengan perempuan tu." Ujar Ezz, dingin. Dia merasakan gadis itu ada niat tak baik.

"Aku pun sama, kau rileks je. Aku pun rasa dia ada something, tapi aku rasa benda ni ada kaitan dengan anak aku." Jawab Irshad juga dingin.

"Mungkin dia ibu Farah?"

"Mengarut, dia belum kahwin."

"Mana kau tahu?"

"Aku dah suruh Iman check. Lagipun dia dengan Iman kan partner kerja," jelas Irshad dan mendapat anggukan dari Ezz.

"Perempuan bertopeng tu, ada apa-apa maklumat?" Soal Irshad sambil berjalan menuju ke bilik mesyuarat setelah menuruni lift.

"Kau yakin tu bukan Aliyah?" Soal Ezz kembali. Irshad mengangguk.

"Dia memang ada kat balai,"

"Kalau dia tipu?" Irshad terdiam. Dia kemudian memberhentikan langkahnya dihadapan bilik mesyuarat dikuti oleh Ezz. Kedua orang jejaka itu saling beradu pandangan.

"Bila kau cakap macam tu, aku teringat waktu aku dengan dia kena serang haritu. Cara dia punya tendangan dengan tendangan perempuan bertopeng tu, sebijik wey!"

"Kita kena siasat dia tu. Aku tak nak dia cuba something dekat kita atau Farah." Irshad mengangguk.

FARAH yang sudah tidur itu di letakkan diatas sofa yang sudah diletakkan tilam kecil untuk bayi tersebut.

Perlahan-lahan Aliyah bangun sambil mata memandang sekeliling pejabat tersebut. Ada CCTV.

Lantas dia mengeluarkan telefon pintar miliknya dan memasang bluetooth untuk disambungkan ke telefon miliknya.

"Senang nak padam," ngomelnya sendiri.

Lantas Aliyah bergerak menggeledah laci, rak dan setiap sudut pejabat Irshad.

"Tak ada apa-apa maklumat penting ke?" Soalnya sendirian.

Laci yang berkunci dibawah meja kerja Irshad menarik perhatian Aliyah. Laci cuba ditarik, berkunci.

Seutas dawai yang dipakai di pergelangan tangannya ditanggalkan sebelum dia membuka laci tersebut menggunakan dawai. Dawai tersebut sentiasa berada di tangannya untuk kepentingan. Contohnya sekarang nilah.

Benda pertama yang gadis itu jumpa adalah sebuah frame gambar. Ada dua orang kanak-kanak lelaki yang mungkin adalah Irshad dan Iman serta sepasang suami isteri.

"Ouh gambar keluarga," Aliyah membuat keputusan untuk menangkap gambar tersebut menggunakan telefon miliknya.

Frame diletakkan kembali. Seterusnya dia menjumpai sebuah buku berwarna hijau. Lantas buku tersebut diambil.

Diselak satu persatu helaian tersebut yang merupakan isi luahan dan diary lelaki itu. Ouh masih wujud lelaki yang tulis diary dekat buku. Biasanya dekat note.

Namun tangan gadis itu terhenti di satu muka surat yang menarik perhatiannya. Lantas dia mengambil gambar terlebih dahulu sebelum membaca.

6/6/1992

Today is my birthday turn 15, actually I don't care if not celebrate with anyone. Tapi aku nak sangat dengar mama wish dekat aku. Tak ada hadiah atau kek pun tak apa, just wish.

Tapi rasakan benda tu mustahil. Hari ulang tahun aku pun tak ada siapa ingat. Patutnya Harini adalah hari yang menggembirakan buat aku, tapi kenapa aku tak gembira?

Aku nak wish dari mama, bukan pukulan :(

Daddy, i miss u. Sejak mama kahwin baru, mama dah tak sayang Irshad, mama dah tak bagi perhatian macam dulu. Suami baru mama selalu pukul Irshad, sama macam mama :(

Daddy, Irshad dah cuba lindungi Iman, tapi Irshad tak berjaya, sekarang Irshad sendiri, entah bila Iman nak bangun.

Kalau daddy ada lagi, mesti daddy akan peluk Irshad dan ucap 'selamat hari lahir anak kesayangan daddy' lepastu Iman cemburu, dia mengadu kat mama and then mama marah daddy. Irshad rindu semua tu :(

Mungkin ni last Irshad sambut sendiri. Lepas ni Irshad tak nak sambut dah.

Aliyah mengerti perasaan lelaki itu. Lantas dia menyelak lagi helaian seterusnya sehingga ke muka surat terakhir.

Aliyah meletakan kembali buku tersebut sebelum dia kembali memunggah. Sehelai sampul surat diambil olehnya sebelum di buka.

Surat pengesahan dokter psiktarist.

Aliyah membesarkan mata membaca  apa yang tertulis di surat tersebut. Dia sudah faham mengapa lelaki itu berubah-ubah mood.

Aliyah mengambil gambar surat tersebut sebelum dia meletakan kembali surat tersebut ke dalam laci. Hmmm, apa lagi yang ada eh?

Matanya tertancap pada telefon lama berjenama Oppo di dalam laci tersebut sebelum dia membuat keputusan untuk mengambil telefon tersebut.

Klak!

Pendrive yang terjatuh apabila dia mengambil telefon tersebut diambil. Mata mengerling sekilas kearah jam. Kejap lagi mungkin Irshad akan masuk.

Pendrive dan telefon lama itu diambil dan di masukan ke dalam bag. Laci kembali ditutup dan dikunci menggunakan dawai.

Aliyah membuat keputusan untuk memadam dahulu memori CCTV sebelum membuat keputusan untuk mengemas pejabat tersebut.

Tbc
[1475 words]
[1/4/2023]

Continue Reading

You'll Also Like

260K 18K 58
MAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Te...
413K 19.3K 60
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 2 ) RANKING NO 3 ACTION 🏅 RANKING NO 1 DINGIN🏅 Tengku Ikmal Hakimi anak kepada Tengku Irfansyah dan Putr...
2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
656K 27.2K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...