DIA MILIKKU (C)

By Rosida_Rosdi

53.7K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 22

821 29 0
By Rosida_Rosdi

"Haih..."

Aku mengetuk-ngetuk dahiku perlahan di atas meja seperti burung belatuk.

"Kau asal teruk sangat aku tengok. Macam ayam berak kapur," tegur Amir. Aku tiada tenaga dah nak berbalas perbualan dengan Amir.

Sudah seminggu Tuan Aaron ke UK masih tidak pulang-pulang. Aku rasa... rindu? Rindu senyumannya. Rindu layanannya. Rindu kehangatan kulitnya. Rindu mahu menatap wajahnya. Rindu untuk dengar suaranya. Rindu semua tentangnya.

"Hm..." Amir menggeleng kepala, "Piqa."

"Ye..." aku toleh mukaku. Terasa pipiku di cucuk sesuatu. Amir menghulurkan aku gula-gula.

"Thanks..."

Aku membuka plastik dan memasukkan gula-gula itu ke dalam mulut. Manis. Tapi tekak aku terasa pahit. Aku tiada selera. Adakah ini yang di namakan cinta? Makan tak kenyang. Mandi tak basah. Tidur tak lena.

Hah! Nafasku terhenti. Semua symptom aku ada! Kau biar betul Syafiqa? Aku berperang di dalam kotak fikiranku. Adakah aku sudah jatuh hati dengan Tuan Aaron? Tapi sejak bila? Atau pun kerana berjauhan menyebabkan aku keliru? Hmmm...

"Malam ni kau free tak?" soal Amir.

"Free je. Kenapa?"

"Jom tengok wayang? Ade movie baru keluar. Malam minggu layan midnight movie pun best jugak," cadang Amir teruja.

Aku termenung melihat ke arah bunga ros yang sudah layu dan kering di hadapanku. Seperti mana layunya hati aku ketika ini. Cinta kalau tak disiram mana mungkin boleh segar mewangi. Tuan Aaron sudah seminggu hilang tanpa khabar berita. Telefon tidak berjawab. Tidak langsung bertanya khabar.

"Jom lah. Aku pun takde apa nak buat malam ni. Kau belanja kan?" usikku.

"Ye... aku belanja. Kau bawak diri je," balas Amir.

Aku tercengang. Sejak bila Amir jadi pemurah dengan aku ni?

"Kau tak payah nak buat terkejut sangat lah. Takkan aku nak suruh date aku keluar duit. Tak gentleman lah."

Date?!

"B-banyak la kau punya date! Aku just teman kau tengok movie je. Kebetulan a-aku free malam ni," kataku tergagap-gagap dek kerana berdebar mendengar kata-kata Amir. Amir tersengih melihat gelagatku.

"Suka hati kau lah nak anggap apa. Aku nak kau happy je. Kau asyik mengeluh je sebelah aku. Dah naik bernanah telinga aku ni mendengarnya." Amir menggosok telinganya.

Mana aku tak mengeluh! Prince charming aku sudah seminggu menghilangkan diri. Mata aku sudah ketandusan makanan. Tiada lagi wajah tampan itu untukku tatap.

Hari-hariku terasa panjang. Terasa tidak bersemangat untuk kerja. Tapi apakan daya demi sesuap nasi dan rezeki yang halalan toyyiban. Inilah masanya untuk aku membalas jasa orang tuaku. Membanting tulang empat keratku meringankan beban mereka.

Aku mengemas beg galasku. Aku campak-campakkan sahaja barang-barangku ke dalam. Aku lihat Amir sudah menungguku di birai pintu.

"Kau turun la dulu," kataku kepada Amir.

"Takpelah. Aku tunggu kau. Kita gerak sama-sama," balas Amir sambil jarinya menekan-nekan skrin telefon pintarnya. Sungguh aku tak biasa dengan layanan baik dari Amir. Tetapi sudah seminggu dia layan aku begini. Sekurang-kurangnya rasa nak termuntah tu sudah hilang.

"Jom!" kataku berjalan di sebelahnya.

"Bak sini beg kau. Biar aku bawak."

Belum sempat aku berkata apa-apa dia sudah menarik begku dan menyandangnya di bahu kirinya.

Setiap tingkah-lakunya membuatkan jantung aku tak tenang. Bila difikirkan semula, Amir dan aku kalau tidak sepadan pun tidaklah bagai bumi dan langit seperti aku dan Tuan Aaron. Tuan Aaron sudah berlainan kasta. Berlainan liga. Dengan status kerjayanya. Muka yang tampan. Badan yang mengancam. Usia kami pun jauh berbeza. Makin aku fikirkan makin aku down. Makin aku rasa tak layak.

"Haih..." terkeluar juga keluhan dari bibirku. Amir mengerutkan dahinya memandangku. Tapi dia tidak berkata apa-apa lagi.

Sampai sahaja di cinema, Amir membelikan kami popcorn dan air jus oren. Aku mengeluarkan duit namun ditolak mentah-mentah oleh Amir. Aku rasa serba-salah. Dia tidak bergurau.

Di dalam panggung fikiran aku melayang. Aku tidak boleh fokus kepada penceritaan di hadapanku. Sedang aku termenung tiba-tiba aku dapat rasakan kehangatan kulit Amir berlaga dengan kulitku. Aku tersentak.

Dia memberanikan diri menjalar tangannya dan menggenggam tapak tanganku. Belum sempat aku tarik, dia sudah menyilangkan jari-jemarinya dengan jariku. Dia meramas-ramas tapak tanganku lembut. Hatiku tiba-tiba berasa sebak. Aku membayangkan indahnya kalau tangan ini milik Tuan Aaron. Aku rindu. Sangat rindu...

Maafkan aku Amir kerana tak bisa menganggap kau lebih dari biasa. Aku menjeling ke arah muka Amir. Ternampak wajahnya ceria di dalam samar-samar cahaya.

Kenapa baru sekarang kau mahukan aku? Kenapa setelah hati aku dirampas orang lain baru kau nak kembali padaku? Kalau kau terima aku dari awal hari tu tidaklah aku dibelenggu rasa bersalah begini. Soal hati bukan boleh dipaksa. Dia suka siapa yang dia nak suka. Dia jatuh kepada siapa yang dia nak jatuh tak kira masa dan situasi.

Aku melemparkan pandangan kosong kehadapan. Dengan harapan semuanya ini hanyalah mimpi ngeri.

****

Aku menggosok rambutku yang basah dengan tuala bersih di tanganku. Aku mencapai telefonku untuk lihat kalau-kalau Amir ada menghantar mesej. Lapar pulak perut ni. Aku nak keluar ke dapur lah mencari apa-apa makanan yang boleh mengisi perutku yang sudah berkeroncong ni.

*Ringggg*

"Opocot!!"

Aku tercampak telefonku jatuh ke bawah katil. Terkejut aku! Siapalah call aku pagi-pagi ni.

Aku meniarap mengambil semula telefonku. Dalam keadaan tertonggeng aku perhatikan nama di atas skrin. Terkebil-kebil mataku melihat nama yang naik.

Tuan Aaron! Aku bingkas bangun duduk menyandar di tepi katilku.

"H-hello!" suaraku terkucil kerana terlalu teruja.

"Haha... you buat apa tu?"

Ahhh... suara Tuan Aaron. Aku mengetap bibirku. Aku rasa seperti nak menangis. Tapi aku tahan.

"Baru lepas mandi. Tuan Aaron sihat?" soalku. Jantungku berdegup laju. Tetapi anehnya jiwaku berasa tenang.

"I'm good. You boleh keluar kejap tak?"

"Keluar? Keluar mana?" soalku pelik.

"I ada dekat depan rumah you ni. Ada barang sikit I nak bagi."

Aku bangun menyelak langsir di tingkap bilikku. Kelihatan Tuan Aaron sedang menyandar badan di keretanya. Aku terloncat-loncat teruja. Aku terus berlari keluar dengan tuala di kepala dan hanya memakai pajama.

"Kamu nak kemana tu Piqa. Berangin sebelah mak kau lari macam tu." jerit ibuku.

"Piqa keluar depan kejap mak!" jawabku bergegas ke luar rumah. Aku mengenakan selipar jepun ayahku. Itu sahaja yang sempat aku rembat.

"Tuan Aaron! Bila Tuan balik?" soalku tercungap-cungap.

"I baru sampai pagi tadi pukul 7. I terus datang sini," jawabnya sambil mengukir senyuman yang paling manis. "I... rindukan you, Piqa." dia mengusap-usap jariku. Tangannya sudah tidak berbalut. Nampaknya luka di tapak tangannya sudah mulai sembuh. Hanya tinggal plaster sahaja. Aku lihat matanya sembab mungkin sebab jet lag?

"Oh here. I ada belikan you souvenir." Tuan Aaron menghulurkan beg kertas berisi souvenir dan coklat. Tangannya sebelah lagi masih tak lepas bermain-main dengan jariku. Aku tak sangka dia masih ingatkan aku.

"Terima kasih... erm..." aku mahu tanya atas urusan apa dia balik ke UK. Namun melihatkan keadaan Tuan Aaron yang seperti keletihan, aku batalkan niat aku.

"Tuan balik la rumah dulu. Rehat. Mesti penat kan perjalanan berbelas jam," kataku menguis-nguis jarinya yang panjang dan berurat itu.

"Hmm..." dia merenungku atas bawah. Kemudian menangkup mukanya dengan tapak tangannya yang berurat biru itu.

"Kenapa Tuan Aaron? Tuan sakit kepala ke?" soalku bimbang.

"Kepala lain yang sakit ni... you seksi sangat..." bisiknya disebalik celahan jarinya. Dia mengurut-urut celah matanya.

Aku memandang ke bawah. Butang bajuku terbuka sedikit menampakkan renda braku. Aku cepat-cepat mencengkam bajuku. Mukaku terasa panas. Mana aku nak letak muka aku ni! Aku keluar tergesa-gesa tadi. Aku tak perasan. Aku lihat Tuan Aaron mengalihkan pandangannya. Pipinya kemerah-merahan.

"Ehem... I balik dulu. Jumpa kat ofis nanti," katanya lalu melepaskan jariku.

"Tuan Aaron!" aku meluru ke arahnya dan memeluk badannya erat. Aku ingin melepaskan rindu dendamku padanya. Perlahan-lahan dia memelukku kembali kemudian mengusap-usap belakang kepalaku lembut. Aku mendongak dan senyum kepadanya.

Dia tunduk sedikit dan mencium dahiku. "I missed you."

Tuan Aaron pun memandu keretanya pulang. Aku masuk ke dalam rumah semula untuk membantu ibuku buat kerja rumah. Cuti kan. Nak buat apa lagi. Lagipun tenaga aku sudah dicas kembali dengan pelukan Tuan Aaron sebentar tadi.

Keesokannya aku masuk kerja dengan penuh semangat yang berkobar-kobar. Semangat nak berjumpa penyejuk mataku, Tuan Aaron.

"Amboi kau. Kenapa happy sangat? Baru menang jackpot ke apa?" soal Amir yang singgah di mejaku. Dia mengangkat kening melihat aku.

*Tok Tok*

"Morning semua..." Prince charmingku melangkah masuk ke dalam pejabat.

"Oohh... faham... faham..." kata Amir sambil menepuk-nepuk bahuku. Dia berlalu keluar ke tandas dengan muka kelat.

"Tuan Aaron. Ini failnya." Heather menghulurkan kertas kerja client yang di ambil alih olehnya ketika ketiadaan Tuan Aaron.

"Thanks Heather. I owe you big time," balas Tuan Aaron kembali. Aku hanya melihat dari jauh.

"Piqa. Would you make me a cup of coffee?" arah Tuan Aaron.

"O-okay," aku pun bangun menuju ke pantry. Sedang aku ralik mengacau gula di dalam gelas, Tuan Aaron datang memelukku dari belakang. Tangannya ditekan kuat ke badanku.

"Hi cinta..." bisiknya di telingaku.

"Tuan Aaron..." bisikku. "Janganlah.. Nanti orang nampak..." aku menampar lengannya. Dia mengangkat tangannya ke atas dan tersengih. Aku menggelengkan kepala. Malu tapi mahu.

"Tuan Aaron ada di pantry. Let me show you the way," kedengaran suara Andrew dari luar.

"Thank you," terdengar pula suara seorang wanita yang tidak ku kenali. Mereka melangkah masuk ke dalam beriringan.

"Abang Aaron!"

Seorang wanita baya-baya aku tiba-tiba muncul dan memeluk lengan sasa Tuan Aaron. Tapak tangannya diletakkan di atas dada kekar Tuan Aaron.

Abang?!!

Continue Reading

You'll Also Like

562K 21.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
26.5K 994 25
1ST STORY DIARAERA "woi bantal,jom tido dengan aku" "Hai ikan buntal abang" "Kau ni sedap buat peluk lepastu kau lembut " "Kenapa makin hari makin le...
276K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
7.7K 1K 16
Seorang wanita tiada peneman lalu dia membeli seekor arnab yang comel untuk menjadikan arnab itu penemannya tapi tiba-tiba.....Kalau nak tahu lebih l...