DIA MILIKKU (C)

By Rosida_Rosdi

53.7K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 20

976 29 0
By Rosida_Rosdi

Sepanjang hayat aku tidak pernah lagi ada orang meluahkan perasaan kepada aku. Luahan kata hinaan dan cacian itu sudah menjadi makanan aku. Tapi kali ini aku dikejutkan dengan hasrat cinta dari insan bernama lelaki. Bukan satu, tapi dua orang sekaligus! Aku rasa bagaikan mimpi!

"Cinta. Terima lah I," kata Tuan Aaron sambil menghulurkan tangannya.

"Piqa. Aku sayang kau," luah Amir pula.

"Tapi kau gemuk... gemuk... muk... muk..."

Aarrghhh!!!

"Haa... haa... haa..." aku terjaga dari tidurku. Ini baru betul-betul mimpi! Keringat terbit di dahiku, masih terngiang-ngiang mimpi ngeriku sebentar tadi. Terasa begitu nyata.

"Apa benda tu terjerit-jerit dalam bilik tu?" suara nyaring ibuku menerjah masuk dari luar bilik tidurku. Aku bingkas bangun mandi, bersiap dan terus menuju ke dapur.

"Anak dara tak elok terpekik terlolong macam orang nak beranak pagi-pagi buta," leternya lagi sambil berperang di dapur menyiapkan sarapan.

"Hehe..." tiada apa yang boleh aku balas selain ketawa tidak berirama di sebelah ibuku. Aku membancuh satu teko air kopi O panas untuk seisi rumah.

"Ayah mana?" soalku.

"Ada tu tengah siap-siap. Kejap lagi mari la tu."

Kami menunggu bapaku sertai kami sarapan bersama. Selesai sarapan semua bersurai dengan rutin harian masing-masing. Ibuku meneruskan kerja-kerja rumahnya. Bapaku memulakan tugas murninya sebagai seorang polis yang menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang. Aku pula... entahlah...

"Haaaaaa..." aku mengeluh panjang di meja kerjaku.

*Ting*

Bos Aaron : Good morning cinta.

Errr... 'cinta'?

Meremang bulu roma aku menggigil satu badan. Aku renung jambangan bunga ros di hadapanku. Aku kutil-kutil kelopak bunganya. Kepala kutoleh ke arah meja Amir. Hari ni dia di arahkan untuk ke luar kawasan. Aku tak tahu kenapa tapi hati aku berasa lega.

"Wei!" Heather datang duduk mencangkung di sebelahku. "Siapa kasi kau itu?" dia mengerling ke arah bunga ros merah yang semakin layu.

"Err... kalau aku cakap kat kau, kau janji jangan bagitau orang?"

"OK. Aku janji!" Heather mengangkat tapak tangannya separas telinga.

Aku merapatkan mukaku ke telinganya dan membisikkan nama si penghantar bunga.

"What?!!" Pekiknya. Cepat-cepat aku tutup mulutnya dengan kedua tapak tanganku.

"Shhhh!!"

*Tok Tok*

Tuan Aaron melangkah masuk ke dalam ofis untuk bertemu Encik Saiful. Sambil dia melangkah sempat dia mengenyitkan sebelah matanya kepadaku. Aku berpeluh dingin.

"Ummphhh!!!" mencerik Heather terbeliak mata seperti mahu tersembul keluar dari soketnya. Mujur mulutnya masih dikatup olehku. Kalau tidak bergegar satu ofis dengan jeritannya. Dia menampar-nampar tanganku.

Aku pun melepaskan tanganku dari mulutnya. "Are you serious?!" bisiknya teruja sambil menggenggam kedua tapak tanganku.

"Erm... tapi aku tak bagi jawapan lagi kat dia."

"Gila kau! Prince charming pun ndak mau juga bha kau? Kalau aku terima suda itu bos kita. This instant!"

Kalau aku terima sebab paras rupanya, then I'm no different from Amir. Amir Amir. Menyampah betul aku dengar nama tu! Hmph!

"Piqa. Come to my office. Bring all the files," arah Tuan Aaron dengan suara mendatar berlagak profesional. Heather tersengih-sengih menyiku lenganku. Aku siku lengannya semula. Bermula la adegan siku-menyiku antara aku dan Heather.

Aku membuntuti Tuan Aaron hingga ke dalam bilik ofisnya.

*Click*

*Tap*

"Err... kenapa Tuan kunci pintu?" soalku panik memandang ke arah pintu.

Tuan Aaron menghadapku. "Amir ada ganggu you ke?"

"T-takde..." aku tak sampai hati nak ceritakan hal sebenar kepada Tuan Aaron.

"Hmmm..." badannya dibongkokkan sedikit. Dia mengusap bibirnya sambil memerhatikanku. "Then kenapa you two bergaduh semalam?"

"Aaa... M-mana ada! Takde gaduh. Ha, takde..." jawabku menggelabah.

"Hm?" mukanya dirapatkan sedikit lagi nak menyentuh pipiku. Terlalu dekat hingga jelas kelihatan satu tahi lalat di celahan kolar leher bajunya. Ahh... Seksi sungguh ciptaan Tuhan...

Aku dah habis mengecut dah ni. Kau nak datang rapat sampai ke mana lagi? Sudah tiada tempat untuk aku mengelak.

*DUB*

Badanku sudah melekat mengenai dinding. Dia mencapai daguku. Mukanya kelihatan bercahaya. Sangat terang dan menyilaukan mataku. Ketampanannya membuatkan lutut aku lemah longlai bagai tercabut skru. Tak aci betul!

"Tuan Aaron. Janganlah macam ni. Saya segan lah..." kataku memalingkan wajahku ke sisi.

Dia mengambil tapak tanganku dan diletakkan di tengah-tengah dadanya. "Me too..." bisiknya di telingaku. Tanganku bergetar mengikut degupan jantungnya yang berdenyut teruk.

*Chup*

Satu ciuman lembut mendarat dipipiku. Mataku terbuka luas tiada berkelip. Tanganku menolak dadanya perlahan. Tapi Tuan Aaron menekan badannya kembali. Setiap hela nafasnya menyapa pipiku.

"T-tuan Aaron... please..."

Tangannya terus merangkul pinggangku tanpa mempedulikan kata-kataku. Dia membenamkan mukanya di bahuku. Aku mematung tidak tahu respon apa yang terbaik aku patut buat ketika ini. Segan namun ada satu perasaan berbunga-bunga yang sukar aku gambarkan.

Terasa bahagia juga bila disayangi begini. Tapi betul ke dia sayang aku? Aku rasa seperti sukar untuk mempercayainya. Kenapa aku?

Selang beberapa ketika dia membuka pelukannya dan melangkah setapak ke belakang. Tangannya memegang kedua bahuku. "Actually... I tahu Amir pun sukakan you. I dapat agak setiap kali tengok dia mesra dengan you. But I'll fight fair and square," katanya dengan muka bersungguh-sungguh.

Mesra?

Tu bukan mesra Tuan Aaron. Itu satu pembulian! Aku menelan air liurku. Terasa seperti berada di tengah-tengah medan perang yang mana aku sebagai pertaruhan!

****

*Ringggg Ringggg*

"Piqaaa... fon kamu berbunyi ni!" panggil ibuku dari ruangtamu. Aku mengeringkan tanganku selepas siap membasuh pinggan di dalam sinki.

"Kau buat apa tu Piqa?"

"Assalamualaikum," jawabku.

"Wa'alaikumussalam."

"Ooo Islam... Ha, ada apa kau call aku malam-malam ni?" soalku menyampah.

"Hehe... pasal assignment yang Encik Saiful bagi siang tadi. Kau dah buat research ke?"

"Belum. Kejap lagi la. Kenapa?"

"Oo... aku ingat nak buat sekali dengan kau."

"Hmm..."

Assignment yang diberikan tidak boleh dinafikan sememangnya agak tricky. Sedikit sukar jika dilakukan sendirian. Lagi pula Encik Saiful nak dalam masa terdekat.

"Boleh lah boleh lah," jawabku.

"Jumpa pukul 9 dekat kedai mamak simpang hujung tu kay?"

"OK."

Aku memadam telefonku. Sudah pukul 8.30.

"Mak. Piqa nak keluar kejap ni jumpa Amir. Ada hal kerja sikit."

"Yelah. Jangan lupa solat dulu. Pastu jangan balik lewat sangat," pesan ibuku.

"Ye mak. Sebelum pukul 12 Piqa balik ye."

Aku masuk bilik untuk solat dan mengemas begku. Kedai mamak itu hanya beberapa kilometer sahaja dari rumahku. Tempat lepak orang muda-mudi di pekan ini. Kadang-kadang terselit juga pekerja asing. Semua hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

"Piqa!" Amir memanggilku dari kejauhan. Dia sudah duduk seorang diri di meja makan. Aku pun menghampirinya. "Kau dah makan?" Soalnya.

"Dah tadi kat rumah. Aku order air je la," jawabku.

Aku mengeluarkan komputer riba serta buku notaku di atas meja. "Kau dah buat sampai mana?"

"Aku dah buat sampai segment D."

"Biar betul! Kau practically macam dah siap je."

Boleh pakai jugak si Amir ni. Dari dulu aku tak faham dengan dia ni. Kuat tidur dalam kelas tapi bila final. Bam! Straight A's! Tak puas hati betul aku. Memang semua lelaki macam tu ke? Or are you born differently? Yang aku ni punyalah bersengkang mata pun tidak dapat keputusan secemerlang dia.

"Apsal kau tenung aku macam tu? Kau nak makan aku ke? Hahaha..." Amir mengipas-ngipas mukaku yang mengelamun jauh.

Aku menampar tangannya. Dia merengus pedih. Aku menyelak nota Amir yang kemas dan teratur. Setiap tugasan yang diberikan di siapkan dengan kemas dan tepat. Dah tak banyak yang perlu aku bantu. Aku sudah berasa pelik. Seperti ada udang di sebalik batu.

"Hmm... kau ajak aku keluar bukan sebab assignment kan?" aku memeluk tubuhku. Terasa seperti dipermainkan.

"Well... aku dah kantoi la ni?" kata Amir bersahaja. Dia menongkat dagunya di atas meja. "Kalau aku ajak kau keluar mesti kau tak nak kan? Aku dah takde cara lain nak heret kau ke sini."

*SRETTT*

Aku menolak kerusiku dan bingkas bangun. Geramnya hati aku Tuhan sahaja yang tahu. Amir menyambar tanganku. "Piqa... please listen to me?"

Semua orang sudah memandang ke arah kami. "Tsk! Bos! Saya letak duit atas meja aa?!" laung Amir kepada tuan kedai. Amir mengemas begku dan menggalasnya. Dia menarik tanganku hingga ke keretanya.

"Eeii... Lepas lah! Kau suka tipu aku kan? Seronok ke mainkan aku?" aku meronta-ronta tapi tak berdaya melawan kudrat seorang lelaki. Dia menolakku masuk ke dalam kereta dan memecut beredar dari situ.

"Kau nak bawak aku pergi mana ni?" soalku sedikit cemas. Tapi Amir hanya mendiamkan diri. Beberapa minit kemudian kami sampai di sebuah taman permainan awam. Terdapat lampu-lampu neon menghiasi pokok dan tiang-tiang.

"Turun," arahnya ringkas. Aku keluar dari kereta dan melihat sekeliling. Sunyi tak ada orang. Amir nak buat apa kat aku ni? Meremang bulu roma aku.

"Kau ingat lagi tak tempat ni?" soalnya. Aku menggelengkan kepala.

"Sinilah tempat aku janji dengan kau masa sekolah rendah dulu."

Oh?

Aku baru tersedar. Keadaannya sudah banyak berubah. Terdapat banyak prasarana baru yang dibina hingga aku sudah tidak cam tempat ni. Tapi kenapa tiba-tiba Amir bawak aku ke sini?

"Aku..." Amir terdiam. Dia menarik nafasnya dalam-dalam kemudian dihembusnya laju-laju. Dia menggaru-garu kepalanya.

"Firstly aku nak mintak maaf dekat kau. Aku tak berniat untuk buli kau. Aku cuma kecewa bila tengok kau dah banyak berubah. Sebab aku betul-betul berharap dapat cari kau balik." Amir mengusap tengkuknya.

"Aku cuba buang perasaan aku. Aku marah dengan diri aku tapi kau yang kena tempiasnya. Aku malu kalau ada makwe gemuk."

"Tu je ke yang kau nak cakap kat aku. Sampai heret aku ke sini?" soalku terketar-ketar. Marah berbaur sedih. "Lepas satu-satu hinaan yang kau berikan tak habis lagi ke? Aku dah penat lah dengan kau Amir!"

Kakiku melangkah ingin meninggalkan Amir. Aku tak tahu nak balik pakai apa. Grab ke apa ke aku tak peduli!

Tetapi Amir menarik tanganku. "Kau dengar dulu apa aku nak cakap!"

Aku meronta-ronta untuk dilepaskan. "Aku dah taknak dengar apa-apa lagi dari kau!" akhirnya genggaman tangannya terlepas dan aku pun berjalan laju meninggalkan Amir. Air mata aku sudah bercucuran jatuh ke pipiku.

"Aku cintakan kau Syafiqa!"

Continue Reading

You'll Also Like

613K 22.9K 46
"kakak, kakak nak tahu tak tadi ibu terserempak dengan kawan abah ni.. tinggi, handsome, putih mcm korea. Kakak kan minat korea." "bohonglah mesti t...
3.3M 293K 94
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
4.5K 386 18
Known as TOGETHER BEFORE Apa kau pernah membayangkan jika suatu hari nanti putera raja datang dengan berkata dia mencintai kau seadanya? Dia memilih...
1.4K 213 36
Hutang darah perlu dibayar darah bukan? Itulah yang dia sedang lakukan saat ini. Mencari pembunuh yang telah membunuh ahli keluarganya. Sehinggakan d...