DIA MILIKKU (C)

By Rosida_Rosdi

52.5K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 19

826 34 0
By Rosida_Rosdi

*Click*

Aku menutup pintu rumahku. Aku tersandar di pintu dan menggelongsor terjelepok di atas lantai. Aku mengeluarkan telefon dari poket seluarku.

“Afham. I’ve finally said it.”

Said what?” soal Afham dihujung talian.

I told Piqa I like her,” kataku. Mukaku terasa panas mengingatkan kembali peristiwa siang tadi di tepi pantai.

“T-tuan Aaron?!” jerit Piqa menyeretku kembali ke alam nyata. Aku menahan nafasku tergamam.

Cengkaman tanganku dilepaskan perlahan-lahan dan aku bergegas bangun duduk di sebelah Piqa. Aku mengurut-urut tengkukku. “Maaf…” kataku separa berbisik.

Piqa bangkit duduk disebelahku. Dia menepuk-nepuk pasir yang melekat di baju dan rambutnya. Dia berpaling dariku. Aku dapat lihat cuping telinganya merah menyala.

“Ermm.. Ehem…” Suaraku tersekat. Aku tak tahu apa yang aku perlu katakan dalam situasi begini.

“Tapak tangan Tuan tak sakit ke?” soal Piqa memecah kecanggungan. Rambutnya menutupi sisi mukanya. Namun aku dapat lihat isi pipinya kemerah-merahan.

“Aaa… tak sakit sangat,” aku melihat ke arah tapak tanganku. Ada sedikit kesan darah merah. Aku hilang deria rasa buat seketika. Bukan sahaja rasa, malah aku seperti hilang akal! Hebatnya kuasa cinta. Sukar untuk aku meramalnya.

“Ugh…” aku mengeluh menahan pedih di tapak tanganku. Sakitnya baru datang menerjah setelah fikiranku mulai waras.

“Tuan sakit ke? Eh? Darah ni!” Piqa menarik tapak tanganku. Dia meniup debu dan pasir yang melekat di kain kasa yang melilit lukaku. Dia mengerutkan dahinya, risau.

Piqa… kau sedar tak kau dah buat hati aku yang keras membeku selama ni mula mencair dengan setiap layanan yang kau berikan. Aku jadi tamak. Aku mahu kau melayan aku seorang sahaja begini. Tiada yang lain. Adakah permintaan tulus ikhlas dari hatiku ini melampaui batas?

Aku mengangkat tapak tanganku dan memegang pipinya yang gebu itu. Piqa yang masih berkerut dahi itu mendongak memandang wajahku. Hati aku merasa tenang dengan kehadiran Piqa di sisi.

“Piqa… I thinkI have a crush on you…” Luahanku keluar bagaikan air mengalir.

Matanya membulat. Ya Tuhan! Macam anak patung! Geram betul aku tengok Piqa sekarang ini. Aku rasa seperti mahu cubit-cubit sahaja pipinya yang bagaikan pau itu.

“S-saya—”

Aku mengunci mulutnya dengan tapak tanganku. “Errr... you tak perlu jawab sekarang. You fikir dulu masak-masak sebelum bagi jawapan okay?”

“Mmphh…” Piqa mengangguk kepalanya.

Aku cepat-cepat menarik tanganku dari menangkup mulut Piqa.

Aku tahu. Aku pengecut. Aku takut untuk dengar jawapan yang bakal keluar dari mulut Piqa. Hati aku belum bersedia lagi untuk menerima sebarang rejeksi.

“Jom! Cari makan. You nak makan apa?” soalku masih berasa segan untuk memandangnya. Aku bangun berdiri menepuk pasir di punggungku.

“Keropok lekor! Dengan sotong celup tepung? Hehe…” katanya teruja.

“Hahaha… okay...” aku tersenyum melihat Piqa masih seperti biasa. Makanan masih menjadi keutamaannya. Aku rasa seperti kalah dan kecundang dengan makanan. Namun sekurang-kurangnya aku tahu apa yang membuatkan Piqa bahagia…

Wow! That was fast!” kata Afham kagum. “I thought you’ll never confess given your personality. Way to go man!”

“Kurang ajar kau Afham. Kau ingat aku ni incompetent ke?” kataku sebal.

“Hahaha.. Sooodid she say yes?”

“Ermm…”

Wait! Don’t say a word. I’ll be right there! Stay put!” Afham memotong talian.

Selang beberapa minit kemudian Afham tiba di perkarangan rumahku. Pantas betul ya kau buat kerja? Di tangannya ada sebungkus plastik berisi makanan ringan dan minuman. Kau datang macam nak ajak aku layan soup opera je tengah-tengah malam ni!

“Hehe… taknak jemput aku masuk dalam ke?” soalnya tercegat di depan pintu rumahku.

“Masuk lah,” aku menggelengkan kepalaku.

Afham masuk dan menghempaskan badan ke atas sofa. Dia meletakkan kotak rokok dan dompetnya di atas meja kopi dihadapannya. Afham tidak merokok di dalam rumahku kerana dia tahu aku tidak merokok. Rumahku sentiasa berbau harum wangian aromaterapi.

“Kau duduklah dulu. Aku nak salin bandage kejap,” kataku menunjukkan kain kasa di tapak tanganku yang sudah kotor dengan pasir bercampur sedikit darah.

“Kau keluar dengan Piqa ke hari ni?” laung Afham dari ruangtamu.

Aku menggigit hujung kain kasa untuk mengemaskan ikatan di tanganku. Hisss… nyeri rasanya! All done!

Aku berjalan keluar menuju ke arah Afham yang sedang mengunyah kuaci di tangannya. Senang-lenang betul kau buat macam rumah sendiri.

“Nah bakul sampah. Kau jangan sepahkan kulit kuaci tu pulak. Aku takde maid nak tolong bersihkan.”

“Hehe... OK Bos!” Afham mengangkat tabik spring. “Sooo… apa cerita?” Afham menaik-naikkan keningnya.

“Sabar lah. Kau ni asal beria sangat?” soalku meluat.

“Mestilah aku excited. Aku kan sayang kau Aaron.”

Aku membaling kusyen ke muka Afham. Siot betul! Afham mengekek ketawa.

“Aku cakap aku crush kat dia…”

“Pastu? Dia jawab apa? Die terima ke? Dia cakap dia suka kau balik tak?” Afham menggasak aku dengan pelbagai soalan.

“Dia tak bagi jawapan lagi. Aku bagi masa untuk dia fikir masak-masak.”

“Alaaaaahhhh…” badan Afham mengendur tenggelam di dalam sofa, kecewa. “That’s so you…”

Aku membuka tin minuman tonik yang aku ambil di dalam plastik di depanku. Air diteguk laju-laju bagi menghilangkan rasa gementar di dadaku.


****

“Siapa bernama cik… Nur Syafiqa kat sini?”

Terpacak seorang jejaka membawa sejambak bunga ros merah ditangannya.

Wow! Piqa. Ada bunga untuk you,” kata Andrew kagum.

Satu pejabat mula berbisik-bisik memandang ke arah mat bunga di pintu. Siapa pulak yang dapat bunga ni? Aik? Syafiqa tu aku kan?! Aku bangkit mengejut dari kerusiku.

Aku berjalan laju menuju ke pintu dan membawa mat bunga itu keluar dari pejabat, jauh-jauh.

“Terima kasih!” ucapku kepadanya dan merangkul bunga yang sebesar pemeluk itu. “Haa.. Haa...” nafasku laju kerana terlalu panik. Aku sudah boleh agak siapa yang bagi bunga ros ini kepada aku.

Aku mengambil kad yang terselit dicelahan bunga.

To my Cinta. Please stay healthy and happy always. From your… forever crush?!” Aku membaca kad itu perlahan.

Cinta?

Uhhh… naik meremang bulu romaku. Segannyaaa… mana aku nak sorok muka aku ni.

Aku seretkan juga kakiku kembali ke mejaku. Semua orang memandang ke arahku. Aku mula rasa sejuk-sejuk tapak kaki.

Hey!” Heather datang menepuk bahuku. “Siok bha kau urang kasi bunga! Siapa?” Heather tersengih-sengih seperti kerang busuk.

“Err... tak tahu lah,” aku memaksa diriku ketawa. Haih… Tuan Aaronnn…! Heather tak bertanya banyak kerana ada hal di luar kawasan. Dia nampak tergesa-gesa.

Aku duduk dikerusiku dan meletakkan jambangan bunga tadi di atas meja menegak.

“Amir, kau dah siapkan ke invois client tadi?” soalku kepada Amir menyambung semula kerjaku. Tapi aku tidak menerima sebarang reaksi.

Aku menoleh ke arah Amir. “Woi Amir! Kau dengar tak aku tanya ni?”

Apa pulak yang tak kena dengan Amir ni? Tak korek telinga ke? Mukanya ketat.

“Piqa. Aku nak cakap dengan kau sekejap,” dia menyambar tanganku dan mengheret aku ke pantry.

“Wei! Lepaslah! Sakit tau tak?!” kataku geram.

*BAM*

Amir menumbuk kabinet sinki di hadapannya. “Siapa yang bagi kau bunga tu?”

Aku terloncat sedikit kerana terkejut. Kenapa dengan Amir ni? Dah buang tabiat ke?

“Kenapa aku kena bagitau kau pulak?” soalku tidak puas hati. Aku memerhatikan belakang Amir turun naik dengan nafas yang laju.

“Kau… kau dah ada BF ke?”

“Mana ada lah. You know it better than anyone.”

Siapalah yang nak kan aku yang macam ikan buntal ni. Err... aku lupa Tuan Aaron.

Amir berpaling dan berjalan ke arahku. “Jadi siapa yang bagi bunga tu kat kau?” soalnya lagi. Nadanya sedikit tenang berbanding tadi.

Someone...” aku melarikan anak mataku dari Amir.

Amir memegang daguku dan merapatkan mukanya. “Piqa, what do you think of me?”

“K-kau kan kawan aku...” mataku masih tidak boleh memandang ke arahnya. “K-kau tu. Kau anggap aku apa? Bahan jenaka kau kan?!” kataku tergagap-gagap.

“Aku suka kau.”

... Eh?

“Aku suka kau. Tapi masalahnya kenapa kau jadi macam ni? Bengkak! Kalau la kau kurus…”

*Pang*

Terketar-ketar tanganku yang hinggap di muka Amir. Berbekas jugalah lima jariku di pipinya. Pipinya diusap-usap pedih.

“Aku ada paksa ke kau suka aku? Suka hatilah aku nak gemuk ke nak makan banyak ke. Ade ke aku kacau hidup kau?!” jeritku ke mukanya. “Sia-sia je aku tunggu kau selama berbelas tahun ni. Aku rasa bodoh sebab percayakan kau!” suaraku mula bergetar. Air mataku sudah mula bergenang.

Aku ingin melangkah pergi namun ditahan oleh Amir. “Tunggu! Piqa!” dia mencengkam lenganku.

“Sakit lah! Eee.. Lepas lah!”

“Kenapa bising-bising ni?” soal Tuan Aaron mendatar. Dia melangkah masuk ke dalam pantry. Jelingan tajam dilemparkan kepada Amir.

Let her go.”

“Tapi Tuan, ni urusan peribadi...”

I said let her go!” Tuan Aaron mengangkat suaranya. Mukanya merah menahan marah.

Amir pun melepaskan tangannya dengan penuh keterpaksaan.

“Benda personal jangan bawak ke tempat kerja,” nasihat Tuan Aaron dengan muka kelat. “Dah. Pergi sambung kerja!”

“Baik Tuan Aaron,” jawab kami serentak.

Aku melangkah menuju ke mejaku tanpa sepatah kata. Amir pun hanya berdiam diri tidak bercakap di sebelahku.

Aku mencapai telefonku dan menghantar mesej kepada Amir walaupun jarak kami hanya sedepa. Sebab aku tak mahu riuh-rendah di dalam ofis.

Aku : Kau cakap kau suka aku kan? Tapi kau hina bentuk badan aku. Kenapa kontra sangat? Kau suka aku ke kau suka masa silam aku? Lepastu tiba-tiba kau meletakkan salah pada aku pulak. Apakah?!

Panjang berjela sekali aku taip. Ikutkan hati aku nak hantar karangan terus kepadanya. Tapi aku masih boleh bersabar. Sabar Piqa. Sabar itu kan sebahagian dari iman. Aku mengusap-usap dadaku.

*Ting*

Amir termenung melihat skrin telefonnya. Dia mula mengetuk-ngetuk skrinnya membalas mesejku.

*Ting*

Amir : Aku mintak maaf. Aku tak sengaja tadi. Aku hilang akal dapat tau kau dapat bunga dari lelaki lain. Aku tak tahu. Mungkin aku jealous?

Aku : Kau tipu! Jealous untuk apa? Kau bukan suka aku pun.

Amir : Aku tak tipu kau. Betul aku suka kau! Sumpah! Dari zaman sekolah lagi aku suka kau sorang je Piqa. Tapi aku tak boleh terima kau dah gemuk.

Habis tu kau nak aku buat apa Amirrrr!!!

Continue Reading

You'll Also Like

309K 17.4K 50
watak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tuna...
266K 10.3K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
379K 16.8K 48
[COMPLETED] Badboy? Dengar saja gelaran itu pasti kita boleh membayangkan tingkah lakunya bagaimana. Mestilah seseorang yang sering melakukan masalah...
406K 18.7K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...