04 | Secret Mama (hold on)

By QuenDarkness

3.3K 615 260

Karya keempat [@Quendarkness][on-going] "Many secret in this story because this story name is Secret Mama."... More

P R O L O G
SECRET MAMA | S A T U
SECRET MAMA | D U A
SECRET MAMA | T I G A
SECRET MAMA | E M P A T
SECRET MAMA | L I M A
SECRET MAMA | E N A M
SECRET MAMA | L A P A N
SECRET MAMA | S E M B I L A N
SECRET MAMA | S E P U L U H
SECRET MAMA | S E B E L A S
SECRET MAMA | D U A B E L A S
SECRET MAMA | T I G A B E L A S
SECRET MAMA | E M P A T B E L A S
SECRET MAMA | L I M A B E L A S
SECRET MAMA | E N A M B E L A S
SECRET MAMA | T U J U H B E L A S
SECRET MAMA | L A P A N B E L A S
SECRET MAMA | S E M B I L A N B E L A S
SECRET MAMA | D U A P U L U H
SECRET MAMA | D U A P U L U H S A T U
SECRET MAMA | D U A P U L U H D U A

SECRET MAMA | T U J U H

118 26 19
By QuenDarkness

SECRET MAMA
[27/5/2005]

KLAK!

"WHAT the hell?" Berkerut dahi Ezz melihat keadaan bilik air tersebut.

"Kenapa?" Soal Irshad melihat reaksi Ezz Qashaf.

"Aku rasa penceroboh tu lari ikut sini," kata Ezz, dingin. Bilik air yang sudah berselerak itu menjadi tatapan mereka semua.

"Tadi ada bunyi, aku yakin dia tak jauh dari sini. Cari dia sampai dapat!" Arah Irshad, serius. Azyiel dan Aydhan mengangguk sebelum berlalu keluar dari situ.

"Kau Ezz duduk dalam ni jaga Iman." Ezz hanya menggumam mengiyakan. Irshad terus berlalu pergi. Telefon bimbit dikeluarkan sebelum dia menghubungi seseorang. Dia merasakan dia tahu siapa punya kerja ni.

"Hello?"

"Aliyah, kau kat mana?" Soal Irshad, serius. Kedengaran suasana yang agak bising dari sebelah sana.

"Mamak." Jawab Aliyah, selamba. Irshad berkerut dahi.

"Kau ada ke mana-mana ke harini?" Soalnya lagi.

"Tak ada. Kat mamak aje dari tadi."

"Are you sure? Kerja aku yang suruh buat tu kau buat macam mana?" Soal Irshad, memprovok.

"Ouhhh, tu, saya ingatkan nak ambil alih. Tapi tak dapat apa-apa panggilan pun pasal kes membunuh. So saya biar jelah. Kenapa? Awak tak jadi bunuh ke?" Soal Aliyah dengan nada yang polos.

Irshad menghela nafas. Jadi benar bukan gadis ini yang melakukan. Jadi siapa yang ceroboh markasnya?

"Haah tak jadi."

"Farah macam mana?" Soal Aliyah, perlahan. Irshad memicit dahinya yang terasa sakit.

"Aku tak jumpa dia lagi. I need to go, cau!" Panggilan dimatikan olehnya. Irshad mengeluh panjang. Siapa yang ceroboh masuk ke markasnya jika bukan Aliyah? Dia mempunyai musuh barukah?

ALIYAH meletakkan telefon bimbit miliknya keatas meja di kedai mamak tersebut. Satu persatu wajah rakannya dilihat.

"Clean geng!" Ujarnya senang.

"Wooo!" Sorak mereka semua. Aliyah tersenyum sinis.

"Kangsu mana?" Soal Aliyah pada Elwa yang sedang menikmati mee goreng mamaknya.

"Dia on the way." Balas Elwa, mendatar. Aliyah mengangguk.

Tidak mengambil masa yang lama, seorang gadis korea melangkah kearah mereka semua sambil mendukung seorang bayi.

"Kangsu Young! Lama tak jumpa! Muah sikit!" Elwa bertindak memeluk Kangsu dari tepi.

Kangsu menjeling menyampah seraya menghulurkan Farah pada Aliyah. Aliyah menyambut Farah dengan baik sebelum pipi gadis itu diciumnya bertalu-talu.

"Dia orang ada buat apa-apa kat anak aku?" Soal Aliyah memandang kearah gadis korea itu. Kangsu yang sedang berbual bersama Elwa menoleh.

"Tak ada. Cuma dia orang tak basuh berak budak tu." Aliyah berdecit.

"Kenapa kau cakap ni anak kau?" Soal Julian yang sejak tadi hanya berbual bersama Harith.

"Aku anggap budak ni macam anak aku dah. Eee! Comelnya!" Pipi gebu Farah digigitnya geram.

"Jadi kahwinlah. Buat anak sendiri." Kata Elwa tersengih sinis. Aliyah menjegilkan matanya keatas tanda menyampah.

"Aku kena pergi. Sini Farah tu. Lama-lama karang dia orang perasan aku hilang." Farah kembali dihulurkan. Aliyah mencebik bibir.

"Ni bukan ke anak Irshad?" Soal Harith yang sejak tadi mendiamkan diri. Aliyah mengangguk.

Melihat gadis berambut hitam biru itu beredar, mereka semua kembali berbual seperti biasa.

SECRET MAMA
[28/5/2005]

ALIYAH melangkah masuk ke dalam balai polis tempatnya bekerja. Semua mata memandang kearahnya dengan pandangan yang aneh. Aliyah berkerut dahi.

"Asal?" Soalnya hairan.

"Nothing, kau nampak different sikit harini." Jawab Puan Zainab sambil mengukir senyuman. Aliyah hanya berpura-pura tersengih malu.

"Tuan Azman panggil kau Liyah," Aliyah tanpa menjawab terus saja berlalu pergi. Setelah mendapat kebenaran masuk, terus saja gadis itu menunduk hormat pada ketuanya itu.

"Ada apa Tuan?"

"Tentang kes serangan depan balai ni. Ada apa-apa perkembangan tak?" Soal Tuan Azman, serius.

Aliyah terdiam seketika. "Hapuskan bukti kerja kotor aku." Kata-kata Irshad beberapa hari lepas kembali menjengah mindanya. Nafas ditarik dalam sebelum dihembusnya perlahan-lahan.

"Ada tuan! Mangsa yang bernama Irshad dan anak gadisnya hanya menjadi mangsa keadaan ditempat kejadian. Dalang yang melakukan serangan juga telah dijumpai mati ditempat kejadian!" Tuan Azman mengangguk.

"Macam mana boleh mati?" Berkerut dahi tua itu mendengarkan ujaran dari gadis muda itu.

"Letupan. Dia letupkan dia diri sendiri waktu saya kejar. Saya rasa sebab dia nak hapuskan bukti. Bukti-bukti nanti Tuan boleh minta dekat Iman." Tuan Azman mengangguk. Dalam diam Aliyah tersenyum sinis. Pandai-pandailah kau cari bukti, Iman.

"Baiklah, awak boleh keluar." Aliyah mengangguk seraya melangkah keluar dari pejabat tersebut.

Kerusi beroda diduduki olehnya. Seketika dia memutarkan kerusinya kebosanan. Bukannya tak nak buat kerja tapi tulah, memang tak nak buat kerja.

"Ni fail kes kau. Kau nak aku simpan natang ni lama-lama buat apa?" Aliyah memutarkan bebola matanya keatas tanda menyampah dengan Hafiz.

"Buat pekasam," balasnya seraya mencapai fail tersebut. Diselak satu-persatu helaian tersebut sebelum dia menghempas fail tersebut.

"Aku rasa nak mabuk." Katanya malas. Hafiz menjegilkan matanya menyampah.

"Clubinglah jom malam ni." Aliyah tersengih senget.

"Malas," balasnya memberi harapan. Hafiz tersenyum.

"Kau takut ke?" Aliyah bedecit perlahan. Mata menjeling tajam kearah Hafiz.

"Who Said i'm scared??"

"Okey then,"

WARNA-warni di dalam club itu amatlah memeriahkan ahli neraka di dalam club tersebut. Berjoget sana sini.

Teruskan berjoget, dalam neraka nanti pun kena joget juga tahan seksaan neraka.

"Wanna drink?" Soal Julian sambil menghulurkan sebotol arak berwarna jernih.

"No, no. Thanks," jawab Aliyah sambil memegang kepalanya yang terasa pusing. Mungkin kerana meneguk air syaitan tadi.

"Awal tumpas babe," kata Julian seraya memeluk leher Aliyah.

"Shut the fuck up, bastard." Ujar Aliyah, mamai. Tangan Julian ditepis kasar dari lehernya.

"Bro, tu macam budak Ali tu kan?" Soal Azyiel sambil meneguk air tin Coca-Cola.

"Ali mana kau ni? Aku ada awek nama Ali ke?" Soal Irshad dalam keadaan separa sedar.

"Bulshit, aku dah kata jangan minum banyak, kau degil." Irshad di papah oleh Azyiel sebelum dibawa ke sofa.

"Hahaha, mana ada aku minum.."

"Diamlah cilaka," sembur Azyiel. Irshad tergelak suka. Seronok kena maki ke camne ni?

"Tu Aliyah kan?" Soal Aydhan memandang kearah Aliyah yang dipapah oleh seorang lelaki keluar dari club tersebut.

"Mana? Bidadari~"

"Heret dia ke neraka jom." Kolar baju Irshad ditarik untuk dibawa keluar. Irshad membebel-bebel kecil sambil tersengih minta penampar.

"Ermm.. bidadari.. sini.." Irshad terus menolak tangan Azyiel dan memeluk seseorang. Azyiel dan Aydhan membesarkan mata,

"Bidadari~"

"Weh Irshad!" Azyiel bertindak menarik Irshad menjauhi orang tersebut.

"Shhh~ kucing~ bidadari~ eheheheh.."

Julian menoleh kearah bunyi huru-hara yang tidak jauh darinya berdiri, mata dikecilkan. Bukankah dia mengenali mereka semua? Tapi dimana ya?

Aydhan yang sejak tadi hanya memandang kearah kearah Irshad dan Azyiel itu menoleh kearah Julian. Mata bertentang mata. Aydhan mengukir senyuman lebar sambil melambaikan tangan. Julian pula terus saja masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi dari situ.

TERPISAT-PISAT Irshad cuba membuka matanya yang terasa amat berat sekali. Irshad menguap besar. Mata menoleh kearah sekelilingnya. Bilik tidurnya?

"Hurm, I'm drunk again?" Soalnya sendiri. Lantas dia bangun dari baringannya dan mencapai telefon bimbit miliknya.

Apps pertama yang dibuka adalah whatsapp. Grup chat yang dipin ditekan. Apa yang dia orang ributkan ni?

Anak anak gay kunyit
Aydhan Dermawan, Azyiel Gay, Ezzahhh, Iman Farhan & you

Aydhan Dermawan
+Bangunlah wahai ahli neraka, ayuh saya sudah menyiapkan sarapan

Ezzahhh
+biasa orang yang tiba2 rajin ni dah nak mati

Aydhan Dermawan
+ih sampainya hati kau ba :'(

Azyiel gay
+kau masak apa Dhan?

Aydhan Dermawan
+Nasi goreng ayam geprek

Azyiel gay
+sayangnya aku dah sarapan kat luar dengan Iman :( @/iman farhan

Iman Farhan
+sejak bila?

Azyiel gay
+support jelah babi

Iman Farhan
+k

Aydhan Dermawan
+jadi takde yang nak makanlah ni? :(

Ezzahhh
+simpan jelah nanti aku makan

Aydhan Dermawan
+sorry Ezz. Dah habis aku bagi jiran makan

Ezzahhh
+kau memang babi.

Aydhan Dermawan
+apa?

Azyiel gay
+harap jiran tak mati keracunan

Aydhan Dermawan
+jangan risau, aku dah sediakan ubat dalam masakkan tu

Ezzahhh
+ubat apa?

Aydhan Dermawan
+ubat stepler

Iman Farhan remove Aydhan Dermawan

Irshad menggeleng malas membaca mesej tersebut. Macam-macamlah dia orang ni. Telefon di letakkan kembali ke atas meja sisi. Selimut kembali ditarik hingga ke paras dada. Kembali tidur.

Tidak sampai beberapa minit dia melelapkan mata, dia terbangun kembali apabila teringat sesuatu.

"Fuck!" Selimut ditolak ke tepi sebelum Irshad berlalu keluar dari bilik tidurnya. Langkah besar dibuka menuruni anak tangga sebelum berhenti di ruang tamu. Ke semua rakan-rakannya berada disitu.

"Eh Irshad dah baca grup kitalah," kata Aydhan tanpa menyedari kehadiran Irshad.

"Dah bangun dah budak busuk tu?" Balas Azyiel juga tanpa menyedari kehadiran Irshad yang berdiri di situ. Masing-masing sibuk bermain telefon.

Iman yang sudah perasan sejak tadi hanya mendiamkan diri. Lantak koranglah.

"Dah. Budak busuk kesayangan kita tu dah bangun. Sambung tidur kut. Yang kau apahal sengih-sengih macam sial ni?" Soal Ezz yang perasan akan Iman cuba menutup sengih menggunakan tangan.

Iman mengkemam bibir sambim melirik mata. Ezz faham manakala Aydhan dan Azyiel blur.

"Okeylah, aku ada kerja," lantas Ezz bangun ingin berlalu pergi. Sama seperti Iman. Namun kedua kolar baju itu ditahan oleh Irshad.

"Jangan libatkan aku, aku tak cakap apa-apa." Kata Iman membela diri. Irshad melepaskan baju Iman.

Azyiel bangun sambil tersengih sebelum dia dengan laju lari keluar rumah.

Tbc
[1454 words]
[25/3/2023]

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 51.1K 77
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 1 ) 🏅RANKING NO 1 MAFIA ( 20/8/2020 ) 🏅RANKING NO 2 MAFIA ( 28/02/2021) 🏅RANKING NO 2 SAD ( 20/12/2020...
188K 9.3K 47
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...
1.2M 55.5K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
1.2M 60.9K 132
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...