DIA MILIKKU (C)

By Rosida_Rosdi

52.9K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 14

912 36 0
By Rosida_Rosdi

"Aaron. Aku nak cakap dengan kau kejap boleh?"

"Boleh. What's up?" jawabku di telefon.

"Uhh.. Ni pasal Rahayu. I happened to see her out yesterday," kata Afham.

"Rahayu... Rahayu... Ayu?" soalku.

"Yes Aaron, Ayu! Dia ada pergi jumpa kau tak?"

"Kenapa kau tanya?" aku berasa sedikit tegang...

"I'm just curious. Kalau dia tak ganggu kau Okay lah," balas Afham.

Rahayu. Nama itu sudah lama tidakku dengar. Ayu adalah kenalanku ketika aku mula menceburi bidang pekerjaan. Ketika itu aku masih mentah.

"Aaron. Boleh I nak cakap sikit dengan you? Just the two of us," pinta Ayu. Aku mengekorinya hingga ke pantry. Kebetulan pantry tiada orang. Ayu lebih tua dariku lebih kurang 5 tahun. Dia seorang yang tidak tahu erti malu dengan mencariku hingga ke tempat kerjaku.

"Apa you buat kat sini? You nak I dibuang kerja ke?" marahku.

"I dah takde pilihan! You tak jawab langsung call dari I!" bidasnya kembali. "Seperti yang I katakan dari dulu, you are the one I love!"

Berderau darahku mendengar luahan hati Ayu. Ya, dia sudah mengejar cintaku selama dua tahun. Tapi aku tak pernah membalas cintanya.

"Apa masalahnya kalau I dah kahwin pun?" sambungnya lagi.

"Takde masalah you cakap?!" aku meletus berang. "I tak sangka you takde maruah macam ni! You tak rasa bersalah ke?"

"A-Aaron!" Ayu cuba mencapai lenganku. Namun aku menarik tanganku jijik!

"Kalau bukan kerana you kantoi berduaan dengan husband you, I tak akan pernah tau yang you dah berkahwin. You mesti akan rahsiakan dari I sampai bila-bila."

Mujur aku tahu dahulu dia sudah berpunya sebelum aku membuat keputusan untuk menerima cintanya.

"I tak mahu tengok muka you, jadi jangan datang ke sini lagi," aku memalingkan badanku sambil berbicara.

Aku sangkakan dia akan faham bahasa, namun jangkaanku meleset. Rakan sekerjaku sudah mula berbunyi apabila melihat kelibat Ayu hari-hari mundar-mandir di hadapan bangunan kami.

"Kita nak kena report ke ni?"

"Entahlah. Semalam pun aku nampak dia tercegat depan pintu."

"Eee... seramnya..."

Aku terdengar perbualan rakan sekerjaku.

"Kalau dia datang lagi nanti aku report dia kepada polis," kataku menenangkan mereka.

Beberapa hari kemudian aku melaporkan perihal Ayu kepada polis. Walaupun dia tidak dikenakan sebarang tindakan, Ayu sudah berhenti datang ke pejabatku.

Tidak lama selepas kejadian Ayu mengendap aku, aku mula mengesan aura kurang menyenangkan di pejabatku.

"Betul la apa aku cakap, Aaron tu tak normal sebab tu dia terjebak dengan perempuan tu."

"Apa maksud kau tak normal?"

Aku membeku. Adakah mereka sedang mengata aku?

"Tak normal lah sebab dia kejar bini orang!"

Mukaku bertukar biru. Apa yang mereka merepek ni?

"A-Apa?! Perempuan tu bini orang ke? Aku tak sangka Aaron tu berperangai macam tu..."

Kemudian berita palsu tentang aku makin tersebar luas hingga aku terpaksa berhenti kerja di situ kerana tak sanggup lagi menanggung malu dituduh begitu.

Ketika itu Afham banyak membantu aku untuk bangkit semula. Afham juga merahsiakan lokasi aku daripada semua orang kerana tidak mahu aku diganggu oleh Ayu lagi.

Sejak dari itu aku sudah tidak bertemu lagi dengan Ayu. Tapi kenapa sekarang dia muncul kembali setelah hampir 10 tahun berlalu?

*Tok Tok*

"Tuan Aaron, meeting dah nak mula ni," tuturan dari bibir Bella menarik aku semula ke alam realiti.

"O-okay. 5 minutes!" balasku kepada Bella seraya mengangkat tapak tanganku dan menguncup-nguncupkan kelima-lima jariku.

Apa yang Ayu buat di pekan kecil ini? Aku sudah mencuba untuk mengelak daripada menerima tawaran dari mana-mana syarikat-syarikat ternama di ibu kota hanya kerana aku tidak mahu bertembung lagi dengan sejarah hitamku, Ayu.

Sejak kejadian itu aku langsung tidak percaya lagi pada kata cinta. Mudahnya seseorang mengungkapkan cinta. Hingga lupakan tanggungjawab dan amanah yang dipikulnya. Aku fokuskan diriku dengan kerja. Hingga aku berjaya sampai ke tahap ini.

Aku tak pernah merasa suka atau cinta kepada sesiapa. Sepanjang hayatku tidak pernah lagi ada perempuan yang boleh membuka pintu hatiku yang sudah terkunci rapat. Namun ada satu nama yang menarik perhatianku.

'Syafiqa'

Dialah satu-satunya gadis yang bisa membuatkan pendirianku mula goyah. Tetapi aku tidak pasti apakah perasaan aku terhadapnya hanya ilusi atau halusinasi.

Aku lemas di dalam lautan kecelaruan yang aku bina sendiri. Aku berharap ada tangan yang dapat menarikku keluar dari kebuntuan ini.

"Puan! Puan tak boleh masuk ke dalam bilik ni tanpa temujanji!"

Aku terdengar kecoh suara manusia di luar bilikku. Apahal pulak ni? Bukan ke semua orang ada dalam bilik meeting?

*BAM*

Pintuku ditolak keras hingga terbuka luas. Aku lihat tercegat seorang wanita yang sedang ditarik lengannya oleh Heather dan Piqa di hadapanku.

"Ayu..."

****

"Weh. Siapa perempuan tadi?"

"Aku ndak tau," balas Heather.

"Entah-entah ex Tuan Aaron tak?" duga Amir berbisik kepadaku.

"Hmm.. Setahu aku dia tak pernah ade makwe," terangku kepada Amir.

"Kau biar betul! Muka handsome cukup sifat macam tu takkan tak pernah couple kot?" kata Amir tidak percaya.

Aku mengangkat bahuku. Aku pun susah nak percaya. Tapi itulah hakikatnya.

"Korang buat apa ni berkumpul ramai-ramai? Dah takde kerja ke nak buat?" Encik Saiful melangkah masuk ke dalam ofis. Matanya memanah tajam kearah kami bertiga.

Kami segera bersurai dan balik ke meja masing-masing. Heather memuncungkan bibirnya ke arah Encik Saiful. Mulutnya terkumat-kamit. Aku cuba membaca bibirnya.

"Kau-cuba-tanya-Encik-Saiful-sana," bisikku mengikut gerak bibir Heather yang mungil itu. Kau gila? Taknaklah aku!

"Dah-dah! Sambung buat kerja!" Aku menggerakkan bibirku dengan harapan Heather memahaminya. Heather pun akur dan memulakan tugasannya semula. Kau paham ke? Aku kagum sekejap.

Muka aku nampak tenang, tetapi di dalam hatiku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jantungku terasa seperti ditusuk-tusuk sembilu bisa! Namun aku memasang topeng kerjaku dimukaku. Aku perlu profesional.

Tanpa ku sedari jam telah pun menunjukkan pukul 7 petang. Hanya tinggal aku seorang sahaja di ofis. Aku rasa malas bergerak. Malas nak balik. Malas semuanya. Keadaan diluar pun sudah mula gelap. Tapi tidak semuram hatiku. Fikiranku berkecamuk. Kini hanya tinggal bunyi deruan kipas penghawa dingin sahaja yang singgah di telingaku. Sunyi. Aku sunyi...

"Piqa?"

Aku tersentak. Aku lihat Tuan Aaron tercegat di depan pintu. Dia nampak seperti tidak terurus. Bibirnya tidak mengukir senyuman seperti biasa.

"Kenapa tak balik lagi? Dah lewat ni?" soalnya risau.

"Saya baru nak balik la ni Tuan. Tuan pun nak balik dah ke?" soalku berbasa-basi.

"A ah. Jom I hantar you balik. Hari pun dah gelap ni. Tak elok perempuan drive sorang-sorang senja-senja macam ni," pelawa Tuan Aaron ikhlas tanpa niat terselindung.

"Hmm.. Okay."

Jujur aku takut juga nak balik seorang diri. Aku perlu menempuh laluan kubur sebelum tiba dirumah ibu-bapaku. Naik bulu roma aku hanya memikirkannya. Ini pun bukan kali pertama dia menghantar aku pulang ke rumahku. Jadi apa salahnya. Redah je lah.

Tuan Aaron membawa keretanya santai seperti tidak menekan pedal minyak. 30 minit boleh jadi sejam macam ni. Sesekali aku menjeling ke arahnya. Aku menelan air liurku kesat.

"Ermm. . Siapa perempuan tadi?" aku memberanikan diriku untuk mengutarakan soalan itu. Tanya tuan badan terus kan senang dari nak berteka-teki.

"It's... no one..."

"Oh..." Aku jadi lemah semangat. Kenapa begitu berahsia? Hati aku terguris. Aku seperti tidak penting pun di dalam hidupnya. Aku terasa begitu asing.

"Tuan tak perlu lah hantar saya balik lagi buat masa terdekat ni. Tak. Tak payah dah la jemput, hantar saya macam ni lagi," kataku melayan rajuk di hati.

"Kenapa?" soalnya terkejut. Dia kelihatan sedikit panik.

*Screech*

Tuan Aaron memberhentikan kereta di tepi jalan.

"I ada buat sal—"

"Saya taknak Tuan ambil berat pasal saya," pintasku sambil menggelengkan kepalaku.

"Kenapa...?" soal nya lagi.

Kenapa? Kau inginkan jawapan...? Sebab...

"What am I to you?"

Huh...? Apa maksud Tuan Aaron? What you are to me?

"I tak faham. Kebelakangan ni I rasa kita semakin rapat," katanya tidak memandang ke arahku. Tuan Aaron nampak seperti... marah?

"Erm..."

"Takpelah kalau you taknak cakap."

Aku menguis-nguis jariku.

"Bukan saya tak suka Tuan Aaron jemput saya. Tapi sa—"

"It's fine. You tak perlu bagi jawapan," Tuan Aaron memotong percakapanku. "I don't think I need to hear it."

Aku tercengang. Aku dapati mood Tuan Aaron kurang baik hari ini. Adakah kerana kehadiran perempuan tadi?

Tuan Aaron memberhentikan keretanya di hadapan pagar rumahku. Aku pun turun tanpa sepatah kata. Tuan Aaron pun langsung tidak memandang ke arahku. Aku melihat keretanya memecut pergi hingga hilang dari pandanganku.

Aku melangkah longlai masuk ke dalam rumahku.

"Haaaaa...."

"Kamu dah balik Piqa?" soal ibuku. "Pergilah mandi bersihkan diri dulu. Lepas solat nanti turun makan dengan mak-ayah ya?"

"Ye mak..." sahutku.

Sekurang-kurangnya aku ada ibu ayah, ada makanan untuk menggembirakan hati aku. Aku tak tahu apa yang difikirkan oleh kepala otak Tuan Aaron tadi.

Dia marah aku sebab aku tak mahu dia hantar aku pulang atau marah disebabkan oleh perempuan yang datang ke pejabat siang tadi? Hmm...

Usai makan aku terus masuk ke dalam bilik. Aku tiada mood untuk berbual-bual di ruangtamu. Maafkan anakmu mak, ayah.

*Ringggg*

Tuan Aaron?

"Erm.. Hello..." jawabku lesu seperti ayam berak kapur.

"Piqa... I minta maaf..."

Continue Reading

You'll Also Like

4.5K 384 18
Known as TOGETHER BEFORE Apa kau pernah membayangkan jika suatu hari nanti putera raja datang dengan berkata dia mencintai kau seadanya? Dia memilih...
607K 22.8K 46
"kakak, kakak nak tahu tak tadi ibu terserempak dengan kawan abah ni.. tinggi, handsome, putih mcm korea. Kakak kan minat korea." "bohonglah mesti t...
309K 17.4K 50
watak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tuna...
1.6M 59K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...