DIA MILIKKU (C)

By Rosida_Rosdi

52.6K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 13

944 38 0
By Rosida_Rosdi

*Creakkkk*

Aku jalan terjengket-jengket masuk ke dalam rumah. Lampu sudah terpadam menandakan seisi rumah sudah lena diulit mimpi.

"Mak? Ayah? Dah tidur ke?" bisikku menduga. Tapi tiada bunyi. Sunyi sepi. Hanya bunyi cengkerik yang menerjah ke dalam gegendang telingaku.

Jam sudah pukul 1 pagi. Kami asyik berjimba hingga lupa diri. Sedar-sedar sudah lewat disapa embun pagi. Perjalanan pulang ke Pahang pula mengambil masa lebih kurang 1 jam. Badanku terasa remuk. Sudah 3 hari berturut-turut tidak cukup tidur. Kalau disorong bantal pasti aku terlena walaupun beralaskan lantai ofis.

Aku masuk ke bilik mandi membersihkan diri dan menunaikan solat isyak. Usai solat aku memanjat katilku cuba untuk melelapkan mata. Namun fikiranku melayang teringatkan perbualanku sebentar tadi di Me'nate setapak.

"Kau tinguk sana," ujar Heather seraya menudingkan jarinya ke arah Tuan Aaron dan Tengku Afham yang sedang berbual di luar kedai.

"Two prince charmings!"

Aku tersengih melihat gelagat Heather. Masih tak habis lagi mengagumi ketampanan Tengku Afham.

"Seorang model, seorang lagi CEO," dia mengangkat kedua tangannya mengeluarkan jari seperti kamera. "Nice view kan?" katanya meruncingkan kelopak matanya.

Aku menampar tangan Heather. "Kau ni, tak habis lagi ek usha Tengku?"

"Uiii... Misti!" katanya langsung tidak cuba menyangkal dakwaanku. Aku mengeluh sambil menggelengkan kepala. Kawanku sudah masuk air.

Andrew menarik kerusi dan duduk disebelahku. "Piqa, you umur 25 right?" soalnya tiba-tiba.

"A ah... kenapa?"

"Oo... Saje. Nak berkenalan. Sejak you masuk kerja kita tak sempat berborak lagi kan?"

Aku mengangguk-angguk. Betul juga. Suasana di pejabat melemaskan. Bila santai-santai begini barulah terasa selesa sikit ingin berbual panjang.

"You pulak berapa?" soalku ingin tahu. Aku mengagak dalam 27 atau 28 kerana Andrew nampak masih muda.

"38."

"What?!" tempikku. Aku menutup mulutku dengan kedua telapak tanganku. Ooppss!

"A divorcée with a son."

Aku ternganga. Dia langsung tidak kelihatan berumur lagilah pula seperti bapak orang! Aku tak sangka Andrew seorang duda beranak seorang.

"You tak selesa ke tau I duda?"

Aku menggeleng-geleng kepalaku laju. "Taklah Andrew. I don't mind. I cuma terkejut. You look young!"

Duda hot! Ouchie!

"Haha. I'll take that as a compliment."

Aku tak sangka dia lagi tua 3 tahun dari Tuan Aaron. Aku memandang ke arah Tuan Aaron. Tuan Aaron pun apa kurangnya. Masih tampak muda.

"You berminat dengan Tuan Aaron ke? " soal Andrew. Aku terbatuk-batuk tertelan air liurku sendiri.

"Hah? Kenapa you tanya macam tu?"

Andrew ketawa melihatku. "Tuan Aaron tu sudah tiada ayah. Hanya tinggal ibunya sahaja. Ibu dia duduk di London," terang Andrew tanpa bersuruh. "Mak dia orang Netherland."

"Oo... Patutlah muka macam mat saleh." Syok pulak kami membawang.

"He's very hardworking. I tak pernah nampak dia bercinta dengan mana-mana girls," Andrew meneruskan cerita fasal CEO kami.

"Kalau you nak I boleh..." Andrew merapatkan kedua jari telunjuknya hingga bersatu.

"Errr... Andrew. I think you salah faham. I takde apa-apa lah dengan Tuan Aaron."

"Oh? I definitely thought you both like each other. That's weird," katanya perlahan. Sangat perlahan hingga aku sukar menangkap apa yang dituturkannya. Dia mengusap dagunya.

"Well sorry if I've talked too much," kata Andrew dengan senyuman nipisnya. Dia menyandar kekenyangan.

Aku melihat ke arah Tengku Afham yang melangkah masuk ke dalam kedai. Heather pula membetul-betulkan punggungnya memberi ruang untuk Tengku duduk di sebelahnya. Bukan main lagi kau ya? Merenyam!

Eh? Mana Tuan Aaron? Kenapa dia duduk dekat luar sorang-sorang. Getusku di dalam hati.

"Woi Piqa!"

"Oi mak kau purple!" aku melatah diterjah oleh Amir.

"Hahahaha!! Habis segala colour kau sebut!" Amir mentertawakanku tak ingat dunia. "Tujuh kali melatah boleh muncul pelangi. Hahahaha!!" Celaka kau Amir. Bagi lah salam dulu kalau ya pun.

"Kau nak apa?" marahku.

"Balik nanti kau drive la pulak. Aku nak tidur la. Mata aku dah tak larat nak buka ni. Boleh tak?"

"Yelah yelah...," balasku. Amir car-pooling denganku untuk datang kesini. Jimat duit minyak. Lagipun boleh buat teman. Elok juga aku drive balik nanti. Bahaya kalau tiba-tiba microsleep. Dengan aku sekali terbenam 6 kaki bawah tanah nanti.

*Ting*

Aku terjaga dari lamunanku. Aku membuka skrin telefonku. Mesej dari Tuan Aaron?

Bos Aaron : You dah sampai rumah?

Aku : Dah Tuan. Kenapa ya?

Soal kerja lagi ke? Aku sudah mengantuk gila ni.

Bos Aaron : Okay. I just nak tau you dah selamat sampai ke belum. Goodnight Piqa.

Aku : Goodnight...

Kenapa Tuan Aaron layan aku sebegini. Nak taknak hati aku akan cenderung untuk fikir yang bukan-bukan. Namun pengalaman cinta monyetku terhadap Amir yang hancur musnah menyebabkan aku tidak lagi berani untuk menaruh harapan. Lagi-lagi dengan Tuan Aaron yang lebih tua 10 tahun dariku dan juga merangkap bosku.

Aku menarik selimut dikakiku. Dingin malam menerpa kulitku. Rasa seperti hendak menggigil aku dibuatnya. Aku membaca doa dan terus tertidur kerana terlalu penat.


****


"Huarrgggghhhhh...." Amir menguap besar sambil menggeliat. Luas betul nganga. Tikus pun boleh lompat masuk mulut kau tu.

Semua orang aku lihat sudah semacam zombie. Dengan mata pandanya. Semuanya gara-gara balik lewat semalam. Hari tu aku datang pejabat macam perang dunia ke-3. Hari ini sudah jadi zombie apocalypse!

"Morning semua..." Tuan Aaron melangkah masuk ke dalam ofis untuk bertemu dengan Encik Saiful seperti kebiasaannya.

Aku lihat dia segar-bugar je. Kau ni vampire ke apa tak tidur pun muka macam tu jugak!

"Saiful. Lepas lunch nanti I nak pinjam Piqa kejap. I need her to assist me during meeting this afternoon."

"OK. Noted."

Aik. Kenapa nama aku jugak naik? Alahai.... Aku segan lah kalau berdua dengan Tuan Aaron. Lepas semua yang dia cakap dekat aku, macam mana aku nak kekalkan muka tenang aku. Aku takut hati aku tak tenteram nanti.

"Piqa! Dengar tak tu?" jerit Encik Saiful.

Aku menabik tanganku, "Dengar Encik Saiful!"

Selesai makan tengahhari aku menunggu di depan pintu bilik Tuan Aaron. Sesekali aku melihat ke arah jam tanganku. Hmm...

*Click*

Daun pintu dibuka. Tuan Aaron melangkah keluar bersuit lengkap. Rambutnya juga dirapikan dan disikat kemas. Berubah terus dari my prince charming ke my 'Daddy'!

Kau gila ke Piqa oi! Aku menepis-nepis awan angan-anganku di atas kepala. Boleh berterabur imanku jatuh bergolek kalau tengok dia ni lama-lama.

Tuan Aaron merapatiku. Semerbak bauan keras perfume datang darinya. Jarinya menyentuh hujung rambutku. Kemudian dia menyisir rambutku ditelinga. Cuping telingaku bagai terkena renjatan elektrik setiap kali terkena jarinya.

"Ermmm... Tuan Aaron?"

Dia tersentak dan buat-buat batuk. "Ehem.. Jom."

Aku mengekorinya dari belakang. Sewaktu di dalam lift, Tuan Aaron hanya terpacak berdiri di sebelahku dengan tangan didalam poket seluarnya. Aku jadi kekok. Sesekali aku menjeling ke arahnya.

Sampai sahaja di kereta, Tuan Aaron menghentikan langkahnya. "Ada something ke dekat muka I?" soalnya tiba-tiba. "You kerap menjeling ke arah muka I dari tadi." Tuan Aaron mengerutkan dahinya.

Aku tidak sedar tindak-tandukku dapat dihidu olehnya. Tuan Aaron seperti magnet yang menarik mataku untuk selalu memandangnya. Paksa atau rela mataku tetap akan terpaut dengannya.

"Maafkan saya Tuan Aaron. Saya tak sengaja..."

Dia melangkah masuk ke dalam kereta. Aku pun menurutinya. Selesai memakai tali pinggang keselamatan, Tuan Aaron masih tidak bergerak. Seperti ada sesuatu yang ingin diperkatakan.

"You... what do you think about Afham?"

Kenapa dengan Tengku Afham?

"Maksud Tuan?"

"I mean... do you like him?" muka Tuan Aaron serius.

"Suka? Ermmm.. Nak kata benci, takde pulak dia buat benda jahat kat saya Tuan. Hmm.. Suka yang macam mana yang Tuan maksudkan?" soalku lagi.

"Love?"

"Hahahaha... Tuan ni bergurau ke?" aku ketawa sambil menampar-nampar lengannya. Namun dia hanya diam membatu.

"Haha... Haaaa... sorry..." Aku menarik tanganku. Mungkin gurauanku agak kasar dan berlebihan?

"Takdelah Tuan. Saya takde apa-apa perasaan pun kat dia. Kawan je. Siapalah yang nak kat saya ni. Dahlah gemok. Haha."

"Tak baik cakap macam tu. Tuhan ciptakan semuanya sempurna. Tak sempurna di mata manusia je."

Begitu deep kata-kata Tuan Aaron. Aku terharu hampir mengeluarkan air mata. Tangannya memasukkan gear dan kereta pun meluncur laju ke destinasinya.

"Tapi saya tak laku. Tak pernah ade pakwe. Tak pernah bercinta. Tak pernah dicintai. Cinta ditolak mentah-mentah tu banyak lah. Orang gemuk memang macam ni lah nasibnya. Masih tak sempurna di dalam mata kebanyakan manusia...," luahku pasrah.

"Then, aren't we the same? I pun tak pernah merasa bercinta," tegas Tuan Aaron.

Aku tersentak dengan kenyataannya. Betul jugak kan. Tuan Aaron yang sempurna di pandangan mataku pun masih belum berpunya.

"Jodoh ditangan Tuhan, Piqa. Populasi dunia ada lebih 8 billion. Kalau 99% tak suka kita, masih ada 1% yang boleh terima kita," sambungnya lagi.

Aku mencongak di dalam kepalaku. 1% dari 8 billion. Wow! 80 juta orang! Lebih dari populasi penduduk Malaysia. Maknanya sekurang-kurangnya 80 juta orang akan menerima aku dan menganggapku sempurna di mata mereka. Tuan Aaron seakan memberi sinar harapan buatku yang terpuruk di dalam stigma masyarakat.

Tapi dalam ramai-ramai tu, kenapa bukan Amir? Semangat aku kendur semula. Manalah prince charming aku ni.

Adakah aku juga berhak mengecapi bahagia?

Continue Reading

You'll Also Like

99.9K 3.9K 60
Apa yang kau rasa kalau kau diculik? Takut! Risau! Gementar! Tapi apa yang kau akan rasa kalau orang yang culik kau tu sebenarnya tak macam yang kau...
204K 4.8K 17
"semua ni kolot, kau percaya lagi ke zaman sekarang ni mencintai tak semestinya memiliki, tu semua kolot tahu tak?" Tengku Aniq kysh "kalau dia nak k...
26.2K 983 25
1ST STORY DIARAERA "woi bantal,jom tido dengan aku" "Hai ikan buntal abang" "Kau ni sedap buat peluk lepastu kau lembut " "Kenapa makin hari makin le...
4.4K 381 18
Known as TOGETHER BEFORE Apa kau pernah membayangkan jika suatu hari nanti putera raja datang dengan berkata dia mencintai kau seadanya? Dia memilih...