DIA MILIKKU (C)

By Rosida_Rosdi

53.8K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 8

1.1K 42 0
By Rosida_Rosdi

Tengku Afham : Aaron memang macam tu. Ada sekali tu masa kat U, this one girl bagi dia bunga ros tapi dia blurrrr...

Aku : Haha. Yeke? Jadi betullah Tuan Aaron tak penah couple?

Tengku Afham : Yep. Bujang terlajak dan suci sesucinya! I pun kadang-kadang tak faham apa yang dia fikir.

Aku : Haha... faham. Faham.

Aku bergolek di atas katilku sambil tanganku menaip di telefonku. Aku tak sedar macam mana perbualan aku dan Tengku Afham tiba-tiba beralih kepada Tuan Aaron. Dari berbual mengenai makanan. Kemudian kisah travel. Kemudian tentang kerja. Tiba-tiba Tuan Aaron pula jadi mangsa perbualan kami. Aku layankan sahaja kerenah Tengku.

Tengku Afham kelihatan seperti orang yang baik-baik. Aku yakin rakan kepada Tuan Aaron pasti orang yang baik juga sepertinya. Tengku Afham suka bergurau dan menyakat orang. Wajahnya pun boleh tahan. Hidung mancung bak seludang, pipi bak pauh dilayang. Berketurunan Diraja pula tu. Boleh lah buat menambah koleksi untuk aku cuci mata selain Tuan Aaron yang memang sedia ada perfecto mi amor di mataku. Hihi..

Sejak masuk ke Alam Bina, aku dikelilingi oleh prince-prince charming. Semuanya kacak-kacak dan tampan. Tinggi lampai, muka bersih dan menjaga penampilan. Mungkin atas faktor kerja. Nak berbisnes penampilan sangat dititik-beratkan. Berbeza dengan zaman aku belajar di universiti dahulu. Semua muka nerd sahaja. Kalau handsome pun sudah menjadi suami orang. Serta limited.

Aku sedar aku tak layak untuk bercinta, tapi apa salahnya kalau berkawan dengan mereka. Walaupun mustahil untuk aku miliki namun aku tahu mereka orang yang baik-baik. Cuma preference mereka sahaja bukan orang seperti aku. Mereka tak membuat apa-apa kesalahan pun. Yang salahnya aku. Siapa suruh tembun sangat?

Aku mencapai buku nota disisiku. Aku menyelak setiap helaian. Aku perlu mengulangkaji apa yang aku belajar di ofis. Banyak perkara yang aku belajar selepas menyertai syarikat ini. Baru aku tahu apa yang aku menelaah di universiti dulu hanya asas sahaja. Alam pekerjaan membuka ruang untuk aku menimba ilmu dengan lebih mendalam.

Andrew banyak membantu aku memahami selok-belok di Alam Bina. Mukanya macam oppa layak jadi model atau pelakon. Tapi aku perasan ramai je rakyat marhaen seperti aku yang mempunyai rupa paras mengalahkan artis. Mungkin minat masing-masing.

Aku? Aku terkecuali. Langsung tak masuk liga!

*Ting*

Aku mencapai telefonku. Aik? Tak tidur lagi ke Tengku ni?

Tengku Afham : Piqa. Dah tidur?

Aku : Belum. Ada apa ye Tengku?

Tengku Afham : Oo.. Piqa dah ada boyfriend?

Keluar dah soalan cepu cemas! Aku paling stress kalau orang tanya aku soalan ni. Korang pun boleh agak kan jawapannya. Kenapa masih nak bertanya?

Aku : Dah.

Sahaja aku ingin menyakat Tengku Afham. Nak tanya sangat kan?

Tengku Afham : Oh. Melepas lah...

Hah? Apa yang terlepas? Aku ke?

Aku : Belum berpunya lah. Saya main-main je. Kenapa?

Tengku Afham : Nice! Saje je tanya. Hehe..

Jangankan kekasih hati, kawan pun aku tak ada. Aku seringkali dikhianati kawan-kawanku. Atau layak aku panggil mereka manusia hipokrit! Kebanyakannya hanya mempergunakan aku sebagai bayang-bayang mereka. Mereka merasa lebih confident bila berkawan dengan aku yang gemuk. Orang kata berkawan dengan si gemuk boleh menaikkan seri si kurus apabila lelaki memandangnya? Aku rasa aku pun bersetuju dengan pepatah moden itu.

Hmm... Aku memandang pantulan wajahku di skrin telefon yang gelap terpadam. Mukaku masih memakai mask. Nak tergelak pula aku lihat mukaku yang tak siap ni. Aku menggeletar geli dengan diriku sendiri.

Aku bangun ke tandas mencuci mukaku dan membuat skin-care routine seperti biasa. Bermula dengan membasuh muka ku dengan pencuci muka. Kemudian toner, serum dan akhir sekali pelembab muka. Tak lupa juga lip balm untuk melembabkan bibirku yang sering merekah kerana bermain panas.

Aku memanjat katilku dan mengenakan lotion badan pula. Aku suka tidur di dalam keadaan yang wangi dan bersih. Persepsi orang ramai, gemuk je pengotor, gemuk je busuk berdaki. Bagi aku tidak sama sekali. Walaupun gemuk penampilan dan kebersihan sentiasa kena jaga tau bestie!

"All done!" kataku berpuas hati.

Jam pun sudah menunjukkan pukul 11 malam. Aku memadam lampu di atas meja sisiku dan melayan mataku hingga terlena.

****


"Uhhh...." celik-celik mata sahaja badanku terasa berat. Bila difikirkan semula, sejak bila badan aku pernah ringan? Haha!

Tapi seriously berat betul kepalaku. Namun aku gagahkan juga untuk bangun. Kerana hari ini hari yang agak penting. Aku perlu mengikut Tuan Aaron melawat site bersama Amir sekali lagi. Banyak perkara lagi yang perlu aku belajar. Aku tak mahu melepaskan peluang keemasan ini.

Tuan Aaron seorang yang sangat berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang ini. Kalau tidak masakan dia boleh berada di tahap sebegini tinggi pada usia yang begitu muda. Baru 35 tahun sudah bergelar CEO. Aku yang 25 tahun ini masih mentah dan masih merangkak-rangkak lagi. Aku menganggapnya seperti abang yang sedang mendidik adik-adiknya.

Walaupun adakalanya Tuan Aaron ni berada dalam dunianya sendiri, kadang-kadang suka bertindak spontan dan diluar jangkaan, tapi tidak dapat aku nafikan dia seorang bos yang baik. Juga seorang lelaki biasa sahaja seperti aku juga bila diluar. Matang dan berdedikasi.

Aku mengingsut mencapai tualaku. Terasa lemau sungguh badanku. Aku pun menuju ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi aku terus bergegas ke pejabatku. "Mak. Piqa pergi dulu ye mak!" Jeritku dari ruangtamu. Aku sudah agak lambat. Sarapan yang sedia ada di atas meja tidak sempat ku jamah.

Aku tiba di pejabat sedikit lewat kerana kesesakan lalu lintas. Aku jenguk ke dalam ofis ternyata semua orang sudah tiba. Tetapi masing-masing belum mula berkerja lagi. Masing-masing sibuk membancuh kopi. Berbasa-basi bertanya khabar sesama sendiri.

"Fuhh.. Safe..." aku menarik nafas lega. Aku pun masuk mengambil tempatku. Aku lihat Amir sedang tidur di mejanya. Mudah betul kau tidur ye Amir. Ini kalau tsunami melanda pun belum tentu dia bangun. Sedar-sedar hanyut entah kemana!

"Amir! Piqa! Jom gerak!" pekik Tuan Aaron dipintu ofis. Dia hanya menahan tangannya di birai pintu tidak masuk ke dalam.

"Woi bangunlah! Tuan Aaron dah panggil tu." aku menyiku Amir yang sedang lentok di ulit mimpi. Pemalas betul kau ni. Asyik tidur je. Aku lihat air liur meleleh di pipi Amir pun sempat basi. Ughhh..

Aku bangun meninggalkan Amir yang terkial-kial mengemas begnya. Aku lihat Tuan Aaron menggelengkan kepalanya melihat kerenah Amir. Geram betul aku dengan Amir ni. Kau suka merosakkan mood Tuan Aaron. Nanti tidak pasal-pasal aku juga yang kena tempiasnya.

Sampai sahaja di site, Tuan Aaron membawa kami meninjau keadaan sekeliling. Tapak asas sudah mula terbina. Tiang-tiang pun sudah banyak terpasak. Cepat betul mereka buat kerja. Begitu efisyen.

"Sejak bila kau rapat dengan CEO kita?" tiba-tiba Amir bersuara. Aku memandang kiri kanan. Tuan Aaron sedang sibuk berbual dengan site manager di bawah pondok tidak berapa jauh dari tempat aku berdiri.

"Rapat? Mana ada. Dia memang macam tu kan dengan semua orang?" jawabku. Aku sibuk melihat pelan bangunan yang aku bentang di hadapanku. Malas aku mahu melayan Amir.

Amir mengerutkan dahinya. "Yeke? Aku tengok macam lain macam je. Aku laki, aku tahu lah."

Kau ni ada masa pulak nak membawang. Aku menggulung pelan ditanganku. Banyak yang aku pelajari hari ini dari Tuan Aaron. Dari segi asas seni bina hinggalah ke bahagian marketing strategy.

"Eleh.. Apa yang kau tau? Janji kau kat aku pun kau boleh lupa."

Sakit kepala aku mahu melayan si Amir ni. Tapi cuaca hari ini memang agak terik. Tidak hairan lah kalau kepala aku berdenyut-denyut. Peluh mengalir dari celah topi keselamatan yang ku pakai.

"Janji? Janji apa?" Amir menggaru-garu pipinya.

"Kau lupakan je lah terus. Dah tak penting dah," kataku. Lagi dilayan lagi panjang nanti perdebatan dengan Amir. Kepala aku sudah seperti mahu pecah sekarang ni.

Aku pun melangkah menuju ke arah Tuan Aaron. Tuan Aaron hanya senyum memandangku. Segaknya Tuan Aaron. Senyumannya begitu manis. Senyumannya ibarat penawar yang boleh menghilangkan segala lelah.

Eh? Kenapa aku rasa pening ni? Pandangan mata aku jadi kabur. Duniaku bagaikan berputar. Aku tidak boleh fokus. Badanku terasa seperti melayang. Aku pun terduduk di situ. Aku dapat lihat dalam samar-samar pandanganku Tuan Aaron sedang berlari ke arahku.

"Tepi tepi! Let me!" Tuan Aaron menepis tangan Amir yang cuba menahanku dari jatuh. Tuan Aaron merangkul badanku. Aku risau bajunya kotor keranaku.

"Panasnya badan you! You demam ni Piqa!" Tuan Aaron meletakkan tapak tangannya ke dahiku.

Aku mendengar sayup-sayup suara Tuan Aaron. Aku cuba melawan mataku dari terpejam. Tuan Aaron menggoncang badanku.

"Amir! Call ambulance. Now!" terdengar jeritan Tuan Aaron yang agak panik. Semua orang yang ada disitu mengerumuni aku. Ada juga yang membawa payung untuk memberi sedikit teduhan kepadaku.

"Ughh..." kepala aku semakin berat bagai ada batu-bata menghempap dari atas. Aku tak mampu lagi bertahan. Pandanganku mula gelap. Maafkan aku Tuan Aaron. Maafkan aku semuanya..

"Piqa? Piqaaa!!"

Continue Reading

You'll Also Like

1.4K 213 36
Hutang darah perlu dibayar darah bukan? Itulah yang dia sedang lakukan saat ini. Mencari pembunuh yang telah membunuh ahli keluarganya. Sehinggakan d...
404K 19.3K 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis se...
661K 11K 15
Perkahwinan yang terbina bukan di atas dasar cinta pada awalnya. Tetapi atas dasar keselamatan. RAYFAL DANIEL, seorang jejaka berusia 33 tahun. Ditu...
614K 22.9K 46
"kakak, kakak nak tahu tak tadi ibu terserempak dengan kawan abah ni.. tinggi, handsome, putih mcm korea. Kakak kan minat korea." "bohonglah mesti t...