(C)His Possession (Wenhun)

By Yeollie_Girl

13.1K 829 98

[#MALAY] Lima tahun berlalu sejak Miyoung lari dari Korea kerana takut akan kegilaan kekasihnya. Tahap obses... More

HP [1]
HP [2]
HP [3]
HP [4]
HP [5]
HP [6]
HP [7]
HP [8]
HP [9]
HP [10]
HP [11]
HP [12]
HP [13]
HP [14]
HP [15]
HP [16]
HP [17]
HP [18]
HP [19]
HP [20]
HP [21]
HP [22]
HP [23]
HP [24]
HP [25]
HP [26]
HP [27]
HP [28]
HP [30]
THE END
Special Chapter

HP [29]

314 27 10
By Yeollie_Girl

Mentioned of suicide






Tiga minggu kemudian...

"Kenapa beg baju saya ada dekat luar?"

Miyoung bertanya. Gadis itu nampak keliru. Para pembantu kembali ke rumah Sehun dan sedang bergegas menurunkan barang-barang Miyoung dari tingkat atas.

Setelah bangun tadi, Miyoung tak melihat keberadaan Sehun. Tidak ada lagi rantai pengikat kaki atau penghadang pada tingkap.

Baju dia dalam almari pun disisakan satu sahaja iaitu baju yang Miyoung pakai sebelum diseret masuk ke rumah ini. Turun sahaja ke bawah, Miyoung melihat rumah ini penuh dengan orang asing.

Orang asing yang bergelar pembantu. Mereka sedang membersihkan rumah, tak menghiraukan kehadiran Miyoung.

Salah seorang pembantu yang sudah meletakkan bagasi Miyoung di luar rumah menoleh, lantas menunduk hormat sambil meletakkan kedua tangan pada perutnya.

"Maaf, Cik Han. Kami diminta oleh Tuan Oh untuk bawa keluar semua barang cik dari rumah ini."

Dahi Miyoung menunjukkan kerutan yang jelas. Dia tak faham kenapa mendadak sebegini jadinya.

"Saya dihalau?" Tanya Miyoung lagi. Tak menyangka ianya benar-benar terjadi. Pembantu itu tidak menjawab.

Dia cuma berundur pergi setelah melihat kedatangan Sehun.

Lelaki itu berdiri di sebelah Miyoung, tapi masih ada jarak lebih kurang 10 langkah dari Miyoung. Tanpa memandang kearah Miyoung, Sehun menjawab.

"Ya, bahasa kasarnya aku halau kau. Kalau nak lembut, aku beri kebebasan pada kau. Pergi." Sehun menjawab. Ada sesuatu yang berbeza pada lelaki itu pagi ini.

Miyoung berpusing, menghadap Sehun. Dia menarik dan menghembus nafasnya, memberanikan diri menatap Sehun.

"Kenapa? Kenapa awak lepaskan saya sekarang? Apa lagi rancangan awak?" Curiga Miyoung. Miyoung tak berharap Sehun menatapnya semula. Dia masih takut pada lelaki itu.

Tak diduga, Sehun ketawa. Lelaki itu mengusap pangkal hidungnya kemudian menoleh pada Miyoung.

Gadis itu tersentak saat melihat tidak ada lagi tatapan obses pada mata Sehun. Yang ada hanyalah satu pandangan... benci?

"Rancangan? Kau fikir kau seberharga itu ke sampai aku perlu bersusah-payah nak cari perhatian kau? Oh, mesti kau fikir sebab aku cinta mati pada kau, ada akan pura-pura lepaskan kau, and then cukup masa aku culik kau lagi."

Sehun menayangkan wajah jijik. Hujung bibirnya sampai naik, menunjukkan perasaannya secara terang-terangan.

"Han Miyoung. Lepas aku fikir balik. Kau..."

Sehun mendekat lantas dengan satu jari, dia menolak bahu Miyoung beberapa kali.

"Kau tak adalah sebagus itu untuk aku kejar mati-matian. Orang macam kau yang lahir dalam serba kekurangan dan aku yang lahir dalam senduk emas, tak boleh bersama. Cuba bayangkan, aku yang emas kejar kau yang tak ada harganya walau dengan batu yang paling murah. Itu bukan downgrade ke?"

Sehun tersenyum sinis. Dia menarik semula tangannya dan mengelapnya dengan sapu tangan.

"Hei, sedarlah. Semakin kau tolak aku, semakin hilang interest aku pada kau. So, untuk penuhi permintaan kau. Pergilah. Jadilah dan berkumpullah dengan sampah-sampah dekat luar sana. Kembali ke tempat asal kau."

Plakk!

Miyoung menampar pipi Sehun dengan tangan yang bergetar. Air mata bergenang di mata Miyoung.

Sehun memegang pipinya yang merah kerana ditampar itu. Dia tak bergerak.

"Saya diam sebab saya fikir awak masih ada hati perut. Saya tahan sebab masih fikir tentang pentingnya nyawa saya. Saya bertahan sebab fikir mungkin suatu hari nanti awak akan sedar kesalahan awak. Tapi orang sakit mental macam awak, tak mungkin berfikir macam manusia normal."

Miyoung menelan air liurnya. Dia mengesat air matanya dengan kasar.

"Saya tak ada lagi nak cakap pada awak. Sampah-sampah pun, masih ada yang gila pungut. Terima kasih sebab pernah pungut sampah ni, 'tuan emas'."

Gadis itu berganjak mengambil bagasi dan juga beg sandang, bersedia untuk pergi.

"Anak tu... pastikan tak jumpa aku bila dah besar nanti. Sebab aku takkan mengaku itu anak aku."

Miyoung mengeratkan pegangan pada tali begnya.

"Baik. Saya pastikan dia tahu ayahnya tak wujud. Itupun kalau dia ada dan lahir."

"Bagus. Sebab aku tak sudi ada anak dari perempuan macam kau. Siapa tahu kau dah bersama dengan berapa lelaki dengan luar sana dulu."

Miyoung berpaling, tak tahan lagi dengan hinaan Sehun. Dia ingin menampar mulut Sehun sampai lunyai.

Baru kelmarin Sehun meminta-minta tak ditinggalkan, hari ini Miyoung pula dibuat seolah-olah perempuan murahan.

"Saya benci awak, Oh Sehun. Saya benci sangat-sangat sampai saya harap awak pergi mati sama dengan ibu awak!" Jerit Miyoung dengan amarah yang sudah tak dapat ditahan lagi.

"Awak tahu, sesampahnya saya, sekurang-kurangnya ibu dan ayah saya tak mati sebab bunuh diri. Sekurang-kurangnya mereka mati dalam keadaan yang baik. Bukan macam ibu awak yang mati dalam keadaan hi—"

Sehun menolak Miyoung sehingga jatuh menimpa bagasi. Rambut dan pipi gadis itu dicengkam kuat. Para pembantu yang melihat kejadian itu tak berniat membantu.

Mereka segera pergi sebelum keadaan menjadi tak terkawal.

Dada Sehun naik turun, menimpa tubuh kecil Miyoung yang mungkin sekarang sesak. Dia ingin menampar Miyoung, tapi tangannya tak bergerak.

"Mulut ni..." Sehun geram. "Nasib baik aku tak jahit, sayang."

Lelaki itu tersenyum dengan wajah psiko. Ibu jari Sehun masuk ke dalam mulut Miyoung kemudian disusuli dengan jari lain.

Sehun menarik lidah Miyoung, membuat gadis itu mengerang kesakitan.

"Jaga lidah ni baik-baik, peaches. Jangan sampai putus. Faham?"

Sehun mengangkat Miyoung agar berdiri. Leher Miyoung ditarik sehingga mendekati wajahnya.

Sehun tersenyum, meniup mulut Miyoung tetapi segera ditolak oleh gadis itu. Miyoung tak menyesal berkata sedemikian.

Itu tak sebanding dengan apa yang Sehun buat selama ini. Katakan saja dia tak ada simpati. Seharusnya Miyoung tak melibatkan mendiang ibu Sehun. Tetapi Sehun dah melampau.

Dan juga kesabarannya sudah memuncak. Miyoung hanya tinggal masa meletupkan segala keluh-kesah yang dia pendam atas kelakuan Sehun.

"F*ck you."

Miyoung mengambil bagasinya dan segera pergi tanpa menoleh lagi. Sehun sudah memberi kebenaran, buat apa dia tangguh?

Miyoung menaiki teksi keluar dari kawasan ini. Sepertinya teksi ini sudah disediakan oleh Sehun. Ianya membawa Miyoung menuju ke lapangan terbang.

Gadis itu mengusap wajahnya. Akhirnya bebas juga daripada kekangan Sehun. Dia tak tahu apa yang membuat Sehun tiba-tiba berubah fikiran.

Tapi Miyoung lega. Mungkin ada kaitannya dengan Tuan Seojun yang tiba-tiba datang ke rumah tempoh hari. Sehun dan Tuan Seojun nampak akrab semula.

Barangkali Tuan Seojun berjaya menasihati Sehun. Syukurlah.

"Sekarang ke tuan?"

Sehun melirik sekejap kearah pembantunya, Taehyung. Lelaki itu sedang memegang sesuatu ditangannya. Sehun melihat pula pada jam di tangannya.

"Dah sampai?"

"Mengikut jejak ni, dia baru sampai ke airport."

Sehun mengangguk perlahan, seketika dia menyeringai. "Lakukan."

Taehyung menurut perintah. Jarinya menaip sesuatu pada tablet yang kemudian dihantar pada bawahan yang lain.

Sementara itu, teksi akhirnya sampai di lapangan terbang. Miyoung keluar dari kereta dan membawa turun bagasinya.

Gadis itu berdiri di seberang jalan, menunggu untuk melintas. Penglihatan Miyoung tiba-tiba silau kerana cahaya daripada cermin kereta. Miyoung menutup matanya, ingin mengurangkan rasa sakit itu.

Tiba-tiba, telinganya berdengung. Miyoung mendengar bunyi hon kereta yang tak berhenti-berhenti berbunyi. Orang-orang di sekitarnya meneriaki sesuatu.

Tak ada sesiapa di bahagian Miyoung menunggu untuk menariknya pergi. Saat Miyoung menurunkan tangannya, dia melihat lori yang sedang menuju kearahnya dengan pembantu yang sudah tak sedarkan diri.

Dalam sekelip mata, Miyoung terlempar ke jalan raya akibat rempuhan tersebut. Kepalanya terhantuk beberapa kali.

Saat itu, bunyi orang yang berteriak terhenti. Mereka semua diam dan hanya menatap kosong pada Miyoung.

Salah satu dari mereka menarik pergelangan baju keatas, kemudian berbicara pada alat yang terlihat seperti jam tangan.

"Lucky charm secure."

Miyoung samar-samar melihat orang yang mendukungnya membawa masuk ke dalam ambulans. Percakapan orang-orang itu tidak jelas di telinganya.

Yang Miyoung ingat kali terakhir sebelum pengsan adalah wajah Sehun yang terpampar di skrin di depannya sambil tersenyum.

Kali ini, serius, dia betul-betul tiada jalan dan peluang lagi untuk pergi.

Oh Sehun benar-benar menghancurkan hidupnya.

To be continued

Udah mahu sampai klimaks/ pengakhiran cerita.

Continue Reading

You'll Also Like

89.1K 4.7K 18
Credit to- @hezlinthehazel tq for this cute cover ^^ Baekhyun budak terkenal dengan kehandsomannya di sekolah,di pejabat,dimana mana sahaja dipaksa o...
2.5K 69 9
( on going ) "My beloved Feria Γ€lish Adriana if I caught you try to run away from me again, you will regret it."- Feoral Zyin Gabriel 13+
4.1K 545 68
Bukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutn...
12K 1K 29
A girl regretting her desicion on hating Wanna One. [It's a malay fanfic bcs my English already terbabas years ago heheheheh] Highest ranking πŸŽ‰ #1 L...