DIA MILIKKU (C)

By Rosida_Rosdi

52.9K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 3

1.3K 46 2
By Rosida_Rosdi

"Yes. This project will be conducted by the end of this month."

Aku berbual dengan clientku. Sesekali mata aku melirik ke arah Piqa. Hari ni dia pakai blouse berwarna pink dan berseluar palazzo berwarna cream. So cute. Walaupun berbadan comel tetapi Piqa tetap pandai bergaya.

"Hopefully this project will work out well according to plan," balas clientku.

Aku lihat Piqa dan budak baru lagi seorang tu sedang menjeling ke arah kami. Mereka ingat aku tak perasan kot?

"We will follow you up with the rest of the details from time to time," kataku kepada wanita di hadapanku ini.

Aku pun berjabat tangan dengannya dan menghantarnya hingga ke pintu ofis.

Aku berpaling dan memandang ke arah Piqa. Dia tengah menaip tapi macam nak roboh keyboard tu ditekannya. Nampak macam melepaskan geram. Bergaduh dengan Amir ke? Atau ada masalah dengan kerja? Aku pun menghampirinya.

"Ade problem dengan kerja ke?" soalku. Aku menundukkan badanku untuk melihat ke arah skrin. Kelihatan Piqa terlompat sedikit terperanjat dengan kehadiranku. Haha.

Aku nak ketawa tapi aku control kerana tak mahu dilihat tidak profesional.

"Takdelah Tuan Aaron," balas Piqa.

Aku menepuk-nepuk bahunya bertanyakan khabar. Bahu Piqa gebu dan lembut. Geram pulak aku tengok kecomelan dia ni. Rasa nak cubit-cubit je. Dah macam teddy bear.

Kebiasaannya hari-hari aku membosankan dan suram. Kehadiran Piqa di ofis menghiburkan hati aku. Tiadalah rasa hambar sangat setiap kali aku nak jejak kaki ke dalam ofis ni.

Aku pun beredar keluar dari ofis. Aku memeriksa telefonku kalau-kalau ada mesej atau call yang baru masuk. Ada beberapa mesej dari clientku. Aku scroll ke bawah dan terdapat satu mesej dari sahabatku.

Dia ni nak apa pulak?

Afham : Jom lepak teman aku lunch. Bosan ah..

Aku : Kau kan ramai awek. Ajak lah siapa-siapa teman kau makan.

Afham : Alaaa... Bosan la asek keluar dengan perempuan je. Mari laaa..

Afham kerap mengajakku menemaninya makan tengahhari. Walaupun kami berkhidmat di syarikat yang berbeza, namun bangunan tempat kami bekerja tidak jauh. Jadi tidak menjadi masalah bagiku untuk berjumpa dengannya sekali-sekala.

Tanpa berlengah aku terus menuju ke sebuah restoran untuk bertemu dengan rakan baikku Tengku Afham. Aku tengok dia sudah menungguku di dalam kedai bersilang kaki.

"What's up bro?" dia menghulur tangan melagakan penumbuknya denganku.

Aku mengambil tempat duduk bertentangan dengannya. "Same old same old," balasku. Aku memesan makanan dan minuman.

Aku bersahabat baik dengan Tengku Afham sejak dari zaman universiti. Kebetulan kami belajar di dalam bidang yang sama. Kerap membuat group project bersama. Akhirnya melekat lah sampai sekarang. Kalau ada masa lapang aku suka keluar dengannya.

"Well.. You know what. Baru-baru ni ada new recruit masuk ofis." aku mula berbicara.

"Yeah?" jawab Afham acuh tak acuh. Aku lihat matanya memandang telefonnya. Kau kalau nak ajak aku keluar makan at least letak lah ke tepi dahulu telefon tu. Aku menyandar di kerusiku.

"This new girl was so funny. Macam budak-budak. Hahaha. She's clumsy too. You'll never know what she would do next," sambungku.

Afham menghirup air 3-layer tea di depannya. Dia meletakkan telefonnya di atas meja. "Kau suka kat dia ek?"

"Pfft!"

Menyembur air kopiku. "Hah? Ish tak adalah. Aku just suka tengok dia je. You know... Cute. Squishy like a hamster?"

Afham menggelengkan kepalanya. "Kau ni pun. Bila nak cari calon nya? Takkan nak biar mereput je kat bawah tu?" matanya menjeling ke arah celah kangkang seluarku.

"Bodoh la kau!" aku menepuk kepalanya dengan tapak tanganku agak kuat.

"Aduh! Hiss..." Afham mengusap kepalanya. "Takdelah. Kau ni dah nak masuk 40 dah. Tak pernah pulak aku tengok kau dengan siapa-siapa. Entah-entah kau suka lawan pedang tak?"

*BUK*

Aku terajang kakinya dibawah meja. Afham ketawa berdekah-dekah. Sudah hilang akal apa kawan aku seorang ni? Kalau aku suka sama jenis sudah lama aku pilih dia jadi kekasih aku. Keturunan Diraja. Muka yang kacak mengalahkan artis. Tapi minta maaf. Aku masih lurus.

"Aku baru 35 la. Sama dengan kau kan. Haih...," Aku mengeluh. "Entah la. Aku tak pernah terfikir pun nak couple-couple ni. Lainlah kau casanova. Kiri kanan kau bersepah perempuan," jawabku.

"Kawan biar seorang. Kekasih biar seribu. Hahahaha," ketawa Afham.

Aku tak faham betul lah falsafah hidup kawan aku ni. Ramai-ramai nak buat apa? Jadikan koleksi ke? Bukannya boleh bawak balik simpan kat rumah. Hmm.. Aku menggelengkan kepalaku.

"Kau jangan macam-macam. Karma is real bro," kataku menasihatinya. Tangan aku menyuap nasi goreng kampung yang aku pesan sebentar tadi. Dah nak habis dah pun masuk ke dalam perut aku.

"What if... I AM the Karma?" soal Afham mengangkat sebelah keningnya.

Ceh! Berlagak pulak budak ni. "Lantak kau la. Nanti jangan nak mengadu mengogoi kat bahu aku pulak!"

"Eh dah lewat dah ni," kataku sambil melihat jam di tanganku. "Aku nak balik ofis aku dulu la. Layan kau boleh jem otak aku." Aku bangun dan bersalam dengan Afham.

"OK. Beres beres. Apa-apa roger," balas Afham. Aku hanya mengangkat kepalaku dan melangkah menuju ke keretaku.

****


Dalam perjalanan ke bilikku aku melintasi ofis Piqa. Aku meninjau kedalam dan terlihat Piqa sedang membelek rumah contoh di atas meja di tengah-tengah ofis.

Tangannya menulis-nulis sesuatu di buku notanya. Kemudian dia memeriksa telefon bimbitnya. Diulang-ulang perkara yang sama. Sedang buat research agaknya.

Aku teringat kata-kata afham. Aku? Suka dia? Haha.. Mengarut lah.

Aku menggosok tengkukku dan menuju ke bilikku. Sampai dibilikku aku lihat diatas mejaku ada hamper. Aku belek-belek kelihatan ada kad terselit.

Oh dari syarikat yang pernah bekerjasama dengan kami. Mungkin hamper tanda penghargaan? Tapi macam banyak sangat ni.

"Siapa nak habiskan semua ni?" bisikku. Aku usap-usap daguku.

Oh! Piqa. Hihi..

Aku menekan butang intercom dan menghubungi ofis Piqa.

*Truutt Truutt*

*Click*

"Hello. Amir speaking." kedengaran suara dihujung talian.

"Oh Amir. Boleh datang ofis I kejap? I nak you tolong ambil barang sikit ni untuk bawak ke ofis you." aku tak berniat pun hendak membuli orang baru. Dah kebetulan dia yang menjawab telefon.

"Baik Tuan Aaron."


*Tok Tok*


Amir pun masuk tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Nak ambil apa ni Tuan?" soalnya.

Aku mengarahkan jari telunjukku kepada hamper-hamper di atas meja.

"Semua ni ke?" soalnya lagi.

"Yes. All of 'em," jawabku. Aku lihat Amir terkial-kial cuba mengangkat kesemua hamper tersebut.

"You kenal Piqa?" tanyaku.

"Kenal Tuan Aaron. In fact kami pernah satu sekolah dulu. Tapi sempat sampai standard 6 macam tu je. Kenapa Tuan tanya?" Amir menyoalku kembali.

"Owh.. It's nothing. Tengok you macam rapat je dengan dia," kataku sambil menongkat dagu di atas meja.

"Takkan Tuan Aaron suka dia kot? Badan dah la besar macam gajah," kata Amir sambil mendepakan tangannya membuat mimik seakan seekor gajah yang besar. "Hahahahaha!"

Aku hanya menjeling ke arah Amir. Aku mengetuk-ngetuk jariku di atas meja. Aku rasa kurang senang dengan kenyataannya itu. Hmm...

"Haha.. Ha... ha-aa.." Amir akhirnya berhenti ketawa melihat reaksiku yang tidak merasakan ianya kelakar langsung. "Errrmm... saya angkat ni semua ke ofis dulu ye?"

Aku lihat dia terjengket-jengket cuba mengimbangi kesemua hamper yang di bawanya seorang diri. Kenapa dia tak mintak bantuan dari aku? Kalau dia mintak tolong aku tolong je sebenarnya.

Aku mengangkat bahuku.

"Whatever."

Tapi kenapa hari ini semua orang cakap aku suka Piqa? Aku ada buat apa-apa yang pelik ke sampai semua orang beranggapan yang sama.

Aku?

Suka Piqa?

Ish, merepeklah kau orang...


*Ting*


Syafiqa : Tuan Aaron. Terima kasih bagi hamper kat kitorang. Saya ambil satu ye?

Aku membaca mesej daripada Piqa. Aku tak boleh tahan. Rasa lucu dengan kerenahnya. Aku pun tersenyum sendirian.

Sepatutnya hamper tu semua untuk dikongsi beramai-ramai. Tapi dia mintak nak bawak balik satu? Sebekas besar tu? Piqa.. Piqa..

"Hahaha.." keras perut aku menahan ketawa. Haih...

Aku : Sama-sama. Ambil lah banyak mana you nak ambil pun.

Aku menggelengkan kepalaku. Haha. Macam-macam la si Piqa ni. Aku betul-betul geli hati dengan sikapnya seperti budak-budak yang dapat gula-gula. Dia punya happy dapat makanan tu tak boleh bawak bincang.

Syafiqa : Eh? Boleh bawak balik lebih ke?

"Hahahaha. Seriously?" aku tak boleh sekat lagi ketawaku. Berdekah juga perginya. Ada hati dia nak bawak balik lebih dari satu?

Tak boleh jadi ni. Aku nak kena singgah juga ofis Piqa dulu sebelum balik. Aku suka tengok reaksi dia. Dengan cemerkapnya. Semuanya comel.

Aku pun berjalan menuju ke ofis mereka sambil bersiul lagu yang spontan aku reka sendiri ketika ini. Sampai sahaja di pintu aku melihat Amir sedang bertepuk tampar dengan Piqa. Mereka kelihatan begitu mesra.

Serta-merta aku merasakan suatu perasaan yang aneh di dalam hatiku. Aku mencengkam kuat bajuku di dada.


"What is this feeling?"

Continue Reading

You'll Also Like

309K 17.4K 50
watak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tuna...
502K 24.3K 74
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
1.5M 87.8K 65
๐Œ๐ข๐ง๐ž'๐ฌ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ [UNEDITED] "Jika dulu kau yang kejar aku, sekarang biarlah aku yang kejar kau pula." "I take you as my babygirl." "Dasar jan...
824K 84.4K 72
โš ๏ธBewareโš ๏ธ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...