MY 'RUDE' WIFE

By ByCikNorCinta

2.4M 28.3K 1.7K

SUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur m... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Pesanan Author CikNorCinta
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 41
Bab 42
Bab 43

Bab 40

2.1K 54 1
By ByCikNorCinta

Guys,jangan lupa vote ya ✌☺

Firdaus turun bersarapan lebih awal hari ini. Entah kenapa dia berasa cukup lapar selepas bersenam pagi ini. Tambah lagi apabila seluruh rumah telah disemarakkan dengan keharuman sambal tumis yang cukup untuk membangkitkan seleranya. Melur telah memasak bihun goreng bersama sambal tumis udang sebagai pelengkapnya. Cukup untuk mengenyangkan perut Firdaus hingga ke tengah hari nanti. Tidak cukup dengan itu,Melur menghidangkan roti telur berkaramel sebagai pemanis mulut untuk suaminya. Memang Firdaus tersandar kekenyangan.

Firdaus mengambil tempat di atas sofa kesukaannya dan mengambil surat khabar di atas meja lalu membacanya. Buah-buahan yang dimakan seawal bersarapan tadi,masih lagi bersisa dan itulah yang menjadi snek terakhirnya. Membaca sambil menikmati campuran buah-buahan yang telah siap dipotong. Melur tidak bersuara. Setelah mengemaskan meja makan, dia berlalu ke tingkat atas dan mengemaskan semua bilik di situ termasuk bilik airnya sekali. Sesudah itu,dia menggosok pakaian ke pejabat suaminya untuk bekalan selama seminggu bekerja. Setelah selesai,dia turun semula. Kali ini,kelihatan Firdaus sedang menekuni kerja-kerja di komputer ribanya pula. Melur tidak menegur. Dia mengeluarkan semua baju yang telah siap dicuci dari mesin basuh dan menyidaikan di ruangan khas. Kemudian dia ke dapur dan membersihkan ruang itu. Terus ke balkoni dan menyiram bunga di situ. Dari ruang itu,Melur terus ke ruang tamu,menyapu dan membersihkan karpet dengan mesin hampagas. Sesekali Firdaus menuntas pandang padanya kerana Melur telah mengganggu suasana dengan bunyi mesin tersebut. Sayangnya Melur tidak menoleh. Setelah itu,Melur mengelap kabinet televisyen dengan kain lembab. Juga bunga hiasan di sudut penjuru rumah,termasuk hiasan kristal di dalam almari sudut. Tidak lama kedengaran perlahan suara Melur seperti sedang menyanyi. Firdaus memandangnya. Dia merasa terganggu dengan ‘bunyi’ dari Melur itu. Makin lama semakin kuat bunyinya.

“Kalau nak nyanyi tu,nyanyilah untuk saya sekali. Bagi saya lena terus kat sini.” tegur Firdaus menyindir. Sedikit marah. Melur menjeling dan diam. Dia berlalu ke bilik stor mengambil mop. Dimulakan di ruang tamu. Sepi. Firdaus tidak mempedulikannya.
‘Hari minggu pun kerja jugak?’ soal hati Melur. Dia menatap wajah tampan suaminya dalam-dalam. Bentuk muka yang bujur dengan rahang yang sempurna itu buat hati wanitanya mencair. Keseriusan wajah itu membuatkan Melur terpesona. Mata bundar bersama kening lebat yang terbentuk elok itu buat Melur terpaku seketika. Dan bibir itu,merah dan cukup seksi di mata Melur. Fikiran Melur mula menakal. Dia harus mengenakan Firdaus dengan usikan nakalnya. Dia berdiri tegak membelakangi Firdaus sambil memegang batang mop. Bergaya seperti model.

“Jam di dinding terus berdetak aah...” Melur memulakan nyanyiannya. Firdaus memandang.

“Kakiku juga terus berjalan aah...” Sepi. Melur berpaling ke arah Firdaus.

“Tapi mengapa tak kau lepaskan...tatapanmu dari diriku uu uu...” sambung Melur lagi sambil melentokkan tubuhnya dan batang mop itu digoyangkan perlahan mengikut pergerakannya. Dia mengetap bibirnya sendiri sambil melangkah.

“Menembus hingga jantung ini... Terasa agak terhenti...” Melur menyanyi lagi sambil merenung tepat ke wajah Firdaus. Hujung jari telunjuknya menepuk perlahan dada kirinya merujuk kepada hatinya. Firdaus terus terkaku. Tumpuannya hanya pada Melur.

“Tak kuasaku menahan rasa aa aa aa aahh...” nyanyi Melur lagi sambil melepaskan batang mop di tangannya. Firdaus terkejut dengan aksi menggoda Melur. Nyanyiannya merdu tetapi disampaikan dengan penuh seksi ala penyanyi jazz.

“Hatiku makin semakin berdebar aar aa aa aar...” sambung Melur lagi sambil berlutut di hadapan Firdaus lalu mengambil komputer riba dari pangkuannya. Firdaus membiarkan.

“Tapi mengapa tak kau lepaskan, tatapanmu dari diriku uu uu... Menembus hingga jantung ini, terasa akan terhentiii..mm..mm..” Firdaus menahan nafas apabila Melur mendekatkan wajah mereka sambil meramas kolar baju kemeja T Firdaus. Melur senyum.

“Semua yang ada ada pada dirimu...membuat aku ku aku jatuh cinta...” nyanyi Melur lagi seperti berbisik di hujungnya sambil melabuhkan duduknya di riba Firdaus.

“Come on Hubby say you love me...love me say you love me...” sambung Melur lagi bersama jari-jarinya yang berlegar-legar di setiap sudut wajah Firdaus. Firdaus terpaku. Melur menolak tubuh Firdaus tersandar di sofa. Dia memaut leher Firdaus.

“Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu... Penjara kamu mu,kamu dalam hatiku...” Melur terus menyanyi dengan perlahan tapi jelas. Bibirnya begitu hampir dengan bibir Firdaus.

“Come on Hubby say you love me eii..” sambung Melur lagi sambil merenung tepat ke mata Firdaus. Dia berpura-pura terjatuh dan Firdaus terus merangkul pinggangnya. Melur senyum kerana dia sudah berjaya memerangkap Firdaus ke dalam situasi yang diciptanya. Melur memegang kedua-dua pipi Firdaus.

“1,2 senyum manismu. 3,4 lirik matamu.” ucap Melur sambil menyentuh sesaat di bibir dan hujung mata Firdaus.

“Dengan tawa tawa riangmu...Bikin hatiku jadi rapuh...” Sepi. Ulas bibir Firdaus diusap perlahan. Firdaus sudah terdiam seribu bahasa.

“Si Pencuri Hatiku... Pencuri Hatiku..hmm mm...” Sepi lagi. Terasa setiap helaan nafas Melur menembus terus ke wajah Firdaus.

“Love me love me..oo oo oo...Love me love me..ho’ oo oo..oo oo mmm...” Melur menyudahkan nyanyiannya dengan kucupan sesaat di bibir Firdaus. Sepi. Terasa seperti mereka dapat mendengar helaan nafas sendiri.

“I love you,Mister Thief of My Heart” ucap Melur separuh berbisik. Firdaus terkejut bersama pandangan mata yang redup menatap wajah Melur. Tiada jawapan dari Firdaus. Melur mula mengukir senyuman nakal. Sekejapan ianya bertukar kepada tawa kecilnya lalu menjadi semakin rancak. Firdaus terkejut lagi. Melur memang sukar diduga.

“What? Kenapa tengok Melur macam tu? Terkejut?” soal Melur dalam tawanya. Firdaus memandangnya dengan wajah kosong. Terpinga-pinga dari dalam.

“Hanyut ya? Dah sampai ke mana tadi? Caribbean? Mediterranean?” soal Melur lagi lalu melepas tawa besarnya. Tiba-tiba Firdaus menarik pinggang Melur rapat ke tubuhnya. Ia buat Melur terdiam. Jemarinya mengusap bibir Melur. Tangannya yang merangkul pinggang Melur,mula mengusap-usap di situ. Melur menahan nafasnya.

“Budak sengal.” ucap Firdaus perlahan lalu menyimpul senyumnya. Hujung jarinya menjentik perlahan bibir Melur. Firdaus mengangkat tubuh Melur lalu dilabuhkan di sisinya. Melur diam sahaja. Firdaus menoleh memandangnya.

“Sengal. Tau tak? S.E.N.G.A.L. Sengal.” sambung Firdaus lagi sambil mengeja perkataan itu lalu mencuit hidung mancung Melur. Melur senyum. Firdaus bangun.

“Abang nak ke mana?” soal Melur jelas.

“Naik. Tak kuasa nak duduk lama-lama kat bawah ni dengan budak sengal ni.” jawab Firdaus konon serius. Melur senyum dan berdiri di atas sofa.

“Dukung boleh?” pinta Melur sambil mendepangkan tangannya. Firdaus berkerut.

“Abang,nak dukung.” sambungnya lagi dengan nada manjanya. Firdaus berpaling darinya. Malas melayan kerenah Melur. Tiba-tiba Melur memeluknya dari belakang dan terus memanjat tubuh Firdaus. Kedua-dua tangannya memaut bahu Firdaus. Firdaus yang terkejut terus menyambut tubuh Melur. Memegang kedua-dua kaki Melur yang kini berpaut di belakang pinggangnya.

“Hey,awak buat apa ni? Adoi,beratlah.”

“Kan dah cakap tadi nak dukung? Melur penat nak naik tangga tu.” jawab Melur manja.

“Cepatlah jalan abang.” leretnya lagi lebih manja. Firdaus mendengus.

“Sengal.” kata Firdaus marah namun dia tetap menggendong Melur naik ke tingkat atas.

“Sayang abang.” kata Melur lalu mengucup pipi Firdaus. Firdaus menggeleng sahaja.

Tiba di bilik,Firdaus melepaskan Melur. Melur hanya tersengih nakal sambil mengenyit matanya pada Firdaus. Lelaki itu hanya menggeleng lalu merebahkan tubuhnya di atas katil. Perlahan Melur menghampirinya dan turut sama berbaring di sisi Firdaus.

“Puas hati dapat kacau abang pagi ni?” soal Firdaus konon marah. Matanya melekap di wajah Melur yang kelihatan layu itu. Melur hanya mengangguk bersama senyumannya.

“Selamba je buat aksi macam tu. Konon seksi sangatlah tu ya?” Melur mengangguk lagi. Firdaus menyimpul senyum.

“Tak malu.” Kali ini Melur melepas dengus tawa perlahan. Matanya mula terpejam.

“Abang,gosok belakang Melur...” leretnya berbisik sambil mengadap ke arah Firdaus. Entah kenapa Firdaus menuruti permintaan Melur. Tangannya berlalu ke belakang tubuh Melur dan mula mengelus perlahan di situ. Tidak lama keadaan menyepi.

“Melur? Melur?” panggil Firdaus perlahan. Sepi. Tiada jawapan dari Melur.

“Ya Rabbi,senangnya budak selamba ni tidur?” kata Firdaus separuh berbisik.

“Lepas buat ‘show’,terus tidur? Penat sangat ke? Satu lagu je pun.” omelnya lagi sambil menatap wajah Melur yang kelihatan penat itu. Firdaus ketawa sendiri.

“Boleh tahan juga suara dia. Lembut dan seksi. Ada style. Jazz babe.” sambungnya lagi lalu mengusap pipi Melur. Melur berkerut. Firdaus terus mengusap belakang Melur lagi dan perlahan-lahan kerutan itu hilang.

“Laa...gosok belakang je terus lena? Jadi itulah tekniknya?” kata Firdaus lagi lalu melepas tawa perlahannya.

“Tak payah jampi jampi Firdaus. Gosok gosok je,dah jalan..” Firdaus ketawa lagi.
Firdaus turun dari katil dan menghidupkan penghawa dingin. Tubuh Melur diselimutkannya.

“Kasihan dia penat.” kata Firdaus perlahan sambil mengusap rambut Melur. Dia turun ke tingkat bawah menyambung kerjanya semula. Agak sukar kerana apa yang Melur lakukan tadi masih terbayang-bayang di hadapan matanya.

“Dengan tawa tawa riangmu,bikin hatiku jadi rapuh. Si Pencuri Hatiku. Pencuri Hatiku.” nyanyi Firdaus merujuk kepada Melur. Dia melepas tawa lagi. Menatap komputer di ribanya tanpa tahu apa yang dibacanya. Dia melepas keluhan deras.

“What have you done to me budak selamba?” soalnya lebih kepada diri sendiri. Namun dia tersenyum lagi. Meremang romanya teringatkan peristiwa tadi.

“Dan bila,kau hadir bagai satu misteri. Ternyata diriku bagai sudah di...” Firdaus senyum.

“Jampi.”

🌷CikNorCinta🌷
     10 Feb 2023

FB : Karya Ciknorcinta
IG : Taeamo.ciknorcinta

Continue Reading

You'll Also Like

148K 13.6K 200
بِسْمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيمِ ❖ ❮ اٌلْحَمْدُ لِلَّهِ اٌلَّذِى وَهَبَ عَلَى اٌلْكِبَرِ إِسْمَعِيلَ وَإِسْحَقَ، إِنَّ رَبِّى لَسَمِيعُ اٌلد...
10.6K 1.4K 71
"Hidup di dunia ini singkat, Maka kembalilah kepada Allah, Sebelum kamu kembali kepada Allah".
24.4K 2.8K 17
Khas untuk kaum hawa. Hanya perkongsian ilmu dari pelbagai sumber. Saya minta maaf andai penulisan ini ada mengusik perasaan mana2 pihak.
3.8K 487 44
Moga menjadi pembekal di akhirat nanti. Baca lah dengan hati yang lapang dan ikhlas. Beta bukan sesiapa, Beta hanya hamba, Yang ingin askarakan kata...