DIA MILIKKU (C)

By Rosida_Rosdi

52.6K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... More

Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 1

3.3K 68 4
By Rosida_Rosdi

"Piqa. Bila dah besar nanti aku nak melamar kau jadi isteri aku!"

"OK. Janji tau?"

"Janji!"

*Beep Beep*

"Ughh... pelik betul mimpi tadi..." aku terjaga mendengar alarm telefonku berdering.

Aku bermimpi kisah diwaktu aku berusia 10 tahun. Dimana Amir rakan sepermainanku di waktu itu berjanji akan menikahiku suatu hari nanti.

Namun pada usia 13 tahun ketika di tingkatan 1, Amir terpaksa berpindah mengikut bapanya ke ibu kota. Meninggalkan aku di kampung.

15 tahun sudah berlalu. Kini aku sudah menginjak dewasa. Namun aku tidak pernah melupakan janji Amir kepadaku.

Hari ini merupakan hari pertama aku bekerja di syarikat Alam Bina Group. Aku melaporkan diri pada pukul 9 pagi di pejabatku. Aku dengar ada seorang lagi pekerja baru sepertiku akan ditempatkan di situ.

Sedang aku menunggu di pintu masuk ada seorang lelaki menyapaku dari belakang.

"Syafiqa kan?"

Aku menoleh ke belakang dan mendapati seorang lelaki seusiaku tinggi lampai berkaca mata menghampiriku.

"Ya saya. Awak siapa?" soalku.

"Laaa... ni Amir la. Kita satu kelas masa sekolah rendah dulu."

Amir?

Oh! Aku terkejut. Tak sangka kami akan bertemu semula setelah sekian lama. Adakah ini jodoh? Mimpi aku pagi tadi masih segar lagi di ingatanku. Adakah ini satu petanda?

"Amir. Kau inga-" belum sempat aku menghabiskan perkataanku Amir menyampuk.

"Gemuk gila kau sekarang. Aku hampir tak cam tadi. Ahahaha!" Amir mentertawakanku.

Aaghhh!!! Muka aku terus bertukar pucat.

Ya. Sekarang aku gemuk dan obese! Aku tak pernah mengambil berat tentang pemakananku kerana aku sudah selesa merasakan bahawa Amir akan melamarku bila dewasa.

Tuhan sahaja yang tahu betapa malunya aku diejek depan-depan begini. Terutamanya oleh lelaki yang selama ini aku ingat akan menjadi bakal suamiku.

Aku sangkakan Amir tidak seperti lelaki lain yang hanya mementingkan paras rupa. Namun jangkaanku meleset. Rupanya aku hanya bermimpi di siang hari. Harapan aku musnah sekelip mata.

"A-aku..."

*Dub*

Aku melangkah kebelakang dan terlanggar seseorang. Aku mendongak ke atas dan terlihat seorang jejaka kacak menahanku dari jatuh.

"Are you OK miss em..." dia memeluk kedua lenganku.

Aku pun cepat-cepat mengalihkan badanku. Aku takut dia tidak larat menahan beban badanku.

"S-sorry. I'm Syafiqa. Call me Piqa," kataku menggelabah.

"Aaron," jawabnya. Dia menghulurkan tangan dan bersalaman denganku. Namun dia tidak melepaskan genggaman tangannya dan merenungku atas bawah sambil tersenyum.

"Erm.. Encik Aaron?" kataku cuba menarik tanganku.

"Tuan Aaron. Awal sampai hari ni?" sapa seorang wanita dibelakangnya.

Aaron pun melepaskan tanganku dan berbual dengan wanita itu. Mereka berjalan masuk ke dalam ofis meninggalkan aku dan Amir diluar.

Aku masih terpaku disitu. Aku mencium tanganku yang baru lepas bersalam dengan lelaki misteri itu tadi.

Handsomenya! Dah macam model. Dengan tingginya. Badan pun very ripped. Muka pulak ada iras mat saleh.

"Haaa..." aku mengeluh mengenangkan nasib diriku. Aku hanya mampu berangan je la. Dengan badan aku yang macam tong drum ni. Mustahil orang macam Aaron nak pandang aku.

"Kau mengelamun apa tu?" tegur Amir. "Kau minat laki tadi ek? Tak payah berangan la. Macam bumi dengan langit aku tengok. Hahaha!" Amir mentertawakan aku lagi.

Huarrgghh! Malangnya nasib aku dihari pertama kerja. Tak guna kau Amirrrr! Ikut hati aku nak cili je mulut puaka dia tu. Hmph!

Kami pun melangkah masuk kedalam ofis mengekori Aaron. Rupanya Aaron adalah CEO syarikat ini. Jadi bukan lagi bagai bumi dan langit. Tapi bagaikan dia harimau dan aku tungau. Haih...

"Tak sangka dapat kerja sekali dengan kau. Lama betul tak borak kan? Kau mesti takde pakwe lagi kan? Kan? Kan?" soal Amir kepadaku. Tak sangka perangainya sungguh jelek. Bukan perangai je jelek. Bila aku amati betul-betul, rupa parasnya pun biasa-biasa je. Entah apalah yang aku harapkan sangat dari dia dulu.

"Hmm..." aku malas nak melayan soalan Amir yang sungguh kontroversi itu. Apalah malang nasib aku ditempatkan sekali dengan dia di dalam satu pejabat.

"Haih..." aku meletakkan kepalaku di atas meja. Aku harap semuanya berjalan dengan lancar di tempat kerja. At least aku boleh usha Tuan Aaron hari-hari. Sejuk sikit hati ni.


****


Hari sudah senja. Aku masih belum pulang dari kerja. Biasalah budak baru. Mestilah kena tunjuk rajin. Kerja aku banyak fotostat fail-fail seniorku sahaja. Tiada apa yang gah pun.

"Aku balik dulu. Kau tak balik lagi ke?" Soal Amir.

"Sikit lagi balik la. Kau gerak la dulu," balasku. Tanganku sibuk menyusun dokumen ke dalam fail.

Aku lihat Amir keluar dari ofis menggalas begnya. Leganya. Tak perlu aku nak hadap perangai dia tu. Aku memutarkan mataku menyampah. Kau balik lebih aman dunia aku.

"Fu fufu fu..." aku sibuk bernyanyi. Seronoknya kerja tanpa gangguan. Lagi-lagi gangguan dari manusia bernama Amir.

Aku pun pelik kenapa bila dewasa perangainya jadi begitu. Masa kecil dulu elok je main sama-sama. Penat otakku kalau nak fikirkan perihal Amir ni. Takkan berkesudahan.

"Happy nampak. Tak balik lagi ke?"

"Opocot mak kau hijau!" aku melatah kerana terkejut mendengar teguran dari seseorang yang entah datang dari mana. Aku tengah asyik bernyanyi. Aku ingatkan sudah tiada sesiapa di ofis.

"Hahahahaha!!"

Aku menoleh kebelakang dan terlihat Tuan Aaron sedang ketawa berdekah-dekah sambil memeluk badannya.

"Errr... Tuan Aaron. Maafkan saya. Saya ingat dah takde orang tadi. Tu yang saya nyanyi sambil buat kerja tu," terangku. Aduhhh... Dia ni. Dah la dia bos aku. Malu la macam ni. Habis reputasi kerja aku.

Aku lihat Tuan Aaron masih tak henti ketawa. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Malu ada. Segan pun ada. Tapi yang paling aku tak puas hati, dia ni ketawa pun seksi. Ughh...

"Haha. Sorry sorry. Ehem..." Tuan Aaron terbatuk-batuk sambil mengesat airmatanya yang keluar akibat ketawa terbahak-bahak tadi.

"Hadui.. You ni comel lah," sambungnya lagi. Bibirnya masih tak boleh berhenti tersenyum.

Aku terdiam. Mataku terbuntang. Mataku terkebil-kebil memandang ke arah Tuan Aaron. Sepanjang hayatku tidak ada seorang pun yang pernah memujiku comel ke cantik ke. Ini pertama kali. Lagi-lagi dari seorang lelaki.

Aku mengambil fail didepanku dan menutup mukaku. Aku membisu. Tuan Aaron pun tiba-tiba terdiam melihat reaksiku. Suasana menjadi sunyi. Ish dia ni cakap la sesuatu. Ubah la tajuk cepat. Aku dah mula merasa janggal.

"By the way. You dah ade BF ke?" soal Tuan Aaron.

Ish. Kenapa dia nak tahu pasal relationship aku pulak? Tak ada soalan lain ke dia nak tanya. Tahulah aku gemuk. Tak laku. Masih nak bertanya. Lagipun ni something personal. Apa hak dia nak tanya aku soalan macam ni?

Aku menggelengkan kepala. Mukaku masih tertangkup di dalam fail ditanganku. Aku jadi tiada mood nak tengok muka dia.

Tiba-tiba jari Tuan Aaron menarik fail dimukaku. Dia merapatkan mukanya ke depan mukaku. "Kebetulan. I pun single," katanya tersengih.

Hm? Jadi? Apa maksud Tuan Aaron? Aku keliru dengan sikapnya. Sedang aku termenung Tuan Aaron pun berjalan meninggalkanku penuh dengan tanda tanya.

Aku single. Dia single. So? Aku mengangkat bahuku. Aku tak faham apa yang dia nak sampaikan sebenarnya? Kadang-kadang Tuan Aaron ni misteri. Aku tak tahu apa yang difikirkannya.

Aghhhh!! Lantak lah. Penat lah aku nak fikir. Baik aku fikir balik ni aku nak makan apa. Perut aku pun dah lapar ni. Dah berkeroncong lagu rock metal dah ni. Aku pun mengemas begku dan menuju ke keretaku.

Sebelum sampai rumah aku singgah di kedai untuk membungkus makanan. Aku tak mahu balik nanti berlapar kalau tiada makanan dirumah. Aku hanya memilih nasi bujang. Aku kena berjimat sebab baru mula bekerja. Gaji pun tiada lagi. Hanya mengharapkan duit poket yang diberi oleh bapaku.

Dapat sahaja gaji nanti aku nak treat diri aku dengan aiskrim, teh boba, ayam goreng dan macam-macam lagi lah!

Food is my happiness. At least for now. Rakan-rakan seusiaku semuanya sudah ada BF. Kalau yang advance sikit tu sudah ada anak dua lagi. Aku? Aku hanya bertemankan makanan untuk menggembirakan hati aku. Dah nasib badan.

Aku pun pulang ke rumah orang tuaku. Macam tu lah hidup aku. Dah tua tapi masih duduk dengan ibu-bapa menghabiskan beras.

Aku menuju ke dapur mengambil pinggan dan air masak segelas. Aku aturkan nasi, ayam goreng dan kuah kari dihadapanku.

"Bismillah..."

Sedang aku menyantap makananku di atas meja, tiba-tiba telefonku berdering. Aku membasuh sedikit tanganku di sinki dan menjawab telefon. Kacau betullah orang nak makan pun tak senang.

"Hello?" jawabku. Hanya naik nombor jadi aku tak tahu siapa yang call aku.

"Hello. Piqa? Tengah buat apa tu?" soalnya dihujung talian.

"Tengah makan. Siapa ni?" soalku sambil mengunyah makanan didalam mulutku. Siapa pulak yang tahu nombor aku ni? Tapi dia tahu nama aku. Pelik.

"Haha. Yeke. Ni Aaron la. I ingat nak ajak you keluar dinner malam ni. Itupun kalau you sudi lah."


"Dinner?!"

Continue Reading

You'll Also Like

309K 12.3K 21
•B O O K F O U R• (COMPLETE) ✔️✔️ ~•𝖒𝖞 𝖘𝖊𝖈𝖗𝖊𝖙 𝖇𝖗𝖚𝖙𝖆𝖑 𝖜𝖎𝖋𝖊•~ Korang kena baca story ni ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••...
821K 84.3K 71
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
259K 17K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
4.4K 381 18
Known as TOGETHER BEFORE Apa kau pernah membayangkan jika suatu hari nanti putera raja datang dengan berkata dia mencintai kau seadanya? Dia memilih...