04 | Secret Mama (hold on)

By QuenDarkness

3.4K 615 260

Karya keempat [@Quendarkness][on-going] "Many secret in this story because this story name is Secret Mama."... More

P R O L O G
SECRET MAMA | S A T U
SECRET MAMA | T I G A
SECRET MAMA | E M P A T
SECRET MAMA | L I M A
SECRET MAMA | E N A M
SECRET MAMA | T U J U H
SECRET MAMA | L A P A N
SECRET MAMA | S E M B I L A N
SECRET MAMA | S E P U L U H
SECRET MAMA | S E B E L A S
SECRET MAMA | D U A B E L A S
SECRET MAMA | T I G A B E L A S
SECRET MAMA | E M P A T B E L A S
SECRET MAMA | L I M A B E L A S
SECRET MAMA | E N A M B E L A S
SECRET MAMA | T U J U H B E L A S
SECRET MAMA | L A P A N B E L A S
SECRET MAMA | S E M B I L A N B E L A S
SECRET MAMA | D U A P U L U H
SECRET MAMA | D U A P U L U H S A T U
SECRET MAMA | D U A P U L U H D U A

SECRET MAMA | D U A

210 38 12
By QuenDarkness

SECRET MAMA
[12/5/2005]

PAGI-PAGI lagi Irshad sudah bangun untuk menyediakan makanan si cilik Tuan Puteri Farah Irdina. Tup tap tup tap. Sudah seminggu Farah tinggal bersama mereka. Dua tiga hari awal, memang agak payah dan kelam-kabut dalam mengurus bayi tersebut.

"Nyenyenye!" Suara Farah di dalam buaian kedengaran memenuhi ruang dapur tersebut.

"Kejap ya princess,"

"Tak pergi kerja ke Shad?" Suara seseorang menegurnya kedengaran. Irshad berpaling kebelakang seketika. Ouh Iman.

"Tak, esok baru aku masuk," jawab Irshad tanpa memandang kearah Iman yang sudah lengkap beruniform polis.

"Ouh, okey," jawab Iman seraya melangkah pergi dari dapur.

"Woi! Kau tak sarapan ke? Aku dah sediakan ni!" Jerit Irshad dari dapur.

"Tak! Aku beli je nanti!" Irshad menggelengkan kepalanya perlahan. Selesai membuatkan suau formula untuk Farah. Bayi tersebut diambil dari buaian dan dibawa ke ruang tamu.

Puting botol susu dibawa ke bibir Farah sambil tangan menepuk-nepuk punggung kanak-kanak tersebut. Kepala disandarkan ke sofa. Penat.

"Fuh, jadi mama dah kau sekarang," Irshad menoleh kearah suara yang menegurnya. Lihat saja si gerangan, Irshad menayangkan wajah toya.

"Kau ni memang tak pandai nak bekerja ke?" Soal Irshad, menyampah. Aydhan yang sudah mengambil tempat disofa panjang itu ketawa selamba.

"Aku duduk goyang kaki pun, ada nampak macam aku merempat kat tepi jalan ke?" Soal Aydhan, sinis.

"Kau tak merempat tepi jalan, tapi kau merempat dalam rumah aku ni sial!" Bantal kusyen berbentuk petak dibaling kearah Aydhan. Aydhan ketawa mengekek.

Irshad menjeling malas. Mata terus beralih pada wajah mulus Farah. Wajah Farah kelihatan mirip dengan seseorang. Tapi siapa ya?

"Mata dia mirip kaulah bro, kalau orang tengok dia ni, mesti orang fikir dia ni anak kau," kata Aydhan, tiba-tiba.

"Ke memang dia anak kau?" Seloroh Aydhan.

"Otak kau! Aku teruna lagi okey! Kebetulan aje ni, dahlah. Kau pegangkan budak ni kejap, aku nak siap-siap pergi balai," Farah dihulurkan kearah Aydhan. Aydhan hanya menyambut tanpa bantahan.

"Kenapa nak pergi balai? Nak serah diri ke? Hahahahahaha!"

"Otak ada tu gunalah sikit. Aku nak pergi jumpa Iman," Irshad melangkah naik ke tingkat atas.

Beberapa minit kemudian, Irshad turun semula ke ruang tamu dengan kemeja biru.

"Jagakan Farah kejap, aku nak keluar," kasut disarungkan ke kaki.

"Eh otak kau! Aku ada hal ni wey!" Farah dihulurkan pada Irshad.

"Jagalah kejap! Tak akan aku nak bawa budak ni ke balai kut?"

"Bawa jelah! Aku tak boleh, ada hal!" Farah ditolak ke dada Irshad. Irshad mendengus kasar seraya memeluk Farah.

"Hal apa? Kau duduk merempat kat rumah je pun, kan?" Soalnya, dingin.

"Aku nak pergi cari kerja, dah setan, bye," laju Aydhan melangkah naik ke tingkat atas.

Irshad menghela nafas panjang seraya membawa Farah bersamanya untuk ke tempat kerja Iman.

*****

"SELAMAT datang ke Mcdonald.." Irshad berkerut dahi. Dipandang seketika signboard yang tertera. Ih, ini balai polis kan?

Pak!

"Kau tak bekerja dekat Mcdonald dah, boleh tak serius sikit?" Marah kawannya, bengang.

Iman menghampiri Irshad yang masih setia berdiri dihadapan pintu. "Maaf, tu sebab dah lama dia buat undercover dekat MCD, tu yang dah biasa tu, kau duduklah kejap, aku ambil barang," Iman kembali meninggalkan Irshad.

Uwek! Uwek! Uwek!

Dengan tiba-tiba si cilik Farah mengeluarkan suara emasnya. Gelabah Irshad dibuatnya cuba untuk menenangkan gadis kecil itu.

"Shhh, kenapa dia tak berhenti menangis ni?" Soal Irshad, perlahan. Dengan tiba-tiba sebuah puting berada dihadapan matanya. Irshad memandang kearah tangan putih yang menghulurkan tersebut sebelum dia memandang kearah wajah gadis itu.

"Puting, bagi dia hisap puting ni," kata anggota polis tersebut. Suaranya agak mendatar.

"Hah? Err, maksudnya?" Irshad agak tidak faham. Ah! Waktu-waktu beginilah otaknya tidak mampu berfungsi dengan baik!

Uwek! Uwek! Uwek!

Makin kuat suara Farah menangis dibalai tersebut. Hampir semua mata memandang kearahnya.

"Tch! Mari sini," gadis itu menghulurkan tangan meminta Farah. Irshad menjeling. Tak boleh dipercayai. Natanya sempat mengerling nametag gadis itu.

Aliyah.

"Tak apa, aku boleh senyapkan dia, kau pergilah buat kerja kau," kata Irshad, dingin. Gadis itu yang terlebih dahulu biadab dengannya.

"Macam mana orang nak buat kerja dengan suara anak awak ni?" Soal Aliyah, malas. Irshad memandang sekeliling. Heh! Beginikah polis melayan rakyat jelata?

Eh? Apa? Apa? Rakyat? Rakyat apa? Jelata?

Ihh apa juga ba aku bilang nih.

"Encik tak pandai jaga anak ke? Bagilah sini saya tidurkan dia," serabut betul mendengar suara gadis ini. Irshad mendengus.

"Boleh diam tak? Anak aku, suka-suki akulah," punggung Farah tepuk.

"Shh, Princess Farah kenapa ni? Nak susu ya? Tunggu uncle Iman yaa," pujuknya sambil cuba mendodoikan Farah.

"Bagi je sini, encik. Saya tidurkan dia. Bukan saya bawa dia lari pun," akhirnya Irshad mengalah. Farah dihulurkan pada Aliyah.

Masuk saja ke dalam dakapan Aliyah. Serta-merta tanggisan Farah mula mereda. Mungkin merasakan aura seorang ibu.

Puting yang dibawa tadi dimasukkan ke dalam mulut Farah. Akhirnya Farah diam sambil merenung wajah cantik Aliyah. Aliyah memandang kearah anak mata gadis kecil itu. Seketika dia terkedu.

"Tuan Puteri Farah Irdina. Tu nama dia," tiba-tiba saja Irshad memberitahu.

Aliyah yang sejak tadi merenung wajah Farah itu terkedu. Serta-merta dia menghulurkan kembali si kecil itu pada Irshad.

"Nah, dia dah senyap, saya pergi dulu," Irshad menyambut sambil mata memandang kearah gadus berambut coklat putih itu berlaku pergi. Macam pernah lihat. Dimana ya?

"Mana Iman ni? Memang sengaja sidai aku ke?" Soal Irshad, bengang.

"Maaf lambat, aku cari tadi tak jumpa. Nah, ni barangnya," sekotak berukuran kecil dihulurkan pada Irshad. Irshad menyambut bersama jelingan tajam.

"Kau sibuk tak ni?" Soal Irshad, ingin tahu.

"Sibuk.." jawab Iman.

"..dengan life sendiri," sambungnya lagi. Irshad menjeling lagi. Ingin saja dia menepuk kepala adiknya itu. Namun tangan tidak membantu pula kerana penuh.

"Kenapa?" Soal Iman, mendatar.

"Tolong jagakan Farah, aku ada hal,"

"Tak boleh, aku sibuk, maaf Irshad," jawabnya, serbasalah.

"Sekejap je, takkan tak boleh?"

"Memang tak boleh. Kejap lagi aku kena buat undercover, siapa nak jaga budak ni?" Mata Iman mengerling sekilas kearah Farah yang sudah nyenyak tidur.

"Alahh, tak apalah, aku balik dulu,"

"Okey,"

Irshad melangkah keluar dari balai polis. Kereta yang diparkir dihadapan pagar balai polis itu dihampiri. Baru saja dia mahu membuka pintu kereta, matanya sempat mengerling kearah tingkap.

Zap!

Bang! Bang! Bang!

Dengan pantas Irshad menunduk apabila berdas-das tembakkan dilepaskan kearah kereta miliknya. Farah yang tadinya nyenyak tidur kembali terjaga.

Uwek! Uwek! Uwek!

Trttttttttttt!!!

Bunyi tembakkan panjang yang berasal dari rifle itu menyentakkan Irshad.

Prang!

Kaca kereta miliknya pecah akibat berdas-das tembakkan yang dilepaskan. Irshad mendengus. Bagaimana dia mahu serang balas dengan si cilik Farah yang berada dalam pelukannya?

"Woi berhenti!" Suara teriakkan dari pintu masuk balai polis kedengaran. Bunyi berbalas tembakkan kedengaran. Irshad mengeluh. Agak cari pasal musuhnya menyerang sekarang!

"Irshad!" Iman yang sedang berlari anak kearahnya dengan dicover oleh beberapa orang anggota polis dipandang.

"Kau okey ke? Farah?" Soal Iman, prihatin.

"Kau ada nampak macam aku dah nak mati ke?" Soal Irshad, dingin. Agak tidak suka dengan soalan yang diajukan oleh Iman.

Zzap!

Betul-betul tepat disebelah kepala Irshad anak panah tersebut terpacak. Iman mengeluarkan pistol miliknya dan melepaskan tembakkan kearah musuh yang mendekati mereka bertiga.

Ktang!

Iman menelan air liurnya kesat apabila merasakan muncung pistol berada tepi kepalanya. Mata mengerling sekilas kearah Irshad. Irshad juga bernasib sama. Mati jelah.

Bang! Bang!

Dua das tembakkan tepat mengena dada si pengacu pistol. Irshad menoleh. Eh, tu bukan perempuan tadi ke??

"Angkat tangan keatas! Lepaskan senjata!"

Piuuuuweeee piuuuuweeee (maaf tak tahu macam mana bunyi siren polis & ambulance)

Lima orang musuh yang tinggal mengikut arahan dengan akur. Baru saja salah seorang polis hendak menggari mereka, tiba-tiba mereka bertindak agresif.

Pisau kecil yang sememangnya sedia ada dikeluarkan dan ditikam ke dada polis tersebut. Hanya dua dari lima orang yang dapat ditangkap. Manakala tiga orang lagi terlepas.

"Pegang Farah ni Iman!" Iman menyambut terkejut. Irshad sudah berlari mengejar salah seorang dari tiga orang yang terlepas.

"Biar saya kejar mereka!" Aliyah juga turut sama mengejar diiukuti beberapa anggota polis yang lain.

Irshad menendang betis musuhnya sehingga lelaki itu terjatuh tergolek diatas tanah. Orang awam yang sedang berbelanja dipasar itu menjerit ketakutan.

Musuhnya itu kembali berdiri dan menghadap Irshad. Tangan masih setia memegang pisau yang digunakan untuk membunuh polis tadi.

Musuhnya tersebut mula berlari sambil mengacukan pisau. Namun Irshad dengan lebih pantas menepis setiap serangan. Lututnya dinaikkan menendang perut musuhnya itu.

Kaki dinaikkan sebanyak 120° dan menendang tangan yang memegang pisau tersebut.

Musuhnya tersengih sinis sambil mengesat darah yang keluar dari mulutnya. Mereka membuat pusingan sambil nata merenung satu sama lain.

Si musuh menaikkan kakinya namun ditangkap cekap oleh Irshad. Kaki lelaki itu ditarik dan dipulas sehingga membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan.

Aliyah mengikat rambutnya yang panjang melebihi dadanya itu dengan gaya sanggul. Bibir mengukir senyuman mengejek pada lelaki yang sudah kembali berdiri selepas ditumpaskan olehnya.

"Jangan bergerak!" Sekuriti yang ada disitu mengacukan pistol. Mereka baru tiba di dalam mall tersebut selepas membantu orang awam keluar dari situ.

"Letakkan senjata kamu!" Jerit sekuriti itu lagi.

Lelaki berambut panjang dan bertubuh tegap itu hanya tersenyum sinis. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Pen. Pen itu ditekan olehnya. Lampu hijau menyala. Aliyah membesarkan mata.

"Watch out!"

Boom!!

Akibat letupan yang agak kuat itu, Aliyah tertolak kebelakang. Atau lebih tepatnya, tercampak keluar dari cermin kaca di tingkat 2.

Irshad bangun selepas menumbuk wajah musuhnya itu. Belum sempat dia mahu melepaskan lagi tumbukkan. Ada sesuatu yang jatuh dari atasnya.

"Arghhhh!"

"Perempuan tu okey tak??"

"Call ambulance now!"

Dengan keadaan yang huru-hara, musuh Irshad mengambil kesempatan untuk terus berlari pergi dari kawasan tersebut.

Irshad yang terbaring dengan seseorang yang menindihnya mendengus kasar. Mata memandang kearah Mall yang berada dihadapannya. Terbakar.

Mata menoleh kearah susuk tubuh yang terjatuh dari mall tersebut. Ehhh??? Ni bukan perempuan tadi ke??

"Aliyah!" Pipi Aliyah ditepuknya beberapa kali. Ada darah yang mengalir dari kepalanya. Irshad mendengus kasar. Menyusahkan!

Tbc
[1604 words]
[14/3/2005]

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 53.5K 77
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 1 ) 🏅RANKING NO 1 MAFIA ( 20/8/2020 ) 🏅RANKING NO 2 MAFIA ( 28/02/2021) 🏅RANKING NO 2 SAD ( 20/12/2020...
1.7M 84.5K 47
BOOK 1 MRS. RAYYAN [NEW VERSION] Full of dark side. "Dia, first love aku. Dia, seorang gadis yang berjaya membuatkan hati aku yang tak pernah tertari...
248K 7.5K 57
BOOK of MRS. 👑 KAYDEN LEE , seorang lelaki yang amat beku dengan dengan semua orang tetapi berlainan pula apabila dia bersama dengan kekasih hatinya...
847K 33.1K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...