(C)His Possession (Wenhun)

By Yeollie_Girl

14.8K 901 98

[#MALAY] Lima tahun berlalu sejak Miyoung lari dari Korea kerana takut akan kegilaan kekasihnya. Tahap obses... More

HP [1]
HP [2]
HP [3]
HP [4]
HP [5]
HP [6]
HP [7]
HP [8]
HP [9]
HP [10]
HP [11]
HP [12]
HP [13]
HP [14]
HP [15]
HP [16]
HP [17]
HP [18]
HP [19]
HP [20]
HP [21]
HP [22]
HP [23]
HP [24]
HP [25]
HP [26]
HP [28]
HP [29]
HP [30]
THE END
Special Chapter

HP [27]

378 30 1
By Yeollie_Girl

Hai. Jangan lupa vote! Chapter ini tentang flashback ya!

Good night!





"Awak! Tengok sini."

Miyoung melambaikan tangan, mengangkat kamera dengan lensa yang menghala kearah Sehun. Gadis itu tersenyum lebar hari ini kerana berjaya mengajak Sehun mendaki bukit sebagai acara dating mereka.

Bukan mudah untuk memujuk Sehun. Walaupun sudah bergelar pasangan, Sehun orang yang paling liat untuk menunjukkan effort. Perlu Miyoung yang pertama kali melakukan sesuatu, barulah kaki Sehun bergerak.

Sehun menoleh dengan wajah lelah. Peluh masih tersisa setelah tiga puluh minit mendaki ke puncak. Angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh rambut Sehun, membelainya sehingga meningkatkan lagi ketampanannya.

Miyoung menekan butang kamera dengan mulut yang sedikit ternganga. Ketampanan Sehun sekarang membuat dia masih tak percaya, dia mampu menjadi kekasih lelaki ini.

Tak mahu terlihat dungu, Miyoung segera mengalihkan kamera, berpura-pura memeriksa hasil tangkapannya tadi.

Shit! Waktu tak ready pun Sehun masih nampak kacak! Ini kalau dia mesti dah serupa cicak gecko.

Kerana terlalu lama mengacuhkan Sehun, gadis itu tak sedar Sehun sekarang sedang menghampirinya. Sehun berdiri di belakangnya sampai melindunginya daripada cahaya matahari.

Miyoung menoleh ke belakang saat melihat bayang-bayang Sehun pada kameranya. Jantungnya berdegup sedikit kencang melihat betapa dekat Sehun dengannya sekarang.

"Tengok apa?" Tanya Sehun dengan nada cemburu. Hampir-hampir saja kamera di tangan Miyoung hancur kalau gadis itu perasan akan aura cemburu Sehun.

Refleks Miyoung mengangkat kamera, menunjuk gambar Sehun yang dizoom di sana.

Sehun terus berdehem dengan wajah yang tipis-tipis memerah. Dia mengalihkan pandangan kearah hamparan laut di sebelahnya.

Sementara bagi Miyoung, gadis itu malah fokus pada hal lain. Dengan cepat Miyoung mengeluarkan sapu tangan dari poketnya dan mengelap peluh yang mengalir di dahi Sehun.

Sehun tersentak merasakan jari Miyoung yang tersentuh pada wajahnya. Dia kaku.

Sapu tangan tadi beralih ke leher Sehun. Sehun memejamkan matanya tatkala merasakan hembusan nafas Miyoung di sana. Ketika matanya terbuka, dia dapat melihat dengan jelas betapa fokusnya Miyoung sehingga tak sedar dirinya sedang membuat seorang lelaki berusaha sedaya mungkin menahan nafsunya.

Sehun menolak Miyoung dengan cepat, membalikkan badannya dan memegang jantungnya sendiri. Sehun berkerut-kerut, menahan daripada memukul tangan sendiri yang berkemungkinan melukakan Miyoung.

"Wahhh. Laut nampak luas dan biru kan? Memang biasa biru ke?"

Miyoung cuba untuk mengurangkan rasa canggung setelah ditolak tadi.

Gadis itu berganjak sedikit jauh dari Sehun dan mulai mengambil gambar. Makin lama Miyoung semakin leka. Kerana terlampau ingin mengalihkan pemikiran ditolak tadi, Miyoung sampai tidak sedar dirinya hampir melepasi pembatasan.

Dengan cepat Sehun menarik tangannya, merangkul pinggangnya dengan kemas.

"Cis! Hati-hati Miyoung!" Marah Sehun. Kalau Sehun lambat tadi, mungkin gadis itu sudah terpelanting jatuh ke dalam laut.

"Hehe. Maaf. Saya tak nampak," balas Miyoung sambil menggaru kepalanya. Sehun menggeleng perlahan.

Gadis itu tersenyum sehingga menampakkan deretan giginya. Lagi-lagi membuat Sehun menggeletar kerana tak tahan untuk mencubit pipi Miyoung.

Tapi untuk menjaga image coolnya, dia terus menonyoh kepala Miyoung dan merampas kamera gadis itu. Giliran dia pula yang menjadi cameraman.

Kening Miyoung terangkat melihat telinga Sehun yang merah. Sedetik kemudian, dia tersenyum nakal.

Miyoung baru perasan bahawa kekasihnya sebenarnya tsundere. Sehun sedang berlagak menyampah dengan kehadirannya. Padahal dalam hati sudah dag—dig—dug!

Miyoung terus memegang bahu dan lengan Sehun, sedikit berjengket dan kemudian memberi ciuman singkat.

"Sayang, pumpkin!"

---

"Cuai!"

Omel Sehun setelah membelek kaki Miyoung yang terseliuh kerana terjatuh dalam perjalanan turun. Gadis itu terlalu bersemangat sampai tak memperhatikan langkahnya.

Miyoung menangis. Kakinya dah membengkak.

Sehun diam, tidak lagi membebel setelah gadis itu menangis. Dia mengelap air mata Miyoung dengan ibu jarinya.

"Shhh. Sakit?"

Miyoung mengangguk.

"Lain kali buat lagi."

"Pumpkinnn!"

Bibir Sehun bergetar, sepertinya menahan diri dari ketawa. Dia terus membelakangi Miyoung, menepuk belakang sendiri.

"Naik."

Miyoung mengelap air matanya dengan kasar seraya menggeleng. Dia memegang lengan baju Sehun.

"Saya berat..." bisiknya.

"Naik, Han Miyoung. Atau aku tinggal." Ugutnya.

Miyoung terus menaiki belakang Sehun, melingkarkan kakinya pada pinggang lelaki itu. Tangannya memeluk leher Sehun dengan erat tapi tidak terlalu ketat, agar Sehun tidak tercekik.

Sehun mulai bergerak menuruni bukit dengan berhati-hati, takut Miyoung terjatuh.

Perjalanannya sunyi kerana masing-masing fokus pada kegiatan sendiri. Miyoung mengeratkan lagi pelukan lantas menjuihkan bibir kerana rasa bersalah.

"Sehun..." panggilnya. Kalau Sehun tak ada pendengaran tajam, mungkin dia tak akan mendengar suara Miyoung yang memanggilnya meski gadis itu berada di dukungannya.

"Hm."

"Maaf. Saya selalu susahkan awak. Minggu lepas, saya termasukkan diesel dalam tangki motor awak. Minggu lepas satu lagi, saya terbeli aiskirm perisa ubat batuk cap ibu dan anak untuk awak sebab saya ingat itu aiskrim karamel. Harini saya terseliuh dan awak kena gendong saya."

Sehun diam. Dia sebenarnya nak menyangkal, tapi setelah Miyoung menyebut kejadian diesel, Sehun terus mengatup mulutnya. Sejujurnya dia marah, tapi tak mampu nak memarahi gadis ini.

"Mesti awak menyesal sikit kan sebab ada girlfriend macam saya? Tapi awak jangan bosan dulu tau? Saya tahu saya careless, banyak perasan, kadang-kadang annoying, tapi jangan buang saya dulu ya? Saya masih sukakan awak. Saya tak nak rasa perasaan ditolak awak," cerita gadis itu.

Hanya bunyi cengkerik yang menemani mereka sekarang. Sesekali ada pendaki lain yang mendahului kerana Sehun sengaja melambatkan perjalanan.

Canggung lagi.

"Tapi! Saya bukan sengaja tau. Saya cuma kesian sebab tak ada orang nak susahkan awak selain saya. Hahahaha!"

Gadis itu ketawa terbahak-bahak meskipun terdengar palsu. Suasananya membuat Miyoung semakin malu. Dia menyembunyikan wajahnya pada bahu Sehun dan mendiamkan diri sehinggalah mereka sampai di bawah.

Sehun membawa Miyoung ke kereta, menurunkan gadis itu di tempat duduk penumpang. Sehun terus mencangkung di hadapan Miyoung, mendongak memandang gadis itu.

"Lain kali..."

Miyoung menoleh, menatap Sehun saat lelaki itu bersuara.

"jangan pernah fikir yang aku annoyed dengan kau. Siapa lagi yang nak buat aku susah kalau bukan kau kan? Dan lagi, kalau pun kau buat salah, aku tak mungkin akan buang kau. Jangan pernah fikir aku tak suka kau. Cinta aku bukan dari tutur kata, Miyoung. Cinta aku berbeza. Faham?"

Sehun mencuit hidung Miyoung, lantas mengelus rambut gadis itu. Dia tersenyum tipis, lantas mencium dahi Miyoung.

"Kau takkan pernah terfikir, macam mana boleh gilanya aku nanti bila aku terlanjur cintakan kau nanti. Kau pusat dunia aku sekarang. Daripada aku, sepatutnya kau fikirkan diri kau dulu. Jangan pernah pergi tanpa beritahu aku. Jangan pernah beri alasan yang tak munasabah untuk akhiri hubungan kita. Sebab, bila hal tu terjadi, aku akan tarik kau kembali, tak kira apa jua caranya. Jangan. khianati. aku."

Miyoung mengangguk faham. Sehun sekadar memberi mukadimah sahaja. Dia belum bersedia menunjukkan sifat sebenarnya. Bahkan rasa obses baru berada di permukaan awal sahaja.

Sehun memang cintakan Miyoung. Bahkan selalu berdebar ketika berdiri bersebelahan dengan gadis itu.

Love language Miyoung adalah physical touch. Gadis itu tak segan menyentuh Sehun seperti memegang tangan dan memberi ciuman yang singkat.

Bagi Miyoung, hal seperti itu mungkin hal biasa dan wajar. Namun tidak bagi Sehun yang dahaga akan rasa cinta dan sayang.

Semakin lama rasa cintanya membuak-buak. Matanya semakin memancarkan rasa obses yang ketara. Semakin Miyoung berdekatan dengannya, semakin rasa ingin mengurung Miyoung hadir.

Semuanya semakin memburuk tatkala Miyoung mulai rapat dengan rakan sekelas berjantina lelaki.

Sehun mula naik tangan pada lelaki yang disapa Miyoung. Ianya disaksikan oleh Miyoung sendiri tak lama selepas itu. Bagaimana Sehun memberi kekerasan pada sesiapa yang mampu membuat Miyoung tersenyum biarpun untuk sesaat.

Miyoung bertahan kerana logik akalnya mengatakan Sehun tak akan pernah menyakitinya. Buktinya, hanya Miyoung yang tak tercalar badannya ketika berinteraksi dengan orang lain. Miyoung dijaga rapi seperti gelas yang rapuh.

Pun begitu, tak lama kemudian Miyoung tersedar. Rasanya sesak berada di bawah kawalan Sehun. Dia tertipu dengan tutur dan cara Sehun mencintainya.

Sehun tidak cinta, mungkin ada tetapi sedikit. Sehun hanya obses padanya.

Had batasan Miyoung adalah ketika melihat Sehun membunuh seseorang di depannya. Sejak dari hari itu, dia bertindak memikirkan cara melepaskan diri, sehinggalah akhirnya dia berjaya ke Auckland.

Dan sekarang Miyoung kembali ke sangkar yang sama. Kali ini bukan sebagai kekasih lama dan biasa.

Miyoung menyesal mengkhianati Sehun.

To be continued

Fuh. Kali ini tidak ada scene bunuh-membunuh atau kekerasan.

Continue Reading

You'll Also Like

8.4K 368 15
She fall first, he fall harders. Ayat ini pasti selalu akan ada di setiap novel-novel cinta tidak kesah bagaimana konsepnya jalan ceritanya. Namun b...
29.8K 3K 33
Mengisahkan song jihyo seorang gadis yang cantik dan miskin. Dia menggunakan kecantikannya untuk mencari rezeki. Dia bekerja sebagai girlfriend untuk...
1.2K 157 20
[Status : Completed] Menjadi satu-satunya pengawal peribadi wanita di White Sword Guard diantara ramai-ramai pengawal peribadi lelaki yang hebat amat...
151K 4.2K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...