MISI : Boboiboy X Ejen Ali Fa...

By adwiieda

51.5K 3.5K 900

Setelah berbulan bulan bertugas di stesen TAPOPS, akhirnya, kelima lima orang penjaga power sphera diberika... More

Cuti
Cyberraya, Here We Come!
lolllllll
Jalan
Jatuh
MATA
MISI
UJIAN
Hukum
Akademi
Ayam
ORIENTASI
ORIENTASI 2
Kisah Ali
Sut Kokotaim
Latihan
Neuro
Kombat
Inviso
Balik
Intip
Nak Marah Tapi Kena Sabarrr
Tekno
Balas (BEL)
Balas (BEL) 2
Balas (BEL) 3
Upgrade
Special One-Shot RAYA
Kena
UPGRADE II
Security
Lawan
MUSUH BARU?

Tragedi

979 79 25
By adwiieda


    "Boboiboy!! Jaga-jaga!!"

"Nah! Ambik Nih!!" tak pernah dijangka dek akal, Komeng mengeluarkan seekor anak kucing dari belakangnnya, membaling makhluk berbulu coklat itu kuat ke arah Boboiboy.Ya, korang tak salah baca. Komeng baling seekor anak kucing berwarna coklat tepat kat muka Boboiboy

"K-Ku-Kucing??!!!"

"Mew~"

Panik budak atas hoverboard tu nak tangkap anak kucing coklat itu. hampir hampir dia hilang keseimbangan dan nak terjatuh atas jalan tar. Tapi dia baru nak marah Komeng, KHTUMM!! Dia terlanggar tiang besar jambatan.

Inalillah...

"Boboiboy!" jerit Fang bimbang. Dia memusingkan motornya berpatah balik untuk menyelamatkan Boboiboy.

"Hehehe, jatuh pun. Menyusahkan orang je budak terbang tu!"

Boboiboy dah takde, apa lagi, terus melompat semua mamat berhelmet atas lori. Ejen Bakar membuka kekuda bersedia. Lima orang musuh kesemuanya.

"Hiah!"

"Haar!"

"HAHAHAHA!!"

Masing-masing membuat gaya yang tidak difahami Ejen Bakar mahupun Alicia sendiri.

"Apa korang buat ni?-Arghh!!" tindakan refleks Ejen Bakar menghadang tangannya tatkala salah seorang daripada mereka menembaknya. Namun yang masih menghairankan tak ada apa apa pada tangan diorang semua!

Namun itu tidak membuatkan mereka tenang. Alicia yang melihat segalanya dari atas di atas menyeringai kegusaran.

"Senjata apa yang diorang pakai ni?" getus gadis neuro itu. Lariannya dipercepatkan lagi.

"Heh! Diorang dah takut! Bro semua serangg habis habis!!" arah Komeng disambut sorakan kuncu-kuncunya. Mereka semua tanpa teragak-agak mengepung Ejen Bakar. Namun yang menghairankan mereka semua tidak memegang apa-apa senjata. Bare hand combat mat.

"Aihh? Biar betul korang nak lawan tak bawak senjata?"

"Ehh, siapa kata kitorang tak bawak?" Komeng smirk lalu memetik jarinya sendiri.

Terus kesemua lima kuncu komeng yang mengepung Ejen Bakar membuat gaya menembak.

" Hah? Ergh!"

Bakar terkejut bilamana salah seorang daripada mereka tiba-tiba sahaja menembak dia dengan laser daripada tangannya sendiri. Refleks latihan kombatnya, Ejen Bakar automatik mengaktifkan perisai plasma. Melindungi diri daripada serangan itu. Matanya membulat besar.

"Eh, macama mana korang buat tu?''

"Heh, mana boleh bagitau derr!"

"Uncleee, TUNDUK!"

Automatik Ejen Bakar menunduk, serentak itu, Ali hero kita tiba-tiba muncul dari langit, sepantas kilat melempar gasingnya sekaligus menumbangkang kelima-lima lelaki berhelmet itu. Ali mendarat di sebelah unclenya dengan bergaya.

"Hahaha! Cayalah Ali" puji Ejen Bakar. Manakala Ali tersengih bangga.

"OI! Mana kau pergi tadi hah??" suara Alicia menyerang entah muncul dari mana tiba tiba ada belakang Ali. Kesian terkejut budak tu.

"Ohmak kau aku kacak! Eishh!! Jangan suprise macam tu boleh tak??."

" Ali, bagi Atlas" pendek arahan gadis itu. Ali menggulingkan matanya menyampah tapi tetap mencampakkan dua biji atlas kepada Alicia dan Ejen Bakar.

"Ali scan dengan Iris jenis senjata diorang gunakan!" Arah Alicia.

"Hah, ok!" Serentak itu juga Iris mengimbas kesemua musuhnya.

"Hah, diorang gunakan senjata macam pistol leser! Tapi jenis dan durability tak dapat dikesan" balas Ali kuat. Maklumat dari Iris dipaparkan pada hologram Atlas.

"Heh, pistol halimunan je. Kacanglah!" ujar Ejen Bakar yakin.

"Eishh, jangan ingat kau dah menang!" gertak Komeng marah. Satu punat di motorsikalnya ditekan dua utas tali berlembing ditembak dari teknologi di sisi motorsikal komeng. Lembing itu menembus dua tayar belakang lori yang sedang dinaiki ejen-ejen kita, sekaligus meletupkan tayar tersebut. Tayar yang kini dah tak berguna menyebabkan lori itu menjadi tak terkawal. Besi rim tayar bergeser dengan jalan tar menghasilkan percikan api yang membekas hitam sepanjang jalan jambatan tersebut. Bunyi seretan rim dan tar menyebabkan bunyi bingit yang sangat memekakkan telinga. Diakibatkan oleh impak geseran yang kuat, kenderaan berat empat tayar itu akhirnya terlambung lalu terbalik ke sisi kananya menyeret jalan tar sekaligus mencampakkan Ejen Bakar, Ali dan Alicia ke hadapan.

"Aduhh..pening aku" keluh Ali . Beberapa calar kecil terukir di wajahnya disebabkan jalan tar yang kasar. Alicia dan Ejen Bakar juga kelihatan cuba menstabilkan semula diri mereka. Atlas sudah ternyahaktif.

Sebaik sahaja mereka mengangkat muka, Komeng and the gang dah pun mengepung mereka bertiga. Komeng dengan wajah angkuhnya menghunuskan tangannya ke hadapan Ejen Bakar.

"Heh, mana nak lari lagi?"

Tapi, Ejen Bakar bukanlah pertarung baharu. Tanpa membuang walau sesaat, Ejen Bakar terus menepis hunusan tangan Komeng. Sepantas kilat, lengan kecil Komeng digengam lalu dipulas sebelum Ejen Bakar membanting tubuh Komeng kuat ke hadapan.

"Uwohh!!"

Tercampak si katik tu. Meggelabah member lain nak tangkap.

"Wahh, naisuu lah uncle- Eh! Uncle!" Terkejut besar ejen muda tekno itu pabila melihat tapak tangan unclenya mengalirkan darah. Ejen Bakar menyeringai pedih dengan tangannya yang berdarah.

"Ali, cover!" arah Alicia tanpa teragak agak terus mengeluarkan sehelai sapu tangan dari sakunya. Manakala Ali, terus membuka kekuda bersedia melindungi mereka daripada sebarang serangan lagi.

"M-macam mana boleh terluka ni?" Soal Alicia bimbang. Alicia membuat balutan pertolongan cemas untuk menghentikan pendarahan itu. Cukuplah buat masa sekarang.

"Masa uncle tepis tu, rasa macam uncle genggam mata pisau. Tapi tak nampak pulak dia hunus pisau" ujar Ejen Bakar . Dahinya berkerut sedikit menahan pedih.

Mendengaritu, Ali terus scan dengan Iris.

"Hah! Komeng ada pisau halimunan juga!" Lapor Ali.

"Pisau halimunan?" Tanya Alicia terkejut. Komeng berjaya bangkit semula daripada balingan Ejen Bakar membengis garang.

"Eiiishhh, kurang asam kau!-!"

VROOOMMM!!VROOMM!!

On cue bunyi motorsikal mengaum kuat, secara mengejut Fang yang merempit motor dan Boboiboy yang bertenggek belakang tu dengan dua bilah pedang di genggamannya muncul betul betul di hadapan Komeng sekaligus menghadang dia daripada terus mendekati Ali, Alicia dan Ejen bakar.

"Heh, cakk kitorang dah sampai ni ketot!" Seringai Boboiboy dengan muka ceria.

Vrengggg!!! Motorsikal itu dilemparkan ke arah Komeng lalu merempuh mereka semua. Tak sempat mereka nak elak kecuali Komeng yang sempat melompat ke tepi mengelak rempuhan brutal itu.

Komeng mengetap giginya bengis.

"Berani betul!"

"Eh mestilah berani. Bukan macam pakcik. Nigaya ni mesti nak pergi tandas malam malam ajak member kan??"sindir Boboiboy dengan smirk sinis.

"Eh, m-ma"

"Aik? Lambatnya jawab. So betul lah tu~" sokong Fang lalu sama sama gelak macam beruk dengan Boboiboy bagai mencurah minyak ke dalam api yang marak menyala.

Wajah Komeng merah padam menahan malu yang sebenarnya memang fakta.

"Eishhhh!!!! Sialan kau!"

Komeng mengangkat tangannya ke bahu gaya memegang senjata. Di dalam Iris, Ali dapat melihat dengan jelas, sebuah senjata 'tercipta' dengan sendirinya di pegangan Komeng itu. lalu menembak 'senjata itu ke arah para ejen.

"Ambik nii!!"

Anak mata Ali mengecil.

"Itu Bazooka!!"

BOOOMM!!!

Tak sempat mengelak tembakan itu mengenai sasarannya. Asap tebal terhasil daripada impak letupan tersebut. Komeng terbatuk batuk terhidu asal sendiri. Namun senyuman puas melekat di wajahnya.

"Heh! Padan muka penyibuk-penyibuk ni!" ejek Komeng angkuh.

Sedikit demi sedikit asap itu mulai menghilang memperlihatkan lima batang tubuh yang masih gagah berdiri di atas bumi. Fang terpasak di hadapan sekali menjadi kesatria yang melindungi mereka semua tadi. Tak terusik sedikit pun walapun baru lepas ditembak bazooka. 

"T..tak mungkin!! Aku dah tembak kau dari jarak dekat!!" jerit Komeng tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia yakin yang dia dah 'cipta' bazooka dan tembak diorang kurang dari jarak 2 meter! Macam mana si rambut pacak tu holeh halang serangan dia???!

Fang tersenyum sinis membalas renungan Komeng.

"Heh, ingat senjata halimunan kau hebat sangat ke? Aku lagi powerlah!"sinis sahaja Fang mengejek balik Komeng yang dah makin bengis wajahnya.

Sementara Fang mengalihkan perhatian Komeng, Boboiboy pula segera mendapatkan Ali, Alicia dan Ejen Bakar untuk memeriksa keadaan mereka.

"Korang okey??" Tanya Boboiboy bimbang. Matanya terpacak ke arah luka Ejen Bakar yang sudah diberikan rawatan cemas oleh Alicia. Manakala Ali, Alicia dan Ejen Bakar masih tertegun dengan kejadian tadi.

"Macam mana kamu buat tu??" Tanya Alicia pantas.

"Lahh, janganlah tanya aku. Tanyalah landak tu" elak Boboiboy sambil membantu Ejen Bakar bangun. Ali pula senyap sahaja.

"Tak boleh teruskan macam ni, kita kena tukar plan. Dapatkan senjata azurium tu dan berundur. Kita kena bawa ia ke MATA dahulu" arah Alicia dipersetujui yang lain. Tak nampak gaya yang Komeng akan menyerah, termasuk dengan senjata halimunan tu memang menyusahkan mereka. Tambahan lagi, mereka tak tahu apa lagi senjata lain yang Komeng belum tunjukkan.

Di tengah-tengah ketegangan itu, dari arah lori, tiba -tiba seorang lelaki awal-20an merangkak keluar daripada bahagian pemandu lalu terjatuh.

"Oh, mak kau hantu Ju-On!!" Latah Ejen Bakar.

"Hah?! Hantu??! Mana hantu? Mana???! Jangan makan aku! Aku tak sedap! Ali selamatkan akuu!!" Bapak panjang budak oren ni melatah. Siap menyorok belakang Ali lagi.

"Boboiboy! Ehh rileks lah! Tu orang." Ujar Ali memenangkan budak itu.

"Ah! Tu pemandu lori tadi. Macam mana aku boleh terlupa pasal dia" rungut Alicia. Jarang sekali Alicia hilang fokus. Biasanya sekecil detail sekalipun dia mesti akan perasan. Nampaknya impak senjata halimunan Komeng agak menganggu Alicia.

Kembali kepada abang pemandu lori tu, dia terpinga pinga sambil pegang kepala dia yang pening akibat kemalangan tadi. Benda terakhir dia ingat adalah ada satu bunyi dentuman kuat dekat belakang lori sebelum dia terasa badannya terapung lalu terbalik bersama sama dengan lori yang dipandu. Lepas tu semuanya gelap.

Pandangan matanya bersiar siar melihat keadaan sekeliling. Lori yang dah terbalik,(habislah gaji kena tolak) , kaca bertaburan dan.... eh siapa pulak orang orang ni? Ada kenduri ke ramai ramai ni?

"Err...boleh tak sesiapa tolong call kan ambulans?? Saya eksiden ni" dengan innocentnya abang tu minta tolong pada Komeng. Komeng padang slek pada lelaki yang lagi tinggi tu.

"Tsk! Menyibuklah kau ! Amik ni!" Balas Komeng kasar lalu melempar sekeping kad ke arah lelaki tu. Lelaki yang tak tahu apa apa, tak sempat pun nak marah, tiba tiba badannya bercahaya lalu lenyap menjadi partikel kecil.

"Heh, berambus pun kau" seringai Komeng puas.

Kejadian lelaki hilang betul betul di hadapan mata mereka meninggalkan para ejen terkaku, terpaku di tempat masing masing. Kejap... l-lelaki tu hi-hilang??

"Bagi lagi aku kad tu!" arah Komeng kasar. Dan itu menarik perhatian Boboiboy dan Fang.

Senyuman jahat Komeng terukir di bibir hitamnya pabila kad yang dimahukan sudah berada di tangan.

"Heh, mu amik ni juga!"

Tanpa teragak-agak, Komeng membaling kad-kad yang itu laju ke arah ejen-ejen kita. Mata Boboiboy mengecil.

"SEMUA ELAK!!"

Sekelip mata, Boboiboy melompat ke hadapan, terus menghayunkan pedangnya dengan pantas membelah setiap kepingan sekaligus melindungi mereka daripada kad-kad yang dibaling oleh Komeng. Beberapa kad lain tersasar melintasi mereka menuju ke arah beberapa kereta di belakang. Sebaik sahaja kad itu menyentuh permukaan kereta tersebut, kereta itu bercahaya terang sebelum lenyap ditelan udara.

Kejadian itu disaksikan sendiri oleh mata kepala Ejen Bakar, ali dan Alicia membuatkan mereka semua terkejut besar.

"K-kad tu..'telan' kereta tu??" Ejen Bakar terseringai.

"Itulah senjata baharu Komeng yang ganeral cakapkan tu!" sambung Ali lagi. Jarinya menunjuk tepat ke arah kereta yang kini dah jadi kad. Peluh gementar merenik di dahinya.

"Teknologi apa ni?"

"Jaga-jaga semua. Nampaknya kad dia baling tu bukan kad biasa. Kad tu boleh 'telan' benda." kata Alicia serius. Walaupun wajahnya kelihatan tenang, namun dua kejadian tadi berjaya membuatkan jantungnya mengepam hebat! Orang hilang depan mata! Depan mata woiiii dia lenyap macam tu je!

Boboiboy dan Fang sudah membuka langkah bersiaga. Wajah mereka berubah serius. Betul-betul serius.

"Kad tu pun boleh telan orang juga. Apa pun yang korang buat, jangan sampai in contact dengan kad tu. Kalau kita kena kad tu...habislah kita!" ujar Boboiboy dengan nada serius. Genggaman pada pedang dieratkan lagi.

"Heh, baru kau kenal siapa Komeng! Broo semua! Cepat rembat semua senjata" arah Komeng kuat disambut sorakan orang orangnya.

Orang Komeng menyerang, para ejen bertahan. Perlawanan agak sengit antara mereka. Orang-orang Komeng menyerang dengan pelbagai jenis senjata halimunan menyukarkan ejen kita mengagak langkah seterusnya pihak lawan. Makin memburukkan lagi, sambil mengelak leser dan peluru, para ejen juga terpaksa mengelak daripada terkena sentuhan kad yang dibaling bertalu-talu oleh musuh. Nak lawan satu hal, nak mengelak balingan random tu pun satu hal! Namun para ejen kita bukan baru berlatih sehari dua, setiap serangan dan lemparan itu berjaya dielak dan ditepis dengan cergas dan tangkas. Kadang kala ada kad yang tersasar, terbaling sehingga mengenai kawan lelaki berhelmet itu sendiri.

Ktang! Ejen Bakar berjaya menepis tangan lelaki berhelmet yang diyakini pegang senjata.Tapi lelaki itu menggoyang-goyangkan tangannya balik, eh tiba-tiba senjata tu ada semula. Macam magik!

"Macam mana kau buat tu? Guna bomoh ke??" seloroh Ejen Bakar.

"Isk! Mana ada pakai bomoh. Syirik tau! Kitorang belilah!" balas lelaki berkeldar itu. Oh, tahu pula hukum syirik. Mencuri tu haram tak tahu pula?? Boboiboy tiba-tiba menyampuk.

"Wah, cool gile senjata tu! Beli kat mana,bang? " tanya Boboiboy dengan muka innocent sambil tebas sorang lagi lelaki berhelmet.

"Hehe, cool kann?? Adalah Boss beli dengan sorang budak perempuan ni. Pelik sebab budak tu suka sangat cosplay jadi avatar" cerita lelaki itu lagi.

"hmm? Cosplay avatar??"tanya Boboiboy lagi.

"Yelah, yang macam cerita dekat wayang,dekat satu pulau pasal alien warna bir- ADUH!" cerita dia terpotong bila ada sorang member hempuk kepala dia.

"Woi! Yang kau pi citer pahal, bro?!" marah member.

Sebab sibuk sangat dengan orang-orang Komeng, ejen ejen kita terlepas pandang pada lori        C-Tech sehingga Komeng berjaya tiba di sana.

"Boss, kad dah nak habis, bro kita pun ada termasuk dalam tu. Tapi ejen-ejen tu masih belum kalah! Sekarang dah lebih masa yang yang temu janji dengan budak tu. Macam mana ni bos??" lapor orang kanan Komeng. Mendengar laporan itu, Komeng menjadi bengang.

"Ish! Kurang asam betul! Sebab ejen penyibuk tu kita dah terlambat! Komfem abang Bear maroh besor nanti!" marah Komen. Lima orang ejen yang sibuk berlawan dijeling dengan pandangan penuh benci. Anak matanya terlirik ke arah kotak besi bersi denjata di dalam kontena lori di sebelahnya. Satu idea terputik di dalam fikirannya sehingga Komeng menarik seringai sinis penuh makna. Daripada kotak itu, selaras senjata seperti pistol dirampas.

"Heh, tepi!"

Laras diacukan kepada Ali yang berada paling hampir dengannya. Ali yang sibuk mengelak lemparan kad-kad yang boleh telan orang, tak perasan langsung tindakan Komeng. Namun seorang lagi sempat melihat pergerakan laras itu.

PWEEUZZ!!

"ALI!!" Boboiboy memekik. Sepantas kilat ejen muda kombat itu memecut laju lalu menolak tubuh Ali ke tepi. Menyisakan batang tubuhnya sendiri yang terkena tembakan tersebut.

"AAArghhHHH!!!"

Pekikan kesakitan Boboiboy menghentikan pergerakan semua orang. Termasuklah Ali yang kini terkaku melihat Boboiboy direnjat dengan tenaga biru jatuh melutut menyembah bumi.

"Boboiboy!!" Ali mejerit penuh rasa bimbang dan bersalah. Boboiboy kena tembak sebab nak lindungi dia. Ejen muda tekno itu segera meluru untuk mendapatkan rakannya itu.

Namun, entah datang dari mana, sekepingkan meluncur sepantas kilat kini berada betul-betul di hadapan wajah Ali.

"Hah!!"

Tak sempat mengelak serangan mengejut itu, akhirnya tubuh Ali bercahaya terang lalu lenyap tanpa jejak. Hanya meninggalkan sekeping kad dengan gambar Ali di atasnya, tergeletak di atas jalan raya.

Ali termasuk dalam kad.

"ALI!!" Ejen Bakar memekik ngeri. Anak buah dia lenyap ditelan udara! Betul-betul depan mata dia!

Komeng tersengeh jahat,melihat para ejen sudah goyah. Semua kotak di dalam lori diangkut dia atas motorsikalnya.

"Heh, kumpul semua kad, kita blah sekarang!" jerit Komeng. Serentak itu juga, kuncu-kuncu Komeng membaling beberapa butir bom asap untuk mengaburi pandangan para ejen.

Kabus hitam tebal memenuhi kawasan jambatan itu. Lalu Komeng dan kesemua kuncunya memecut pacuan mereka.

"HAHAHA!!! Makan besar kita malam n, broo!'' sorak Komeng gembira disambut pekikan enjin motor orang-orangnya yang lain. Namun seringainya tak bertahan lama, bila tiba tiba motor yang dinaikinya bergoyang kuat. Seperti ada sesuatu yang melompat ke atas motor dia.

"Eh, Ehh apahal ni??!" Komeng panik sambil cuba menstabilkan motorsikal itu. Kepalanya ditolehkan ke belakang sehingga matanya tebeliak besar. Hampir sahaja bola mata itu terkeluar daripada soketnya pabila sesuatu yang 'menumpang' motorsikalnya tadi adalah Boboiboy! Remaja 16 tahun itu bertenggek di atas kotak senjata dengan dua bilah pedang. satu digenggam di tangan kanan dan sebelah lagi di gigit. Tangan kirinya sibuk mencengkam hujung kotak besi itu agar tak terjatuh.

"Kau.. macam mana kau masih boleh bergerak?!" pekik Komeng terkejut. Betul-betul terkejut. Dah dua kali tembakan dia tak menjadi hari ni. Satu dengan budak rambut landak tu dan satu lagi dengan budak bertopi oren ni pula.

Dengan bilah pedang masih di mulut, Boboiboy menarik smirk sinis.

"Setakat tembakan macam tu, takkan buat aku mati!"

Pedang di tangan kanan dicacak ke bawah tepat menembusi kotak yang dipenuhi senjata azurium C-tech. Sebilah lagi di mulutnya berpindah ke tangan lalu tangkas dilempar ke arah Komeng. Nasib baik sempat dielak, kalau tak dah arwah dah kenit tu.

Namun Boboiboy tak berhenti di situ. Senjata dah tak ada, kita guna tangan pula. Dush, dush dush, berdas das tumbukan padu hingap di wajah Komeng. Penyek muka si kenit tu.

"Bagi balik ALI!!"

Komeng panik dengan kemarahan Boboiboy. Kalau dia tak buat apa-apa memang habis dia kat situ. Tamat dah cerita fanfiction ni. Oleh kerana, pentingnya watak dia dalam cerita ni dan sebab ajal dia tak sampai lagi, dengan segala kekuatan yang tersisa, Komeng menendang kuat Boboiboy, sehingga dia tercampak jatuh dari motor itu. Boboiboy terjatuh namun sempat disambut oleh Fang. Ejen Bakar dan Alicia juga mendekati mereka berdua.

"Boboiboy! Kau hilang akal ke tiba-tiba lompat atas motor macam tadi??! Dahlah kena tembak, pastu tiba-tiba bangun kejar motor orang!! Kau nak aku mati sakit jantung ke apaa??!!!" tak bagi salam tak ada mukaddimah, Fang menghamburkan kemarahannya bertalu-talu dengan muka bengis. Tak kesah member dengan muka tahan sakit, marah di hati perlu dilepaskan dulu.

"Fang, jangan marah dia. Dia tengah sakit tu" pujuk Ejen Bakar cuba tenangkan Fang.

Dengan suara lemah, Boboiboy membalas."D..diorang..dapat Ali..Koff! Koff!" kata-kata Boboiboy terpotong dengan batuk yang kuat.

"Boboiboy! Boboiboy! Kau kenapa ni?"

Boboiboy kini meringkuk sambil memeluk tubuhnya sendiri. Kepalanya dirapatkan dengan lutut, menahan sensani kepanasan yang tiba tiba meletus dalam dirinya. Erangan halus terlepas daripada bibirnya semakin menambahkan kerisauan dalam diri Fang, Alicia dan Ejen Bakar.

"Ejen Bakar, kita kena bawak Boboiboy pergi inframary sekarang!"

Ejen Bakar mengangguk. Tubuh Boboiboy dicempung untuk kembali ke akademi. Dia dapat rasakan tubuh Boboiboy mula membahang. Entah apa senjata yang Komeng tembak tadi,tapi melihat tindak balas tubuh Boboiboy , ia sememangnya bukan sesuatu yang boleh dianggap ringan.

"Alicia" panggilFang.

"Kamu berdua pergi dulu. Saya akan menyusul nanti" balas Alicia.

"Haa, okey! Fang, jom!"

Dengan itu, Fang dan Ejen Bakar dengan Boboiboy dalam rangkulannya segera kembali ke Akademi. Manakala Alicia menghantar pemergian mereka berdua dengan anak mata. Kakinya mengorak langkah ke arah tapak pertempuran tadi.

Jalan raya itu dipenuhi batu dan kesan tembakan. Terdapat juga beberapa lubang yang terhasil di atas jalan tar itu. Sebuah lori terbalik masih menyisakan asap asap tipis berterbangan di atasnya. Alicia megeluarkan beberapa keping plastik zip kecil dan penyepit lalu mula meneliti.

Beberapa butir batu kecil berwarna biru berukuran 1-3 milimeter dikepit lalu diteliti. Kelihatan seperti serpihan senjata azurium yang Boboiboy sempat tusuk tu. Nampak gayanya, senjata tu dah tak boleh guna. Batu itu kemudian dimasukkan ke dalam plastiz berzip. Alicia juga turt sama mengambil beberapa sampel yang dia rasa akan berguna untuk jejak Komeng. Dia juga turut menjumpai sekeping kad 'telan orang'  yang tertinggal di atas jalan. Mungkin ianya tercicir waktu seranagn mengejut tadi. 

"Fuh.. dah pukul berapa ni?"

Jam tangan dikerling, menunjukkan jam 1:32 a.m. Dah 10 minit dia di situ seorang diri. Balik lambat kena marah pula.

Jambatan yang dipenuhi kesan tembakan dipandang buat kali terakhir. Semua kerosakan tu akan diuruskan oleh droid pembaiki MATA nanti supaya orang awam tak mensyaki apa-apa. Karang tak pasal-pasal masuk berita.

 Penumbuk digenggam kuat. Misi mingguan yang sepatutnya menjadi misi mudah berakhir dengan tragedi. Dia tak tahu apa pula yang jadi pada kumpulan lain. Langit malam yang gelap tanpa bintang direnung sayu.

"Ali..."

.

.

.

.

.

BERSAMBUNG...

.

.

.

.

Me : *Sip milo* ahh, a peace morning

Continue Reading

You'll Also Like

222K 13.1K 49
( ssars love written 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. © ssarserans december story 2022
5.6K 303 28
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
67.9K 340 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
35.7K 1.1K 72
Act, RR ni first book..penulisan pun macam mabuk je😌 nanti lepas habis book Harris Zayder baru edit balik okey 😄 ...