Sudah Tertulis

By mawella__

111 6 0

Kisah cerita pendek cinta Amir dan Wardah yang sangat clichรฉ. Hope you all enjoy! More

Bab 1
Bab 2
Bab 3

Bab 4

20 3 0
By mawella__

Wardah hanya memandang luar tingkap kereta range rover milik Amir  Asyraf. Sejak dari tadi dia diam kerana tidak tahu hendak mulakan cerita dari mana.

Dia melihat dengan ekor mata ke sebelah pemandu. Aduhh.. Kenapalah nampak dia hari lebih kacak dari sebelum ini.

Kali terakhir dia berjumpa dengan lelaki ini pada hari kenduri hari itu. Sejak dari itu, dia langsung tidak berjumpa Amir Asyraf.

"Bila Doktor balik dari misi kemanusian di Africa?" Wardah memulakan mukadimah.

Datin Fauziah ada maklumkan pada dia selepas kurus di Canada selama sebulan Amir Asyraf akan turut serta dalam misi kemanusian di Afrika selama dua bulan.

"Yesterday." Amir Asyraf menjawab pendek. Dia ingin buat Wardah sendiri yang memulakan perbincangan mereka.

"Oooo. Tak cakap pun nak balik. Sebab seingat saya ummi ada cakap, doktor ada di sana sampai hujung bulan ini." Wardah bermain main dengan zip handbag. Dia sebenarnya segan berdua-duaan dengan lelaki itu.

"Kalau beritahu tak dapatlah tengok free show tadi." Amir Asyraf senyum sinis pada Wardah. Dia masih lagi hangat hati tengok kemesraan Daniel dan wanita disebalah dia sekarang ni.

"Ish, ke situ pula dia. Orang dengan Daniel tu hanya setakat majikan dan pekerja saja." Lirih suara Wardah untuk meraih kepercayaan Amir Asyraf.

Dia rasa sudah mula jatuh cinta pada Amir Asyraf dalam diam. Cinta alam maya yang dilupakan kembali berputik di dalam hati.

Lama dia hendak membuat keputusan untuk menerima lelaki itu. Bukan saja hendak mendera perasaan Amir Asyraf tapi dia perlu utamakan perasaan sendiri dulu.

Mana mungkin, dia hendak berkhawin dengan orang yang dikenali nama dan pekerjaan saja tanpa mengetahui personaliti, perangai dan seangkatan dengannya.

"Dah tu siap terima bunga yang si adudu tu bagi apa maknanya tu?" Tanpa sedar Amir Asyraf menunjuk perasaan cemburu.

Wardah yang mendengar Amir Asyraf menggelar Daniel sebagai adudu tergelak suka.

"Eh gelak pulak dia. Orang tengah serius ni. Betul kan awak terima bunga dari Daniel tu?"

Amir Asyraf belakon marah dan serius untuk menutup rasa terbuai dengan ketawa Wardah yang dia rasa sangat merdu. Kali pertama Wardah berkelakuan begitu ketika bersama dengan dia.

Sebab itulah, perlu dielak jika berdua-duan kerana takut ada yang ketiga. Syaitan yang sering menghasut  untuk buat maksiat.

"Betul. Doktor tak nampak ke ofis saya penuh bunga ros semua itu dari Daniel." Wardah tahu Amir Asyraf bukan marahkan dia tapi nak cover rasa cemburu.

"Lepas ni stop terima bunga dari dia dan kalau boleh buang terus bunga yang dalam ofis tu."

"Eh mana boleh buang. Sayanglah." Wardah tidak setuju dengan cadangan Amir Asyraf.

Ahh penat dia jaga bunga itu semua, senang-senang nak suruh kita buang. Itu bunga ros hidup tau, bukan mudah nak jaga bagi segar.

"Sayang bunga ke sayang si pemberi bunga?" Serkap Amir Asyraf.

Dia memberi signal untuk masuk ke simpang hospital kemudian dia masuk ke tempat pakir khas kakitangan hospital tersebut.

"Mestilah sayang..."

"Abang."

Wardah yang niat nak kenakan Amir Asyraf tapi dia dipermainkan oleh lelaki itu.

"Eh sapa sayang doktor? Perasan." Wardah menjeling pada lelaki disebelah dia.

Dia terpandang pada signage parkir yang terukir nama penuh dan jawatan Amir Asyraf.

"Why we here?" Soal Wardah.

"Technically, why you here?" Soal Amir Asyraf semula pada Wardah.

"Doktor yang suruh ikut tadi."

"Abang tak bersungguh pun suruh awak ikut tapi dah awak tu yang emo terlebih, siap apply half day lagi." Amir Asyraf main-main saja suruh ikut Wardah ikut dia tadi sebab Daniel tu.

Tapi tak sangka wanita itu sungguh ikut dia. Tak kan dia nak menolak.

"Abang tak apply half day macam awak. Jadi I'm still in working hour." Amir Asyraf sengaja nak kenakan Wardah. Dia seronok melihat kekalutan wanita itu, comel sangat.

"Tak lawaklah Amir Asyraf. Kalau saya tahu tadi, saya dah halau doktor tau." Wardah bengang dengan Amir Asyraf.

Dia banyak kerja nak kena buat tau di pejabat. Lelaki ini pun, bukan nak jujur dengan dia. Memanglah kompeni itu walid punya tapi dia sebagai pekerja perlulah bersikap professional.

"Awak nak call siapa tu?" Amir Asyraf menjadi kalut apabila Wardah ingin membuat panggilan secara tiba-tiba.

"Kak Sal. Saya nak batalkan cuti saya dan saya nak pergi site visit."

Baru dia hendak sentuh ikon call di skrin tiba-tiba Amir Asyraf merampas phone dia.

"No sayang. Abang tak benarkan."

Wardah pandang Amir Asyraf dengan tidak puas hati. Eee belum jadi suami dah suka arah arah kita. Dah tu suka main-mainkan kita.

Dia malas nak berbalah dengan lelaki itu dia pandang ke arah luar. Tengok pokok lebih menenangkan.

Amir Asyraf ketawa suka dengan muka cemburut yang Wardah pamerkan. Ummi, nak kahwin sekarang boleh tak? Jerit hati lelakinya.

"Abang saja aja nak sakat awak. Abangkan masih on mission tapi terpaksa balik awal sebab ada beberapa kes yang perlukan perhatian abang."

"Hari ini, abang nak dating dengan awak. Nak request jawapan yang sudah lama tertangguh."

Tidak lama kemudian, cermin tingkap kereta diketuk dari luar. Amir Asyraf menurunkan cermin tingkap.

"Doktor ini file kes patient yang doktor request tadi." Naqasha menyerahkan dokumen seperti diminta oleh Amir Asyraf tadi.

"Okay, terima kasih. Oh ya Naqasha, kenalkan bakal isteri saya, Cik Wardah."

Amir Asyraf pandai buat buat alasan untuk buat Wardah senyum kembali. Wardah faham taktik lelaki itu terus dimaniskan muka menyapa pembantu doktor muda itu.

Air muka Amir Asyraf perlu dijaga, tak kan dia nak orang luar menghidu permasalahan yang sedang dihadapi oleh mereka.

"Abang singgah sini nak ambil file patient untuk abang buat review sebelum meeting esok." Amir Asyraf menukar gear D dan perlahan-lahan tayar kereta bergolek di atas jalan.

"Doktor nak bawak saya ke mana pula kali ini?" Kali ini dia tidak mahu dikenakan oleh lelaki itu baik dia tanya awal-awal. Sebarang kemungkinan bolehlah dia bersedia.

Wardah pandang Amir Asyraf yang pandu kereta masuk ke lorong pandu laju restaurant makanan segera berhuruf M.

"Abang lapar. Tadi tak sempat nak lunch sebab nampak ada orang tu tengah dating."

Amir Asyraf ke pejabat KK Coperation memang ada urusan rasmi berkaitan dengan kewangan projek hospital.

Terserempak pula dengan Khaisyafiq dan Hakim yang kebetulan menuju ke kantin terus mereka mengajak dia sekali.

"Suka eh mengungkit. Orang dah cakapkan tadi. Lagipun tadi ramai itu yang dia nak semeja." Wardah tak suka perkara itu dibangkitkan lagi.

"Fine. I'm sorry okay. Nah, makan aiskrim ni bagi manis sikit muka tu." Amir Asyraf menghulurkan airskrim berperisa vanila coklat kepada Wardah.

"Eee... dia ni kan." Rengek Wardah pada perlian Amir Asyraf.

Tanpa sedar rengekkan kecil Wardah buat Amir Asyraf rasa lain. Dia berdehem bagi menghilangkan rasa aneh itu.

"Jangan buat macam tu depan lelaki lain." Perlahan Amir Asyraf menegur Wardah.

"Buat apa?" Soal Wardah seperti anak kecil yang tidak tahu kesalahannya.

"Tak ada apa."

"Pelik pelik aja dia ni." Omel Wardah perlahan.

Suasana dalam kereta itu sunyi kerana masing-masing tengah menikmati makanan.

Wardah curi pandang Amir Asyraf yang tengah mengunyah makanan. Aduhh.. Jawline dia memang mengancam lah. Mata dia larikan pula pada lengan lelaki itu. Terserlah urat apabila lengan baju kemeja dilipat sedikit.

Jantung dia berdegup laju apabila matanya tertangkap dengan lirikan mata Amir Asyraf yang sedang melihat tindakan dia tadi.

Alamak kantoi pulak.

"Kacak kan?" Amir Asyraf bertanya pada Wardah sambil mengangkat kening kanan.

"Seronok eh dok skodeng abang."

"Ma.. Mana ada." Kalut Wardah menjawab. Nampak sangatlah dia sudah kantoi dengan lelaki itu.

"Mana ada konon. Ingat abang tak nampak?" Amir Asyraf  membetulkan kedudukan menghadap Wardah disebelahnya. Dia sudah selesai makan. Semua bekas makanan dia kumpulkan dalam beg kertas yang sedia ada untuk dibuang nanti.

"Sekarang ini, abang nak tanya awak. Awak sudah habis fikir tentang risikan ummi tempoh hari?" Amir Asyraf memulakan mukadimah. Sudah tiba masanya untuk mereka berbincang hal itu.

Wardah sudah mengagak perkara itu akan disoal oleh lelaki itu. Tapi dia tidak dapat mengagak yang soalan itu akan ditanya pada saat ini, di dalam kereta tepi jalan.

"Dah." Jawab dia pendek.

"Sudah buat keputusan?" Amir Asyraf rasa berdebar untuk mengetahui keputusan wanita itu.

"Dah."

"Dah sayang kat abang?" Amir Asyraf tersenyum nipis dengan soalannya.

"Dah."

Eh macam pelik saja soalan lelaki ini. Wardah kalih tepi tengok Amir Asyraf tersengih nampak sangat dia terkena dengan usikan doktor muda itu.

Wardah rasakan pipinya sedikit panas sebab terkesan dengan usikan Amir Asyraf. Dia akui yang dirinya sudah mula membuka pintu hati untuk menerima lelaki itu masuk menjadi pemilik kunci hatinya.

Sejak pertemuan di kafe memberi rasa suka semula setelah lama menjadi mantan crush. Dia tidak yakin akan berjumpa dalam alam realiti dengan lelaki berkulit tan itu menyebabkan dia tidak memberi harapan yang tinggi untuk bersuamikan crush alam maya.

Rezeki. Risikan yang diterima daripada pihak Amir Asyraf membuat dia banyak fikir untuk membuat keputusan. Perkara yang dia pelajari sebelum membuat keputusan ialah minimum kriteria pasangan hidupnya.

"Kalau dah sayang, bila boleh abang hantar rombongan meminang?"

Lama dia diam memikirkan jawapan yang sesuai. Nak cakap, boleh hantar sekarang rasa macam gelojoh pulak dia. Hantar kemudian hari nanti dia pula yang ternanti-nanti.

"Errr... Nanti orang balik bincang dengan walid. Lagipun, Doktor Amir orang pertama yang tahu jawapan orang terima risikan."

Malu malu Wardah nak bagi jawapan kepada Amir Asyraf. Kepada Haji Kamal pun dia tidak maklumkan tentang perkara ini. Kang terkejut pula walid ada orang tiba-tiba bawak rombongan meminangnya.

Amir Asyraf rasa gembira saat dia orang pertama yang tahu jawapan risikan kepada Wardah. Dia tidak dapat sembunyi senyuman rasa seronok.

Ini kalau bagitahu ummi mesti datin tu tak berhenti senyum. Ialah anak lelakinya nak kahwin dengan pasangan pilihan dia. Cumanya, pilihan ummi ni malu tapi mahu rupanya.

"Okay kalau macam tu, text me once you have the date." Amir Asyraf memberi kata putus supaya semuanya boleh dirancang sebaiknya.

"Ada kan number phone abang?" Soal Amir Asyraf.

Ligat otak Wardah fikir soalan Amir Asyraf sambil mencari phone dalam beg tangan sememangnya dia letak di atas paha dari tadi. Dia selesa begitu jika menjadi penumpang dalam kereta.

Sejak kejadian lelaki itu meminta phone pada waktu hari kenduri tiga bulan yang lalu, dia mahupun Amir Asyraf memang tidak pernah menghubungi satu sama lain.

Kadang-kadang ternanti juga Amir Asyraf make a first move tapi dia tidak mahu memberi harapan kepada diri sendiri. Kenapa tak mulakan dulu? Memang tidaklah. Dia pun ada ego juga.

Kekalutan Wardah menggeledah beg tangan nampak comel di mata Amir Asyraf. Kesibukkan dia dengan kerja buatkan dia terlupa langsung untuk telefon Wardah.

Nasiblah, diri ini diterima jua walaupun tidaklah mengorat lebih-lebih. Itulah, orang kata, mungkin ada keberkatan jika pasangan hidup dipilih orang orang tua.

Terkejut dia apabila Wardah menghalakan phone dia pada wajahnya.

"Ehh, nak buat apa ni sayang?"

"Unlock phone doktor." Wardah membuka phone Amir Asyraf dengan menggunakan Face ID lelaki itu.

Sebenarnya, dia tidak tengok pun Amir Asyraf save number sendiri guna nama apa. Lagipun, phone dia sangat penuh dengan list call log, jadi number Amir Asyraf sudah kebawah senarai. Itu yang dia nak call phone sendiri dengan guna phone lelaki itu.

"Baby? Siap dengan love sekali?" Tersembul biji matanya saat melihat number sendiri disimpan oleh Amir Asyraf dalam phone lelaki itu.

"Why not?" Tanpa rasa bersalah Amir Asyraf membalas.

"My man?" Nak tersembul mata Wardah melihat nama yang terpampar di skrin telofon dia.

"Betulla ka kan?" Amir Asyraf masih lagi beriaksi selamba.

"Eee perasan betul dia ni."

Terus Wardah menekan button edit hendak tukar nama lelaki itu kepada yang lain.

"Awak nak tukar nama abang ke tu? Biar ja lah. Tak lama lagi abang ni milik awak juga." Mendatar saja Amir Asyraf bersuara sambil fokus kepada pemanduan di hadapan.

"Ada lah mana boleh kasi tau. Ini rahsia. Ingat eh, kita belum ada apa-apa hubungan lagi. Jangan nak lebih-lebih." Tegas tapi lembut Wardah memberi amaran pada dirinya dan lelaki di sebelahnya.

Bukan main debaran di hati dia sekarang ini tapi hanya beriaksi biasa. Dah macam ada gempa bumi rasa getaran saat Amir Asyraf mengatakan lambat laun lelaki itu akan jadi miliknya.

Ya Tuhan, tenangkanlah hati ini. Tanpa dia sedar tangan kanan sudah melurut lembut dadanya dan Amir Asyraf perasan dengan kelakuan Wardah.

"Awak kenapa sayang? Sakit dada ke?" Sedikit cemas Amir Asyraf soal. Signal kereta dia bagi sebelum kereta itu berhenti di tepi jalan.

"Eh. Tak ada apa. Kenapa Doktor berhenti kereta tepi jalan ni?"

"Awak tu yang urut dada gitu siap tertunduk bagai. Kenapa? Sakit dada ke? Kalau sakit kita pergi hospital sekarang." Riaksi Amir Asyraf yang cemas bagai cacing kepanasan di tempat pemandu buat Wardah tersenyum.

"Senyum pula dia. Abang tengah risau ni."

"Saya okay lah. Kata cardiologist, tak relax langsung Doktor ni. Apa semua orang yang urut dada Doktor assume ada sakit jantung ke. Saya okaylah. Tak sakit mana pun." Terang Wardah.

Cuma jantung ni, rasa berdebar saja sebab awak lah. Dia hanya berani kata dalam hati. Belum tiba masa yang sesuai untuk berlebih menyatakan kasih sayang.

"Dah tu, awak tu dok urut dada dari tadi ingat abang boleh relax. Nasib tunang baru. Kalau isteri.." Amir Asyraf tidak jadi menyambung ayat saat Wardah memotong cakapnya.

"Tunang? Sapa tunang doktor?"

"Sayanglah tunang abang."

"Orang baru accept risik tau bukan pinangan doktor." Balas Wardah tak mahu kalah.

Wahai hati, bertenanglah dikau di sana. Ya Allah, cepatlah bagi sampai ke rumah. Wardah sudah tidak keruan, Amir Asyraf menggelar dia tunangan lelaki itu. Dia cuba tenangkan hati dengan buat teknik deep breathing.

"Awak dah terima risikan, technically kita dua ini kita dah jadi tunanglah mengikut dalam Islam. Pinangan itu just adat. Tak buat pun takpa. Lagipun, memang disunatkan untuk tidak menghebahkan satu pertunangan."

Tenang Amir Asyraf menerangkan situasi hubungan mereka pada Wardah. Sesekali matanya dikerling pada wanita di sebelah. Tak boleh nak pandang lama, elok sihat sekarang kang ada masuk hospital pulak.

"Okay saya faham. Tapi sekarang ini, ke manakah hala tuju kereta ini?"

"Sayang nak abang hantar balik rumah terus atau ke ofis semula?"

Soalan dibalas soalan. Jika dia belok ke kanan di traffic light depan jalan ini, akan ke ofis Wardah dan hospital tempat dia kerja. Belok kiri, rumah meraka dua cumanya koordinat yang berbeza.

Sabar, nak duduk sebumbung kenalah terima akad dulu. Ini, tarikh rombongan meminang pun belum ditentukan lagi ada hati nak duduk sekali.

Tanpa sedar dia sudah tersengih dengan angan-angan ciptaan dia sendiri.

"Doktor, boleh tolong hantar ke rumah saya terus? Sebab dah pukul berapa nak balik ofis pun tak padan rasanya." Wardah paling ke kanan apabila tiada respon daripada lelaki itu.

Laa, dah kenapa dia ni. Dok tersengih seorang diri. Tak dengar la tu aku cakap apa.

Pin!

Belum sempat Wardah buat apa, kedengaran hon dari kereta belakang. Ye la, sudah lampu hijau lagi mau berhenti dah kenapa.

"Opocot!"

Terlepas ketawa Wardah melihat Amir Asyraf melatah. Lelaki itu cepat
menukar gear.

"Eh eh."

Amir Asyraf yang kalut buat Wardah tertawa suka. Mana tidaknya, lelaki itu tertukar gear reverse. Nasib sempat ditekan break.

Amir Asyraf menjeling Wardah yang masih ada sisa ketawa. Seronok ye gelakkan orang. Dia pun, itu lah berangan sangat masa bawak kereta kan dan terjatuh saham sebab kalut.

"Ohh, seronok ya gelakkan orang. Ni nak ke mana? Kang abang bawa balik sayang ke rumah abang baru tau."

"Balik rumah sayalah. Apa pulak rumah doktor." Balas Wardah laju.

"Orang dah bagitahu tadi tapi adalah hamba Allah tu seronok berangan sampai kalut nak tukar gear." Wardah sambung gelak.

"Awaklah tak suruh abang gerak. Kan dah hijau traffic lights tu. Nasib sempat tekan break tadi kalau tidak dah kena kiss kereta belakang." Amir Asyraf tahu dia bersalah tapi ego tak nak mengaku tapi disalahkan pula orang lain.

Dia usha panas saja tuan kereta yang hon tadi melalui cermin pandang belakang itu. Tak menyabar langsung.  Terbang habis impian dia tadi siap tertunjuk habis sisi kekalutan dia pada bakal isteri.

Hmm, bakal isteri. Isteri. Sound nice.

"Doktor nak pegi mana ni, kan dah terlepas simpang. Jangan cakap tengah beraa.."

Sah. Lelaki itu tengah berangan lagi. Apa yang seronok sangatlah pun tak tahu. Yang dia tahu sekarang ni, mereka sudah terlepas simpang rumahnya. Tak pasal kena pusing semula.

"Doktor Amir Asyraf, wake up! Doktor dah terlepas simpang rumah saya tahu tak."

"Eh yeke. Sorry. Abang buat u-turn balik. Ke sayang nak balik rumah abang?"

Sempat dia mengusik Wardah yang bengang dengan dia. Lagipun, memang rumah dia satu jalan dengan rumah wanita itu.

"U-turn sekarang." Laju Wardah balas. Terasa bengang dengan sikap Amir Asyraf yang berangan masa bawak kereta. Bahaya tau. Kalau pandu seorang diri itu lain lah. Ini, dia bawak anak dara orang tau. Kalau berlaku sesuatu, dua nyawa tau terlibat.

"Sorry sayang. Abang rasa excited pula about our future itu yang berangan tu. Sebelum ni, abang elok saja kereta tak ada pula nak berangan. Betul!"

Bersungguh Amir Asyraf membela diri.

"Next time, Doktor Amir berangan lagi biar saya aja yang drive. Bahaya berangan dalam kereta. Bukan doktor saja tahu atas jalan ni. Ingat tu."

Pintu kereta dia buka lalu keluar dari kereta itu. Belum sempat dia hendak berkata pada Wardah kelihatan Haji Kamal di sebalik pintu pagar rumah Wardah.

Kalut dia buka pintu lalu mendapatkan Haji Kamal. Bakal bapa mertua dia. Acehh..

"Kakak dengan Doktor Amir dari mana ni?"

"Kakak keluar dengan doktor Amir kejap."

"Sampai apply half day." Serkap Haji Kamal.

Gulp! Tertelan air liur Amir Asyraf dengan reaksi Haji Kamal. Tidak tahu, sama ada betul marah atau sekadar hendak gertak dia.

Salah dia juga, bawak keluar anak dara orang tanpa izin. Siap pakej dengan berangan dalam kereta lagi. Kalau terjadi sesuatu, tak ke menyusahkan.

"Haji, maaf saya bawak Wardah tanpa izin Haji. Lagipun, tadi kami berbincang pasal risikan saya tempoh hari. Tak ke mana pun Haji. Area sini juga." Dengan yakin Amir Asyraf membela Wardah yang berdiri disebalik tubuh tua Haji Kamal. Manja!

"Hah kakak, sudah ada jawapan belum? Lama orang tunggu keputusan kakak. Kalau risikan tu makanan dah basi rasanya. Lama sangat nak bagi jawapan pun."

Sempat Haji Kamal mengusik anak daranya yang berselindung di belakangnya.

Wardah mendengus manja. Walid ni, malulaa kakak. Dia menjeling pada lelaki yang setia berdiri di hadapan walid. Lelaki itu, sedang menahan ketawa. Suka lah tu.

Walid ni pun satu, tak menyempat nak tanya tengah poarch kereta ni la dia nak tanya. Nasib cuaca mendung tak panas sangat. Kalau panas kesian laki kiterr berdiri sedikit jauh dari bumbung dekar pagar sana.

Eh, laki kiter. Gedik pulak rasanya.

"Walid nak tahu, tanyalah Doktor Amir sendiri." Terus Wardah berlalu dari situ tanpa menoleh kebelakang. Dari jauh dia dapat dengar ketawa dua orang lelaki itu.

Gelakkan dia la tu. Tapi dia hanya tersenyum suka. Rasa bahagia. Pilihan pasangan hidup dia di alam maya kini menjadi realiti. Alhamdulillah.

--

Bersambung.



Continue Reading

You'll Also Like

825K 8.2K 67
๐ข๐ง๐œ๐ฅ๐ฎ๐๐ž๐ฌ ๐š๐ฅ๐ฅ ๐จ๐Ÿ ๐ญ๐ก๐ž ๐›๐จ๐ฒ๐ฌ โœฆ . ใ€€โบ ใ€€ . โœฆ . ใ€€โบ ใ€€ . โœฆ don't forget to vote, share and comment. ๐Ÿค
212K 7.2K 56
แ€›แ€ญแ€•แ€บแ€แ€ปแ€ฑ แ€€แ€ญแ€ฏแ€€แ€ผแ€ฎแ€ธแ€€แ€ญแ€ฏแ€แ€ปแ€…แ€บแ€แ€šแ€บ แ‹ แ€€แ€ญแ€ฏแ€€แ€ผแ€ฎแ€ธแ€œแ€Šแ€บแ€ธ แ€›แ€ญแ€•แ€บแ€แ€ปแ€ฑแ€€แ€ญแ€ฏแ€แ€ปแ€…แ€บแ€œแ€ฌแ€›แ€„แ€บ แ€–แ€ฝแ€„แ€ทแ€บแ€•แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€•แ€ฑแ€ธแ€”แ€ฑแ€ฌแ€บ แ‹ แ€”แ€ฝแ€ฑแ€ฅแ€ฎแ€ธแ€›แ€ญแ€•แ€บแ€แ€ปแ€ฑ ๐Ÿ€ แ€”แ€ฑแ€™แ€แ€”แ€บแ€ธ & แ€”แ€ฝแ€ฑแ€ฅแ€ฎแ€ธแ€›แ€ญแ€•แ€บแ€...
3M 118K 75
"แ€˜แ€ฑแ€ธแ€แ€ผแ€ถแ€€แ€œแ€ฌแ€•แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€แ€šแ€บ แ€„แ€œแ€ปแ€พแ€„แ€บแ€œแ€พแ€ฏแ€•แ€บแ€žแ€ฝแ€ฌแ€ธแ€œแ€ญแ€ฏแ€ทแ€แ€ฒแ€ท.... แ€™แ€Ÿแ€ฏแ€แ€บแ€›แ€•แ€ซแ€˜แ€ฐแ€ธแ€—แ€ปแ€ฌ...... แ€€แ€ปแ€ฝแ€”แ€บแ€แ€ฑแ€ฌแ€บ แ€”แ€พแ€œแ€ฏแ€ถแ€ธแ€žแ€ฌแ€ธแ€€ แ€žแ€ฐแ€ทแ€”แ€ฌแ€™แ€Šแ€บแ€œแ€ฑแ€ธแ€€แ€ผแ€ฝแ€ฑแ€€แ€ปแ€แ€ฌแ€•แ€ซ.... แ€€แ€ปแ€ฝแ€”แ€บแ€แ€ฑแ€ฌแ€บแ€›แ€„แ€บแ€แ€ฏแ€”แ€บแ€žแ€ถแ€แ€ฝแ€ฑแ€€...
4.3M 236K 49
"Stop trying to act like my fiancรฉe because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...