Mr.Mafia Milik Ashi

By Izzleverty

11.7K 723 141

Raeez Darrian Alexandra.Jejaka berdarah England itu cukup menarik perhatian ramai dengan rupa parasnya dan ha... More

MMMA 1
MMMA 2
MMMA 3
MMMA 4
MMMA 5
MMMA 6
MMMA 7
MMMA 8
MMMA 9
MMMA 10
MMMA 11
MMMA 12
MMMA 13
MMMA 14
MMMA 15
MMMA 16
MMMA 17
MMMA 18
MMMA 19
MMMA 20
MMMA 22
MMMA 23
MMMA 24
MMMA 25
MMMA 26
MMMA 27
MMMA 28
MMMA 29
MMMA 30
MMMA 31
MMMA 32
MMMA 33
MMMA 34(Last chapter)
Special Chapter

MMMA 21

237 16 0
By Izzleverty

"Jom makan"

"Saya busy"

"Kau mengelak dari aku?"

"Mana ada"

"Dah ada jawapan ke belum?"

Senyap. Aku hiraukan Raeez yang dari tadi mengikutiku. Tangan masih laju menyelak fail fail yang sudah lama siap. Tinggal untuk dihantar sahaja pada Ikram.

"Ashi Quinza" Tegas nada suara Raeez.

'Pap!'

Fail yang berada pada tangan ku itu Raeez ambil lalu letak ke tepi.

"Stop ignoring me" Matanya menikam wajahku dengan tajam. Aku guling bebola mata.

"Saya busy lah. Nanti je lah kita keluar makan. Bagi saya buat kerja dulu." Aku berjalan laju menuju ke bilik Ikram. Ketuk sesaat lalu terus pintu aku buka.

"Ashi wait!" Serentak itu juga, lenganku ditarik Raeez.

Sunyi. Keadaan tiba tiba menjadi janggal tatkala Ikram memandang kami berdua, secawan air hampir mengenai bibirnya.

"Apahal korang berdua ni? Gaduh ke? Kalau gaduh sila gaduh kat luar, jangan dalam bilik aku" Matanya memandang aku dan Raeez silih berganti.

Raeez tutup pintu bilik Ikram. Dia mengheret lenganku menuju ke meja kerja sahabatnya.

"Yes Ashi, anything?" Ikram angkat kening. Lantas aku menghulurkan fail yang dibawa.

"Thank you, esok awak tak payah datang kerja sini. Kerja awak dah siap, nanti saya bagitahu kalau ada kerja untuk awak. Fokus untuk kerja awak yang lain pulak okey?" Aku hanya angguk. Lagipun sudah lama aku tak kerja di kedai makan Mak Senah. Serba salah pula aku.

"Kau Raeez, kenapa tiba tiba datang sini?" Nada suara Ikram tiba tiba berubah tegas.

"Kerja dia dah siap kan? Aku nak bawak dia keluar"

Serentak itu aku memandang Ikram dan menggeleng kepala. Tidak, aku tak mahu keluar dengan Raeez. Pasti dia akan bertanya tentang lamarannya yang belum aku fikir jawapannya.

Melihat gelengan aku, Ikram nampak seperti berfikir sejenak.

"Kenapa harini? Hari lain tak boleh ke?"

"No. Harini juga aku nak dengar jawapan dia. Sebelum ni dia selalu mengelak, banyak bagi alasan."

"Mana ada saya mengelak. Bila masa pulak" Aku melawan.

"Kau tak ingat?"

5hari lepas~

"Aku hantar kau balik"

"Eh tak payah, saya dah janji dengan kawan saya. Bye"

4 hari lepas~

"Jom keluar"

"Esok lah, saya tak larat"

Keesokan harinya~

"Jom"

"Esok esok"

Hari seterusnya.

"Ashi-"

"Oh mak saya ajak pergi beli barang. Sorry!"

"Dah ingat?" Sinis Raeez memandangku. Aku hanya buat taktahu. Memang betul itu alasan belaka. Aku tak mahu berjumpa dengan Raeez buat seketika, entah kenapa aku rasa mahu mengelak darinya.

"Korang gaduh apa ni, mengelak apa? Jawapan apa?" Ikram yang bingung itu bertanya. Pastilah bingung, dia taktahu sahabatnya ini meminang aku!

"Tak ada apa-"

"Jawapan untuk lamaran aku" Selamba ayat itu meluncur keluar dari mulut Raeez. Aku menjegilkan biji mata. Dia ni memang tak boleh simpan rahsia ke?

"Apa?! Lamaran?" Terbangun Ikram dari kerusinya. Dia pandang kami dengan dahi berkerut.

"Kau melamar Ashi? Kau? Melamar Ashi? Aku..aku tak percaya. Sejak bila kau-"

"Ya aku melamar dia. So what? Any problem? " Raeez tayang muka beku. Ikram pula nampak terkejut benar.

"Kau memang dah fikir betul betul ke? How about Stella-"

"Itu cerita lama" Raeez memotong percakapan Ikram. Mendengar sebaris nama itu, aku baru teringat akan gadis bernama Stella yang pernah bertakhta di hati Raeez.

Aku masih ingat riak wajah Raeez setiap kali dia bercerita tentang Stella. Nampak sedih tapi dalam masa yang sama tegang. Aku tak dapat baca perasaannya. Apa yang terjadi sebenarnya?

"Oh ya bekas girlfriend awak tak kisah ke kalau kita kahwin? Saya taknak nanti dah berumah tangga, dia datang balik tagih cinta awak." Walapun aku tak mahu bercakap tentang bekas teman wanitanya, tapi aku tetap meluahkan soalan.

Nampak Raeez mengeluh sedikit. "Don't worry, aku berani janji yang dia takkan ganggu kita walau sedikitpun."

"Err Ashi, can you leave us for a while? Man talk" Ikram mencelah lantas aku hanya akur. Kaki aku atur keluar dari bilik. Mata cekap mencari kelibat Firdaus. Aku perlukan dia sebagai teman waktu makan. Sekurang kurangnya Raeez tak dapat cari aku nanti.

"Bro, kau yakin ke ni?" Ikram angkat kening dengan wajah yang tidak percaya. Dia tahu kisah silam lelaki ini, makanya dia risau.

"What? Kau dengan Rhys sama je, ingat aku ada masa ke nak main main?" Raeez tak puas hati. Dia betul betul mahu nikahi gadis itu.

"Bagitahu aku, kenapa kau nak kahwin dengan dia? Aku terima semua jawapan kecuali jawapan yang muka dia sama dengan ex kau."

"Aku tertarik dengan personaliti dia. Aku nak kenal dia lebih lagi. Aku nak jaga dia, lindung dia. Don't worry, aku sedar dia ialah Ashi, bukan arwah Stella"

"Arwah? No Raeez, dia dah murtad sebelum dia mati." Beritahu Ikram tenang.

"What?? Jangan reka cerita Ikram, what the- how? " Wajah Raeez merah padam. Kalau betul, kenapa dia tak tahu? Sudah bertahun tahun berlalu.

"Aku yang handle kes dia. Kau tak ingat? Masa tu aku arahkan untuk kuburkan dia. Tapi kawan kawan dia halang, dan bagitahu sebenarnya Stella sudah keluar agama. Aku terkejut, dan aku rahsiakan benda ni dari kau sebab aku taknak kau makin sedih."

"Lagipun kau nampak sangat menyesal masa tu, aku tak sanggup." Sambung Ikram lagi. Senyum kelat terukir. Dia tak suka terkenangkan saat itu. Di mana lelaki dihadapannya ini, sangat lemah tidak berdaya. Tidak terurus kerana mengenangkan silapnya sendiri.

"Aku tak menyesal Ikram. Ya aku sedih dia dah tak ada. Tapi aku lega tak perlu hadap perempuan syaitan macam dia di masa kini dan selamanya-"

"But you love her" potong Ikram. Membuatkan Raeez terdiam sejenak.

Raeez perlahan mengeluh.

"Yes i do. Aku jatuh cinta dengan watak yang dia selalu tunjuk depan aku walau hakikatnya tu bukan diri dia yang sebenar. Setiap perlakuan dia, kata kata dia, gerak geri dia, wajah dia. I fall too deep. Aku dipukau dengan cinta sampai tak sedar dia tipu aku, dia gunakan aku." Raeez labuhkan duduk. Entah kenapa udara di dalam bilik ini terasa panas. Hatinya rasa sakit.

"Until that day, i lost trust on girl. I don't need them in my life. Siapa pun yang datang, aku tak ambil peduli. Dan satu hari kau minta tolong aku dalam misi selamatkan Hayfa, i found her. Wajah yang serupa Stella, tapi attitude lain. Kasar, lincah berlawan. Aku terkejut sangat, rasa macam kisah lama aku kembali lagi. Lepas selesai semua, aku cari maklumat pasal dia. Not Stella, her name is Ashi Quinza. Makin lama aku kenal dia, aku tertarik sangat. Dia kasar macam mana pun, aku tahu dia tak ada sifat lain yang dia sorokkan. Kebetulan, aku kenal abang dia."

Begitu panjang lebar luahan Raaez, Ikram masih setia mendengar. Susah mahu dengar lelaki ini ringan mulut bercerita.

"Ohh yang kes kau dengan abang kau tu...ada kena mengena jugak dengan Stella?"

Raeez angkat bahu. "Maybe yes and maybe no. Aku bergaduh dengan Stella masa tu, and yeah he came up"

"But thanks bro, sebab bagitahu pasal ni. Kalau tak aku takkan tahu dia dah keluar Islam."

"Yeah sorry jugak bro, aku rahsiakan dari kau"

Mereka berdua balas senyum. Persahabatan yang kukuh ini sudah lama terjalin. Raeez tiba tiba teringatkan Ashi, pasti sudah lari. Nanti sahaja dia datang lagi untuk makan tengahari bersama.

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 34.2K 76
"bonda nak dalam masa tiga bulan ni kris bawa kan bonda calon menantu. kalau tak, jangan tanya kenapa kalau bonda jodohkan kris dengan nordin!" -Kris...
13.7K 498 46
Pang❕satu tamparan kuat hinggap di pipi lelaki itu. "Hye,betina..berani kau tampar aku?!Mak bapak aku pun tak pernah sentuh aku!" - Irfan Zakwan "Kau...
373K 13.1K 66
Raihana atau lebih dikenali Raihana Sofea bt Datuk seri Hakim. di sekolah lama dia,nak dikatakan gangster tak juga sebab dia tak buli orang. tapi dia...
Suamiku Mr.Bad Boy By qiss

Mystery / Thriller

728K 30.8K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...