The Untold Stories (Vol 2)

By akuorgbiasa

115K 10.2K 1.5K

Cerita-cerita pendek coretan AOB More

TUS 2.0
Abang sayang kau
Convocation
Ramadhan Kareem
Ramadhan kareem #2
Ramadhan kareem #3
first time
go with the flow...
go with the flow (part 2)
45 min writing challenge
Cinta pertama
As long as you want me...
Throwback: Dee...ar
Versi Ustaz Naqib
lansi
lansi (part 2)
guardian...
woman to woman...
cemburu tanda sayang
throwback: Geng Terlajak Laris
Kenduri
the proposal
Redah
Indah-Kacak
Pesan abang
yang terindah
cerita kita
the day after
model
because i love you...
reason
pulang
cinta sejati
Buah Hati Yang ke-1(b)
kedua (dua)
our sister, our guardian...
ramadhan kareem
ramadhan kareem (story #2)
ramadhan kareem (story #3)
promo ebook: Kisah Kita, Maggi dan Balkoni
ramadhan kareem (story #4)
ramadhan kareem (story #5)
raya kita
balik raya
raya pertama kita
1st baby moment
Along yang bengis
Along yang bengis (part 2)
Along yang bengis (Part 3)
A.L.O.N.G
Kekuatan
Bidadari Ustaz Cool
bukan hantu
pelanggan tetap

kedua

1.5K 182 31
By akuorgbiasa

"Burrrrrr!!!!!"

Air sirap yang baru beberapa saat dia teguk tersembur keluar semula sebaik sahaja mendengar bicara gadis di hadapannya ini.

"Are you out of your mind?" Soalnya usai mengesat bibir dengan lengan baju.

"I'm not. I am damn serious."

Tariq ketawa perlahan. Entahkan geli hati, entahkan gementar. Dia sendiri tak dapat tafsirkan ketawanya itu.

"Listen, aku ni suami orang. Look. Legally married," ujarnya dalam bahasa campuran Inggeris dan kantonis sambil mengangkat jari yang tersarung cincin.

"Saya tahu. Tapi Islam izinkan lelaki berkahwin empat," balas si gadis pula.

Aisyah Chow a.k.a Chow Li Na, gadis berbangsa cina, berusia 29 tahun yang baru memeluk Islam.

Mereka bertemu di Kompleks Darul Hidayah, di mana Tariq aktif memberi khidmat sukarela, dan di sini Aisyah mendapatkan khidmat kaunseling dan sebagainya dalam proses dia kembali kepada fitrah.

"Aku tak minat. Sorry!" Punggung diangkat dengan niat berlalu pergi.

Hati menyumpah. Nak minum pun tak senang...

"You..."

Langkahnya mati. Pandangan dijatuhkan pada tangan putih yang melekap di lengannya. Memegang kejap enggan melepaskan.

Lekas-lekas Tariq merentap semula tangannya kasar. Dia mendengus marah.

"What is your problem, woman? Islam, kan? You should know that is haram," bentak Tariq.

"I tak tahu. I perlukan imam yang boleh ajar I macam you."

Tariq sengih mengejek.

"Told you. Am. Not. Interested. I'm happily married. Chow!"

Dan dia terus melangkah pergi.

Memang gila. Orang tak nak, terhegeh-hegeh pulak... aduh. Nak buat baik pun ada orang kacau!

Hish!

***********

Teja henyakkan punggung di sisi suaminya di meja bulat di sebuah restoran cina islam untuk meraikan makan besar Tahun Baru Cina bersama keluarga barunya itu.

Walaupun suami, dan abang iparnya, Andy sudahpun menganut agama Islam, tetapi mereka tetap meraikan Tahun Baru Cina bersama-sama keluarga Ng. Memandang Tahun Baru Cina bukan perayaan berpaksikan keagamaan, jadi tiada salahnya diraikan bersama. Cuma mereka akan pastikan makanan yang disaji adalah halal dan tiada arak dihidangkan.

Dah kahwin dengan lengchai, memang kena railah tahun baru dia.

Mujur ibu mentua dan abang sulung Tariq, Ben sangat memahami. Asalkan dapat berkumpul sekeluarga dah buat mama gembira.

"Oh ya, Ed. You know any Chow Li Na?" Soal mama.

Tariq yang baru nak menyuapkan makanan ke dalam mulut kaku sejenak.

Damn.....

Dia berdeham. Teja di sisi dah turut memandang.

"Siapa Li Na tu?" Ben pula bertanya.

"Ed's friend. She came by few days ago hantar hamper."

Tariq terus terbatuk-batuk. Laju sahaja Teja menepuk belakangnya sambil menghulur air.

"Kau dah kenapa? Skandal kau ke apa?" Usik Andy.

"Hish, bi! Tak beragak gurau tu!" Marah Khayraa, isteri Andy.

Andy tertawa.

"Dia pun dah convert, kan? Dia kata dia kenal Ed di tempat Ed selalu volunteer tu," jelas mama lagi.

Tariq sekadar sengih. Dia jeling Teja di sisi sejenak sebelum kembali meneguk air.

Teja hanya memandang menunggu reaksi.

"Lama ke dia singgah, mama?" Kali ini Teja membuka mulut.

"Lama juga. Sembang-sembang dengan mama. Sweet girl. Young age dah macam-macam ujian."

"Ya? Wow, open betul dia dengan mama. Kawan rapat awak ke, ami? Tak pernah cerita dekat saya pun?" Tanya Teja.

Laju Tariq meraih tangan Teja di bawah meja.

"Nanti kita sembang, okey?" Perlahan bicaranya, diakhiri dengan senyuman pada sang isteri.

Teja tarik nafas panjang dan turut senyum.

Tariq tahu senyuman itu terpaksa. Dia tahu Teja mulai curiga.

Budak Li Na ni memang buat hal...

***********

"What????"

Tariq hanya mengetap bibir melihat reaksi Teja. Dah dijangka. Teja pasti terkejut.

"Dia offer diri nak jadi isteri kedua?"

Tariq angguk sekali.

Teja dah berjalan ke hulu, ke hilir di dalam bilik mereka di rumah keluarga Ng itu.

"Dah tu? Awak jawab apa?"

Tariq sengih. "Obviously saya kata tak naklah. Sayang ni pun... Saya dah ada awak.."

"Ya ke ni, ami? Kalau awak reject dia, kenapa dia sampai cari rumah awak? Sampai jumpa mama pulak tu! Macam mana dia tahu alamat sini?"

Tariq berdecit. "Sayang, meh sini. Duduk sini diam-diam... Chill..." ajak Tariq sambil menepuk ruang di sisinya di atas katil itu.

"Chill? Chill apa? Ada orang nak bermadu dengan saya ni, ami!"

"Syhhhh....!! Jangan cakap kuat-kuat, sayang. Please..."

Memandangkan ajakan untuk duduk di sisi tak diendahkan sang isteri, lalu Tariq ambil inisiatif lain dengan menarik tangan isterinya. Tertarik tubuh itu dan didudukkan di atas ribanya.

"Ni dah kenapa tarik saya duduk atas riba pulak ni? Ami jangan nak cuba deviate attention saya eh dengan manja-manja macam ni. Ini hal serius yan..."

Bicara Teja terganggu bila Tariq lentokkan kepala pada lengannya.

"Ami!! Tengok tu..." rengek Teja.

Tariq tertawa. "Apa? Cakap je lah. Ami dengar ni..."

Teja berdecit.

"Peribahasa melayu kata, kalau nak tepuk, kena dua-dua. Baru bunyi," ujar Tariq.

Teja kerut kening. "Macam bukan je. Tepuk sebelah tangan tak berbunyi lah!"

"Samalah tu..."

"Ok, fine!" Teja mengalah.

"So, kalau dia syok sorang-sorang, tak ada masalah pun. Saya tak layan dia."

"Tapi kenapa ami tak cerita pada saya?"

Tariq diam sejenak. Memandang anak mata Teja yang sedang keadaan ingin tahu.

"Sebab.... insignificant?"

Teja berdecit. "Muhammad Tariq Abdullah a.k.a Edison Ng, somebody ajak awak kahwin! And that is super significant! Saya perlu tahu benda-benda macam ni!"

Tariq tertawa dengan keletah Teja yang sedang marah.

"Saya tak nak stress kan awak, sayang. Awak busy dengan exam awak, kerja, macam-macam. Benda-benda tak penting ni, tak payah tahulah," pujuknya.

"Dia sampai cari rumah mama, ami. Berani datang jumpa mama. First time dia datang berkenal-kenalan. Second time datang dia terus-terang dengan mama nak meminang awak! Macam mana?"

"Lah, sampai situ pulak fikirnya..."

"Ami.." Tangan ditekup ke wajah Tariq. Mata bersabung.

"Saya bimbang."

Lama Tariq tatap wajah itu. Lalu dia tarik tangan kecil di kedua-dua belah pipinya itu, dan dibawa ke dada.

"Kenapa?"

"Saya takut dia serius nakkan awak."

"Tapi saya tak nak dia. Saya nak juliet saya ni je."

Teja diam tak menjawab. Membalas pandangan Tariq.

"Jangan risau. Nanti saya cakap sekali lagi pada dia. Saya tak nak. Saya dah ada isteri yang perfect."

Senyuman kecil terukir sedikit. Namun dada masih terasa berdebar.

Kenapa tak sedap hati ni?

**************

Note from akuorgbiasa:

1) sebab situasi ni tengah hype, hence this post with this situation 😝😝

2) i seriously feels like i'm losing the mojo.. hmm... nak tulis cenoet ni pun struggle 😥😥 hasilnya tah pape, tp tetap nak post...

Continue Reading

You'll Also Like

6.5K 562 20
"Wtf ? She just ignore me?Handsome sangat ke aku ni sampai nak berterima kasih pun malu?Tak faham aku." -DANI INAYAT Tanpa lelaki itu tahu gadis yang...
163K 5.8K 44
[Book 1] Adam Zahrain x Riya Dahlia She needed someone to show her how to live and he needed someone to show him how to love.
3M 163K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...
10.2K 668 43
๐‘ฒ๐’‚๐’“๐’š๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐’€๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’–๐’๐’š๐’‚๐’Š ๐‘ฉ๐’‚๐’๐’š๐’‚๐’Œ ๐‘ฒ๐’†๐’”๐’‚๐’๐’‚๐’‰๐’‚๐’~ [ส€แด‡แด แด€แดแด˜][sสŸแดแดก แดœแด˜แด…แด€แด›แด‡] ๐“ฃ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ด๐“พ ๐“œ๐“ธ๐“ฑ๐“ญ ๐“•๐“ช๐“ฑ๐“ฒ๐“ถ...