(C)His Possession (Wenhun)

Autorstwa Yeollie_Girl

13.1K 829 98

[#MALAY] Lima tahun berlalu sejak Miyoung lari dari Korea kerana takut akan kegilaan kekasihnya. Tahap obses... Więcej

HP [1]
HP [2]
HP [3]
HP [4]
HP [5]
HP [6]
HP [7]
HP [8]
HP [9]
HP [10]
HP [11]
HP [12]
HP [13]
HP [14]
HP [15]
HP [16]
HP [17]
HP [18]
HP [19]
HP [20]
HP [21]
HP [22]
HP [23]
HP [25]
HP [26]
HP [27]
HP [28]
HP [29]
HP [30]
THE END
Special Chapter

HP [24]

304 25 1
Autorstwa Yeollie_Girl

Nak happy ending tak? Ke nak cliffhanger?

Jangan lupa vote dulu ❤️

Untuk pertama kalinya Sehun membenarkan Miyoung keluar dari rumah. Mereka berdua berjanji temu di kafe di dalam pasaraya besar untuk hari ini.

Sehun menggenggam tangan Miyoung dengan kemas, takut gadis itu hilang di kerumunan ramai. Mata Miyoung melilau menatap pakaian-pakaian di dalam kedai sementara Sehun sibuk menjegil tajam pada orang yang melihat mereka.

"Peaches kita baliklah."

Sehun menghentikan langkahnya dengan kesal. Agak tak selesa ditatap oleh wanita-wanita gatal yang membuatnya ingin menendang mereka sampai ke Pluto.

Sehun juga ingin menolak lelaki-lelaki yang tak sedar diri memandang Miyoung. Padahal di sebelah mereka sudah ada peneman hati sendiri, masih juga tak pandai menjaga pandangan.

Miyoung mengeluarkan desahan kecewa mendengar ajakan Sehun. Dia mengemam bibir, tak berani untuk menolak melihat betapa menyampahnya Sehun berada di sini sekarang.

"O—okey..." Balas Miyoung. Sehun terdiam lama melihat perubahan pada wajah Miyoung.

Selepas itu, dia terus berdecit. Sehun kembali meneruskan perjalanan menuju ke kafe yang sudah dia tempah.

Setibanya di hadapan kafe, Sehun menunduk melihat Miyoung yang memandangnya dengan pandangan bingung. Sehun berdehem.

"Jangan buat muka macam tu lagi." Tegurnya.

"Muka macam mana?" Sebelah kening Miyoung terangkat.

Sehun terus mengapit bibir Miyoung, membuat sang empunya badan terkejut. Dia meraup wajah Miyoung dan menolaknya masuk ke dalam.

"Muncung lagi dan aku pastikan harini makanan aku cuma ini," balas Sehun. Miyoung terus tersedak.

Nasib baiklah tak ada orang di kafe ini, jadi hanya dia dan Sehun sahaja yang mendengar. Miyoung mengalihkan pandangannya ke sekitar, malu dilirik oleh Sehun.

Sehun memesan makanan yang agak banyak untuk disumbat ke dalam perut mereka. Tapi Miyoung tidak membantah. Makanannya lumayan enak.

Sedang mereka menikmati makanan, Miyoung ternampak kedai roti yang menjual pelbagai ragam jenis roti di sana. Dia jadi mengidam untuk memakan roti pula. Mengingat rasa doh yang lembut nan cair dalam mulutnya membuat Miyoung tersenyum.

Tiap beberapa detik, Miyoung akan mencuri pandang kearah sana seolah-olah takut kedainya hilang.

Perilakunya itu diperhati oleh Sehun. Lelaki itu ikut sama menoleh, melihat apa yang menarik perhatian Miyoung.

Kedua anak matanya mengecil, melihat para lelaki yang lalu-lalang di sana sambil menebar pesona yang tak seberapa. Sehun geram.

Jadi Miyoung sedang cuci mata, fikirnya?

"Sehun, saya nak ke tandas sekejap," pinta Miyoung. Dia sudah tidak tahan untuk kencing.

"Aku temankan."

"Saya pergi sendiri, ya? Sekejap je?" Mohon Miyoung. Sehun mengangguk dengan tenang.

Gadis itu tersenyum kecil dan segera berdiri. Saat itu, Sehun terus mencapai segelas hot cocoa yang berada berdekatan dengannya. Gelas tersebut dijatuhkan dengan sengaja sehingga isinya terpercik pada kaki Miyoung.

Pecahan gelas tanpa sengaja menggores kaki Miyoung. Miyoung menjerit kecil kerana kepanasan daripada air tersebut.

"Argh!"

Gadis itu hampir jatuh terjungkal ke belakang sebelum akhirnya disambut oleh Sehun yang cekap.

"Peaches, kenapa cuai sangat ni?" Tegur Sehun. Dia mengangkat Miyoung untuk duduk diatas kerusi.

Kasut tumit tinggi yang dipakai gadis itu ditanggalkan. Sehun memberi isyarat kepada pekerja kafe untuk memberikan kotak first-aid. Selang beberapa minit kemudian, kotak tersebut berada di tangan Sehun.

"Sssst..." Ringis Miyoung.

"Lain kali jangan tengok dulu."

"Saya tak sentuh pun cawan tu," bela Miyoung.

"Tak sentuh apa kalau sampai jatuh. Lain kali tangan tu duduk diam. Kenapa nak cepat-cepat sangat? Nak kejar apa?" Sinis Sehun. Dia fokus menyapu betadine pada luka Miyoung.

"Saya kan nak pergi tandas..." Miyoung membalas sambil sesekali meremas bahu Sehun. Boleh tahan pedih juga kerana lukanya bercampur dengan melepuh kerana air panas.

"Nak pergi tandas ke... nak pergi tengok lelaki lain?"

Dahi Miyoung berkerut-kerut, tak faham arah tuju pertanyaan Sehun.

"Saya betul-betul nak buang air, Sehun. Apa kaitannya dengan lelaki?"

Pekerja di kafe ini sahaja semuanya perempuan. Dari mananya dia nak melihat lelaki? Kalau ada pun bodyguard sahaja, tapi itu pun mereka berkumpul di luar kafe.

Tak ada satu pun yang Miyoung dapat cam wajah kerana mereka semuanya memakai topeng. Hanya mata dan kening sahaja yang dapat dilihat.

Kecuali goresan panjang pada dahi mereka. Hanya itu 'pengenalan' yang dapat Miyoung gunakan untuk cam mereka andai dia bertemu bodyguard Sehun. 

Sehun tak menjawab, mungkin kehabisan idea untuk bergaduh.

"Aku temankan pergi tandas."

Dia terus mendukung Miyoung, membawanya ke tandas. Lelaki itu dengan hati-hati meletakkan Miyoung keatas mangkuk tandas, tapi tak kunjung keluar.

Kehadirannya di sana menjadi tanda tanya kepada Miyoung.

"Boleh keluar dulu? Takkan saya nak buang air dengan awak tengok?" Pinta Miyoung, cuba bersopan.

"Kenapa? Nak tipu sebenarnya tak nak buang air pun?" Curiganya.

Miyoung menggigit bibirnya, frust. Pundi kencingnya dah hampir meletup tapi Sehun nak bermain curiga-curiga pula.

"Fine! Pusing belakang! Kalau awak yang tak selesa, bukan salah saya!" Miyoung menaikkan suaranya.

"Dah berani tengking aku?" Sengaja Sehun melambat-lambatkan 'acara'. Miyoung semakin tak tahan.

Dia menolak Sehun agar menjauhinya dan menyelesaikan apa yang patut. Sedangkan Sehun mengangkat
bahu sahaja. Entah apa yang nak dimalukan.

Padahal Sehun dah lihat semuanya.

Usai siap, mereka keluar dari kafe dengan Miyoung yang tiba-tiba menepuk bahu Sehun sambil menunjuk pada kedai roti tadi.

Sehun ingat Miyoung nak tunjukkan calon simpanannya, alih-alih benda lain yang ditunjuknya.

"Saya nak roti! Singgah kejap!"

"Roti?"

Miyoung mengangguk.

"Dari tadi saya tengok ramai masuk situ. Mesti sedap! Pleaseeee..." Rayu Miyoung. Sehun mengikuti sahaja permintaan Miyoung.

Gadis itu turun dari dukungan, mengambil dulang dan mulai mengelilingi kedai memilih makanan.

Sementara Sehun berdiri kaku tak jauh dari Miyoung, sambil melihat kaki gadis itu yang dibalut dengan kain kasa.

Luka itu Sehun buat kerana cemburu mengingat Miyoung melihat lelaki lain. Sehun meneguk air liurnya, sedikit merasa bersalah. Semuanya terjadi kerana salah faham.

Miyoung jadi pincang seketika namun wajah gadis itu tetap dihiasi senyuman. Perasaan Sehun jadi bercelaru.

Tapi luka pada kaki Miyoung nampak cantik untuk gadis itu. Luka panjang yang bakal menjadi parut pada kaki putih mulus dan bersih itu.

Sehun jadi tertanya-tanya, bagaimana kalau namanya pula yang diukir di sana?

Hal yang paling Miyoung tak mahu sejak mereka bercinta dulu, adalah salah satu hal yang paling Sehun mahu cuba.

Perlu ke?

To be continued

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

9.9K 756 49
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
18K 519 16
"we meet again my love" -Tengku Adrian Arasyah Seorang jejaka Yang merupakan musuhnya ketika waktu kecil muncul kembali Dalam hidup Mikayla. Dipaks...
3K 147 12
Eimara Aish X Tengku Louise Cirillo Mawar Eilma X Tengku Eskel Harrasy Hidup Eimara dan Mawar seperti pelarian apabila diburu oleh mafia. Kerana huta...
1.9M 67K 58
Amaran ⚠️ - CRINGE dan tak pernah edit sejak 2017. " Aku akan buat kau menyesal sebab tolak aku! Dhia. ". Wajah Ayyan sungguh menakutkan hati kecil...