(C)His Possession (Wenhun)

By Yeollie_Girl

14.8K 901 98

[#MALAY] Lima tahun berlalu sejak Miyoung lari dari Korea kerana takut akan kegilaan kekasihnya. Tahap obses... More

HP [1]
HP [2]
HP [3]
HP [4]
HP [5]
HP [6]
HP [7]
HP [8]
HP [9]
HP [10]
HP [11]
HP [12]
HP [13]
HP [14]
HP [15]
HP [16]
HP [17]
HP [18]
HP [19]
HP [20]
HP [22]
HP [23]
HP [24]
HP [25]
HP [26]
HP [27]
HP [28]
HP [29]
HP [30]
THE END
Special Chapter

HP [21]

354 26 0
By Yeollie_Girl

Banyak sangat tak scene bunuh-bunuh? Kim nak tunjuk side Sehun yang gila tu dulu sebab dia kan obses + psycho gitu. Lagipun dark romance an 😂 sekarang ni phase dark lagi. Kim tak selitkan lagi romance sebab nak bagi Miyoung traumatised sikit and then lepas tu baru start romance. Bukan spoiler eh. Harap tak bosan.

Jangan lupa vote, thank you! ❤️


Sehun menepati janjinya membawakan mangga kepada Miyoung, asli dari Filipina. Lelaki itu bahkan membawakan orang tempatan yang arif dalam memotong buah mangga sebagai cef peribadi mereka.

Habis mangga-mangga itu disumbat ke dalam perut Miyoung sampai kembung dibuatnya.

Orangnya siap memotong buah di hadapan katilnya. Tapi yang anehnya, Sehun mengarahkan lelaki itu supaya membelakangi Miyoung, agar Miyoung tak melihat wajah tampan si lelaki dari Asia Tenggara itu.

Di mata Sehun, lelaki itu boleh tahan tampan ditambah dengan aura maskulinnya. Kalau tahu begini, Sehun suruh atuk-atuk sahaja yang datang sebagai pekerja.

Sehun tak terima jika Miyoung jatuh cinta pada si pemotong buah tampan itu. Menikah dan ada anak-anak yang comel, lagilah Sehun tak sanggup.

"Harini kita balik. Aku ada kejutan untuk kau," ujar Sehun lantas mencuri mangga yang Miyoung pegang.

Entah kenapa firasat Miyoung mengatakan ada sesuatu buruk yang bakal terjadi.

---

Kedua Sehun dan Miyoung berjalan beriringan keluar dari hospital sambil didampingi bodyguard di sekeliling mereka.

Sehun memegang pinggang Miyoung dengan erat, tak membiarkan gadis itu menjauh darinya walau seinci. Susah untuk berjalan kerana Sehun asyik menekannya agar bertempek padanya.

Tapi bila Miyoung cuba alihkan tangan Sehun, mulalah keluar bunyi dengusan serigala dari mulut dan hidung lelaki itu. Terpaksa dia bertabah.

Setidaknya hari ini Miyoung dah sedikit gembira kerana diberi makan mangga. Sudahlah manis, lembut, membuat dia ketagih dan kenyang.

Kegembiraan Miyoung berakhir dalam sekelip mata tatkala melihat katil yang membawa mayat seorang budak kecil melewatinya.

Tak ada yang aneh kerana ini hospital. Namun kerana laluannya perlu melewati mereka, Miyoung tanpa sengaja dapat melihat dengan jelas siapa mayat yang berada diatas katil itu.

Mata Miyoung tak beralih, melihat tubuh kecil Mark yang kaku tak bergerak dengan tanda luka yang terbuka pada bahagian dada.

Wajahnya pucat dengan bibir yang membiru. Miyoung menekup bibirnya. Lidahnya kelu. Matanya berkerdip laju.

"Ma... Mark?" Bisik Miyoung. Sehingga  katil bertroli itu menghilang di hujung koridor pun Miyoung masih tak bergerak.

Sampailah Sehun perlu menggoncang bahu Miyoung agar tersedar.

"Kenapa?" Tanya Sehun. "Macam nampak hantu je," ujarnya lagi.

"Sehun. Mark tadi. Bu... Bukan awak kan?" Duga Miyoung.

Wajah Sehun mendatar. Dia menoleh pada hujung lorong tadi untuk sekilas kemudian menggeleng kecil.

"Tadi tu budak yang awak kenal semalam?" Tanya Sehun kembali. Miyoung mengangguk.

"Kesian. Padahal masih kecil," balas Sehun.

Dia merapatkan tangan, memejamkan mata dan menunduk seolah-olah sedang berdoa. Berkerut-kerut dahi Miyoung melihat perlakuan lelaki itu.

"Awak buat apa?" Bingung Miyoung.

"Berdoa. Supaya dia selamat sampai di syurga. Budak sekecil dia patutnya ada jangka hayat yang panjang kalau tak nakal," Sehun menjawab. "Kau tak nak berdoa?"

Miyoung menggeleng kecil. "Betul bukan awak yang buat? Sehun, please jujur dengan saya," desaknya.

Miyoung takut kalau betul itu semua perbuatan Sehun. Mark tidak salah. Dia masih kecil. Yang salah di sini ialah Miyoung kerana menghampiri Mark.

Seharusnya Miyoung diam sahaja agar tak ada yang menjadi mangsa kekerasan Sehun.

Sehun terkekeh perlahan. Lengan Miyoung ditarik agar kembali berjalan menuju ke kereta. Berhentinya mereka tadi menghalang laluan orang ramai.

"Aku tak bunuh budak-budak, peaches. Bukan level aku," jawab Sehun. Tapi orang suruhan aku, maybe? Entahlah.

"Awak berdalih lagi. Mengaku lah ini kerja awak kan? Apa salah Mark sampai dia pun awak bunuh? Kalau awak marah, marah saya. Bunuh saya. Bukan orang sekeliling saya!"

"Peaches, mana ada aku berdalih. Untuk apa aku mengaku benda yang aku tak buat? Itu tak adil namanya. Orang lain buat, aku yang kena tanggung. Buruk sangat aku di mata kau rupanya..." keluh Sehun. 

"You're crazy! Kalau awak tak gila, saya mungkin percaya apa yang awak kata."

"Yada yada. Aku gila. Tapi orang gila ni yang kau cinta kan? Hehe."

---

''Baik awak pulangkan saya ke hospital kalau kat rumah kena kurung je Sehun!" Jerit Miyoung sambil menumbuk pintu bilik berkali-kali.

Miyoung cuba melanggar pintu dengan bahunya, tetapi tak berjaya terbuka. Usai pulang dari hospital, Miyoung dikurung lagi di dalam bilik yang sama.

Tak dapat ke mana-mana dengan bebas. Hanya ada dia, katil, dan juga tandas kecil. Nak melihat dunia pun tak boleh.

Miyoung terasa seperti peliharaan Sehun sahaja.

"Oh Sehun!" Panggil Miyoung lagi. Tak ada sahutan.

Miyoung menghentak kaki kembali ke kaki. Dia menatap sekeliling, mencari-cari jalan keluar.

Sehun sangat pintar kerana menutup tingkap dengan besi. Sekalipun boleh dibuka, Miyoung tak boleh melepasinya langsung. Dan kalau berjaya pun, Miyoung akan jatuh dari ketinggian empat meter.

Di bawah sana sangat gelap seperti tak ada penghujung. Miyoung tak tahu tanah jenis apa di bawah sana untuk dia terjun dengan selamat.

Miyoung benar-benar terkurung.

Memori-memori tentang pembunuhan kecil-kecilan Sehun kembali. Dahulu, Miyoung tak tahu yang dia dijaga ketat oleh Sehun.

Setiap kematian orang mahupun binatang yang menyakitinya, itu perbuatan Sehun. Miyoung mengaku dia bodoh dan kurang peka dulu. Bagaimana mungkin dia tak sedar pandangan mengerikan Sehun setiap kali melihat ke belakangnya.

Alih-alih menatapnya, Sehun sebenarnya sedang memerhati mangsa-mangsa yang berpotensi mendekati Miyoung kemudian melenyapkan mereka.

Miyoung meraup wajahnya dengan kasar. Entah berapa lama lagi dia akan berada di sini padahal belum satu bulan pun.

Sehun juga ke mana? Matikah? Baguslah kalau begitu.

Ceklek!

Miyoung menoleh, melihat Taehyung yang masuk ke dalam ruangan sambil membawa buah-buahan. Lagi...
Sudah lama lelaki ini tak memunculkan diri di hadapannya.

"Ini snek yang Tuan Oh sediakan untuk Cik Miyoung. Jangan segan makan," ujar Taehyung. Miyoung memandang Taehyung dengan tatapan bermusuhan.

"Keluar! Saya tak nak makan! Cakap dengan bos awak saya akan mogok makan selagi saya tak keluar dari bilik ni!"

Taehyung mengangguk faham, tak bertekak dengan Miyoung. Lelaki itu keluar dengan segera.

Miyoung mendengus kasar. Andai Sehun sepeka ini, pasti mudah kerjanya. Pintu bilik terbuka sekali lagi.

"Saya— Kai?!"

Miyoung berdiri, menghampiri Kai, lelaki yang paling dipercayainya itu. Dengan kedua tangan yang bergari, Miyoung menangkup wajah Kai, membeleknya beberapa kali. Matanya berair.

"Kai?" Bisik Miyoung. "Awak buat apa dekat sini? Awak datang nak selamatkan saya? Macam mana awak masuk?"

Bertubi-tubi soalan dilayangkan. Gadis itu memeluk Kai, melepaskan rindu kepada sahabatnya itu.

Kai meraih tangan Miyoung, mengalihkannya dari wajahnya.

"Bertenang, Miyoung. Jangan gelabah."

"Kita kena keluar, Kai! Tuan rumah ni gila! Psiko! Dia boleh bunuh awak kalau tahu awak kat sini. Kita kena pergi!"

"Miyoung. Awak tak boleh keluar," ujar Kai.

"Saya tahu! Sebab itu awak kena tolong saya. Saya tak nak tinggal kat sini. Saya takut! Saya nak balik Auckland. Please, Kai...!"

"Awak akan menyesal kalau pergi Miyoung. Tunggu dulu. Bukan sekarang masanya."

"Saya akan lebih menyesal kalau bukan sekarang!"

Miyoung menarik tangan Kai, membawanya keluar dari bilik itu. Tak ada langsung pengawal di luar mahupun Taehyung.

Keduanya berlari ke pintu belakang, yang fikirnya jalan paling selamat.

Mereka berjaya keluar dari perkarangan rumah, dihadapkan dengan jalan raya yang bersih dan rata.

Keduanya berjaya lari jauh.

Tetapi pergerakan keduanya terhenti saat melihat sesuatu yang bergerak-gerak di hadapan mereka.

Seseorang berbadan besar sedang mengheret kapak kearah mereka.

To be continued

Ada cadangan tak genre cerita apa pulak yang Kim patut try?

Dah ada draft cerita yang obses² macam ni tapi versi Chanyeol cumanya rate tinggi sikit yg tu. Tapi rasa macam nak buat cerita lain

Continue Reading

You'll Also Like

115K 560 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
48.4K 893 16
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?You are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gilak...
101K 2.8K 36
Aww, I'm fucking obses to you Turtle! Let me 'eat' you! Warning:-(18 and above) -sebab ada kata kesat. -Scene...
151K 4.2K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...