(C)His Possession (Wenhun)

By Yeollie_Girl

13.1K 829 98

[#MALAY] Lima tahun berlalu sejak Miyoung lari dari Korea kerana takut akan kegilaan kekasihnya. Tahap obses... More

HP [1]
HP [2]
HP [3]
HP [4]
HP [5]
HP [6]
HP [7]
HP [8]
HP [9]
HP [10]
HP [11]
HP [12]
HP [13]
HP [14]
HP [15]
HP [16]
HP [17]
HP [18]
HP [19]
HP [21]
HP [22]
HP [23]
HP [24]
HP [25]
HP [26]
HP [27]
HP [28]
HP [29]
HP [30]
THE END
Special Chapter

HP [20]

353 25 3
By Yeollie_Girl


Vote anda sangat saya hargai ❤️ jangan jadi siders ya


Miyoung merenung bingung kearah seorang budak lelaki yang sedang mengait buah mangga dengan tangan. Entah bagaimana budak itu naik keatas pokok, Miyoung tak tahu.

Dia mendekat, terliur melihat buah mangga tersebut. Tangannya bergerak ke udara, berjaga-jaga jika budak itu terjatuh ke tanah.

"Sikit lagi. Sikit lagi. Haa betul! Kat situ!" Heboh Miyoung, memberi semangat kepada si budak lelaki yang sedang berusaha mencapai buah mangga tersebut.

Budak lelaki itu menoleh ke belakang, bingung melihat siapa perempuan aneh yang tiba-tiba menegurnya.

"Jangan yang itu. Belum masak. Haa tepi sikit," tambah Miyoung, membuat budak lelaki itu berdecit.

"Makcik siapa?!" Decitnya. Mata Miyoung terus melebar, terkejut dipanggil makcik.

Tak jadi dia nak memetik buah kerana terganggu.

"Makcik?! Muka noona macam makcik ke?" Tanya Miyoung. Budak kecil itu mendengus.

"Ha'ah. Macam makcik. Shuhh!"
Budak lelaki itu kembali mencapai buah mangga yang tadinya ditunjuk Miyoung. Setelah itu dia turun dengan tergopoh-gapah.

Miyoung ingin menolongnya turun tapi budak itu mengelak sehingga dia terpeleset. Buah mangga tersebut tercampak dari tangan.

"Ya tuhan!" Miyoung terus menghampiri budak lelaki itu dan membantunya bangun.

Pasti sakit ketika jatuh pada bahagian punggung terlebih dahulu. Tangan Miyoung ditepis tapi Miyoung tak menghiraukannya. Dia mengangkat budak lelaki itu dan membantu menepuk punggungnya untuk menghilangkan kotoran.

Miyoung tertegun seketika melihat kesan jahitan pada jantung budak lelaki itu. Gadis itu menatap kesan parut itu tapi dengan segera ditutup oleh budak lelaki itu.

"Nama adik siapa?" Tanya Miyoung.

Budak lelaki itu mengabaikan pertanyaan Miyoung dan memilih mengambil buah yang dipetiknya. Dia menggosoknya, menghilangkan kotoran pasir juga.

"Hey. Nama noona Miyoung. Adik duduk wad mana? Kalau free nanti kita boleh lepak sama-sama," ujar Miyoung, ingin berbual.

Cuma budak ini sahaja pilihan selamat Miyoung untuk membuat kawan. Kalau Miyoung memilih orang seumur terutamanya lelaki, Miyoung takut nyawa mereka pula dihujung tanduk.

Cemburu Sehun itu bahaya.

"Noona pun ada parut sama macam adik. Tapi bukan kat dada, kat kepala. Tak tahu lagi bila balik. Boyfriend noona tak kasi balik lagi," sambung Miyoung, ingin menarik perhatian budak lelaki itu. Dia menyentuh kepalanya, menunjuk balutannya.

Sekilas budak itu menatap Miyoung. Gadis itu tersenyum singkat, mungkin dah berjaya walaupun tipis.

"Noona bosan takde kawan kat sini. Adik tak bosan? Kalau ada kawan kita boleh sama-sama ronda dalam hospital. Tengok doktor hen-cantik. Perempuan cantik."

Miyoung menggoda budak lelaki itu dengan keningnya yang menari-nari. Dia mencuit lengan budak itu, sengaja.

"Gatal!" Budak lelaki itu berkata. Terus terbatuk Miyoung dibuatnya.

Miyoung terus monyok, terdiam dibuatnya.

Tak ada yang bersuara setelahnya. Miyoung mengalihkan pandangan kearah pokok tadi.

"Anggur."

Miyoung menoleh pada budak lelaki itu dengan pandangan tertanya-tanya.

"Wad anggur."

Miyoung mengangguk faham. Nampaknya budak lelaki itu dah terbuka padanya. Gadis itu tersenyum lebar saat budak lelaki itu bersuara lagi.

"Mark."

"Nama kau Mark?" Tanya Miyoung. Mark mengangguk.

"Okey, Mark. Nama noona, Miyoung. Wad VVIP C. Tingkat 5. Kalau Mark bosan nanti boleh datang wad noona."

Miyoung mengacak rambut Mark, gembira kerana mendapat kawan baru. Perbuatannya membuat Mark kesal. Tak suka dilayan seperti budak padahal umurnya sendiri masih enam tahun.

Mark memberikan mangga yang dipetiknya itu lantas berlari pergi. Miyoung dibuat terpinga-pinga.

Gadis itu berdiri, memegang mangga itu dengan erat.

"Mark!-"

Miyoung menggaru kepalanya, bingung kenapa Mark pergi. Gadis itu menghidu mangga tersebut dengan mulut yang berair.

"Pergi mana?" Suara dingin Sehun menusuk ke telinga seiring dengan masuknya lingkaran tangan Sehun pada pinggangnya.

Sehun merehatkan dagunya pada bahu Miyoung.

"Sehun."

Sehun menggigit bahu Miyoung, geram.

"Aku ingatkan kau lari, rupa-rupanya tengah curang. Dengan budak yang bertahun-tahun muda dari aku pula tu. Taste kau dah turun lepas kepala kau luka?" Sindir Sehun. Dia ingin bergurau, tapi entah kenapa sindirannya membuat Miyoung terasa sangat-sangat.

"Saya tak curang lah. Itu pedofil namanya," ketus Miyoung.

"Oh, kalau tadi bukan budak, kau ada niat lah nak curang?"

Miyoung mencubit hidung Sehun. Rasanya dia ingin menghalang Sehun daripada bernafas buat selama-lamanya.

"Ish! Saya cuma teringin nak jalan-jalan. Jangan fikir pelik-pelik!"

"Kau bosan? Kalau macam tu kita balik rumah cepat-cepat. Aku tak suka kau berlegar-legar tak ada arah macam ni. Nanti ada lelaki tak guna tengok kau," ujar Sehun. Tak cermin diri betul.

Dia melirik pada mangga di tangan Miyoung.

"Apa tu?" Soalnya, sedikit jijik. Buahnya dipenuhi tompok-tompok hitam dan juga melekit.

"Ini? Mangga. Mark yang tolong ambil. Kebetulan saya mengidam nak makan," ujar Miyoung dengan senyuman panjang. Sehun terus berkerut.

"Mengidam? Aku belum tanam tapi kau dah mengidam?" Soal Sehun. Wajah Miyoung terus merah.

Dia melepaskan pelukan Sehun kerana gugup tapi tindakannya salah. Perlakuan Miyoung membuat Sehun berfikir yang gadis itu tak mahu mengandung anaknya.

Sedar tatapan Sehun berubah, Miyoung terus mendekat dan kembali melingkarkan pelukan pada pinggangnya.

"Tolong, jangan sembarangan cakap. Malu kalau orang dengar," ujar Miyoung sambil menatap sekelilingnya.

Sehun tersenyum nakal.

"Kenapa kalau orang dengar? Bagus lagi kalau diorang tahu kau milik aku. Tak ada yang akan ganggu kau nanti," ujarnya. Dia masih lagi menatap mangga yang diberikan oleh Mark itu.

Rasanya Sehun tak suka tatkala Miyoung sangat menghargai pemberian orang asing itu. Dia merampas mangga di tangan Miyoung dan melemparnya jauh sehingga buah tersebut rosak.

Mata Miyoung terbeliak.

"Se-Apa yang awak-"

"Jangan ambil makanan dari orang asing. Bakteria." Sehun mengelap tangan Miyoung dengan tisu basah.

"Tapi... Kesian Mark susah-susah ambil. Dia tak sempat pun makan-"

"Perlu ke aku tamatkan riwayat dia untuk hentikan kau daripada fikir pasal dia?!" Usapan terhenti. Sehun menekan tangan Miyoung sehingga berbekas merah. Miyoung meringis kesakitan.

Selain kerana marah dek kerana Miyoung asyik perhatikan Mark, Sehun juga marah kerana tangan ini yang menyentuh rambut Mark dan juga bahagian tubuh Mark yang lain.

"He's just a child..." lirih Miyoung.

"And? Banyak kes budak-budak bila dewasa jatuh cinta pada perempuan yang lagi tua dari mereka. And I don't want that to happen to you! Kita tak tahu perangai sebenar budak tu. Boleh jadi dia ancaman!" Tegas Sehun.

Miyoung menggeleng perlahan. Sehun terlalu overthinking. Budak sekecil Mark tak mungkin berfikir jauh sampai ke topik cinta.

"Awak overthinking je, Sehun. Saya jamin Mark takkan jadi macam tu," yakin Miyoung.

"Oh ya? Kau boleh tengok masa depan? Macam tu? Apa jaminan kau?"

"Habistu awak? Yakin je Mark akan jadi macam yang awak cakap tu."

"Cuma lelaki je kenal lelaki."

Bullshit.

"Right..." gumam Miyoung perlahan.

Susah sangat untuk Sehun mengaku cemburu. Miyoung tak faham cara berfikir Sehun yang kadang-kadang tak masuk akal.

Sehun menghela nafas panjang, membuat Miyoung merubah ekpresinya.

"Kau betul. Mungkin aku overthinking," ujar Sehun. "Tak mungkin budak sekecil dia boleh terfikir sampai macam tu."

Miyoung mengangguk setuju. Dia menangkup pipi Sehun, sedikit berbangga Sehun akhirnya berfikir matang.

"Betul. Dia cuma budak. Jangan apa-apakan dia. Saya tak mungkin jadi milik dia," kata Miyoung.

Sehun tersenyum kecil. Dia menarik Miyoung ke dalam pelukan.

"Nanti aku belikan buah mangga baru yang lebih hygienic. Import dari Philippines. Tak ada tandingan dengan yang budak tu bagi."

Miyoung mengangguk.

"Sekarang kita masuk. Kau dah sweating," ajak Sehun. Dia menarik tangan Miyoung pergi dari sana. "Perlu ke aku tembak matahari supaya kau tak berpeluh? Kalau kau demam macam mana? Hish!"

Miyoung tergelak kecil. Kata-kata Sehun sangatlah mustahil dilaksanakan. Sedikit terpegun Sehun saat Miyoung ketawa.

"Dewi..." Bisik Sehun, terpesona.

"Kalau awak tembak matahari, hancurlah dunia."

"Biar dunia hancur, kita akan tetap bersama."

Sempat Sehun melirik ke lorong di mana wad menuju wad kanak-kanak berada. Tanpa Miyoung ketahui, Sehun sudah pun memiliki rancangannya sendiri.

Tak kira usia, sesiapa yang berjaya menarik perhatian Miyoung selain daripada Sehun sendiri, akan dia lenyapkan.

Semuanya untuk kebaikan bersama.

To be continued

Jalan cerita tak flat kan? Risau pulak

Continue Reading

You'll Also Like

1.4K 60 4
"dengar cakap abang, nanti abang bagi ape-ape je yang Mia nak." -ADRIN MIKAEL "janji?" -MIA ADRIANA "yes my dear. janji jangan bagitau mama papa suda...
77.5K 397 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
12K 1K 29
A girl regretting her desicion on hating Wanna One. [It's a malay fanfic bcs my English already terbabas years ago heheheheh] Highest ranking ๐ŸŽ‰ #1 L...
9.8K 750 49
๐—œ ๐—ง๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ | ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ . . . Remake From:- ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ {๐— ๐—ถ๐˜€๐—ถ:๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—ธ}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...