(C)His Possession (Wenhun)

By Yeollie_Girl

14.8K 901 98

[#MALAY] Lima tahun berlalu sejak Miyoung lari dari Korea kerana takut akan kegilaan kekasihnya. Tahap obses... More

HP [1]
HP [2]
HP [3]
HP [4]
HP [5]
HP [6]
HP [7]
HP [8]
HP [9]
HP [10]
HP [11]
HP [12]
HP [13]
HP [14]
HP [15]
HP [16]
HP [17]
HP [18]
HP [20]
HP [21]
HP [22]
HP [23]
HP [24]
HP [25]
HP [26]
HP [27]
HP [28]
HP [29]
HP [30]
THE END
Special Chapter

HP [19]

409 30 13
By Yeollie_Girl


Thanks for the vote! 🥰

Rasa macam cukup je kan kalau ada dalam 20 to 30 part je cerita ni?


Mata Miyoung bergetar, melihat kehadiran orang yang tak disangka di hadapannya. Dia masih tak berani bersuara mahupun mengangkat anggota badannya yang lain kerana orang-orang itu sedang bergaduh di hadapan katilnya sekarang.

Pernyataan yang keluar daripada mulut mereka membungkam Miyoung. Kepercayaan yang dia tanam hilang sekelip mata.

Miyoung ingin mengelap air matanya namun tertahan. Dia mengemam bibirnya, tak mahu isakannya terdengar.

"Kita dah sepakat. Aku carikan cara Miyoung balik dan kau dapatkan dia baik-baik. Bukan sampai cederakan dia, Oh Sehun!"

Marah Yeri dengan badan yang ditahan oleh Jungkook. Dahi perempuan itu berkerut sehingga urat-uratnya menimbul.

"Kau dah janji takkan usik Miyoung macam tu. Kalau aku tahu sifat kau masih sama, aku takkan setuju bekerjasama dengan kau!" Tunjuk Yeri pada Sehun. Perempuan itu meronta-ronta ingin dilepaskan.

"Perjanjiannya cuma cari Miyoung dan aku akan bayar segala kos perkahwinan termasuk honeymoon korang. Dan juga bayar hutang keluarga kau. Selebihnya terserah pada aku untuk buat apa pada Miyoung," ujar Sehun dengan tenang.

Kedua tangannya diseluk ke dalam poket.

Yeri terdiam. Tangannya terkepal tetapi dia tidak dapat melawan. Dia sudah berhutang banyak pada Sehun.

"Honeymoon korang masih berbaki 12 hari. Kenapa balik sekarang?" Tanya Sehun, curiga.

Yeri lebih memilih untuk diam kerana malu. Dia sudah berhenti dari meronta dan membalas pegangan Jungkook.

"Kami nak sambung honeymoon di sini. Awalnya kami nak melawat Miyoung dulu supaya dia tak curiga. Tapi tak sangka dia rupa-rupanya dekat sini," Jungkook menjawab.

"Bukan atas tujuan lain?"

Jungkook menggeleng.

"Macam mana dengan diorang dekat sana? Kau dah urus pampasan?"

"Sudah. Jongin dah bagi. Dia dalam perjalanan balik ke sini."

Sehun mengangguk faham.

"Korang boleh pergi. Jangan pernah ungkit pasal hal ni depan Miyoung. Atau hutang yang aku langsaikan, harus kau bayar dengan darah sendiri. Faham?"

Yeri menayangkan wajah protes, ingin mengumpat tetapi mulutnya terus ditekup oleh Jungkook. Jungkook mengangguk faham dan mengheret Yeri keluar.

"Bagi kami melawat Miyoung dulu!" Ujar Yeri. Sehun menajamkan pandangannya.

"Siapa kau sampai aku kena bagi kebenaran untuk jumpa Miyoung?" Balas Sehun, tidak suka.

"Kami kawan Miyoung. Takkan melawat Miyoung pun tak boleh?" Desak Yeri. Sehun tetap dengan keras kepalanya.

"No means no. Masa melawat dah tamat. Cuma ahli keluarga boleh ada di sini," ujar Sehun dengan senyuman sinisnya.

Yeri mengetap gigi.

"Maaf menganggu masa berharga kau Kami keluar dulu." Celah Jungkook. Dia tak mahu pergaduhan terjadi lagi.

Sebaik sahaja Yeri dan Jungkook pergi, Sehun menoleh pada Miyoung yang masih tak membuka matanya. Kaki jenjangnya melangkah mendekati katil Miyoung.

"Empat hari. Jangan ingat aku tak dapat bezakan antara posisi tidur sebenar dan buat-buat tidur kau Miyoung. Buka mata kau."

Miyoung meremas cadar katil, membuka matanya. Dia melihat Sehun yang menatap tajam padanya.

"Si—siapa?" Tanya Miyoung dengan jantung yang berdegup kencang. Pertanyaannya membuat sebelah kening Sehun terangkat.

"Kau tak kenal aku?" Mata Sehun semakin menyepet. Miyoung menggeleng.

Mungkin pura-pura hilang ingatan boleh membuat Sehun berbaik padanya. Idea bagus bukan?

"Saya tak kenal. Saya tak ingat apa-apa," jawab Miyoung. Tak mampu menggeleng kerana lehernya terhalang dengan cervical collar.

"Kalau kau tak ingat apa-apa, kau takkan buka mata bila aku sebut nama kau, Han Miyoung. Kau bencikan aku sampai pura-pura tak ingat aku?"

Sehun menunduk, mengamati mata Miyoung yang bergetar ketakutan.

"Kau nak pura-pura sampai bila? Atau perlu aku hentak kepala kau sekali lagi supaya ingat?"

Masih tak bersuara, Sehun akhirnya mengambil inisiatif ekstrem. Tangannya mencapai pasu di tepi katil, bersiap mengangkatnya ke udara sampai membuat Miyoung cemas.

Gawat! Kalau Miyoung tak bersuara, dia mungkin akan betul-betul hilang ingatan.

"Maaf! Saya cuma nak bergurau!!!" Parau suara Miyoung membalas.

Keheningan mengisi ruangan. Pasu di tangan kembali ke tempat asal.

Walaupun tak ada jenakanya, Sehun terus ketawa beberapa saat selepas itu. Dia mengelus rambut Miyoung dengan tangan sejuknya.

"Kenapa tak cakap awal-awal? Kau ni suka buat surprise."

Nyatanya Sehun yang lebih suka membuat kejutan seperti tadi.

Sehun mengubah kedudukan katil Miyoung sehingga badan gadis itu terangkat seperti dalam kedudukan bersandar.

"Haha iya. Surprise..." Miyoung membalas.

"Sakit?" Sehun menyentuh tempat luka pada kepala Miyoung. Dia kelihatan bersalah sekarang.

Ketahuilah bahawa Sehun tak sempat untuk tidur sepanjang Miyoung koma beberapa hari. Bawah matanya dipenuhi dengan kantung hitam.

Tetapi Sehun gagahkan diri untuk berjaga kerana ingin menjadi orang pertama yang Miyoung lihat sewaktu sedar.

Miyoung mengangguk. "Sakit."

"Fuhh. Fuhhh. Hilanglah sakit. Jangan hinggap pada peaches kesayangan pumpkin. Fuhhh."

Sehun menghembus nafas pada tempat luka itu sambil mengusapnya, berpura-pura menghalau rasa sakit Miyoung. Sama seperti yang selalu Miyoung buat padanya dulu kala dia mendapatkan luka.

"Hilang?"

Miyoung mengangguk lagi. "Mmm."

Hilang akal lebih tepatnya.

"Kau ada dengar apa-apa tadi?" Tanya Sehun lagi. Usapannya pada kepala tadi turun ke pipi Miyoung.

Membuat bulu roma Miyoung menegak.

"Tak dengar apa-apa. Saya baru bangun lepas awak tegur saya," ujar Miyoung.

Sehun tak percaya tapi dia angguk sahaja. Tak mungkin Miyoung tak mendengar kerana suara mereka boleh tahan kuat juga saat berbahas tadi.

Dan Sehun yakin dia melihat mata Miyoung celik sebelum Yeri dan Jungkook pergi lagi.

"I don't like it when you lie, peaches. Tapi tak apa. At least kau tahu sekarang siapa yang patut kau percaya bukan?"

Jari Sehun berhenti pada bibir merekah Miyoung. Agak kering di sana kerana Miyoung masih belum minum air kosong sejak bangun.

"Orang sekeliling kau semua penipu, Miyoung. Mereka baik dengan kau ada sebab. Contohnya parasit tadi. Berlagak baik sedangkan dia nakkan duit aku untuk bayar hutang. Sanggup dia jual kawan demi duit. Tak ada yang betul-betul baik dengan kau kecuali aku, Miyoung."

"Mungkin dia dah terdesak untuk dapatkan duit." Ujar Miyoung.

"Kau rela nama kau terjual demi kawan kau yang nakkan duit?" Decit Sehun. "Ah. Atau kau fikir sebab yang dia tawarkan itu pada aku? What if bukan aku yang dia cari? Kalau dia jual kau pada orang jahat yang lain? Masih sanggup?"

Miyoung terdiam.

"Or... Kau perlukan lagi banyak sebab untuk berhenti percayakan orang sekeliling kau? Aku akan buktikan tak ada yang peduli dan ikhlas pada kau selain aku. Just wait and see."

Sehun membasahkan bibir Miyoung dengan lidahnya, kemudian mencium gadis itu. Dia tak memikirkan perihal kotor atau jijik asalkan semuanya dari Miyoung.

Sudah dia katakan sekalipun Miyoung dalam keadaan paling kotor pun, Sehun tak akan pernah jijik untuk menyentuhnya. Semua pada Miyoung itu sempurna.

Sehun sangat-sangat mencintai Miyoung sampai mahu mati.

Oh ya, kalau dia mati, Miyoung pun akan dibawa. Tak mungkin Sehun ke alam sana sendirian.

"Lepasni tak akan ada lagi alasan untuk kau tak percayakan aku. Kau akan bergantung sepenuhnya pada aku. Just like how you did before."

Miyoung memerhati renungan mata Sehun yang agak berbeza itu. Anak mata hitamnya membesar, tanda jelas saat menatap orang yang dicintai. Ianya tatapan penuh cinta yang mendalam.

Tatapannya tak pernah berubah dari zaman mereka bersekolah dulu. Hanya saja, ianya sekarang lebih didominasi dengan rasa obses.

Sehun sedikit blushing tatkala tangan Miyoung mengusap matanya. Dia terus menyandarkan kepalanya pada bahu gadis itu.

"Ngantuk..." Gumam Sehun. "Empat hari aku tak tidur jaga kau."

Hembusan nafas Sehun terasa pada bahu Miyoung.

"Sekejap je... tahan." Pinta Sehun.

Sehun akhirnya tertidur dalam posisi mengiring sambil memeluk Miyoung. Sementara Miyoung cuba untuk mengawal detak jantungnya.

Miyoung rasa dia sudah kehilangan akal sama seperti Sehun. Setelah apa yang Sehun lakukan, jantungnya tetap berdetak kencang cuma kerana lelaki itu.

Lima tahun ternyata tak cukup untuk Miyoung hilangkan perasaan cintanya pada Sehun. Hatinya benar-benar berlabuh pada Sehun dan tak ada tanda-tanda ingin berlayak pergi.

Miyoung ikut sama tertidur tak lama selepas itu dengan tangan yang melingkar pada pinggang Sehun.

To be continued

Continue Reading

You'll Also Like

2.4M 160K 71
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
8.4K 368 15
She fall first, he fall harders. Ayat ini pasti selalu akan ada di setiap novel-novel cinta tidak kesah bagaimana konsepnya jalan ceritanya. Namun b...
1.9K 51 10
Bila seorang kaki pembuli jatuh cinta pada seorang gadis..si pembuli juga mengugut kalau si gadis tidak mengikuti kehendaknya manja orang yang terdek...
9.3K 344 10
sanggupkah kau berkahwin dengan anak angkat yang kau jaga sejak kecil? start : 26/4/2020 end :