Mrs. Darian [Hiatus]

By ainbear_

683 66 16

Kahwin dengan kawan baik bukan lah satu perkara yang mudah. Kadangkala bagai nak runtuh rumah mereka bertikam... More

1
2
3
4
5

6

35 6 0
By ainbear_

3 bulan kemudian...

Aireen dan Darian hanya diam. Sepanjang perjalanan itu mereka hanya diam.

"Pendek" panggil Darian.

"Apa?"

"Memang kita nak diam je ke?" tanya Darian.

"Mana la aku tahu" ujar Aireen sambil membelek telefonnya.

"Kita pergi somewhere nak tak?" tanya Darian.

"Aku ikut je, janji bukan tempat yang pelik sudah la" ujar Aireen. Dua-dua bosan sangat dah tu.

Aireen hanya diam. Matanya mula tertacap pada taman itu.

Taman yang selalu Aireen dan Darian lepak semasa mereka masih di bangku sekolah.

Flashback...

"Ni kalau setiap hari lepak pun tak bosan" ujar Darian sambil membuka tie dan blazernya.

Apa? ingat budak nakal tak boleh jadi pengawas?

"Amboi kau, ingat sikit ya. Kita dah nak Spm, takkan la nak melepak setiap masa pulak" ujar Aireen sambil menjegilkan matanya kearah Darian.

"Eleh, padahal nak" ujar Darian lalu menjeling Aireen.

"Kau ni jenis manusia tak reti rasa panas ke?" ujar Darian sambil melihat Aireen yang masih lengkap berpakaian pengawas itu.

"Alah...biar la" ujar Aireen sambil menjeling Darian. Sibuk je!

Aireen hanya memandang kosong ke hadapan.

"Pendek, kau rasa kan, siapa yang akan kahwin dulu?" tanya Darian.

"Apa punya soalan ni? mana la aku tahu. Kau la kot" ujar Aireen sambil mengerutkan dahinya. Pelik beno soalannya pun.

"Hehe mana la tahu, antara kita tak kahwin lagi lepas tu kita dua berjodoh" ujar Darian sambil tersengih.

"Sapa nak kahwin dengan kau do? sepak sat gi naya" ujar Aireen. Geli pula dengar Darian cakap pasal kahwin ni.

"Cakap je" ujar Darian lalu memandang depan.

End flashback...

Aireen bagai termenung semula. Benar lah. Ianya sudah terjadi.

Mereka sudah menjadi pasangan suami isteri.

"Woi! termenung pulak pendek ni. Aku panggil banyak kali tak dengar pulak!" sergah Darian.

"Hah?"

"Termenung apa?" ujar Darian lalu pandang ke arah Aireen pandang.

"OOOOOO TENUNG JANTAN LAIN, AKU DEPAN MATA TAK NAK TENUNG PULAK" ujar Darian lalu merajuk. Merajuk? HAHAHAHAHA

"APA NI, AKU TERMENUNG. BUKAN PANDANG DIA TU" ujar Aireen tak kalah kuatnya.

"Dah ah, tak nak ah kawan kau. Pergi la dekat lelaki tu" ujar Darian tanpa memandang wajah Aireen.

"Oh okay" ujar Aireen dan berura-ura untuk keluar.

"Ha jangan jangan. Kau jangan cari pasal, aku terkam kau karang" ujar Darian sambil menahan lengan Aireen dari keluar.

"Otak kotor la kau ni!" Aireen terus cubit lengan Darian. Padan muka!

"Sapa suruh kau nak keluar" ujar Darian lalu pandang ke hadapan.

"Kau suruh, aku pergi je la" ujar Aireen.

Darian menarik pipi Aireen.

"Menjawab! menjawab!" ujar Darian.

"Sakit la! Pipi aku ni limited edition tau!" marah Aireen. Pipi ni jangan main ya!

"Sapa suruh menggatal?" tanya Darian sambil merenung tajam.

"Aku jugak? kau yang suruh tadi kan, aku pergi je la. Halah halah" ujar Aireen lalu menjeling Darian. Dia yang suruh, dia yang marah. Mende.

Gaduh je kerja.

"Dah jom lah" ujar Darian mendatar.

"Marah kita pulak. Dia yang kata macam tu, kita yang salah" rungut Aireen.

Darian meninggalkan Aireen kebelakang.

"Seriously? merajuk betul ni" ujar Aireen sambil menggelengkan kepalanya.

Darian hanya jalan menonong sahaja tanpa menunggu Aireen.

Dia tidak sedar bahawa Aireen sudah hilang.

Aireen pula sedang mencari kelibat Darian.

Wajah Aireen seperti budak kecil yang kehilangan ibu bapa.

Darian pula masih tidak sedar kehilangan Aireen.

"Aduh...takkan la merajuk sampai macam ni kot" ujar Aireen sambil mencari Darian.

Mata Aireen tertacap pada datu figura yang amat dia kenal.

"Ha tu pun dia" ujar Aireen lalu melintas ke seberang jalan.

"Darian! Darian!" panggil Aireen kuat.

"Darian!"

"Da-

PINNNN....

"CIK!!!!" Jerit seorang remaja perempuan itu. Dia tidak sempat menghalang Aireen.

Badan Aireen terkulai jatuh. Kelihatan sungguh lemah dengan darah mengalir dari mulutnya.

"Aireen!" jarit Darian lalu berlari kearah Aireen yang lemah di tengah jalan itu.

Setahu dia...tak ada kereta pun tadi.

Darian memangku kepala Aireen.

"Bangun la pendek!" ujar Darian sambil menggoncang perlahan bahu Aireen.

"Aireen..." ujar Darian dengan linangan air mata.

"Jangan tinggalkan aku Aireen..." ujar Darian lalu cecair jernih itu jatuh di pipi Aireen.

Kereta yang melanggar Aireen itu meluncur laju membelahi jalan.

Darian memandang penuh dendam terhadap kereta itu dengan air mata yang masih mengalir.

"Darian..."

"Aireen? Aireen!"

"T-tolong...j-jaga d-diri kau...baik-baik...j-jangan cuai m-macam aku..." ujar  Aireen sebelum tidak sedarkan diri.

"Aireen!"

"Ya Allah Aireen..." Darian terus menarik Aireen dalam dakapannya. Rasa kesal kerana abaikan Aireen sebentar tadi.

Ambulances sampai tepat pada waktunya berserata dengan polis.

Aireen dilarikan ke hospital yang berdekatan.

Darian kehulur kehilir menunggu Aireen yang masih berada di dalam wad itu.

Doktor yang bernama Zahrin keluar.

"Macam mana dengan isteri saya doktor?" tanya Darian cemas.

"Alhamdulillah isteri encik dah sedar, dia perlukan rehat secukupnya sahaja. Encik dah boleh melawat puan Aireen. Saya minta diri dulu ya?" ujar Doktor Zahrin.

Darian hanya menganggukkan kepalanya.

Doktor Zahrin berlalu pergi.

Pintu wad dibuka. Aireen hanya memandang tangannya yang dicucuk dengan iv drip itu. Sakit...

"Aireen..." panggil Darian perlahan.

Aireen masih diam.

"Aireen...pandang la aku..." ujar Darian perlahan.

"Kau sengajakan!? sengajakan buat aku risau!" marah Aireen lalu memukul dada bidang Darian dengan linangan air mata.

Darian membiarkan sahaja. Dia berhak untuk dapatkan pukulan itu.

"Kalau aku tak boleh jumpa kau lagi macam mana!? suka sangat la buat perangai kau ni!" marah Aireen lagi. Sakit hati dan geram dengan Darian.

"Kalau aku mati, sapa nak jaga kau?" ujar Aireen perlahan sambil mengesat air matanya.

"Jangan cakap macam tu Aireen! aku tak suka!" marah Darian dengan air mata. Dia cukup tidak suka apa bila Aireen berkata begitu.

"Kalau macam tu, buat la lagi! buat la tak tahu dengan aku lagi! kau nak sangatkan!" marah Aireen. Sakit pula hatinya. Jika tahu begini, dia biar sahaja Darian seorang diri.

Darian terus memeluk Aireen yang sedang marah itu. Dia tahu dia bersalah dalam hal ni.

Aireen menangis semahunya.

"Aireen...aku mintak maaf sangat-sangat. Tak sepatutnya aku abaikan kau tadi...sorry sebab tak boleh jadi suami yang sempurnakan untuk kau..." ujar Darian sambil mengalirkan air mata.

Aireen hanya menangis sambil memeluk erat Darian.

"Jahatkan kau? suka bahayakan nyawa kau..." ujar Darian yang masih mendakap badan Aireen.

"Sapa suruh kau ignore aku...salah kau sendiri la" ujar Aireen sinis sambil mengesat air matanya yang masih mengalir.

Darian mengesat air mata Aireen. Sedih pula hatinya melihat isterinya begitu.

Isteri? biar lah. Benda memang dia isteri yang sah.

"Kita baru 3 bulan kahwin...tapi aku tak boleh jaga kau" Ujar Darian.

Aireen diam. Tak tahu nak cakap apa.

"Aireen..." panggil Darian.

Aireen hanya diam.

"Aireen..." panggil Darian lagi.

Aireen masih diam.

"Sayang..." panggil Darian.

Aireen masih diam. Pahal pulak tiba-tiba panggil sayang? orang sakit, bukan nak bersawit. Yang bukan-bukan je lah Darian ni.

"Tak payah nak sayang, geli aku dengar" ujar Aireen lalu menolak Darian.

"Kau suka kan sebenarnya?" ujar Darian sambil tersenyum.

"Memang tak lah! dah la aku nak balik!" ujar Aireen.

"Ha memang, memang kau boleh discharge pun" ujar Darian sinis.

Aireen lupa yang dia berada di hospital.

"Ni semua salah kau tau, ni mama dengan papa tahu tak?" tanya Aireen.

"Tak" ujar Darian sepatah.

"Alhamdulillah"

"Aih? takkan la tak nak mama dengan papa tahu kot" ujar Darian pelik.

"Tak nak mama dengan papa risau. Biar lah, kita-kita je. Kata bestfriend " senyum Darian bagai pudar sedikit. Bestfriend...

Jujur dari hatinya, dia sudah mula sayangkan Aireen tapi kerana ego dia simpan sahaja. Cinta juga sudah mula berputik dihatinya.

Andai jodoh mereka tidak panjang, dia relakan sahaja Aireen mengecapi kebahagiaannya sendiri.

"Darian?" panggil Aireen.

Darian memandang Aireen.

"Kau termenung apa?" tanya Aireen sambil mengusap pipi Darian.

Berona merah pipi Darian tapi tidak pula Aireen perasan.

"Tak ada apa lah" ujar Darian lalu tersenyum kearah Aireen.





Done chapter 6 ✅

Darian dah mula sayang Aireen gais, Aireen bila lagi?

Chapter ni sumpah out of mind. Saya sendiri pun tak tahu apa yang saya tulis masa ni 🥹

Continue Reading

You'll Also Like

5.2M 45.7K 55
Welcome to The Wattpad HQ Community Happenings story! We are so glad you're part of our global community. This is the place for readers and writers...
218K 10.9K 90
Being flat broke is hard. To overcome these hardships sometimes take extreme measures, such as choosing to become a manager for the worst team in Blu...
402K 5.5K 28
Emmett loves to be a rebel. He skips school to hang out, drink, and smoke with his two friends when suddenly he and his best friend are cornered and...
29.1K 2.1K 51
๐ญ๐ก๐ž ๐Ÿ๐ง๐ ๐›๐จ๐จ๐ค ๐จ๐Ÿ ๐ฌ๐ก๐จ๐ซ๐ญ ๐ฌ๐ญ๐จ๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐š๐›๐จ๐ฎ๐ญ ๐จ๐ฅ๐ข๐ฏ๐ข๐š ๐ซ๐จ๐๐ซ๐ข๐ ๐จ ๐š๐ง๐ ๐ฒ/๐ง'๐ฌ ๐ฆ๐ž๐ž๐ญ-๐œ๐ฎ๐ญ๐ž๐ฌ/๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ฌ๐ญ๐จ๐ซ๐ข๏ฟฝ...