HAIKAL DAN SEMESTANYA [✔️]

Da fluffywoo0

5.4K 356 227

"Ibu ayah abang, Haikal tidur dulu ya..." _________________________________________ Altro

Cast
Prolog
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
BORAKBORAK‼️
15
16
17
19
20

18

127 13 0
Da fluffywoo0

"Tidur yang tenang Semesta ku"


TIT! TIT! TIT!

Ruangan bercat putih pucat serta bau ubat ubatan menyengat kini menjadi keseharian kepada Haikal dan Hayden yang sedang dirawat. Ini sudah hari ke 3 sejak kejadian Yuna tersebut. Dengan paksa pihak hospital mental membawa Yuna yang sedaya upaya memberontak. Dan ini juga hari ke 3 Thaqif mencuba mencari penderma untuk Hayden, jangan tanya kenapa Thaqif bersungguh sungguh mencari, kerana itu adalah keinginan Haikal juga Mikaeel.

Sekejam apapun Thaqif ia tidak mampu menolak keinginan adiknya. Walaupun Hayden adalah anak dari orang yang ia benci, tapi ia tak boleh menyalahkan Hayden begitu saja.

Haikal dinyatakan koma akibat hentakan kuat dikepalanya membuat dia harus kehilangan kesedaran. Belum lagi luka di dadanya masih basah. Hayden juga masih menutup mata, doktor sengaja memasukkan ubat tidur ke dalam beg infusenya. Itu agar Hayden tidak menjerit kesakitan.

Terkadang Thaqif juga merasa kasihan terhadap kedua orang ini, mereka berdua sudah dipindahkan ke wad yang sama di bilik vip. Koh win tidak lagi menjenguk kerana dilarang oleh Thaqif. Entah apa alasan Thaqif.

Kini ia harus bergilir gilir dengan Mikaeel jika berjaga.

"Mikaeel, pulang sana mandi! Bau!" Thaqif baru datang dan membuka pintu wad tersebut melihat adiknya yang sedang mengeliat.

Mikaeel menguap, "Ha yelah oke, bye bang!" Mikaeel pergi dan melambaikan tangan pada Thaqif. Senyum kecil terukir di bibir nipis Thaqif.

Ia lalu duduk di sofa menggantikan posisi Mikaeel di sana, rasanya tidak kuat melihat Haikal terbaring lemah di situ. Ini semua terjadi kerana Yuna, demi apapun dia benci pada bedebah itu.

Thaqif menghela nafas panjang lalu mengeluarkan benda persegi dari poketnya. Benda kotak itu berisi hadiah untuk Haikal, minggu depan hari lahirnya kan? Ia tatap lama kotak yang berisi jam tangan berbrand itu.

"Jam ini akan terus berputar mengikut detak jantung kamu Haikal, dan jam ini juga akan berhenti berputar ketika kamu...." Thaqif menghentikan kata katanya, ia teringat bahawa ucapan itu satu doa. Ia menggigit bibirnya perlahan, merasa menyesal dengan apa yang ia katakan.

Cklek!

Bunyi pintu terbuka, memperlihatkan dokter yang selama ini merawat Haikal dan Hayden.

"Tuan Thaqif boleh kita berbual sekejap di bilik saya?" tanya doktor itu, Thaqif mengangguk dan mengikuti langkah doktor tersebut ke arah biliknya.

"Kesan dari hentakan kepala yang mengakibatkan kecederaan otak, antara yang lainnya boleh menganggu kemampuan bercakap, koma, sakit kepala kritikal, kejang kejang, kelumpuhan, serta terganggunya kemampuan indera penglihatan, pendengaran, perasa, dan menghidu." Jelas doktor tersebut, Thaqif tak henti hentinya memperhatikan.

"Jadi dok?" tanya Thaqif was was, ia hanya takut terjadi sesuatu yang tidak diinginkan oleh Haikal.

"Itu kemungkinan yang terjadi jika Haikal kembali pulih, dan apakah Tuan sudah menemukan penderma buah pinggang?" Thaqif menggeleng dan mendengus.

"Baiklah, anda harus cepat mencari Tuan jika tidak mau kehilangan Hayden." Ya doktor itu begitu mengenal nama pesakitnya.

Setelah Thaqif keluar dari ruangan tersebut. Ia berpikir keras, Haikal akan mengalami lumpuh dan segala kemungkinan tadi? Sendu sekali hidup Haikal. Kenapa takdir selalu mempermainkannya? Jujur saja kenapa orang baik selalu bernasib buruk? Thaqif hanya mampu menumbuk dinding hospital yang tidak bersalah. Kali ini ia kesal kepada takdir.

"Bang, makan dulu" Mikaeel menyerahkan semangkuk mie dari plastik. Thaqif meraihnya dan tersenyum nipis.

"Terima kasih Mika!" ia mengusak rambut Mikaeel pelan.

Mikaeel mengangguk dan memakan makanan itu dengan lahap, disini Thaqif tidak mampu selahap Mikaeel, bahkan dia hanya mengacau ngacau makanannya tak selera. Ia masih memikirkan percakapan doktor itu.

"Asyik main je makanan tu bila nak makan? Abang kenapa? Masuk angin?" Mikaeel tertawa, baru tau jika seorang Thaqif boleh jatuh sakit.

Thaqif menatap Mikaeel tajam.

"Bodo!" makinya.

Saat sedang asyik mengunyah dan menelan, tiba tiba katil Haikal bergegar kuat dan tubuh Haikal kejang kejang. Mikaeel dan Thaqif reflek melempar makanan mereka, tidak peduli jika bersepah.

"MIKAAA PANGGIL DOKTORRR!" Thaqif yang panik menyuruh Mikaeel memanggil doktor dan tanpa disuruh pon Mikaeel sudah pergi dahulu.

"HAIKAL SEDAR!" Thaqif menjerit ketika melihat mata Haikal yang hampir putih semua, ia juga kadang mengelus kepala Haikal lembut.

Thaqif mengenggam baju pesakit milik Haikal kerana sangat risau.
"DOKTOR KENAPA LAMA SANGAT?! NAK KENA SAYA NAIKKAN GAJI KE?!" jerkah Thaqif apabila melihat doktor datang, doktor tersebut hanya menunduk malu. Tidak berani menatap atau melawan sang atasan dari segala atasan di hospital ini.

"B-baik Tuan, saya periksa dulu! Nurse cepat bius dia!" setelah diberikan perintah nurse dibelakangnya tanpa berlengah terus membius Haikal, dan Haikal dalan sekejap kembali tenang.

Thaqif mengusap mukanya kasar sedangkan Mikaeel masih mematung melihat doktor yang sedang menangani Haikal. Demi kerang ajaib, ia sangat takut terjadi apa apa.

Koh Win kembali ke hospital ketika Thaqif menghubunginya dan mengabarkan keadaan Haikal yang semakin kritikal. Ia kini sedang melihat Haikal yang terbaring lemah seperti biasanya.

Ia mengelus kening Haikal dan tiba tiba mata itu terbuka. Membuat Koh Win menjerit gembira. Mikaeel dan Thaqif terus mengelilingi katil Haikal.
Tangan pucat Haikal tiba tiba mengusap pipi berkedut Koh Win.

"Koh..." panggilnya serak.

"Iya sayang...?" jawab Koh Win sambil tersenyum lembut sembari memegang kembali tangan pucat Haikal yang mengusap pipinya. haikal tersenyum lalu tangannya berpindah ke pipi Mikaeel.

"Mika..."

"Kenapa hm? Adik nak apa apa?" Haikal menggeleng dan tersenyum, kini tangannya berpindah ke Thaqif.

Lelaki yang ia temukan di perhentian bas yang dipanggil pakcik ternyata orang itu ialah abang sulungnya. Dan orang yang dianggap sahabatnya ternyata abang keduanya. Sekarang Haikal faham kenapa nama lelaki yang ia anggap orang asing dan sahabat itu memiliki nama awal yang sama dengannya. Ryan Thaqif, Ryan Mikaeel dan Ryan Haikal. Ternyata mereka berdua adalah saudara kandungnya. Tidak hairan kenapa Haikal merasa sangat selesa sedangkan mereka baru sahaja bertemu.

"Abang Aqif..."

"Apa Haikal?" ucapnya pahit dan penuh penderitaan, ia harus kuat didepan Haikal dan tidak boleh menangis.

Tangan Haikal turun dan bibirnya masih tersenyum lembut.

"Haikal penat sangat"

"Penat kenapa sayang?" tanya Koh Win lembut sambil mengusap mengusap kepala Haikal.

"Tadi ayah dengan ibu datang nak jemput Haikal!" Thaqif mengerutkan keningnya ketika mendengar percakapan Haikal.

"Tapi tak jadi, katanya disini ada keluarga yang menunggu Haikal. Tapi Haikal nak ikut ayah ibuuuu...." rengek Haikal seperti budak kecil.

"Ayah dengan Ibu yang mana hm?" tanya Mikaeel.

"Ayah Jefri dengan Ibu Hana! Yang Mika cerita haritu!"

"Tu mimpi jela Haikal" Thaqif mencuba mencairkan keadaan.

Haikal menggeleng dan menoleh ke samping katilnya yang duduki Hayden.

"Abang Hayden belum dapat penderma lagi ke?" tanyanya lirih.

Ketiga lelaki beza umur dihadapannya pun menggeleng sedih. Haikal menarik nafas dan mencuba kuat untuk tersenyum lagi.

"Haikal nak tidur boleh?"

Koh Win mencubit pipi Haikal geram. "Mestilah boleh!"

"Nanti kalau Haikal dah tidur, jangan lupa bagi buah pinggang ni dekat abang Hayden ya?" Haikal menunjuk perutnya.

"Maksudnya?" tanya Thaqif keliru, Haikal mau tidur tapi seperti orang ingin meninggalkan dunia.

"Haikal penat, Haikal izin tidur dulu ya...." tanpa menjawab pertanyaan Thaqif terlebih dahulu, Haikal memejamkan matanya.

TIIIIITTT!!!!

Mereka yang mendengar bunyi tersebut secara tiba tiba menjadi kosong. Berusaha mengetepikan apa yang mereka fikirkan akibat bunyi nyaring dari mesin di tepi katil Haikal.

"Selamat tidur Haikal" ucap Koh Win sambil mencium cucunya. namun Koh Win tidak merasakan ada hembusan nafas dari hidup Haikal. ia menatap Thaqif dan Mikaeel dengan tatapan yang tak boleh diartikan.

"Mika! Thaqif! Kenapa hidung Haikal tak bernafas ya?" tanya Koh Win bingung.

"Ah takkan lah tok?" Mikaeel tidak percaya akhirnya membuktikan sendiri bahawa yang dikatakan Koh Win itu tidak benar, meskipun bunyi nyaring tadi telah menunjukkan bahawa matahari mereka, Ryan Haikal telah tidur buat selamanya. setelah mengecek ia menatap Thaqif dan Koh Win secara bergantian. ia langsung meraih pergelangan tangan Haikal dan disana sudah tidak ada lagi denyutan nadi dan jam pemberian Thaqif juga ikut berhenti berputar seiring dengan jantung Haikal yang telah berhenti berdegup.

"Tolong jangan ambil dia pergi!!" Mikaeel terus menjerit, Thaqif memanggil doktor.

"Haikal sayang, bangun jangan buat Koh takut! Haikal prank kan?" ucapnya menghiburkan dirinya sendiri.

Doktor yang selesai memeriksa keadaan Haikal lalu menarik selimut Haikal hingga seluruh badannya tertutup.

"Maaf, tapi Tuhan lebih sayang Haikal."

"HAIKALLLLLLLLLL!"

"KENAPA HAIKALLLLL?!!"

"JANGAN PERGI DIKKKKK!!"

"Tidur yang tenang semesta ku"


※ selamat jalan Haikal

Continua a leggere

Ti piacerà anche

420K 61.2K 56
"Abang..." "Ya?" "Pernah gak sih, lo nangisin diri lo sendiri karena lo sadar kalau lo gak bisa apa apa?" "Kenapa nanya begitu?" "Karena aku gak tega...
35.1K 1.9K 62
[NO ROMANCE] Renjun namanya anak laki laki berumur 17 tahun dengan kehidupan miris, dihina bukanlah hal menyakitkan untuknya itu sudah biasa, bagaim...
62.9K 5.3K 33
"Jisung sayang bunda, gimana caranya biar Jisung disayang juga sama bunda?" Isak Jisung setelah dia mendapatkan luka lebam di tangannya. Yoona berdec...
37.4K 7K 23
[COMPLETED] PHOBIA; HUANG RENJUN Kegiatan Luna sehari hari di sekolah hanya bermain basket, menyapa seluruh siswa siswi yang dikenalnya (hampir semua...